Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Selasa, 27 April 2010

NAJIB JANGAN BERBOHONG WARGA P94

PETUGAS-PETUGAS JENTERA BN MEMBUAT PENJELASAN ADA LAKUKAN RASUAH...

Saya dan rakan-rakan sebelum pengumuman keputusan kemenangan BN di PRK P94, kami mendekatkan diri kami dalam kelompok bilik induk BN. Dan kami berjaya mendapat sedikit sebanyak maklumat kotor BN terhadap pengundi-pengundi P94 dan SPR.
Mereka mengaku menyalorkan wang disetiap kawasan untuk rasuah untuk menang. Belum lagi keputusan diterima, dan peti undi pun belum habis dikira, laungan kemenangan dah bergema. Saya dan rakan-rakan tidak merasa hairan mereka melaungkan kemenangan itu. Sebab mereka berseronok kerana mereka menang melepasi penipuan serta menipu pengundi juga SPR dengan RM.
Jika YB Kamal bermaruah dan bersih sepertimana yang Najib kata, beliau perlu merasa malu untuk dipanggil YB dan seterusnya berada diParliman nanti.
Semasa saya dan rakan-rakan berada dikelompok pimpinan BN, sebelum keputusan, Kamal berjabat tangan dengan saya dan memberi ucapan terima kasih juga telah berjanji akan melaksanakan semua janji-janji selama tempoh berkempin.
Apa yang kita semua tahu sejak berkempin, Najib telah berbelanja RM lebih 64 juta. Apakah selama Kamal menjadi Wakil Rakyat parliman P94 akan terlaksana semua janji-janji itu?
Selama berkempin Najib telah berkata, seluar dalam Kamal semua telah dilihatnya. Begitu bersihnya Kamal, Najib sanggup lihat sehingga dalam seluar dalam Kamal itu.


Jumaat, 23 April 2010

Kamalanathan adalah pengundi hantu untuk Smay Vellu diSungai Siput P62

gua minta maaf awal2 dengan lu orang semua.

Sebabnya gua sendiri kurang pasti dengan data maklumat hantu tersebut samada betul atau tidak, gua malas nak buat search maklumat hantu tu.. dah pukul 3 pagi beb..., nanti tak pasal2 hantu tu... sergah gua... mau kena penerajang dengan gua... n3 ini pun gua taip dan jadualkan publish untuk pagi ini.


storm62 berkata...

TERBONGKAR LAGI:

Kamalanathan adalah pengundi hantu untuk Smay Vellu diSungai Siput P62



Check for yourself, 651018106495 http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftar.aspx , lu tenguk sendiri.


Jumaat, April 23, 2010 1:42:00 AM
ha..ha..ha...., amacam...? Betul tak... ? Itulah hantunya... sekejap ada di Selayang... sekejap ada di Sungai Siput, tup..tup.. ada pula di Hulu Selangor... siapa tuan hantu... tu...? Lu orang jangan tanya gua... lu orang pun mesti tau punya siapa tuan hantu tersebut.


Rabu, 21 April 2010

SIAPAKAH DR HALILI KEPADA UMNO BN ?

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA BERSALAH

Lihatlah rakaman video ini dimana Dr Halili yang bercakap seperti bersalah kepada ramai penyokong yang hadir pada perhimpunan penyokong umno. Dalam pada masa itu juga, ada kedengaran mulut-mulut yang menghentam Dr Halili semasa beliau berucap.
Nampak benar beliau semasa berucap seperti ketakutan, dan seperti dipaksa untuk berucap, untuk mengatakan Yang benar itu salah.
Terang dan lebih nyata lagi,hakikat yang umno itu takut kepada keterampilan Datuk Zaid keParliman.
Satu demi satu, pimpinan dari KEADILAN keluar parti, kerana menyalahkan parti dan pimpinan parti.Tetapi telah pada hari semalam, parti tertua iaitu SNAP telah menyertai Pakatan Rakyat (PR).
Anak Bugis bagi pihak penyokong PR, mengalu-alukan seberapa ramai lagi yang ingin keluar parti KEADILAN, dipersilakan. Agar semua daki-daki yang berselaput dalam PR dapat dibersihkan.
Dan PRU 13 nanti sudah tidak ada lagi yang perlu diragui kebersihan, untuk melayakkan menjadi calun untuk bertanding dengan lawan dan seterusnya dapat menerajui Malaysia dengan bersih.

