Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Isnin, 9 Mac 2009

KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI: LAWATAN PERPISAHAN PAK LAH KE TUDM DIBATALKAN..

Info yang baru kami terima dari sumber di Jabatan Perdana Menteri. Lawatan Perpisahan Pak Lah ke TUDM pada 14 Mac 2009 telah dibatalkan. KENAPA? Desas-desus Pak Lah tak jadi berhenti kini semakin menjadi kenyataan.
-
Semoga Pak Lah akan membatalkan hasrat beliau untuk menyerahkan kuasa pada Najib seorang pembunuh yang takut pada bini.

BETUL KE TENTERA DARAT MENDOKONG ASPIRASI RAKYAT?

Tentera Darat Mendokong Aspirasi Rakyat?
TDM mesti bersikap benar-benar neutral dalam setiap tindak-tanduknya. Jika TDM berterusan dengan sikap memihak hanya kepada UMNO/BN, maka rakyat akan melihat TDM hanyalah sebuah angkatan yang menjadi pecacai & para Jeneralnya menjadi budak suruhan UMNO/BN semata-mata. Jika diambil dari statistik jumlah kerusi di Dewan Rakyat: 51% kerusi berpihak kepada BN, dalam masa yang sama TDM harus mengakui bahawa 49% rakyat Malaysia kini bersama dengan Pakatan Rakyat. Justeru jika TDM benar-benar sebuah angkatan yang profesional, TDM mesti mengakui hakikat ini. TDM mesti membenarkan bukan hanya YB-YB dari UMNO/BN berurusan dengan kem/pasukan TDM malah TDM harus menerima hakikat kewujudan YB-YB dari Pakatan Rakyat kerana rakyat yang telah memilih mereka.
-
Angkatan Darat dunia pertama?
TDM mesti keluar dari kepompong amalan rejimental sempit yang jelas bodoh serta membodohkan yang lain. TDM wajib menolak para panglima yang dikaitkan dengan amalan rasuah. TDM wajib memilih panglima yang tidak buta hati. TDM wajib membuang panglima yang tidak mesra alam-sekitar, TDM harus mengizinkan kebebasan bersuara, TDM wajib mengorak langkah untuk kembali kepada aspirasi rakyat yang sebenar.

Dia berdua sudah disahkan oleh Wartawan TV3 & Jabatan Alam Sekitar sebagai punca pencemaran laut, pantai & alam sekitar. Maka mereka berdua adalah 'Penjenayah Alam Sekitar'. Layak ke 'Penjenayah' terus diberi kepercayaan menjadi Panglima? Jika dia buta hati & zalim terhadap alam sekitar sudah tentu dia akan lebih zalim lagi terhadap anggota di bawahnya.. Apa yang jelas mereka berdua ini hanya layak jadi 'pecacai' & budak suruhan pemimpin rasuah yang ada dalam UMNO..

JENERAL DIKTATOR MULA BERKHUTBAH..


