Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Sabtu, 30 Mei 2009

Pegawai Polis siasat mata lebam diistihar Muflis.

Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan.

Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu. Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama.

“Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau.

Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar.

“Saya mempunyai alsan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya.

“Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini.

“Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul,” kata Mat Zain.

Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut.

Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mach bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.

“Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya,” kata Mat Zain lagi.

Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen Bandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan.

Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002.

Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut.

Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92.





Selasa, 26 Mei 2009

RAMPASAN KUASA DI PERAK; PEMIMPIN UMNOLAH MENYUSAHKAN, MELAYU SENDIRI. "Menebus Maruah Bangsa ATAU Menggadai Meruah Bangsa"?


CERITA PASAL TEKUN
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, hari ini menegur sikap sebilangan peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) yang liat membayar balik pinjaman sehingga menjejaskan kelancaran tabung itu menyalurkan pinjaman kepada orang lain yang memerlukan.

Berita selanjutnya klik di sini.

Bila sesuatu perkara yang betul kita harus mengatakannya betul, dalam usaha membantu Bumiputera melalui pinjaman TEKUN yang di asaskan setahun yang lalu adalah satu usaha positif dari Kera…jaan bagi membantu peniaga bumiputra meneruskan perniagaan yang di usahakan.

Tetapi apabila bantuan pinjaman yang diberikan tidak mendapat pembayaran balik seperti yang diharapkan maka ianya akan menjejaskan kelancaran tabung itu untuk menyalurkan pinjaman kepada orang lain pula. Jadi persoalannya siapa yang susah…? Sudah tentu peminjam yang baru akan mendapat susah…, di saat mereka memerlukan pinjaman kewangan mereka harus menunggu kelulusan yang amat lama dari tempoh kelulusan yang sepatutnya mengambil masa dua minggu sahaja. Itu yang aku maklum berkaitan proses kelulusan pinjaman TEKUN.

Dan jika di amati secara telus, dikalangan peminjam yang liat membuat pembayaran balik ini adalah siapa? Daripada apa yang aku tahu dari maklumat rakan-rakan yang cuba membuat pinjaman ini salah satu syarat untuk membuat pinjaman ini mestilah ahli umno.

Seawal proses pengambilan borang permohonan telah ditanya samada anda mempunyai nombor keahlian umno atau tidak dan kemudiannya borang permohonan tersebut hendaklah di sokong dan di tanda-tangan oleh Adun atau Ahli Parlimen kawasan anda. Malahan dalam borang permohonan tersebut telah tersedia ruang khas untuk mengistiharkan anda seorang ahli umno.

Ini bermakna hanya ahli umno sahaja yang layak untuk memohon pinjaman. Dan ini juga bermakna para peminjam yang liat membuat pembayaran balik adalah dikalangan ahli umno juga.

Dalam isu ini ada dua perkara yang aku nak sentuh, pertamanya ialah diskriminasi yang dibuat oleh kera..jaan dalam pemberian pinjaman kewangan kepada rakyat.

Keduanya ialah yang sentiasa membuat cipalat dan menyusahkan bumiputera atau peminjam yang lain adalah ahli umno juga. Mereka inilah yang liat untuk membuat pembayaran balik pinjaman. Maka eloklah jika ahli umno menyusahkan umno kembali.

Bagi yang tidak menyokong umno, sudah tentu tidak terlibat dalam soal kelancaran perlaksanaan tabung atau pinjaman TEKUN yang dilaksanakan. Harap Dato Noh Omar dapat mengkhususkan kenyataan beliau itu terhadap ahli umno sahaja, kerana bukannya semua rakyat dapat membuat pinjaman tersebut, terutama sekali dari kalangan pembangkang.

Isa: Nak bagi pinjaman pun mesti ada penapisan parti politik yang diwakili. Jadi sesiapa yang memerlukan bantuan kewangan dari kera…jaan mesti menjadi ahli umno.

Ahad, 24 Mei 2009

PRINSIP HAKIM YANG ADIL DAH DITONG SAMPAHKAN

Benarkah tidak ada rampasan kuasa di Perak? UMNO menafikan adanya rampasan kuasa, kerana menurut para pemimpin UMNO semuanya dilakukan menurut prinsip-prinsip demokrasi dan mengikut undang-undang. Tetapi rakyat nampaknya tetap menolak ketetapan UMNO dan sekutunya, kerana menurut rakyat terdapat unsur samseng dalam menentukan prinsip demokrasi tadi.

Tiga orang ahli DUN yang berpaling tadah kerana sebab-sebab peribadi, dengan gesaan dan sokongan dan “paksaan” UMNO, telah berjaya menimbulkan kelam-kabut di Perak dengan sokongan dan dukungan UMNO sepenuhnya.