Sabtu, 17 April 2010

P94

TUMPUAN HARI PENAMAAN PENCALUNAN P94

9-10pagi: Penyerahan borang pencalonan

10-11pagi: Waktu bantahan

11-12 tengahari: SPR buat pengumuman rasmi calon


10pagi: Proses penamaan calon ditutup.

Calon-calon mempunyai masa satu jam untuk memfailkan bantahan.

Mereka yang memfailkan borang pencalonan ialah P Kamalanathan (BN), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas VS Chandran dan Johan Mohd Diah.

9.57pagi: Salah seorang calon bebas yang memfailkan borang pencalonan pagi ini ialah bekas pemimpin MIC Hulu Selangor VS Chandran.

9.50pagi: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menganggarkan penyokong BN dan Pakatan masing-masing 10,000 orang.

9.46pagi: Pemimpin BN dan Pakatan bersalaman dan berbual di kemah.

9.45am: Di dalam pusat penamaan calon, Kamalanathan memfail borang pencalonan. Dua orang lagi turut memfailkan borang pencalonan untuk bertanding sebagai calon bebas.

9.43pagi: Seorang lagi pemimpin MIC S Ganesan turut cedera ketika cuba masuk ke dalam kawasan pagar duri polis. Ganesan luka di tangan dan dibalut oleh kakitangan sebuah ambulans yang ditempatkan di luar pusat penamaan calon.

9.40pagi: Kira-kira 50 anggota unit amal PAS membuat rantai manusia untuk mengelak tolak menolak.

9.31pagi: Kamalanathan masuk pusat penamaan calon bersama pencadang dan penyokong. Sedang memfailkan borang pencalonannya.

930pagi: Ketua zon DSP Ruslan Abdullah memberi amaran kepada para penyokong agar tidak menolak-nolak kerana orang di hadapan akan cedera kerana kawat berduri merentangi jalan ke tempat penamaan calon.

9.28pagi: Dalam keadaan tolak menolak, Presiden MIC Datuk Seri S Samy tercedera di kakinya terkena duri kawat dan dirawat di situ.

Turut kelihatan ialah timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, yang tidak dicalonkan semula mewakil BN di Hulu Selangor.

9.22am: Perakan BN tiba di pintu pagar pusat penamaan calon di KKB. Ribuan penyokong BN dan Pakatan dipisahkan bagi mengelak mereka menjerit antara satu sama lain.

9.10pagi: Calon BN P Kamalanathan, berarak dari pejabat Umno di KKB ke pusat penamaan calon. Antara yang turut serta ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam.

Yang lainnya termasuk Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan naib presiden, Datuk Ng Yen Yen.

9.02pagi: Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memfailkan borang pencalonan. Beliau bersama pencadang dan penyokongnya. Zaid memakai baju Melayu dan kain pelikat.

Di luar dewan, penyokong BN menyanyikan 'Inilah Barisan Kita' serta lagu Umno.

9pagi: Pemimpin DAP Lim Kit Siang, exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Teresa Kok memasuk 'zon larangan'. Polis kata: "Bagi pass kita, senang buat kerja."


8.55pagi: MB Tan Sri Khalid Ibrahim, calon Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam pusat penamaan calon bersama pemimpin Pakatan yang lain.

8.50pagi: Di 'zon larangan', ahli parlimen PJ Utara, Tony Pua mengedarkan pas kepada pemimpin, ahli parlimen dan ADUN Pakatan untuk memasuki pusat penamaan calon.

Jumaat, 16 April 2010

Babak Yang Menyedihkan

MUHIDDIN DAN SEKUTU BN .................................?

