Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Ahad, 19 Julai 2009

KISAH KERETA CABUK

KISAH I:

Pak Lah Badawi kata kerajaan patut mansuhkan ISA sebab katanya ia dah tak relevan lagi sekarang. Jadi kira Pak Lah cuba jadi penasihat tak rasmi kepada kerajaan Najib lah ni. Tak ke ibarat menjilat ludah sendiri. Yelah, dulu kata kalau dah berhenti tak nak masuk campur urusan kerajaan lagi. Nak berbulan madu dengan Jean dan habiskan masa dengan anak cucu saja.

Tapi yang aku pelik, apa pasal bila dah tak jadi PM baru sibuk-sibuk suruh Najib mansuhkan ISA. Kenapa masa dia jadi PM dahulu tak mansuhkan? Katanya, masa dia jadi PM merangkap Menteri Dalam Negeri dia ada sign banyak surat untuk masukkan orang dalam ISA. Aik.. Kalau dah tak relevan kenapa dulu sign surat tu?

Hemm.. agaknya selepas 100++ hari tak jadi PM ni Pak Lah mula rasa sunyi gamaknya sebab itu mula fikir-fikir apa yang boleh cakap supaya masuk paper. Maklum sekarang ni surat khabar jarang benar duk cerita pasal Pak Lah. Rasanya berita Rosmah lagi banyak dari Pak Lah dalam paper sekarang. Jadi elok sangat Pak Lah timbulkan isu ... emm isu paling hangat tentulah pasal ISA.

Untuk Pak Lah... sudah-sudahlah. Masa hang duk kerusi PM dulu nasihat orang hang tak nak dengaq. Hang duk dengaq puak2 Tingkat 4. La ni hang pula nak nasihat orang. Tak payahlah! Duk diam2 kat rumah main anak cucu. Tak pun pi la hayun batang golf.

KISAH II:

Chua Jui Meng tinggalkan MCA dan masuk PKR. Itulah berita yang dibaca dalam media massa hari ini. Perihal bekas Menteri Kesihatan itu nak masuk PKR dah tersebar sejak minggu lepas. Tapi apa nak hairan. Kita semua tahu dia masuk PKR sebab kecewa kerana gagal memenangi jawatan Presiden MCA tahun lepas. Kalah pula ditangan orang muda - Ong Tee Keat.

Dah lah tak diberi peluang lagi menjadi calon dalam pilihan raya, bertanding di peringkat parti pun kalah. Maknanya orang China (MCA) pun tak terima dia. Nak tak nak kenalah cari talian hayat dan talian hayat yang ada cuba PKR saja. Itu pun dengan harapan Anwar akan memberi ruang untuknya bertanding pada PRU-13 nanti. Betullah dia tak sebut sebagai syarat tapi Anwar kenalah faham.

Hemm... kesihan sungguh penyokong dan pendukung Anwar yang berjuang mati-matian sejak zaman reformasi (1999) dahulu yang setia sehingga hari ini tetapi langsung tak dipandang oleh Anwar tapi pemimpin-pemimpin "scrap" BN pula yang dikutip dan diletakkan di tempat yang tinggi. Kesihan...

Tak apalah Anwar. BN tak ralat pun setakat pemimpin tua macam Jui Meng nak sertai PKR. Ambillah... tapi jangan mimpilah kalau setakat penyertaan pemimpin scrap BN boleh menumbangkan BN pada PRU-13 nanti. Tak ada maknanya...!