Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Ahad, 13 Mac 2011

APA KAH IA 1 RETORIK ATAU KENYATAAN?

JANJI MB SELANGOR PD MASYUARAT EXCO GENAP 2 BULAN LEPAS

Semua orang sudah mengetahui hal peruntukan khas RM 1 juta untuk setiap ADUN di Selangor. Kenyataan ini telah disiarkan dilaman web krajaan Selangor tempoh hari. Apa yang diketahui, tidak nampak pon ia menjadi kenyataan sehingga hari ini.
Jangan ada kenyataan terbuka tetapi perkara tidak ujud. Seperti di Kuala Langat, tidak kedengaran ujud pun RM 1 juta turun kpd pembangunan sepertimana dalam kenyataan MB.
Sepertimana di Kg Sg Sedu, banyak keperluan yg lebih penting untuk dilaksanakan, ia tidak menjadi kenyataan. Pada, PRU12 lepas turun padang berkempin menjanjikan sesuatu untuk kepentingan ekonomi penduduk yg seramai pengundi lebih 1000 orang dan 80% pengundi memberi undi kpd DAP serta KEADILAN, tetapi mereka seperti dianak tirikan.
Dimana ADUN Tlk Datuk? Selama lebih 3 bulan, sebelom bubar parliman PRU12 lepas, beliau turun padang utk berkempin dan tapak pertama beliau adalah di Kg Sg Sedu. Hari ini beliau bagaikan "kacang lupakan kulit" dan setelah itu beliau juga sudah melakukan " makan kacang, kulit beliau selerakkan".

Buktikan kenyataan spt dibawah ini untuk rakyat lebih percaya dan jangan luluskan dan simpan untuk kempin PRU13. Kalau lah seperti itu yang berlaku, maka tidak hairanlah ia juga akan menjadi kenyataan untuk kalah dalam PRU13 nanti.

KENYATAAN MB SELANGOR;-

13 Jan 2011- Kerajaan negeri Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat untuk diagihkan dalam tempoh tiga bulan bagi menampung perbelanjaan membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan.

"Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam, petang semalam.

Selain itu, Khalid berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar.

Justeru, perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.