Hahaha...Kalau betul-betul Umno sudah insaf dan menerima kesilapan mereka sebelum ini yang cuba 'menyingkirkan' Palanivel sebagai calon BN, maka sudah pasti, Umno terpaksa melakonkan satu babak yang menyedihkan iaitu membuat rayuan sambil 'berlutut' depan Palanivel untuk bersama-sama berkempen dan mengajak pengikut-pengikutnya di Hulu Selangor agar tidak memboikot calon BN.

Mungkin pelakon utamanya adalah Muhyiddin yang telah berbohong terhadap penduduk Hulu Selangor kononnya BN akan meletakkan calon anak tempatan. Tapi sebaliknya berlaku.

Maka pada masa tu, Muhyiddin selaku pengarah pilihanraya BN Hulu Selangor akan mula membuat rayuan terhadap Palanivel untuk memujuk pengikutnya di Hulu Selangor agar tidak memboikot Kamalanathan.

Sebelum ini, ahli MIC Hulu Selangor melalui Ketua Penerangan MIC kawasan itu telah pun menyatakan kekecewaannya terhadap keputusan BN yang telah meletakkan bukan calon tempatan dan menyingkirkan Palanivel yang diinginkan oleh MIC kawasan.

Beliau juga memberitahu, beberapa cawangan sudah mula tutup bilik operasi mereka dan begitu bilik operasi utama MIC Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru.

"Pejabat Datuk Palani (ibu pejabat MIC Hulu Selangor) sudah ditutup sejak 12 tengah hari. Kalau pejabat utama sudah ditutup, bayangkan sendiri cawangan-cawangan lain", katanya.

Maka Muhyiddin bakal akan mewakili BN akan memujuk Palanivel agar membuka semula pejabatnya (bilik gerakan) sambil turut serta dalam kempen BN.

Bagi WarkahDaily, mungkin pada masa tu, Palanivel akan kata, "cium kakiku". Ehehe...

Tak pasal-pasal pulak Palanivel bakal jadi Timb. Menteri selepas ini sebagai umpan memujuk kembali turun padang. Bagaimana Palanivel, boleh terima ke setakat Timb. Menteri, tak mau jadi Menteri penuh ke, tak pun Timb. Perdana Menteri. Ehehe...

Khamis, 15 April 2010

Panas:

Setengah Jam Sebelum Muhyiddin Umum Calon BN, Tiba-Tiba ADUN PKR Bakar Arang Dari Kedah Keluar Parti Atas Alasan Di Permainkan !!

Ini satu berita panas yang baru diterima dan amat digemari oleh puak-puak UMNO BN. Tambahan pula berita ini tiba bertepatan dengan pengumuman nama calon BN yang akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Bukit Sentosa petang ini. Menurut sumber, seorang lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Arang, Kedah iaitu Tan Wei Shu (foto). Beliau telah membuat sidang medianya di sebuah hotel dekat Kuala Lumpur jam 3.30 petang tadi. Sebelum ini Tan adalah Exco Kerajaan Negeri Kedah sebelum digugurkan dalam rombakan exco yang dibuat oleh Menteri Besar, Ustaz Azizan Razak pada 10 Mac lalu. Portfolio tersebut telah diambil alih oleh seorang lagi wakil rakyat PKR iaitu ADUN Sidam, Tan Show Kang. Alasan yang diberikan oleh Tan atas tindakan beliau itu cukup mudah, kononnya dia dipermain-mainkan oleh pemimpin PKR. Tanpa menyebut alasan lain yang lebih munasbah, maka kita boleh mengagak kenapa Tan membuat sidang media setengah jam sebelum Muhyiddin mengumumkan nama calon Barisan Nasional yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini. Apapun, tahniah kepada Tan kerana berani membuat tindakan disaat genting begini. Sesungguhnya orang seperti beliau tidak layak untuk mewakili rakyat apatah lagi menjadi wakil rakyat itu sendiri sebenarnya.