Yang paling menarik dalam kes ini ialah undang-undang dan mahkamah yang melaksanakan undang-undang menyerlahkan wajahnya yang paling murni dan benar, yang sungguh menggembirakan UMNO yang sejak berkuasa mulai Ogos 1957 telah membuat undang-undang baru dan mengubah undang-undang yang ada untuk memastikan wajah UMNO selalu ceria dengan senyuman setiap kali keputusan dibuat oleh para hakim di mahkamah mereka.

Dalam kes Perak, rampasan kuasa (atau peralihan kuasa dalam bahasa yang lunak, yang tidak berjaya menutup hakikat maksud rampasan kuasa itu) sudah jelas dibenarkan asal saja sesuai dengan undang-undang dan Perlembagaan.

Banyak kes yang berlaku di Malaysia, dan dalam menentukan kes Perak, kes-kes rampasan kuasa itu dijadikan panduan dalam membuat keputusan, seperti yang jelas dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang memakai kes-kes itu.

Jadi dari segi undang-undang, tidak ada rampasan kuasa seperti tidak adanya penipuan dalam bentuk apa sekali pun, walaupun perbuatan yang dibenarkan itu seratus peratus adalah penipuan yang terang-terangan. Jika anda faham hujah ini, anda akan mengerti mengapa Rasulullah SAW menegaskan, sekiranya Fatimah anak Muhammad mencuri, nescaya tangannya dipotong.

Perkara ini disebutkan di sini kerana dalam Islam keadilan tidak memilih pihak tertentu yang boleh dikecualikan; seperti yang sering berlaku dalam mahkamah. Dalam kes Perak, sudah jelas hakim mahkamah tinggi tidak tahu membaca undang-undang dan agak keliru dalam memahami situasi politik sebenar. Itulah keputusan tiga orang hakim Mahkamah Rayuan, yang melontarkan dengan angkuh keputusan Mahkamah Tinggi dengan alasan yang cukup memalukan, iaitu hakimnya telah melakukan kesalahan. Bolehkah hakim yang bersalah dihukum? Tidak boleh.

Yang terjadi ialah pihak yang menuntut keadilan akan kehilangan keadilan yang terawang-awang pada peringkat awal, kemudian “keadilan” itu berpindah ke tangan lain (yang berlengas dengan tahi ayam busuk ketika menyerang raban DUN Perak mencuri ayam yang boleh dicuri) dalam sekelip mata. Jika hal ini terjadi dalam sebuah drama, atau melodrama sekali pun, tentu penonton akan menjeritkan “Mana boleh begitu, tak masuk akal!” Tetapi logik drama tidak sama dengan logik undang-undang.

Oleh itu seorang hakim yang tidak arif (meskipun digelar Yang Arif) seperti dalam kes Perak ini boleh dijadikan arif dengan mengetepikan keputusannya oleh sekumpulan hakikm lain yang lebih arif dalam erti yahng lebih luas (yakni tidak semestinya dalam undang-undang saja). Oleh itu drama dalam undang-undang jauh lebih menarik daripada drama yang dipentaskan secara olok-olok di Istana Budaya sebagai sebuah cerita. Itulah sebabnya orang tua-tua kita bercerita dalam dongeng mereka tentang Hakim Beruk yang bijaksana itu. Cerita itu tetap memikat kita semua kerana peristiwa itu diulang setiap masa sepanjang zaman.

Yang boleh dilakukan rakyat hanya tertawa melihat kebijaksanaan Hakim Beruk menipu dua orang petani yang menyerahkan pisang besarnya untuk dihakimi oleh beruk. Keputusan beruk untuk memakan pisang itu semuanya adalah bijak, kerana itulah makanannya. Seperti ular menelan katak dalam lagu “Bangau Oh Bangau”. Itulah hakikat undang-undang dan keadilan yang disahkan sama ada dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Ke mana pun kita tarik makna keadilan itu, rakyatlah sebenarnya yang menentukan keadilan untuk mereka, kerana merekalah yang memilih pembuat undang-undang. Oleh itu janganlah salahkan pemimpin atau kakitangan kerajaan dan sesiapa sekali pun, termasuk para hakim yang arif, jika mereka berasa tertipu dalam sandiwara Hakim Beruk yang diceritakan oleh datuk nenek mereka.

Khamis, 14 Mei 2009

Untuk Pengetahuan Kite Bersama....

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Temp at tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala
Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong.... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam.. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu
suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk.


* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...

Rabu, 13 Mei 2009

Siapa boleh jawab?

Pengkritik Hadi senyap bila Anwar pula nak kerjasama dengan Umno

Tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana sekali lagi berjaya membuka mata pengkritik Presiden Pas, Tok Guru Hj. Hadi Awang bila menyatakan kesediaan Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dengan Umno-BN yang dipimpin Najib untuk menyelesaikan krisis di Perak.

Sesungguhnya ia adalah satu idea yang amat sensitif terhadap pengkritik Hadi. Seperti kata Ust. Nasaruddin Tantawi dalam blognya;

” Kalaulah idea rundingan ini datang dari Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang , pasti suasana politik dalaman PAKATAN Rakyat kembali bergolak dan berkecamuk .”