ALKISAH SATU CERITA BENAR TELAH TERJADI DI MASJID UPNM.. Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia - Lt Jen Dato' Pahlawan Hj Zulkifli Bin Hj Zainal Abidin selepas Solat Jumaat sebentar tadi telah merampas mikrofon dari tangan Iman Masjid lantas memulakan 'Khutbah' seorang Jeneral Diktator yang benar-benar sungguh meloyakan sesiapa juga yang terpaksa mendengarnya..
-
Dalam 'Khutbah' nya beliau telah memberikan amaran akan meng-ISA-kan Pegawai Kadet/Mahasiswa UPNM yang bersimpati dengan perjuangan WIRA DAMAI. Beliau kononnya mempunyai bukti yang kukuh & kononnya mengetahui siapa dalang di sebalik penyebaran maklumat ke laman-laman Blog. Beliau juga memberikan amaran agar mana-mana Pegawai Kadet/Mahasiswa UPNM atau Pegawai/Anggota ATM yang tidak berpuas-hati dengan pentadbiran beliau supaya 'get-out'..
-
Kebodohan beliau semakin jelas sekarang.. Sebelum ini beliau dikaitkan dengan isu pemakaian pangkat IR sedangkan beliau hanya berkelulusan MCE Gred 3 & tidak pernah memiliki apa-apa Diploma atau Ijazah yang melayakannya untuk menduduki jawatan seorang Naib Canselor sebuah IPTA, kemudian beliau dikaitkan dengan isu pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat kroni PAT & PTD tanpa melalui proses yang sah.. dan hari ini kebodohan beliau semakin terserlah apabila ber'Khutbah' memaksa Pegawai Kadet/Mahasiswa UPNM & Pegawai/Anggota ATM mempercayai kata-kata dustanya.
-
Mana seorang Jeneral mempunyai kuasa untuk meng-ISA-kan anggota di bawahnya? Siapa yang beri dia kuasa untuk mendakwa ISA? dan siapa dia mahu menyekat kebebasan bersuara di kalangan Pegawai Kadet/Mahasiswa? sedangkan AUKU sendiri membenarkan kebebasan bersuara.
-
Kelmarin UPNM gempar apabila si Dato' Zul ini mahu memaksa semua Mahasiswa menandatangani Kontrak baru iaitu menurunkan tauliah Kapten kepada Leftenan. Cadangan beliau ditentang oleh Mahasiswa yang menganggapnya sebagai satu penipuan yang jelas. WIRA DAMAI juga menerima banyak pertanyaan dari ibubapa Mahasiswa yang perihatin dengan perkembangan ini. Bahkan ada di antara ibubapa Mahasiswa yang bercadang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap si Dato' Zul ni jika cadangan idea 'celaka' itu diteruskan..
-
Sebenarnya WIRA DAMAI berada cukup dekat dengan bilik Dato' Zul ni, jadi semua maklumat yang dipaparkan dalam Blog ini mengenai penyelewengan & salahguna kuasa beliau A1 belaka. Bila timbul soal dakwaan bahawa Pegawai Kadet/Mahasiswa dihasut oleh WIRA DAMAI sedangkan Pegawai Kadet/Mahasiswa UPNM semuanya cerdik-cerdik belaka & tahu membezakan yang mana satu intan & yang mana satu kaca. Jadi nasihat WIRA DAMAI kepada Dato' Zul.. Segeralah bertaubat.. Tinggalkan amalan rasuah, kronisme & nepotisme. Zaman dah berubah.. Dunia dah semakin maju. Jangan terus memperbodohkan Pegawai Kadet/Mahasiswa UPNM & Pegawai/Anggota ATM.
-
Isu Bukit Besi nak runtuh & bakal menimbus mati Pegawai Kadet/Mahasiswa UPNM bukan fitnah.. Projek landskap RM2juta untuk anak PAT juga bukan fitnah.. Isu LANUN LAND & Singapura yang jelas mahu memperbodohkan Warga ATM juga bukan satu fitnah. dan hari ini bila si Dato' Zul mengeluarkan ugutan nak meng-ISA-kan Pegawai Kadet/Mahasiswa UPNM bukan jawapan dari seorang Jeneral yang berpendidikan tapi itu 'statement' seorang Jeneral yang 'low class'. Perbuatan Dato' Zul ini pasti akan menjerat diri sendiri akhirnya. Sebenarnya si Dato' Zul & Jeneral-Jenaral rasuah dalam ATM sekarang ini sedang seperti cacing kepanasan.. Perbuatan jenayah mereka pasti akan menerima balasan..