[Bodoh punya wakil rakyat !, nampak benar beliau dijanjikan habuan lumayan sama seperti ADUN lompat yang lain sebelum ini. Tindakan keluar parti ketika TPM Muhyiddin mahu mengumumkan nama calon BN di pilihanraya kecil Hulu Selangor jelas sekali telah dirancang oleh puak-puak UMNO BN itu sendiri. Ini kononnya bagi membuktikan bahawa PKR tidak lagi relevan untuk rakyat hari ini. Jika ADUN Bakar Arang itu boleh dipermainkan, apatah lagi rakyat yang akan mengundi Zaid Ibrahim pada 25 April ini. Itulah matlamat sebenar perancangan mengatur sidang media ADUN terbabit di Kuala Lumpur. Mungkin sebelah malam tadi beliau sudah pun menerima deposit untuk apa yang dilakukan pada hari ini].

Selasa, 13 April 2010

PILIHAN TERBAIK UNTUK PENGUNDI P94 DAN RAKYAT MALAYSIA

SEBULAT SUARA UNTUK ZAID IBRAHIM

Datuk Zahid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurut
sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi.

Zaid yang juga bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.

Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.

Zahid dikatakan sebagai calon terbaik bagi PKR untuk mempertahankan kerusi itu kerana pengalamannya yang luas.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan 25 April ini.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.

Isnin, 12 April 2010

pesan pada anak-anak

Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,

kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada
tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,

Surah Al-Ikhlas
. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah
Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mun gkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar
'untukmu agamamu, untukku agamaku' . Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.


Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun il mun ya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...


Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.


Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Iqra'.....!


Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind... Recite 3x :

1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".


Setelah baca , forwardkan email ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah.


Wassalam

Khamis, 8 April 2010

APCO KEPENGETAHUAN AGONG

CAMPUR TANGAN AGONG AMAT WAJAR

Hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menulis surat kepada Yang Di-pertuan Agong untuk memohon Seri Paduka menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar membatalkan kontrak Apco dan juga kontak-kontrak lain yang mempunyai kaitan dengan agen Israel.

"Surat berkenaan dihantar kepada Agong petang tadi,

Anwar juga menekankan kepentingan menamatkan kontrak dengan Apco kerana jika tidak ia akan menjejaskan imej negara dan mengancam keselamatan Malaysia.

Anwar juga mendedahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bertarikh 11 Ogos 2008 yang memetik kenyataan pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengakui kemungkinan Isreal mempunyai akses kepada maklumat negara.

Pada mesyuarat PAC itu bagi membincangkan prestasi Khazanah Nasional, Azmi melahirkan kebimbangan beliau bahawa maklumat rahsia kerajaan mungkin bocor kepada pihak lain.

Berikut petikan mesyuarat itu:

Pengerusi: Ha! Perolehan baru ini melibatkan Israel. Ini amat menakutkan kerana orang ramai mempunyai akses kepada semua maklumat kita. Israel bekerja dengan Amerika dan mereka yang melaksanakan sistem keselamatan kerana mereka ingin tahu mengenai semua pihak di seluruh dunia.

Berrdasarkan maklumat itu, Anwar menggesa polis untuk meneruskan siasatan.

"Saya tidak lihat bagaimana Umno boleh terlepas dengan kekalutan Apco ini,” katanya


Sabtu, 3 April 2010

KENANGAN NENEK TIMAH YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN SEJAK UJUDNYA keADILan.

AL FATIHAH BUAT AL MARHUMMAH NENEK FATIMAH.

Mengucapkan setinggi-tinggi TAKZIAH kepada seluruh keluarga Nenek fatimah yang telah kembali kerahmatullah beberapa minit yang lalu (7.17pm).pada malam Ahad 3. April 2010. Al-Fatihah.

Jumaat, 2 April 2010

PERHIASAN 1 MALAYSIA

Membanteras Rasuah Perlu Menyeluruh, Bukan Takat Tandatangan Akuan Tertentu

KUALA LUMPUR 2 Apr: Pengenalan tiga langkah yang diperkenal Datuk Seri Najib Razak dalam usaha menonjolkan diri sebagai pemimpin anti rasuah, sebenarnya rapuh dan tidak menyeluruh sedangkan gejala rasuah sudah terpasak kuat dalam pentadbiran kerajaan Umno Barisan Nasional.