Mujurlah Anwar yang kemukakan setelah Lim Kit Siang membuka Gelanggang dan disambut oleh Najib yang kemudian dijawab secara bermadah oleh Anwar.

Benarlah kata Ust. Nasaruddin bahawa, idea Kerjasama bagi penyelesaian politik di Perak ini sebenarnya adalah sebahagian dari agenda Unity Goverment yang diilhamkan oleh Tok Guru dan dipersetujui oleh semua pemimpin Pakatan.

Namun pada ketika itu, pengkritik Hadi buta hati, buta mata, buta akal dan terus sahaja menghukum Hadi dengan mengatakan bahawa beliau nak bawa Pas masuk Umno.

Ust. Tantawi sempat merakamkan ungkapan sindiran yang pernah dilontarkan oleh pengkritik Hadi kerana idea Unity Govermentnya;

Nak runding apa lagi dengan UMNO ? UMNO zalim tak kenal ker ? UMNO tak boleh dipercayai ! Tak tengok apa yang UMNO buat kepada Kelantan satu ketika dulu ? Tak Ingat ker apa yang UMNO buat kepada PAKATAN di Perak ? UMNO fitnah Ir Nizar sampai separuh lemas ! Nak runding apa lagi ? Kenapa nak bagi tali hayat kepada UMNO ?…..

Huh! mana dia pengkritik Hadi, kenapa senyap sahaja bila Anwar dan Kit Siang buka gelanggang.

Saya sebenarnya setuju dengan pandangan Hadi, Anwar dan Kit Siang dalam soal kerjasama dengan Umno. Kita boleh bekerjasama dengan Umno jika ianya menguntungkan kedua-dua pihak. Buat apa berbalah kalau sama-sama rugi dan rakyat pun rugi.

Tidak timbul soal masuk Umno-BN atau tidak. Ia hanya setakat kerjasama dan usaha perdamaian pada perkara yang kita boleh selesaikan bersama.

Jelas Anwar dan Kit punyai pemikiran negarawan seperti Hadi dan mereka menyambut idea itu dengan cara yang lebih bijak berbanding pengkritik Hadi.

Jelaslah pengkritik Hadi itu bukanlah golongan Pro Pakatan, tetapi merekalah golongan yang cuba merosakkan Pakatan dari dalam dan membunuh pemimpin Pakatan.

Insaflah, janganlah buat ‘kerja-kerja bodoh’ itu lagi. Berilah ruang pimpinan menyelesaikan kemelut politik yang ada, jangan buat-buat pandai kalau dah tahu diri itu sememangnya tergolongan dalam kalangan orang-orang yang tak cerdik.

Bila orang tua bercakap, duduk dan dengar. Jangan dengar tajuk jer terus nak buat kepoh satu Malaysia. Nah! sekarang sapa yang malu. Hangpa juga ler.


Hahaha. Siapa buleh jawab? Buih ala2 shaberi kat mulut gua belum hilang lagi nih. Lotih den nak jelaskan konsep kek org level ala2 Tantawi n Herman nih. Ntah sapa marah pasal UG ntah. Orang marah pasal taktikal penyampaian UG.

Baik lantik Hasbullahpit jer la jadi SU politik Hadi ni kalau lu orang syg sangat kat ulama bodoh2 alang nih. Gua jamin apa juga idea 'aneh' Hadi akan dijelaskan dengan baik. Time tu Hadi nak ghaib, menyorok dalam lubang cacing pun masyarakat tak kisah. Semua boleh masuk blog Hasbulahpit jer. Dapatkan penjelasan, perincian.

Ini letak Roslan sms suruh jelaskan tentang UG. Makin jahanam jadinya. Orang cerita plaster syiling, dia cerita cicak. Haru beb. Nasib baik ahli PAS tempat dia tendang. Bermakna cerdik menjatuhkan bodoh.

Ni satu lagi ni. Calon Ketua Pemuda ni. Tantawi. Takda calon lain ke beb? Kalau setakat 4 orang yang Malaysiakini lapor tu, base on maklumat gua, Tantawi jer la yang layak. Tapi memang lauk Khairy jer la nanti. Husam pun buleh kono gak dengan Khairy ni beb, ini plak Tantawi. Gua ramal macam game bola jer. 90% tepat. Kompom Tantawi lauk Khairy.

Bagi la Ketua Pemuda yang bernaluri pendesak sket beb. Jangan yang tunduk kepada pengaruh satu2 tokoh, yang bodoh2 alang. Orang dah masuk peperangan terbuka dah ni. Letak plak Tantawi.. Habes.. dah takda calon lain.

uma n lelaki_ini. Kasi gua calon lain sket la untuk Ketua Pemuda PAS... takkan takdo kot.

ATeruna