Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Sabtu, 28 Februari 2009



DATO L.A CUBA HALANGI SIDANG DUN TERGEMPAR

February, 2009 · Print This Article


L.A ARAH SU DUN JANGAN HANTAR NOTIS SIDANG PD ADUN

IPOH (27 Feb): Penasihat Undang-undang Negeri Perak sedang berusaha menghalang usaha untuk menghantar notis kepada adun-adun Perak berhubung dengan persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan Selasa, 3 Mac.

Menurut Pengerusi DAP Perak Dato Ngeh Koo Ham, penasihat undang-undang Datuk Ahmad Kamal Mohd Shahid, telah mengarahkan Setiausaha Dewan agar tidak menghantar notis mengenai persidangan tergempar itu.
” Usaha ini adalah “menghina DUN” dan mereka berkenaan boleh dihukuman di bawah peraturan dewan,” katanya sambil menegaskan bahawa Ahmad Kamal tiada hak untuk mencampuri urusan DUN.
“Beliau bukan penaihat kepada DUN. Dia tidak boleh menghalang proses dan keputusan akhir sama ada untuk menghantar notis itu berada di bawah bidangkuasanya. Speaker akan mencari kaedah bersesuaian untuk menghantar notis jika halangan itu berterusan,” kata Ngeh pada persidang media

Dua usul akan dibentangkan pada persidangan itu. Yang pertama oleh Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim untuk mengulangi pendirian dan keyakinan bahawa Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk terus bertindak sebagai Menteri Besar.

Usul kedua ialah oleh Adun Teja, Chang Lih Kang untuk memohon Menteri Besar menyelesaikan krisisis politik semasa dengan kaedah yang sewajarnya untuk membubarkan DUN, termasuk memohon perkenan Paduka Seri Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN.

Jumaat, 27 Februari 2009

Rakaman Ucapan Menjunjung Kasih Titah DYMM SPB Yang Dipertuan Agong


Rakaman Ucapan Menjunjung Kasih Titah DYMM SPB Yang Dipertuan Agong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Malaysia pada 19 Febuari 2009

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Rabu, 25 Februari 2009

SIAPA SEBENARNYA DI BELAKANG "RIBUT" DALAM PKR?

Siapa sebenarnya orang di belakang keributan politik kini? PKR kini seolah diasak kiri & kanan. Apa fasal ahli PKR yang jadi sasaran? Perak jadi kelam kabut berpunca dari DUN PKR. MB Selangor ialah orang PKR, yang kena gasak MACC. Foto seksi juga orang PKR, Bukit Selambau pun PKR. Apa fasal?
-
Orang PAS dan DAP tak pula jadi sasaran utama walaupun ada. Ini semua kerja strategis. PAS & DAP dah berjuang berpuluh tahun & kesannya pada UMNO/BN tak memeningkan. Pernah bekerjasama dengan S46 & PBS. Tetap juga BN menang besar dalam PRU. Jadi bagi dia (mereka), PAS/DAP bukan masalah tunjang. Mereka mesti serang sasaran utama.
-
Sasaran utama strategis ini ialah Anwar Ibrahim. Masuk penjara dia sudah. Ok, reda sekejap, keluar saja penjara, semua orang UMNO/BN huru-hara. Serangan peribadi dah buat, tak jadi. Menang besar di Permatang Pauh. BN dengan segala armada & Jeneral turun, satu undi pun tak dapat curi. Kalau macam itu, serang pula orang-orang dia, sebab yang lain itu tak sekebal Anwar. Bila serang orang PKR, ini akan jadi masalah untuk Anwar. Bagi strategis, kalau nak jatuhkan lawan, bagi masalah yang berterusan. Tak kiralah caranya bermoral atau tidak. Gentleman atau tidak. Pokok pangkalnya biar dia sibuk dengan masalah. Barulah boleh buat serangan yang dia tak sangka-sangka.
-
Taktik begini bukan baru & bukan asing. Tiap minggu kita boleh tengok dalam EPL. Itulah yang dalam kepala tiap pengurus kelab bola. Sebelum kena 'sack', Scolari kata, dia tak ada orang yang boleh bagi masalah pada pihak lawan. Peranan PAS dan DAP dalam merampas 4 negeri dari BN dulu memang tak boleh dinafikan, tapi dominasi Anwar Ibrahim dalam mencatur strategi memang nadi utamanya. Bagi strategis, Anwar Ibrahim ialah masalah terbesar. Kurang lebih 10 tahun saja kerjasama PAS, DAP dengan PKR, hasilnya drastik sekali. Dan kurang lebih 4 tahun saja Anwar Ibrahim bebas & 'all out' berkempen, kesannya 'destructive' sekali bagi UMNO/BN. Drastik & 'destructive', kombinasi yang paling digeruni.
-
Bagi mereka PKR & Anwar Ibrahim ialah benteng yang mesti diruntuhkan untuk memusnahkan Pakatan Rakyat. Kalau PKR & DSAI bermasalah, maknanya bermasalah-lah Pakatan Rakyat. Taktik yang sama DSAI sendiri buat masa kempen PRU ke12, serang pemimpin UMNO, serang DEB, runtuhkan keyakinan rakyat pada UMNO/BN, hasil nya...tak payah disebutlah. Serangan yang paling bagus ialah duit & skandal seks. Ini cara paling mudah & paling efektif selagi ia berlaku di atas muka bumi ini. Jika terjerat sebab 2 benda ini, memang susah nak lepas. Rahim Tambi Chik berbelas tahun nak lepas. Isa Samad masih bergelut. Chua Soi Lek saja yang handal, tak sampai 5 tahun isu seks di hotel, terus jadi Timbalan Presiden.
-
Mungkin ramai yang boleh mengandaikan siapa strategis itu. Khairy Jamaluddin?... Bukan, bukan... jauh panggang dari api. Akal Oxford nya tak-kan sampai ke situ. Dia cuma "master in provocation". BN memang tak ada isu untuk menghentam PR. Langsung tak ada isu, kalau ada pun isu terpencil. Tapi Anwar Ibrahim & PR ada bertimbun isu BN yang nak dijaja pada rakyat. Mood rakyat sekarang pada PR dalam fasa menaik bukit. Laporan para perisik di lapangan melaporkan sokongan kepada PR semakin bertambah-tambah. Belum lagi sampai klimaks atau takat tepunya.
-
Masih ada banyak sebab rakyat nak berpihak pada PR. Beribu fakta PR boleh beri pada rakyat mengapa keadaan ekonomi, sosial & politik kita jadi huru-hara. Sokongan orang Melayu bertambah, sebab orang Melayu suka tunggu & lihat. Mereka dah tunggu & lihat keputusan PRU lepas. Signalnya jelas, PR semakin kuat & popular. Siapa yang tak suka memihak pada yang kuat & popular. Orang Melayu yang atas pagar atau yang dulu undi BN sebab sentimen tradisi akan masuk menyokong PR.
-
UMNO/BN pada pandangan rakyat dah memang sinonim dengan politik wang. Sesuatu yang mustahil untuk dikikis dari pemikiran rakyat hatta untuk 15, 20 tahun akan datang, melainkan Presiden UMNO itu tiba-tiba turun dari langit & berwatak macam Nik Aziz. Serangan-serangan ke atas individu PKR akan berterusan sebab mereka melambangkan Anwar Ibrahim. Jika ada orang PAS & DAP yang boleh dipalitkan, juga tak terkecuali terutama yang ada 'direct network' dengan Anwar. Strategis-strategis ini semua ialah orang yang memihak pada Najib, samada mereka memerlukan Najib atau Najib memerlukan mereka untuk survival. Najib memang bijak orangnya, jika tidak takkanlah dia bakal jadi PM Mac ini walaupun semua orang UMNO & perwakilan tahu kes Altantuya & Razak Baginda bagaikan irama & lagu dengan Najib.
-
Namun strategis utamanya ialah musuh nombor 1 yang juga bekas bos Anwar Ibrahim sendiri. Siapa dia? Kalau bukan Dr.M..
-
Wallahualam.
wd