Pimpinan Pakatan Rakyat mendapati tiga langkah itu bukan sahaja tidak konkrit dan menggambarkan cadangan Perdana Menteri itu hanya perhiasaan dan tidak mampu memberi tekanan kepada golongan kaki rasuah.

Pakatan Rakyat selama ini secara tegas dan lantang mahu gejala rasuah ditangani secara menyeluruh dan tidak hanya bergantung kepada proses penandatangan akuan tertentu semata-mata

Mengikut cadangan Najib, semua pembida perlu menandatangani Surat Akuan Pembida manakala pembida yang berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya dan teks perjanjian mengandungi klausa Pencegahan Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membangkitkan isu PKFZ yang lengkap dengan tandatangan pelbagai dokumen tetapi gejala rasuah tetap berleluasa.

“Pada saya tidak hanya pada tandatangan sahaja. Kita tengok isu PKFZ, bukan sahaja ada tandatangan tetapi pelbagai perkara jelik berlaku. Jadi soal ia bukan soal tandatangan sahaja tetapi kepada seluruh sistem itu," katanya.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng pula menganggap cadangan Najib hanya perhiasan dan tiga langkah itu bukan sahaja tidak mampu membanteras rasuah, bahkan mengurangkan gejala itu pun belum tentu.

“Sekarang ini, dari segi amalannya, terdapat sesetengah pegawai tinggi, tengok harga tender itu dan adjust (buat penyesuaian). Perkara ini memang berlaku. Tidak perlu membuat surat tetapi kena ada pelaksanaan secara menyeluruh," katanya.

Khamis, 1 April 2010

MENTERI PERTAHANAN GELABAH...

Edisi Parlimen: Lucunya Apabila Melihat Si Zahid Hamidi Kecut Perut Ketika Diasak Dengan Soalan Panas Oleh Ahli Parlimen Pembangkang Semalam


Sungguh memalukan dan amat mengejutkan bila melihat dan menyaksikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (foto), kecut perut ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat semalam. Beliau ternyata gagal membuktikan kreadibilitinya sebagai seorang Menteri Pertahanan yang berwibawa. Ketika ditanya oleh Mahfuz Omar (Pokok Sena) tentang beberapa pendedahan beraninya kepada media tentang isu pengintipan dan beberapa masalah lain yang melibatkan kementeriannya, Zahid ternyata "bengong" untuk menjawab soalan tersebut terutamanya tentang persoalan rahsia kententeraan negara yang bocor ke tangan asing yang dipercayai melibatkan kedutaan negara terbabit. Zahid tidak mahu mendedahkan fakta sebenar dan mengatakan ia perlu dirujuk kepada bekas Menteri Pertahanan, Najib Razak. Kononnya Najib lebih mengetahui dan beliau senantiasa berbincang dengan Najib tentang apa yang mahu didedahkan. Namun, masalahnya pendedahan yang beliau lakukan terutamanya dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E dan kes-kes lain itu dibuat tanpa merujuk Najib selaku Perdana Menteri. "Kenapa sekarang baru mahu berbincang, sedangkan ketika pendedahan dibuat kepada media dulu dibuat tanpa merujuk Najib", kata Mahfuz. Zahid tersentak dengan beberapa persoalan termasuk pertemuan sulit beliau dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada bulan Jun 2009 yang lalu. Zahid yang dibantu oleh Khairy Jamaluddin (Rembau) beberapa kali menempelak soalan pembangkang itu dan mengatakan Anwar sendiri mempunyai hubungan dengan Israel. Walaupun, wakil pembangkang mempertikaikan pertemuan sulit itu sedangkan Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan rejim Zionis tersebut. Melihat kekecohan yang berlaku, akhirnya Zahid diselamatkan oleh Speaker Wan Junaidi dengan memberi laluan kepada Menteri Kerjaya, Saziman Abu Mansor pula untuk menggulung perbahasan. Tindakan tersebut mengecewakan beberapa ahli parlimen Pakatan yang bangun untuk mencelah seperti Tian Chua (Batu), Azan Ismail (Indera Mahkota) , Yusmadi Yusoff

