Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Rabu, 16 September 2009


DAIM YANG DAH DIAM LAMA. SUMBANG SUNGGUH KENYATAANNYA.


Sikap bijak pemimpin lama dalam BN, mencerminkan mereka tidak bijak mentadbir Negara yang rakyat selama ini mengharapkan setelah lama merdeka, adalah lebih maju dan rakyat bawahan agar tidak menjadi hamba kepada negara sendiri.

Beliau terlalu banyak menyifatkan orang lain bersalah, sedangkan beliau juga terlibat dalam kepimpinan kerajaan semasa itu. Kenyatan cerdik beliau, seperti "meludah kelangit akhirnya jatuh kehidung sendiri".

Sepatutnya beliau(Daim) mencari penyelesaian terbaik terlebih dahulu sebelum menjadi parah kepada BN dan rakyat. Akibat terlalu pintar dengan slogan BERSIH, CEKAP dan AMANAH (BCA), BN terperangkap dalam gelanggang politik sendiri. Amat bodohnya kepimpinan BN.

Kesalahan yang mereka telah lakukan setelah rakyat dapat menghidu segala korap dan penyelewengan terhadap Negara dan rakyat marhain, kepimpinan BN langsung tidak bertanggungjawab malah mereka seperti “membaling batu sembunyi tangan”.

Daim tidak perlu mencampuri urusan PR, kerana, rakyat sendiri telah memilih PR dan percaya untuk PR dapat laksanakan tanggungjawab dengan betul tetapi akan mengambil masa untuk menjadikan kenyataan yang sebenar.

Buat masa sekarang di beberapa buah Negeri, yang diperintah oleh PR telah banyak perubahan demi perubahan dilaksanakan akan tetapi masa yang singkat bukan senang perubahan dilakukan PR teserlah.

Daim dan rakan-rakan BCA jika betul orang yang amanah pada bulan mulia ini, buatlah kenyataan yang tidak berpolitik. Rakyat tidak boleh terima dengan kenyataan ini "Jangan buang masa melemparkan tuduhan kepada BN, kamu adalah pakatan yang memerintah (di negeri-negeri yang dikuasai PR), kamu sepatutnya memfokuskan kepada usaha untuk menunaikan janji-janji pilihan raya kamu"

Sememangnya wajar PR bongkar salah laku BN, kerana tujuan PR melawan BN untuk kepentingan rakyat.

Masaalah infra juga terbantut adalah kerana peruntukan dari kerajaan pusat dibantutkan oleh siapa? Kalau tidak BN ?. Rakyat dibawah negeri pemerintahan PR juga ada membayar cukai kepada kerajaan pusat. Sepatutnya BN bertanggungjawab bertindak dengan adil untuk rakyat semua. Yang ditekankan adalah peruntukan wang dari kerajaan pusat kenapa dibekukan kepada kerajaan negeri-negeri PR dari pilihan rakyat sendiri?.

PERINGATAN KEPADA KERAJAAN PUSAT PULANGKAN BALIK WANG RAKYAT YANG MEMBAYAR CUKAI KEPADA KERAJAAN PUSAT DENGAN GARIS PANDUAN YANG BETUL.

Salah laku BN wang dari kerajaan pusat kenapa diberi tanggungjawab kepada ketua-ketua umno di bahagian-bahagian umno?.

Salah laku BN kenapa projek-projek dinegeri PR yang diseliakan oleh wang kerajaan pusat tidak mengikut garis panduan?. Dan banyak lagi salah laku BN akan dibongkarkan.

Rakyat sifatkan BN seperti bangkai bernyawa yang tidak boleh dibendong lagi. Tetapi pemimpin ini adalah golongan beragama Islam, mereka seharusnya faham Alquran dan Hadis sudah tentu percaya kepada Tuhan bernama ALLAH. (amal maarof nahi mungkar)

Dibawah ini adalah kenyataan sendiri oleh Tun Daim.

Beliau mengakui dan membuat kenyataan seramai 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan. Siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, ramai terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan. Berlaku perkara sedemikian kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran.

Daim juga mengaku pada masa lalu, rakyat tidak melihat mereka yang menyalahgunakan kuasa dihukum.

Temubual tersebut yang disiarkan oleh The Sun Online Ahad lalu, Daim berkata, universiti-universiti tidak menawarkan kursus-kursus yang menepati dengan kehendak industri mengakibatkan banyak siswazah tidak mempunyai pekerjaan disebabkan apa yang mereka pelajari tidak memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

Bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi BN.Ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti dan pemimpin. "Politik wang rasuah adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh parti BN," .

Perubahan di dalam BN, terlalu perlahan untuk memenuhi kehendak rakyat. Di luar Umno pula, Daim percaya, perpecahan di dalam MCA akan menjejaskan kerjasama dan reformasi di dalam BN. Rakyat, katanya, tidak menghormati mana-mana parti yang berpecah.
Mengenai kemelut Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), Daim berkata: "Kerajaan mesti menghukum kesemua yang melanggar undang-undang, hanya dengan cara itu ia boleh mengembalikan keyakinan umum".

Mengulas mengenai PR, beliau menyifatkan pakatan itu mengecewakan rakyat.
Rakyat, menaruh harapan yang tinggi kepada PR tetapi kerajaan negeri-negeri yang dikuasai PR terus memainkan peranan sebagai pembangkang.

"Jangan buang masa melemparkan tuduhan kepada BN, kamu adalah pakatan yang memerintah (di negeri-negeri yang dikuasai PR), kamu sepatutnya memfokuskan kepada usaha untuk menunaikan janji-janji pilihan raya kamu"

Beliau berkata, rakyat mula melihat bahawa PR tidak boleh melakukan dengan lebih baik berbanding BN, walaupun diberi peluang.