Selasa, 24 Februari 2009

TOKOH BAHASA SIFATKAN "SEMBAH DERHAKA" NIZAR BERADAB, BUKAN KURANG AJAR ATAU DERHAKA MACAM DAKWAAN UMNO !!!!.

Dato' Seri Nizar Jamalauddin sewaktu melafazkan angkat sumpah menjadi Menteri Besar Perak yang ke 10, 10 bulan yang lalu di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Nizar melambai-lambaikan tangan kepada pihak media sejurus meninggalkan istana setelah bertemu Tuanku Sultan Perak, 5hb Februari lalu Dato' Hassan Ahmad bersama Dato' Dr Anuar Ridhwan (kanan) sewaktu pelancaran kempen Himpunan 100,000 Rakyat Bantah PPSMI di kaki lima Sogo
TOKOH bahasa terkenal, Dato' Dr Hassan Ahmad Hassan menegaskan tindakan Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang melafaz 'sembah derhaka' kepada Tuanku Sultan Perak, jelas menampilkan tindakan 'beradab' beliau dalam menghormati institusi raja dan itu tidak boleh dianggap sebagai derhaka atau penderhaka, lapor Harakah terbaru semalam. Ungkapan 'sembah derhaka' yang digunakan dalam percakapan istana tidak membawa maksud derhaka, menderhaka atau menentang perintah seseorang Sultan. Sebaliknya ia membawa maksud 'tidak bersetuju' dengan sesuatu pendapat atau keputusan Tuanku Sultan. Hassan berkata, sekiranya seseorang itu mengadap Tuanku Sultan dan melafazkan 'sembah derhaka', itu tidak boleh dianggap sebagai derhaka atau penderhaka kerana perbuatan tersebut hanya menyatakan pandangannya yang berbeza atau tidak sependapat dengan Tuanku Sultan. Merujuk kepada kemelut politik Perak, Nizar dilaporkan oleh media utama kononnya telah menderhaka apabila Menteri Besar itu melafazkan kata-kata 'sembah derhaka' kepada Tuanku Sultan Perak sebagai tanda tidak bersetuju dengan titah Tuanku Sultan agar beliau melepaskan jawatan Menteri Besar Perak. "Itu adalah cara paling beradab Nizar untuk menyatakan perbezaan pendapat beliau dengan keputusan Sultan. Itu bukan membawa maksud menentang atau derhaka. "Yang dikatakan derhaka apabila Nizar menentang atau melawan kuasa perintah Sultan seperti mengurangkan kuasa raja-raja dalam perlembagaan dan undang-undang," tegas beliau yang juga Pengerusi Yayasan Karyawan ketika dihubungi. Mengulas lanjut isu yang telah dimanipulasi media dan pimpinan BN semahunya ini, Hassan menyifatkan ia mainan politik BN semata-mata. Katanya, kontroversi derhaka sudah terjadi di Terengganu ketika krisis perlantikan Menteri Besar dan penyokong BN jelas menentang Tuanku Sultan tetapi itu tidak pernah dianggap derhaka oleh media. Tetapi ujarnya, apabila pihak lawan (PAS) yang jadi musuh mereka (BN), isu seperti yang menimpa Nizar dianggap derhaka. "Nizar melafazkan sembah derhaka secara berdepan dengan Tuanku Sultan ketika menyatakan percanggahan pandangan beliau. Sedangkan di Terengganu, ada pihak yang berdemonstrasi dan menghina Tuanku Sultan secara belakang-belakang. Itu boleh dianggap derhaka," tegas beliau lagi. Kenyataan Hassan itu turut disokong seorang lagi tokoh bahasa, Prof Emiritus Dato' Abu Bakar Abdul Hamid yang mempertegaskan istilah 'sembah derhaka' itu sebagai ungkapan pembuka kata yang digunakan oleh rakyat Melayu secara tradisi apabila mahu menyampaikan berita yang tidak baik seperti tentang pengkhianatan seorang pegawai istana atau apabila seorang pegawai istana tidak bersetuju dengan titah seorang Sultan. Jelasnya, pihak yang melaporkan itu akan memulakan bicaranya dengan mengatakan, "Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. Sembah patik ini sembah derhaka". "Ini bahasa yang halus yang digunakan dalam masyarakat Melayu lama sebagai alas cakap sebelum menyatakan pendapatnya yang bertentangan dengan arahan Paduka Raja," tegas beliau ketika dihubungi. Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin menuduh Nizar derhaka kepada Tuanku Sultan Perak berikutan penggunaan istilah 'sembah derhaka' bagi menyatakan tidak bersetujunya beliau terhadap permintaan Tuanku Sultan agar beliau meletakkan jawatan Menteri Besar. Berikutan itu, semua media kuasaan BN telah memanipulasikan didu dehaka ini untuk mengaburi mata rakyat, dengan menggambarkan Nizar sebagai seorang penderhaka kepada Tuanku Sultan Perak.

kerabu

Ahad, 22 Februari 2009

DRAMA AGUSTINE (GULA HACK) BERULANG KEMBALI................

ADA SEBAB PENGERUSI SPRM, ...... UMNO..........

Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said, 25 tahun anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi SPRM seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .Beliau juga digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.

Pegawai kastam Australia telah menahan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide , selepas menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur yang bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students."

Satu adegan rogol memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya, kata Majistret Simon Smart.

Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung (Ahmad Shauqi no; 1086993) kerja untuk siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Berita mengenai kejadian ini tidak dilaporkan oleh media massa arus perdana di negera ini.

Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.

Berbalik daripada tajuk dan gambar diatas, kesannya kepada
Ahmad Said Hamdan, maka diperalatkan olih BN. Kerana kepentingan dan maruah, beliau sanggup menjadi barua umno. "Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN.

Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik.

YB Karpal Singh membidas tindakan Ahmad Said Hamdan sebagai tidak kompeten untuk menyiasat.Beliau akan merujuk Ahmad Said kepada Seksyen 58 Akta SPRM 2009 yang menyatakan pendakwaan bagi kesalahan di bawah akta itu tidak boleh dilaksanakan, kecuali melalui atau dengan kebenaran pendakwa raya.Hamdan sebagai tidak kompeten untuk menyiasat. Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa.



Sabtu, 21 Februari 2009

Datuk Sri Nizar di Martabatkan dengan Aura dari Ilahi. ( DSAI 2)

2 situasi. 2 aura. Yang 1 'ditakuti' kerana dikawal ketat [link], rakyat nak dekat pun tersontot. Satu lagi betul-betul 'merakyat'. Ada sesiapa nak nafi ? Misbah berlabun kat bawah, hangpa layan..

..semalam saya solat Jumaat di Sungai Rokam. Saya melihat kelibat YB Dato' Seri Diraja Tajol Rosli yang juga solat di situ. Selesai solat saya bersembang dengan beberapa kenalan. Kenalan saya beritahu, minggu lepas Dato' Zambry solat Jumaat di masjid ini, selesai solat tidak ada yang mengerumuninya untuk bersalam-salaman mengucapkan tahniah, adalah beberapa orang. Kata kenalan saya, anaknya sendiri perasan dan bertanya mengapa MB ini tidak ada yang bersalaman secara berpusu-pusu sebagaimana Hj Nizar yang ke mana sahaja ia pergi pasti akan dikerumuni oleh orang ramai samada sewaktu masih ada kuasa atau setelah dijatuhkan.


Kemesraan pemimpin bersama rakyat jelas tergambar
- sewaktu dimasjid Sungai Rokam

Saya melihat sendiri, Tajol Rosli sewaktu melangkah keluar dari masjid, juga tidak ada yang mengerumuni untuk bersalam-salalam dengannya, semua orang buat tidak tahu. Saya mahu juga bangkit untuk bersalaman, tetapi tak sempat, beliau sudah memakai capal untuk balik.


Mereka kasih dan menghormati Hj Nizar sebagai Menteri Besar

Sepanjang saya mengiringi Hj Nizar ke masjid, surau, pasar atau di mana sahaja baik sewaktu berkuasa atau sekarang, tidak pernah MB kita tidak dikerumuni orang ramai, sebaik selepas solat atau tamat apa sahaja acara, orang ramai berpusu-pusu, Melayu, India, Cina, Orang Asli, kanak-kanak, orang tua semuanya bersalam-salaman. Inilah pemimpin yang disayangi dan disenangi rakyat.

(*) wak tukang lapor saja..!

olih banjar

Jumaat, 20 Februari 2009

“Kali ini giliran BN pula merasa,”-Dr Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Sungguhpun Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir Zambry tidak berpuas hati dengan Speaker DUN Perak, V Sivakumar atas keputusannya menggantung dan melarang beliau dan enam Exco daripada menghadiri sesi DUN, namun tindakan itu dibuat mengikut peruntukan kuasa yang ada.

Demikian pandangan pensyarah undang-undang Profesor Dr Aziz Bari yang menyatakan bahawa Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat keputusan tersebut.

“Speaker ialah ketua Dewan…pada asasnya,” katanya dan menyatakan terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat sebelum

“Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel,” katanya dalam sebuah laman web.

Abdul Aziz berpendapat di peringkat persekutuan, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini pernah beberapa kali membuat keputusan yang dianggap ‘tidak munasabah, menolak usul, menggantung Ahli Parlimen dan sebagainya’.

“Kali ini giliran BN pula merasa,” katanya.

Abdul Aziz memberitahu bahawa Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin mempunyai hak untuk membawa kes itu di makamah atas sebab ‘posisi kabur kerajaan Zambry.’

Sementara itu peguam Karpal Singh juga turut bersetuju dengan tindakan Sivakumar dan menyatakan bahawa ianya di bawah bidang kuasa beliau selaku Speaker. -azm/mks.

Khamis, 19 Februari 2009

TAKKAN 20 KES RASUAH... LEBIH 10 THN JADI MB...........?????
BANYAK LAGI KES RASUAH MASIH DIKUMPUL, UTK SPRM............



1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.


3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.
"bahawasanya: UMNOlah yang telah meminda Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1993, dimana imuniti raja-raja telah dihapuskan dan raja-raja boleh disaman dan di bawa ke mahkamah"..:klik ini...



SABAH BELI VOLVO MENGAPA TAK KECOH......????????????????


Bila kerajaan PR Perak membeli dan menggunakan Toyota Camry (bukan kereta mewah pun!) riuh rendah satu Malaya kononnya kerajaan PR membazir, tidak loyal kepada kereta nasional dan macam-macam.

Namun dalam diam-diam kerajaan BN Sabah menggunakan kereta Volvo yang jauh lebih mahal harganya berbanding Camry. Mengapa menteri dan media-media pengampu BN senyap sepi tidak mensensasikan perkara ini.

Inilah sikap talam dua mula menteri dan juga media pengampu.

Rakyat mesti faham dan sedar akan isu ini. Jangan mudah tertipu dengan tipu muslihat BN dan media pengampunya untuk mengabui mata rakyat.



NAK JADI TIMBALAN PRESIDEN KONON.....


Semalam kita dapat mendengar calun-calun Ketua Pemuda UMNO diinterbiu oleh seorang pengacara, Dr Agus Salim.

Ramailah yang memberi pendapat dan pandangan mengenai interbiu yang dianggap 'debat'. Dalam masing-masing memberi pendapat, adakah mereka terfikir bahawa jawatan yang ditanding hanya Ketua Pemuda UMNO? Ada calun dipuji seolah 'orang muda' bertanding President UMNO.

Melihat mereka yang mahu melihat 'orang muda' bunyi macam 'orang tua', ana ada cerita mengenai orang tua bunyi macam ... 'orang muda', gut?