DAULAT TUANKU.. ISTANA NEGARA BERKENAN MENERIMA MEMORANDUM RAKYAT

Di sebalik amaran pihak Ketua Polis Kuala Lumpur agar rakyat tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan ke Istana Negara hujung minggu ini.. Namun Istana Negara telah memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar PPSMI Sabtu ini. Persetujuan istana itu dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa & sastera dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menganjurkan perhimpunan ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.
-
Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata Istana Negara tidak melarang majlis penyerahan memorandum tersebut. Beliau dimaklumkan bahawa Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berada di Istana Negara pada masa yang dijadualkan & memorandum tersebut akan diserahkan kepada Pegawai Istana bagi pihak Baginda. Dr Hassan menambah, satu salinan memorandum tersebut telah disampaikan kepada Istana Negara melalui Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong semalam. Memorandum 8 halaman itu diserahkan awal sebagai makluman kehadiran rakyat di Istana Negara petang 7 Mac ini.
-
Kemuncak kepada rintihan & bantahan rakyat khususnya pejuang bahasa yang mahu PPSMI dimansuhkan tidak diendahkan kerajaan UMNO/BN yang memerintah menyebabkan Himpunan 100,000 Rakyat ke Istana Negara pada 7 Mac ini (Sabtu) akan menjadi satu realiti yang tidak boleh dielakkan lagi. Himpunan 7 Mac ini adalah kemuncak & ianya tidak akan berlaku sekiranya kerajaan mahu mendengar & bertindak terhadap bantahan yang telah rakyat suarakan selama ini. Ini bukan perjuangan atau 'jalan' kita yang terakhir. Pasti Tuanku ada pertimbangannya & kita juga akan bawa isu ini ke Majlis Raja-Raja jika masih dipandang sepi oleh kerajaan UMNO/BN yang memerintah.
-
Rakyat jangan bimbang, ini bukannya demonstrasi seperti di Korea, Indonesia atau Thailand yang berlaku insiden yang tidak diingini. Ini himpunan aman & bergerak secara aman ke Istana Negara. Pihak polis akan mengawal keselamatan & semoga matlamat kita pada hari Sabtu ini tercapai dengan kerjasama semua pihak termasuk pihak berkuasa.
-
WIRA DAMAI masih menanti reaksi dari para Jeneral berhubung perkara ini. Kita mahu tengok adakah para Jeneral yang ada dalam ATM khususnya para Jeneral Askar Melayu masih mahu menegakkan benang basah lagi ataupun tidak.


MASIH ADA SPESIS TERAKHIR PEGAWAI/ANGGOTA ATM YANG BERMATI-MATIAN MEMPERTAHANKAN AJARAN REJIMENTAL SESAT..

WIRA DAMAI merasa agak kesal ada segolongan daripada masyarakat dalam Angkatan Tentera Malaysia yang menolak perubahan di dalam Tentera. Mereka adalah kononya pejuang tradisionalis yang mengatakan bahawa ini adalah budaya Tentera yang tidak boleh diubah dan harus dipertahankan sampai bila-bila. Dulu.. Kini & Selamanya.. Sehingga walaupun motif sesuatu itu dibuat pun tidak diketahui oleh mereka sendiri.
-
Golongan tradisional atau dalam erti kati lain Regimental inilah sebenarnya yang akan membantutkan revolusi ketenteraan negara satu masa nanti. Maka benarlah prinsip biar mati anak jangan mati adat masih dipegang oleh segelintir Pegawai Tentera yang berfikiran jumud ini.
-
Sebenarnya, Regimental itu sendiri sebenarnya adalah perkataan yang diambil daripada zaman peperangan Napoleon pada 1819 melawan England. Di dalam peperangan Regimental Tentera disusun dalam satu barisan menunggu masa mati. Corak peperangan ini dikenali sebagai "Battle Square". Budaya ini dibawa oleh British lalu diserapkan di dalam upacara-upacara khas Tentera sehinggalah masyarakat Malaysia pun turut sama mengagungkan budaya ini termasuklah meneruskan upacara 'celaka' berdoa di hadapan Tugu Negara setiap kali Hari Pahlawan.
-
WIRA DAMAI tetap dengan pendirian tidak salah merobah tradisi Tentera. Satu perkara yang harus kita ingat, Tentera adalah satu bangsa yang akan wujud sehingga ke akhir zaman. Tanpa Tentera maka robohlah negara. dan cabaran ATM pada hari ini adalah bagaimana kita mahu mamastikan ATM terus releven pada masa-masa yang akan datang, kerana setiap hari rakyat Malaysia yang membayar cukai memerhatikan tindak-tanduk kita.
-
ATM harus tunduk pada aspirasi rakyat. ATM harus diletakkan di bawah kuasa Parlimen. Salahguna kuasa & penyelewengan kuasa segelintir Jeneral dalam ATM hari ini semua berselindung di sebalik alasan keselamatan & berselindung di sebalik nama Yang Di Pertuan Agong.. mereka menipu & mengugut untuk meng-ISA-kan semata-mata kerana mahu melindungi jenayah rasuah mereka.