(Balik Pulau) dan yang lainnya. Ternyata kerajaan UMNO BN amat takut dengan soalan panas yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat di parlimen sebenarnya. Mereka hanya berani di luar dan gusar berhadapan dengan pemimpin pembangkang di dewan.

[Melihat kepada beberapa jawapan yang diberikan oleh Zahid, maka membuktikan kepada kita betapa ceteknya ilmu yang dimiliki oleh bekas Menteri Agama UMNO itu. Zahid seakan menggelabah tatkala membuat kenyataannya. Malah, tindakan beliau memperli Mahfuz Omar kononnya Naib Presiden PAS itu bercita-cita mahu menjadi Presiden PAS gara-gara teruja dengan soalan yang dikemukakan, jelas sekali menunjukkan sikap kurang profesionalnya menteri UMNO ini. Saksikan siarang langsung di PDO]

by pahangdaily

TINDAKAN NAJIB 1 MALAYSIA DIPERSOALKAN PR....

MENGAPA NAJIB UMUM MEB DI LUAR PARLIMEN

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) di luar Parlimen seolah-olah tidak mencerminkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Pengumuman Najib itu bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan kerana pengumuman tersebut dibuat di luar Dewan Rakyat," jelasnya.



Senada dengan Abdul Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan Najib itu seperti menghina kemuliaan Dewan Rakyat.

Ini kerana, menurut beliau, Najib sanggup pergi mengumumkan MEB di luar Parlimen, sedangkan beliau berpeluang membentangkan di Dewan Rakyat sekarang.

Dalam pada itu, Majlis Pakatan Rakyat petang tadi menyifatkan MEB menyadur semangat Agenda Ekonomi Malaysia (AEM).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Najib dilihat memuatkan prinsip-prinsip utama AEM dalam ucapannya, semalam.

"Seolah-olah prinsip utama yang diwar-warkan itu disadur dari AEM (apabila) Perdana Menteri bercakap mengenai keperluan mencapai pendapatan tinggi, membina ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, peralihan bantuan berasaskan keperluan tanpa mengira kaum," jelas beliau di Parlimen.

Jelas Anwar, kesemua prinsip tersebut telahpun diperjuangkan Pakatan Rakyat sejak 2006 lagi, dan kemudiannya menjadi manifesto bersama-sama PKR, DAP dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) yang lalu.

Pun begitu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan I turut dilihat gagal menjelaskan mekanisme lanjutan untuk mencapai kelapan-lapan inti utama MEB.

Bagi Pakatan Rakyat, katanya kerajaan seharusnya menyentuh kaedah-kaedah kerajaan menangani isu rasuah, ketirisan, pembaziran, ketidakbebasan mahkamah, polis dan PDRM tidak profesional sebelum memperkenalkan MEB.

Dengan tidak menyentuh beberapa mekanisme tersebut, menurut beliau, mengakibatkan ekonomi negara terus dilihat tidak menentu oleh para pelabur luar.

Akibatnya, menurut Anwar, dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangkakan akan disalahgunakan oleh kroni-kroni tertentu melalui aktiviti pengkorporatan badan tersebut kelak.

"Pengkorporatan akan dilakukan di mana (dana) KWSP akan dipinda pada satu badan tertentu sedangkan tanpa reformasi menyeluruh, bahaya pada (aktiviti) penswastaan," jelasnya.

Dalam perkembangan yang lain, Majlis Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa PKR direstui untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kelak.

Turut menyertai Anwar, Lim dan Abdul Hadi di Pejabat Ketua Pembangkang adalah Dr. Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR), Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS), Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) dan beberapa pemimpin tertinggi komponen PR.

Harakahdaily