Al kisahnya ada seorang Tan Sri calun Timbalan Presiden UMNO menjemput kawan-kawan makan malam untuk mendapat timbal balas. Semua yang datang duduk di sebuah meja dengan Tan Sri ini.

Seorang demi seorang memberi buah fikiran tentang hasrat Tan Sri ini untuk bertanding Timbalan President UMNO. Ada memberi pendapat mengenai prospek kemenangan, persimpangan kerjaya politik, dan taktik kempen.

Semua berbincang dengan nada membodek untuk memuji, menyokong dan menyetuju. Setuju, prospek Tan Sri baik. Kena berusaha saja.

Setuju, Tan Sri saja berupaya membawa agenda ini dan itu. Si polan tu tak boleh harap. Dia ada kes ini dan itu. Tan Sri tak ada.

Setuju, jangan risau cerita-cerita lama. Orang dah lupa. Ah, bawak-bawak lari tu cerita lama. Itu biasa orang jantan.

Pendik kata, keliling meja setuju Tan Sri patut bertanding. Apa yang diharap dari Tan Sri untuk bertanding, wallahu alam.

Dalam semua menyuarakan sokongan dan persetujuan, tinggal seorang lama yang diam sahaja mendengar dan memerhati gelagak masing-masing. Tan Sri menyedari kesunyian dari dia yang duduk disebelah dan bertanya pendapatnya.

"Saya tak ada pendapat Tan Sri. Tapi saya ada beberapa soalan-soalan yang perlukan jawapan. Lepas itu baru saya boleh membuat perkiraan saya samada setuju atau tidak setuju Tan Sri bertanding."

Tan Sri minta dia teruskan.

"Soalan saya Tan Sri, apakah pembaharuan-pembaharuan yang telah dan dirancang akan UMNO lakukan untuk mudah diterima rakyat?

Tan Sri mengangguk-angguk kepala dan minta diteruskan soalan.

"Kedua, apakah rancangan-rancangan yang UMNO perlu lakukan untuk memulih dan memperkasakan semangat serta komitmen ahli-ahli kepada perjuangan UMNO?

Tan Sri mendengar mengangguk.

"Ketiga, adakah Nasionalis Melayu masih releven dalam persepektif politik baru yang dicanangkan oleh pembangkang?

Tan Sri bertambah syok dengan soalan-soalan dan memandang terus kepada pembicara.

"Keempat, kompromi yang dibuat oleh Pakatan Rakyat kepada sosial kontrak dan hak keistimewaan orang Melayu diterima oleh pengundi bukan Melayu. Adakah kita tawaran yang lebih baik?

Semua di meja ikut memberi perhatian dan memgikut-ikut Tan Sri mengangguk

"Kelima, apakah dunia politik baru yang boleh UMNO bina untuk lebih menarik dari politik keterbukaan dan liberalisasi yang dituntuti oleh pengundi-pengundi sekarang?

Belum saudara itu menyambung soalan keenam, Tan Sri bersuara, "Bagus-bagus soalan. Emm ... saya setuju lah dengan awak."

Setuju? Setuju dengan soalan? Orang nak dengar pendapat.

Blurrr... ini calun Timbalan Presiden, beb!




Nazri Buta Undang-undang, tuduh Speaker Mabuk......

KUALA LUMPUR, 18 Feb.:- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, mengeluarkan ulasan awal mengenai penggantungan Zambry dan 6 Exco yang melakukan rampasan kuasa di Perak dengan berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar, melarang yang terlibat daripada menghadiri sesi Dewan sebagai satu komedi.

Sebetulnya ulasan dari Nazri lah satu komedi dan menunjukkan kejahilannya mengenai peraturan dewan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak. Sambil menyifatkan perlakuan Speaker itu juga mempersendakan Dewan berkenaan, tetapi realitinya Nazri lah yang buta undang-undang dan mempersendakan peraturan dewan yang ada di Perak.

Nazri juga mempersendakan tindakan V.Sivakumar dengan berkata, "Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu" . satu kenyataan yang tidak bertanggung jawab dan tidak menghormati langsung undang-undang sesebuah negeri.

Pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen di sini hari ini Nazri sepatutnya terlebih dulu merujuk dengan teliti asas dan peraturan yang ada sehingga Jawatankuasa hak dan kebebasan bertindak terhadap Zambry dan 6 Exco kudeta.

Kenyataan akhbarnya dengan menggunakan perkataan "komedi",dan "beliau langsung mempunyai bidang kuasa itu" adalah kalimat yang sengaja memperkecilkan tindakan yang dilakukan Speaker dan ahli jawatankuasa hak dan kebebasan yang sah menurut undang-undang.

Rabu, 18 Februari 2009

Fasal 18 (2)b-ini BKAN KUASA MUTLAK SULTAN
60.53.185.98


dalam undang-undang Perlembagaan Malaysia KUASA MUTLAK SULTAN SUDAH TIADA. IA TERTAKLUK KEPADA PERATURAN UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN. SULTAN ATAU RAJA BUKAN LAGI SATU INSTITUSI TERASING DAN TERPISAH DENGAN KEHIDUPAN KUASA MUTLAKNYA DALAM SISTEM DEMOKRASI BERPERLEMBAGAAN.

YDP AGUNG, SULTAN NEGERI, MAJLIS RAJA-RAJA MAHUPUN KERABAT MEREKA SEMUANYA TERKANUN DALAM UUNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI... BERMAKNA IA DUDUK DIDALAM LENGKONGAN DEKRI UNDANG-UNDANG ITU ...BUKAN DUDUK DIATAS SEBAGAI KEPALA SEGALA KUASA.

SEMUA TAHU BAGAIMANA PROSES UNDANG-UNDANG ITU DALAM SISTEM DEMOKRASI....DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT OLEH RAKYAT UNTUK RAKYAT......MALAYSIA MASIH MENGGUNAPAKAI PERLEMBAGAAN YANG DIBUAT OLEH SURUHANJAYA REID..

