Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Isnin, 15 Jun 2009

MEMBACA YANG TERSURAT MENYINGKAP YANG TERSIRAT

Hati saya menjadi sedikit walang dan kadang-kadang seperti mahu menitiskan air mata bila memikirkan senario yang berlaku dalam kemelut PR hari ini.

Lebih menyayat hati bila mendengar kata-kata nista daripada kalangan ahli-ahli, para aktivis di warung-warung teh tarik.

Berdebat penuh emosi, tiada kawalan dan tapisan. Sedang musuh menjadi penonton bersorak keriangan dihasut setan.

Mereka sudah seperti hilang pertimbangan. Segala kesopanan berbicara, adab bercakap yang mereka belajar dari tok guru serta DSAI, mereka hilang dek gelodak nafsu siasi. Akhlak dan tarbiah jemaah yang dijunjung berkecai. Saya hanya mampu berdoa dan berdoa…

“Ya Allah berilah petunjuk pada mereka, sesungguhnya mereka tidak mengetahui”

“Ya Allah janganlah engkau ambil kira apa yang kami terlalai atau kesilapan kami”

Semenjak saya mula menghambakan diri saya kepada perjuangan suci jemaah yang disayangi ini, inilah antara fenomena fitnah jemaah yang terbesar yang pernah saya rasai.

Dugaan ini sebenarnya telah dilalui oleh mereka, datuk-datuk dan ayah-ayah kita. Plot ceritanya hampir sama, cuma skrip dan wataknya sedikit berbeza.

“Ya Allah! Janganlah engkau bebankan atas kami sebagaimana engkau bebankan atas umat sebelum dari kami”

“Jangan bebankan apa yang kami tidak mampu ya Allah”

Saya cuba untuk mengurus diri saya sendiri agar tidak terperangkap dengan sentimen-sentimen yang boleh menjebakkan saya ke lembah ketaksuban.

Bermati-matian mempertahankan pendapat tanpa mahu berkompromi, sedang masa yang sama mengabaikan pandangan, jawapan dan hujjah orang lain.

Imam Syafie mengungkapkan

“Pendapatku betul tetapi masih berkemungkinan salah. Pendapat orang lain salah tetapi mungkin juga betul”

Saya cuba mengurus lidah saya daripada mengeluarkan kata-kata yang merendahkan pimpinan, mencerca peribadi dan menjaja kelemahan serta keburukan mereka.

“Sekiranya kamu beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah perkara yang baik atau (lebih baik) diam”

Saya akan berkira-kira apabila ingin mengetik telefon bimbit menghantar mesej tertentu agar ia tidak membawa mesej yang salah dan boleh disalah tafsir.

“Apabila datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa perkhabaran maka selidikilah ia”

Siapa itu terkalang golangan fasiq itu ? Oh! Jika mengamati pengertian dan definasi fasiq mengikut syarie terlalu ramai manusia fasiq hari ini, walau pun masih sah berimamkan mereka waktu solat!

Pun begitu maklumat fasiqun tidak mesti ditolak terus. Kaji selidik, kaji selidik, kaji dan selidiki.

Saya berusaha meletakkan husnu dzan (persepsi baik) yang tinggi terhadap segala apa yang dilakukan oleh pimpinan.

Saya mengharapkan semua ini adalah strategi dan perancangan pimpinan. Tujuannya? Tidak lain strategi untuk mengembalikan kekuasaan Islam, Islam yang memerintah, membenam toghut dan kekufuran.

Ya Allah! Selamatkanlah jemaah ini daripada perpecahan dan kehancuran

Ya Tuhan kami! Hindarkan pimpinan kami daripada bertindak di luar daripada keilmuan mereka

Ilhamkan kepada mereka, lewat istikharah mereka, suatu yang menepati kehendakMu ya Allah!

Jadikan istisyarah mereka, nasihat-nasihat yang benar, tulus ikhlas dan sarat membina

Berilah hidayat kepada mereka dalam mencari suatu pendekatan dan formula agar kekusutan akan terurai, kekhilafan akan jadi sepakat, tindakan membawa berkat.

Ya Allah satukanlah hati-hati pimpinan kami

Yang bersatu atas kecintaanMu, bertemu atas ketaatMu, yang bersetia membantu agamaMu,

Perteguhkanlah ikatan mereka.. Perteguhkan ikatan mereka.. Perteguhkan ikatan mereka..

Kekalkanlah kemesraan antara mereka

Tunjukkanlah kepada hati-hati mereka akan jalanMu yang sebenar

Dan penuhkan hati mereka dengan cahayaMu yang tak pernah padam

Dan lapanglah dada mereka dengan limpahan keimanan kepadaMu

Dan dengan keindahan tawakkul padaMu

Suburkan hati mereka dengan maarifahMu

Jika Engkau takdirkan mati, matikanlah mereka sebagai syuhada’ dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong

Dari Ibnu Abbas ra. berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka. Mata yang menangis karena takut kepada Allah. Dan mata yang berjaga dalam jihad fi sabilillah.” (HR At-Tirmizy – Hasan Shahih)

Moga air mata saya yang mengalir termasuk dalam janji Rasulullah itu.

Ya Allah!! Jangan hendaknya fenaomena ini tidak akan memberi kesan kepada PRU 13 yang akan menghasilkan suatu yang di luar dugaan kami!! Nau’ zubillah!!