Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Khamis, 1 April 2010

MENTERI PERTAHANAN GELABAH...

Edisi Parlimen: Lucunya Apabila Melihat Si Zahid Hamidi Kecut Perut Ketika Diasak Dengan Soalan Panas Oleh Ahli Parlimen Pembangkang Semalam


Sungguh memalukan dan amat mengejutkan bila melihat dan menyaksikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (foto), kecut perut ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat semalam. Beliau ternyata gagal membuktikan kreadibilitinya sebagai seorang Menteri Pertahanan yang berwibawa. Ketika ditanya oleh Mahfuz Omar (Pokok Sena) tentang beberapa pendedahan beraninya kepada media tentang isu pengintipan dan beberapa masalah lain yang melibatkan kementeriannya, Zahid ternyata "bengong" untuk menjawab soalan tersebut terutamanya tentang persoalan rahsia kententeraan negara yang bocor ke tangan asing yang dipercayai melibatkan kedutaan negara terbabit. Zahid tidak mahu mendedahkan fakta sebenar dan mengatakan ia perlu dirujuk kepada bekas Menteri Pertahanan, Najib Razak. Kononnya Najib lebih mengetahui dan beliau senantiasa berbincang dengan Najib tentang apa yang mahu didedahkan. Namun, masalahnya pendedahan yang beliau lakukan terutamanya dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E dan kes-kes lain itu dibuat tanpa merujuk Najib selaku Perdana Menteri. "Kenapa sekarang baru mahu berbincang, sedangkan ketika pendedahan dibuat kepada media dulu dibuat tanpa merujuk Najib", kata Mahfuz. Zahid tersentak dengan beberapa persoalan termasuk pertemuan sulit beliau dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada bulan Jun 2009 yang lalu. Zahid yang dibantu oleh Khairy Jamaluddin (Rembau) beberapa kali menempelak soalan pembangkang itu dan mengatakan Anwar sendiri mempunyai hubungan dengan Israel. Walaupun, wakil pembangkang mempertikaikan pertemuan sulit itu sedangkan Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan rejim Zionis tersebut. Melihat kekecohan yang berlaku, akhirnya Zahid diselamatkan oleh Speaker Wan Junaidi dengan memberi laluan kepada Menteri Kerjaya, Saziman Abu Mansor pula untuk menggulung perbahasan. Tindakan tersebut mengecewakan beberapa ahli parlimen Pakatan yang bangun untuk mencelah seperti Tian Chua (Batu), Azan Ismail (Indera Mahkota) , Yusmadi Yusoff

(Balik Pulau) dan yang lainnya. Ternyata kerajaan UMNO BN amat takut dengan soalan panas yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat di parlimen sebenarnya. Mereka hanya berani di luar dan gusar berhadapan dengan pemimpin pembangkang di dewan.

[Melihat kepada beberapa jawapan yang diberikan oleh Zahid, maka membuktikan kepada kita betapa ceteknya ilmu yang dimiliki oleh bekas Menteri Agama UMNO itu. Zahid seakan menggelabah tatkala membuat kenyataannya. Malah, tindakan beliau memperli Mahfuz Omar kononnya Naib Presiden PAS itu bercita-cita mahu menjadi Presiden PAS gara-gara teruja dengan soalan yang dikemukakan, jelas sekali menunjukkan sikap kurang profesionalnya menteri UMNO ini. Saksikan siarang langsung di PDO]

by pahangdaily

TINDAKAN NAJIB 1 MALAYSIA DIPERSOALKAN PR....

MENGAPA NAJIB UMUM MEB DI LUAR PARLIMEN

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) di luar Parlimen seolah-olah tidak mencerminkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Pengumuman Najib itu bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan kerana pengumuman tersebut dibuat di luar Dewan Rakyat," jelasnya.



Senada dengan Abdul Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan Najib itu seperti menghina kemuliaan Dewan Rakyat.

Ini kerana, menurut beliau, Najib sanggup pergi mengumumkan MEB di luar Parlimen, sedangkan beliau berpeluang membentangkan di Dewan Rakyat sekarang.

Dalam pada itu, Majlis Pakatan Rakyat petang tadi menyifatkan MEB menyadur semangat Agenda Ekonomi Malaysia (AEM).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Najib dilihat memuatkan prinsip-prinsip utama AEM dalam ucapannya, semalam.

"Seolah-olah prinsip utama yang diwar-warkan itu disadur dari AEM (apabila) Perdana Menteri bercakap mengenai keperluan mencapai pendapatan tinggi, membina ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, peralihan bantuan berasaskan keperluan tanpa mengira kaum," jelas beliau di Parlimen.

Jelas Anwar, kesemua prinsip tersebut telahpun diperjuangkan Pakatan Rakyat sejak 2006 lagi, dan kemudiannya menjadi manifesto bersama-sama PKR, DAP dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) yang lalu.

Pun begitu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan I turut dilihat gagal menjelaskan mekanisme lanjutan untuk mencapai kelapan-lapan inti utama MEB.

Bagi Pakatan Rakyat, katanya kerajaan seharusnya menyentuh kaedah-kaedah kerajaan menangani isu rasuah, ketirisan, pembaziran, ketidakbebasan mahkamah, polis dan PDRM tidak profesional sebelum memperkenalkan MEB.

Dengan tidak menyentuh beberapa mekanisme tersebut, menurut beliau, mengakibatkan ekonomi negara terus dilihat tidak menentu oleh para pelabur luar.

Akibatnya, menurut Anwar, dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangkakan akan disalahgunakan oleh kroni-kroni tertentu melalui aktiviti pengkorporatan badan tersebut kelak.

"Pengkorporatan akan dilakukan di mana (dana) KWSP akan dipinda pada satu badan tertentu sedangkan tanpa reformasi menyeluruh, bahaya pada (aktiviti) penswastaan," jelasnya.

Dalam perkembangan yang lain, Majlis Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa PKR direstui untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kelak.

Turut menyertai Anwar, Lim dan Abdul Hadi di Pejabat Ketua Pembangkang adalah Dr. Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR), Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS), Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) dan beberapa pemimpin tertinggi komponen PR.

Harakahdaily