DIBAWAH LINGKUNGAN DEKRI PERLEMBAGAAN ITU JIKA YDP AGONG, SULTAN NEGERI MAHUPUN KERABAT MEREKA JIKA TELAH MENJALANKAN TINDAKAN MENYELEWENG ATAU MENYELEWENGKAN DIKRI ITU SEBAGAI CONTOH DALAM PENYALAHGUNAAN PERKARA "BUDIBICARA RAJA" MAKA RAKYAT BIASA YANG TAAT KEPADA NEGARA MEMPUNYAI HAK DAN BOLEH MENYAMAN...SETERUSNYA BOLEH MENYERET YDP AGUNG, SULTAN MAHUPUN KERABAT MEREKA UNTUK PENGADILAN....
...tindakan ini bukan menderhaka pada raja..sebaliknya adalah satu proses hak keadilan rakyat sebagai HARGA taat setia kepada negara...CHNYA TENTULAH SEMUA ORANG TAK MAHU MELIHAT DENGAN PENGGUNAAN BUDIBICARA ITU MEMBOLEHKAN NEGARA DICEROBOH MUSUH....BOLEH MENGGUNAKAN WANG MEMBELI KUASA UNTUK MEMERINTAH, MENJUAL RAKYAT SEBAGAI HAMBA ABDI DSB.

Fasal 18 (2)b dimana menyatakan bahawa Sultan boleh mengunakan budi bicaranya dalam melaksanakan kuasa yang diperuntukkan dibawah undang-undang tubuh negeri........

Selasa, 17 Februari 2009

Mengapa "MUFTI" ini di benci???

Seperti yang dilaporkan, Dato Harun Din telah membidas Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato Harussani Zakaria. Laporan tersebut boleh dibaca di sini. Bagi saya, ini adalah langkah pertama terhadap "penyatuan" semula PAS.

Kemunculan fraksi UMNO dalam PAS ini ada kaitannya dengan Mufti Perak, Harussani Zakaria. Saya tak nak cerita panjang tapi cukup saya katakan bahawa Dato Harussani telah menggunakan hubungan beliau dengan beberapa orang Ahli Majlis Syura Ulama untuk "mengadu" kononnya Islam dan Melayu adalah dalam bahaya hasil dari kekalahan UMNO di Perak dan seluruh Malaysia.

Lantaran dari itu timbul pula berbagai-bagai "cerita"kononnya Islam dalam bahaya dan DAP sedang menghancurkan Islam. Yang lagi aneh, cerita2 ini datangnya dari Selangor sahaja dan hampir tiada cerita datang dari Perak.

Hasilnya, seperti yang kita semua sudah maklum, berlakulah muzakarah dan muqabalah dan segalanya. Berlakulah juga "geng Terengganu" mengambil sikap menyokong usaha membawa PAS masuk BN ini.

Di Selangor pula, usaha ini disokong gagah kerana kononnya Baginda Sultan mahukan wakil PAS menjadi MB dan bukannya wakil PKR. Maka, tak hairanlah semua cerita fitnah berkenaan Pakatan Rakyat menghancurkan Islam datangnya dari Selangor. Cerita kononnya azan tak dibenarkan di dua masjid di Selangor sebenarnya mula berlegar-legar di kalangan orang PAS Selangor dan bukan datang dari UMNO. UMNO ambil certia tersebut kemudiannya untuk dipolitikan.

Tidak ketinggalan kononnya cerita Anwar Ibrahim musuh Islam, liberal, tidak hormat PAS dsbnya. Semuanya berlegar-legar di kalangan ahli dan setengah2 pimpinan PAS.

Cerita seperti PAS dipinggirkan, PAS tidak diperdulikan, PAS dianaktirikan, PKR dan DAP tidak hormat pada dasar PAS, juga berlegar hebat walaupun ianya adalah dongengan semata-mata.

Mereka yang menentang usaha ini (seperti saya)digelar tidak wala' pada ulama. Lama saya memikirkan fitnah ini dan bagaimana ianya terhasil. Rupanya, fitnah ini bermula kerana usaha membawa PAS masuk UMNO bermula dengan pujuk rayu dari Harussani Zakaria kepada beberapa ahli Majlis Syura Ulama.

Yang hairan juga, TOk Guru Nik Aziz juga menentang usaha untuk membawa PAS dengan UMNO ini dan setahu saya TGNA bukan sahaja seorang ulama tetapi Tok Guru.

Kemuncak dari itu kita lihat sendiri bagaimana Syed Azman telah ditolak dari menjadi calon Kuala Terengganu walaupun 2/3 cawangan PAS di Kuala Terengganu mencalonkan beliau. Namun, hasil usaha beberapa pimpinan PAS Terengganu yang telah expire konspirasi meminggirkan Syed Azman berjaya.

PAS berjaya menang Kuala Terengganu juga kerana UMNO salah pilih calon dan bantuan Anwar Ibrahim berkempen. Jentera PAS tempatan rata-rata memboikot kempen namun mereka tetap keluar mengundi. Ceramah Tuan Guru Haji Hadi tak ramai yang datang masa itu. Malahan, ceramah Raja Petra lagi ramai orang.

Harussani Menampakkan Belang Sebenar !

Rupanya, tindakan Harussani Zakaria itu bertujuan untuk melemahkan PAS untuk membolehkan UMNO menjalankan konspirasi mereka tanpa merisaukan gerak geri PAS. Dengan PAS berpecah sedemikian, maka PAS tidak mampu menggempur UMNO di peringkat akar umbi.

Hasilnya, UMNO mampu bergerak dengan bebas dan laba pertama mereka adalah merampas kembali kerajaan Perak Darul Makmur. Hikmah dari peristiwa ini adalah tembelang Harussani pecah. Sekarang ini saya yakin ramai Ahli Majlis Syura Ulama sedar mereka telah ditipu hidup-hidup oleh Harussani.

Kita kena sedar walaupun Harussani ini Mufti, tapi beliau TETAP UMNO. Beliau memberi wala' kepada UMNO dan bukannya kepada Islam. Ertinya, cakap2 beliau harus diambil dengan penuh hati-hati.

Kita patu bersyukur kerana Harussani tidak bercaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz. Ini kerana TGNA mempunyai pengalaman politik yang cukup luas berbanding dengan majoriti Ahli Majlis Syura Ulama PAS. Sebab itulah TGNA tak dapat dipengaruhi. Hasilnya usaha membawa PAS masuk BN gagal.

Ulama Tidak Maksum. Itu Adalah Ajaran Islam !

Yang kita persoalkan bukan ilmu ulama2 tetapi yang dipersoalkan adalah kefahaman mereka tentang waqi' atau realiti. Hukum akan berubah mengikut waqi'. Misalnya, kalau waqi' adalah dalam keadaan "darurah" seperti tawaf haji, maka tersentuh kulit tidak batal solat. Tapi kalau waqi' dalam keadaan biasa, maka batal.

Begitulah juga dalam hal ini. Yang dipersoalkan oleh saya adalah kefahaman tentang waqi' atau realiti. Realiti yang ada tidak memerlukan kita bekerjasama dengan UMNO. Kenapa? Kerana kita lebih berpengaruh dalam barisan Pakatan Rakyat berbanding dengan dalam Barisan Nasional.

Juga, tiada bukti menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat ini anti Islam dan merugikan Islam. PAS pada masa itu dan sekarang telah bertindak dan menghukum berdasarkan kepada cerita-cerita dongeng semata-mata.

Masa Untuk Bersatu !

Sekarang tembelang dah pecah, cempedak dah jadi nangka. Kebenaran telah terserlah. Masanya kita bersama dan merapatkan saf semula. Segala cerita untuk membawa PAS masuk UMNO harus ditanam sedalam-dalamnya ke dasar tanah.

Jelas UMNO telah mendapat laba dari perpecahan PR sehingga PR hilang satu negeri.Bayangkan kita baru sahaja mengadakan Muktamar di negeri yang UMNO baru sahaja rampas.

Salam sejahtera..

Apa yang MB berucap semalam ia akan berpindah dalam dua tiga hari.. semasa hari minggu lepas aku sempat mengambil beberapa gambar suasana rumah MB yang dibina mungkin dalm tahun 80 han lagi..bayangkan kalau Rumah MB dah macam tu punya hebat dibina oleh puak-puak UMNO yang tukang perabih harta rakyat, apatah lagi Rumah PM di Putra jaya.. berapa ratus juta habis duit rakyat dipelingkupnya..

Cuma bila MB IR Nizar menduduki rumah ni, ia mempraktikkan rumah ni sebagai pusat ilmu,, dijemputnya penceramah-penceramah datang memberi ceramah bersama-sama dengan rakyat… Sila klik 2x tetikus pada gambar untuk lebih jelas…

Inysyallah .. dengan kuasa yang pada mu Ya Allah..engkau kembalikanlah pada hak…

Ahad, 15 Februari 2009

KITA HARUS BERSATU, BENTUK RENCANA BARU
RUKUN PEMIMPIN @ AKU JANJI

semenjak dahulu,kita di gula gulakan dengan RUKUN NEGARA,diatas alasan untuk menjadi warganegara yang berguna,menghormati dan mentaati pemerintah demi kestabilan negara.

tetapi,para pemimpin yang dipilih oleh rakyat sendiri tidak menghormati rukun negara.mereka lupa yang mereka di pilih oleh rakyat.rukun negara untuk rakyat.bukan untuk mereka.kuasa dapat mengatasi undang undang.

kita bakal menghadapi dua pilihanraya kecil tidak lama lagi.adalah lebih baik pihak pakatan rakyat,menubuhkan satu panel khas untuk mendrafkan satu RUKUN PEMIMPIN @ AKU JANJI pemimpin kepada rakyat sebagaimana rukun negara.

Setiap pemimpin yang bakal bertanding sebagai ADUN mahupun ahli parlimen perlulah membacakan aku janji tersebut di hadapan rakyat kawasan masing masing.

mungkin satu cadangan bodoh,tetapi rakyat tahu yang pemimpin telah berjanji dan bersupah taat setia di hadapan mereka sendiri.

jangan rakyat sahaja yang ada RUKUN NEGARA,para pepimpin juga perlu ada rukun kepada rakyat.saat untuk di laksanakan amat sesuai.pilihanraya kecil bukit gantang ( parlimen ) dan bukit selambau ( dun ) bakal berlangsung.kita mulakan di sana.

OLIH R.R

USUL TERGEMPAR DI PARLIMEN MINGGU DEPAN

Hari ini pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat mengadakan perbincangan dalam satu bengkel khas. Wartawan Mstar, G.Manimaran menulis: Usaha membentuk 'Kabinet Bayangan' dijangka menjadi antara fokus perbincangan bengkel khas Pakatan Rakyat di sini hari ini. Baca kat sini

Teman tak kisah sangat tentang Kabinet Bayangan atau Kabinet Tanpa Bayang. Jangan pemimpin Pakatan Rakyat beri fokus untuk ujudkan Kabinet Tanpa Berpakaian , sudahlah.

G. Marimaran juga mencatatkan: Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin kanan anggota Pakatan Rakyat juga membayangkan kemungkinan pihaknya akan membincangkan usaha membawa usul kepercayaan ke atas kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Seterusnya mencatat lagi : Justeru, kata pemimpin itu, Pakatan Rakyat akan membincangkan kemungkinan membawa usul sedemikian apabila Parlimen mula bersidang minggu depan

Yeop bang, dalam kes seperti kemungkinan usul seperti itu hendak dibawa di Dewan Rakyat, teman kena kisahlah.

Katakan ahli Parlimen Pakatan Rakyat betul-betul membawa usul tersebut , apakah Yang DiPertua Dewan akan berkata bahawa dibawah peraturan mesyuarat sekian-sekian sekian, usul ini boleh diterima dan dibentangkan.

Maka akan terkejutlah teman serta setiap rakyat yang berakal dan prihatin akan perkembangan politik di Malaya ini ,adanya.

Susungguhnya teman tak konpius kalau rakyat yang berakal dan prihatin akan membuat pelbagai andaian misalnya seperti berikut:-

1. Usul ini membuktikan pemimpin Pakatan Rakyat sayang pada Bang Dollah kerana sejak dua menjak ini PM malaya tu sudah semakin cerdik dan tak tidur lagi di depan khalayak.

2. Usul ini menunjukkan pemimpin Pakatan Rakyat telah bersetuju menyokong Bang Dollah untuk meneruskan ajenda pembaharuan yang entah apa-apa.

3. Usul ini membuktikan terdapat kerjasama di antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan Bang Dollah secara senyap sepi.

4. Usul ini banyak di pengaruhi oleh DSAI yang terhutang budi pada Bang Dollah kerana secara tidak langsung telah membantunya bebas dari tuduhan meliwat dan juga mengenangkan jasa menantu Bang Dollah yang telah bersusah payah menghantar Paspot Antarabangsa ke rumahnya di satu malam yang sunyi dan sepi , bagi mempercepatkan urusannya berubat di German selepas dibebaskan 4 tahun yang lepas.

5. Usul ini akan membuat Ahli Parlimen BN , berada dalam keadaan serba salah. Tak sokong, nampak sangat mereka mahu cepat Bang Dollah berambus dari kerusi empoknya. Kalau sokong, apa pula kata si bibir merah yang bagai diginchu.

6. Mungkinkah semasa usul ini dibuat , Bang Dollah terpaksa dengan sengajanya menyibukkan diri samaada didalam dan luar negeri dan tak hadir di Dewan Rakyat. Atau pun Bang dollah akan turut hadir untuk menyokong usul itu.

7. Kalau usul ini diterima dan disokong oleh majoriti ahli Parlimen , apakah sibibir Merah akan dikenakan hukuman ketuk ketampi oleh isterinya.

8. Kalau usul ini 'menang' apakah Pemimpin Pakatan tak akan lagi mengkritik 'ajenda pembaharuan' yang sedang dan akan dilakukan oleh Bang Dollah.

9. Mungkinkah usul ini menunjukkan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat lebih cuak dengan si bibir Merah yang dikatakan sedang menganas untuk melakukan kudeta disetiap negeri yang dikuasai oleh Pakatan rakyat.

10.Mungkinkah usul ini merupakan peperangan peribadi yang terbesar oleh DSAI terhadap si bibir merah.

Adakah sesiapa yang boleh tolong sambung 5 atau lebih lagi andaian rakyat sekiranya usul ini berjaya dibawa ke Dewan Rakyat????

YB V.SIVAKUMAR MASIH SPEKER DUN PERAK YG SAH...

Masalah akan menanti “kerajaan haram” Zambry Kadir apabila DUN Negeri Perak mula bersidang nanti.

V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat masih lagi seorang Speaker DUN yang sah. Yang lebih menyakitkan lagi, V. Sivakumar tidak boleh dipecat melalui proses “Undi Tak Percaya” menurut perlembagaan negeri Perak.

Selain daripada itu, V. Sivakumar juga mempunyai hak untuk tidak membenarkan Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang untuk menghadiri Sidang DUN yang beliau sendiri mengumumkan kekosongan bagi ketiga-tiga kerusi DUN tersebut baru-baru ini.

Ketiga-tiga Adun tersebut terpaksa membawa kes ini ke mahkamah untuk membuktikan bahawa mereka masih lagi sah sebagai Adun.

Menurut Perlembagaan Negeri Perak, kerusi Speaker akan kosong hanya jika Speaker meletakkan jawatan atau hilang kelayakan untuk menjadi Speaker.

Hanya satu jalan bagi BN untuk mengosongkan kerusi tersebut ialah melalui pembubaran DUN.

Jika tidak, terpaksalah BN menghadapi V. Sivakumar sebagai seorang Speaker DUN dari Pakatan.KLIK berita lanjut.

Sabtu, 14 Februari 2009

MENCERMINKAN PAKATAN RAKYAT DIATAS BUKIT-BUKIT;

Hati-hati 2 bukit yang tinggi makna...
Pilihan raya kecil dipenghujung tempoh 60 hari, 7 minggu dari sekarang. Kita bolih menang tanpa bertanding,AWAS.

Kali ini PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, kempen mesti sistematik dari mencula sampai le ke ceramah. Kempen secara bersepadu perlu diambil, tidak setakat perancangan parti masing-masing. Pengarah gerakan perlu centralised, basecamp semasa PRK perlu ditambah dan diketuai oleh seorang ketua. Kalau boleh setiap ceruk kampung. Risalah perlu diedar bertali arus. Arahan mestilah dipatuhi. Bantuan PR dari luar perlu didaftarkan. Permainan ini nampak semakin kotor oleh pemimpin UMNO yang desprado sambil dibantu oleh SPR yang jelas menyebelahi BN. Bukan sahaja jelas dari tindakan SPR sendiri tapi dari muka Pengerusinya sendiri. Atau mungkin PR menang tanpa bertanding sebab ini perkiraan besar bagi UMNO/BN. BN sudah longlai, hanya UMNO yang mengepalai BN, parti yang lain sudah hancur tidak mendapat sokongan rakyat. Macam lawan boxing, UMNO/BN sudah terhoyong hayang, tumbukan sauk kedagu UMNO pasti menyungkurkannya.

BAGINDA SULTAN SELANGOR, SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TANGGUNG LE....


Kalau takat membuat UMNO marah hanya takat kena maki NATANG je.tapi kalau buat rakyat marhaen marah sampai mati di kutuk dan di hina. yang sebenarnya rakyat marhain tidak memerlukan sultan dan raja,tetapi sultan dan raja yang memerlukan rakyat. selama ini rakyat diam membiarkan segala kekayaan negara di bahagi oleh raja-raja dan pemimpin.rakyat diam. ingatlah...


Krisis perlembagaan di Perak berbeza dengan krisis di Terengganu dan Perlis semasa pasca pilihanraya PRU 12 Mac 2008. Mari kita buat perbandingan :

i) Sultan Terengganu tidak mahu MB Idris Jusoh, tetapi baginda tetap berkenan dengan mana-mana ADUN UMNO untuk jadi MB. Baginda tidak pula memandai-mandai mahu ADUN PAS jadi MB kerana baginda tahu menghormati pilihan rakyat dalam pilihanraya.

Baginda tidak "merosakkan" imej baginda di mata rakyat . Baginda tetap menghormati majoriti rakyat memilih BN untuk terajui Terengganu.

Perkara yang sama berlaku di Perlis. Raja Perlis tidak berkenan dengan MB Shahidan Kassim. Tidaklah pula baginda mahu calon tunggal PAS(sebelum Ust Hashim Jasin diisytiharkan menang) jadi MB Perlis.

Bahkan Sultan Terengganu dan Raja Perlis mendapat sokongan segala rakyat jelata dalam menghadapi krisis tersebut. Rakyat bertambah sayang dan kasih kepada Sultan dan Raja mereka.

Untuk makluman, Sultan Terengganu dan Raja Perlis tidak pernah jadi Ketua Hakim Negara tetapi baginda berdua "reti bahasa" dengan demokrasi !

ii) Krisis di Perak. Asalnya terlalu mudah untuk di selesaikan. Selepas SPR menolak pilihanraya di DUN Behrang dan Changkat Jering, Sultan Perak sepatutnya sudah dapat baca kesan politik yang bakal di hadapi di Perak. Baginda sewajarnya membubarkan DUN untuk memberi peluang kepada rakyat memilih semula kerajaan negeri. Malangnya baginda memilih untuk "berperang" dengan rakyat.

Peliknya mengapa Baginda tergamak "memutuskan hubungan" dengan rakyat jelata tetapi menjalinkan hubungan mesra dengan "perompak harta rakyat" selama 50 tahun? Bahkan dengan "pengguna tegar C4" ?

Jika baginda berbuat demikian kerana murka dengan MB Nizar dan Kerajaan Pakatan Rakyat memberikan geran 999 tahun kepada orang Cina yang miskin dan warga negara di kampung baru , tetapi mengapa baginda tidak murka dengan pemberian puluhan ribu ekar tanah Melayu kepada kroni UMNO dan taukeh cina yang kaya raya semasa pemerintahan UMNO di Perak selama 50 tahun?

Adakah kerana UMNO bagi komisen kepada Istana?

(Raja Nazrin ungkit tentang British ambil Tanah Melayu 60 tahun yang lalu di satu seminar di KL, tetapi membisu dengan kejahatan UMNO memberi puluhan ekar tanah kepada taukeh cina, merampas tanah rakyat dan bagi kepada pemaju, sekat bantuan kepada Sekolah Agama)

Dulunya rakyat menyanjung tinggi dengan titah baginda dan Raja Muda yang pakar undang-undang. Selepas ini, titah baginda berdua akan dijengkelkan dan dibakulsampah oleh rakyat.

Nampaknya Sambutan Jubli Perak akan di sambut sakan oleh Kerajaan Haram UMNO lantikan Baginda Sultan.

Jika di Kedah Sambutan Jubli Emas di sambut meriah dan didoakan kesejahteraan oleh rakyat jelata, agaknya bagaimana pula di sambutan di Perak?

Pokoknya sambutan Jubli Perak Sultan Perak dimulakan dengan "pertabalan MB Haram UMNO" dan percikan bunga api .......oopps maaf......tembakan gas pemedih mata di masjid! Mungkin ini adalah "hadiah" Sultan Perak buat rakyat jelata.


Jumaat, 13 Februari 2009

KEMPIN PILIHANRAYA KECIL (prk)

P59 Bukit Gantang diPerak dan N25 di Kedah;







Pantun sikit


Bukit Gantang, Bukit Selambau,
Diibu kota Bukit Aman,
Ramai-ramai orang dah tak mau'
Pilih umno/BN dah rasa ketinggalan zaman.

HIDUP BERSENDIKAN ADAT, ADAT BERSENDIKAN HUKUM, HUKUM BERSENDIKAN KITABULLAH

Jumaat 6 Februari 2009 adalah hari yang menyedihkan bagi orang Melayu dan institusi Raja-raja Melayu. Raja Muda Perak disekat di jalanraya dalam perjalanan ke Istana Iskandariah. Sultan dikritik dan tidak kurang juga ada yang mencemuh.

Kenapa orang Melayu melakukannya? Apakah kerana suka-suka atau terpaksa?

Sepanjang minggu rakyat Perak menaruh harapan kepada Paduka Seri Sultan Perak untuk mendengar rintihan mereka, merasai denyut nadi mereka.

Ternyata Baginda tidak mampu menghargai aspirasi dan harapan rakyat Perak yang mahu hak mereka memilih dan memberi mandat kepada kerajaan dipertahankan.

Paduka Seri Sultan Perak memilih untuk menyerahkan kerajaan Negeri Perak kepada BN yang bergantung harap kepada tiga orang yang dicabar status kesahihan mereka sebagai Ahli Dewan Negeri Perak.

Baginda lebih rela menyerahkan tampuk pemerintahan negeri kepada kerajaan yang tidak stabil daripada membubarkan Dewan Negeri dan memberikan hak kepada rakyat untuk mengangkat kerajaan pilihan mereka.

Cara Baginda memecat memanda Menteri Besar tidak diperuntukkan di dalam Perlembagaan Negeri Perak.

Kerana rayuan rakyat enggan didengari Paduka Seri Sultan Perak, rakyat tidak ada pilihan selain melaungkannya. Bimbang kalau-kalau Baginda ada syaitan membisik hasutan di telinga, disalap mata daripada melihat hakikat dan kebenaran.

Rakyat juga terpaksa mencabar keputusan tersebut di mahkamah.

Orang Melayu tidak lupa kepada adat dan adab.

Melayu kuat berpegang kepada “Hidup bersendikan adat, adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitabullah”.

Adat kita menghormati Raja. Tetapi adat itu tidak boleh mengatasi undang-undang. Undang-undang ciptaan manusia pula tidak boleh berlawanan dengan Al-Quran.

Mufti Perak juga hari ini di televisyen mengingatkan rakyat untuk taat kepada pemerintah di kalangan kamu (ulil amri min kum) hanya selagimana ia tidak bertentangan dengan perintah agama.

Rakyat percaya Paduka Seri Sultan Perak telah terkhilaf dalam membuat keputusan.

Seorang pemerintah yang adil tidak akan gentar dengan rakyat. Segala keresahan rakyat cuba diuraikan. Sebarang kekeliruan dijelaskan. Paling utama keadilan ditegakkan. Raja yang adil tidak perlu untuk berdiam di dalam istana atau menekan suara rakyat.

Paduka Seri Sultan Perak dan kerabat perlu memimpin rakyat dengan bersikap terbuka dan mendengar hujahan semua pihak secara lapang dada. Segala-galanya belum terlambat. Persepsi bahawa Baginda mengikut kehendak BN boleh dileraikan jika Baginda bersedia berbincang dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat secara tulen dan jitu.

Sekiranya Abdullah Badawi diterima mengadap berkenaan isu ADUN Pangkor yang mahu dilantik menjadi Menteri Besar, kenapa pula hasrat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk berbincang mengenai kemelut politik Perak tidak dilayani?

Keadilan bukan hanya sekadar perlu dilaksanakan, ia perlu dilihat ditegakkan.

Kerana berpegang bahawa Kitabullah itu adalah sumber paling tinggi hidup, maka suruhan Kitabullah agar berlaku adil itu harus dipegang oleh rakyat. Keadilan adalah nilai paling tinggi. Kerana itu orang Melayu juga berpegang kepada “Raja adil, Raja disembah. Raja zalim, Raja disanggah”.

Sanggah di sini bukan maknanya derhaka. Apabila Raja tersilap, terlkhilaf maka rakyat mesti membuat sanggahan dengan ingatan-ingatan undang-undang (hukum) dan kitabullah kepada Raja.

Kedaulatan Raja-raja Melayu ialah daripada hormat rakyat. Maka kita mesti mempertahankan rasa hormat rakyat bagi memastikan Raja Berpelembagaan yang didukung rakyat Malaysia kekal relevan dan berdaulat dengan beberapa kebesaran dan kemuliaannya.

Daulat Tuanku!

olih. azy

RAKYAT SUKAKAN ADIL
DANSAKSAMA









video ceramah MB

http://www.youtube.com/watch?v=UobdWgKlik







Orang-orang umno perlu ingat: Rakyat Hakim Negara..

Rakyat dibawah pimpinan DSAI amat prihatin Hak Asasi
Manusia(HAM)
Untuk rakyat Malaysia baik Melayu, India,Cina dan
lain-lain bangsa kita adalah rumpun bangsa Malaysia
mengikut perlembagaan sedia ada.