Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Khamis, 28 Januari 2010

SELKAT SEBARAN MAKLUMAT UNTUK ORANG K.LANGAT

SELCAT YANG BERMULA PADA 25 jANUARI 2010.

Hari ini rakyat Kuala Langat dapat lihat sendiri bagaimana Pegawai Daerah Kuala Langat berhujah mengenai mentadbir/mengurus wang RM500 k, peruntukan adun-adun Kuala Langat.





Apa yang saya lihat sememangnya DO ini amat bercelaru. Saya tidak menuduh sesuka hati, tetapi ramai nampak ketelusan mentadbir untuk mengurus sangat bebal. DO ini juga, pada hari mengundi PRU12, berbicara dengan bersikap biadap terhadap saya dan rakan-rakan , iaitu calun PR dari parliman dan adun. Kekecohan itu adalah sebab pengundi hantu telah mengundi seawal pagi disekolah Tamil Sungai Manggis. Apabila pengundi sebenar datang untuk membuang undi pada jam lebih kurang pukul 2pm, kertas undinya telah diguna untuk undi.

Dengan itu saya, diadu oleh pengundi itu perkara sebenar yang berlaku. Seterusnya saya membawa pengundi itu, untuk membuat laporan polis dan terus berjumpa dengan pengarah pilihanraya(DO). Beliau amat sombong dan angkuh mengunkap dengan kata-kata kepada menyalahi pengundi tersebut. Ketika itu, saya dan 2 calun yang kini berjaya menjadi YB juga berada bersama cuba menegaskan pada DO itu agar bersopan ketika bertemu dengan pelangan yang diamanahkan.

Buat masa sekarang setelah PR memerintah, banyak kemasyarakatan untuk agenda kerajaan Selangor diKuala Langat DO ini tidak menghadiri. Contohnya masyuarat MDKLgt apabila memerlukan, dia tidak hadir dan hanya menghantar wakilnya yang tidak boleh membuat keputusan.

Saya sebagai selama lebih 20 tahun yang bermastautin diKuala Langat merasa bertanggungjawab untuk menyuarakan perkara ini. Walau pun pahit untuk diterima hujah saya, saya tetap teruskan untuk membuat kenyataan ini dan tidak akan serik.

Rabu, 27 Januari 2010

AMK SELANGOR SIAPA PANDANG!!!!!

MASIKAH PERJUANGAN BELUM SELESAI?

Sudah tentu jawapannya belum. Seperti di Selangor, rakyat di 36 daripada 56 DUN telah menyerah kepada kerajaan baru(PR) membongkar salah laku semasa BN memerintah. Kiniapa yang dilihat, sejak lebih 20 bulan PR akan buktikan berperingkat dan tidak boleh nafikan yang PR tidak telus.Mereka semua melakukan dan laksanakan tugas-tugas amanah rakyat.

Rakyat semua yang mahukan ketelusan perubahan perlulah bersama berganding bahu membantu kerja-kerja parti. Jadikanlah kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab membantu menjadikan diri kita sebagai mata dan telinga kepada kerajaan yang betul-betul ingin melakukan perubahan.

Pada masa kini dilihat kita selalu memberi peluang kepada kaki-kaki kedai kopi berhujah memburukkan PR, walau pun ia benar, itu adalah persepsi yang dangkal/ suka ambil mudah untuk berfikir.

Kebenaran salah laku dari pimpinan berjawatan didaerah-daerah tuan semua, dalam komponan parti PR, sememangnya diambil berat untuk tindakan, dan sedikit sebanyak perlulah kerjasama rakyat/tuan kehadapan menbantu melaporkan kepada pimpinan yang dipercayai untuk diurus.

Masing-masing di Bahagian yang memiliki cawangan komponan PR, perlulah menjaga kawasan sendiri. Dengan adanya kerjasama itu, sudah tentu matlamat kejingjang mahkota Putra Jaya akan menjadi kenyataan.

Kita tidak boleh bergantung harap kepada DSAI menggalas semua masaalah.Kita perlu menjadi pelapis yang tegas sepertimana DSAI dan lebih teruja. DSAI tidak berkata, parti ini miliknya. Parti ini untuk semua rakyat Malaysia.

Oleh itu kita perlu prihatin cara kerja DSAI sebagai contoh. Untuk meringankan/memudahkan kepada kerajaan PR berkuasa diParliman, pastikan calun-calun dikenal pasti dari sekarang untuk PRU13 nanti. Jangan ada calun payong terju, membawa masaalah kepada kita setelah ia menjadi wakil kepada kita nanti.

Contoh masakini dilihat wakil rakyat kita kebanyakan tidak amanah, sedandkan persediaan wang ringgit dibiayai oleh parti semasa mendaftar sebagai calun dulu. Wakil rakyat-wakil rakyat ini jika ada jati diri, mereka akan malu untuk membuat sesuatu yang tidak amanah kepada kita dan parti.

Hari ini di pejabat SPRM, AMK Selangor melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat untuk pengetahuan rakyat. Apa yang dilihat, tidak ramai menampilkan diri menyokong untuk bersama. Diman silapnya? Adakah pemimpin parti disetiap bahagian tidak memaklumkan? Kalau benar itu berlaku, kita sebagai ahli parti bertanggungjawab menolak mereka-meraka ini dan diganti pimpinan yang lain.Pemuda AMK perlu buktikan sebagai yang dihormati dan menonjol sepertimana DSAI masa muda dahulu. "Berani dan Tegas".


Selasa, 26 Januari 2010

RENTETAN KHUTBAH JUMAAT DIMASJID NEGARA YANG LALU DAN KINI MENGELURUKAN PULA.

Oleh R H 25-01-2010. ISNIN.

KHUTBAH Masjid Negara jumaat yang lalu (Jumaat, 22 Jan) amat menarik. Menarik kerana ia mengambarkan seolah-olahnya Malaysia sebuah negara Islam yang unggul dan umat Islam terpelihara akidahnya.

Khutbah yang bertajuk 'Kafir zimmi kafir harbi' itu mempertegaskan pendirian Kabinet Malaysia dalam beberapa mesyuarat yang tegas melarang penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam

Dalam khutbahnya, khatib mempertahankan tindakan Kabinet dan memberi gambaran bahawa kerajaan yang diterajui orang Islam dari parti Umno, tidak akan bertolak ansur dalam soal memelihara iman dan akidah.

Persoalan yang hendak dibahaskan di sini, bukan setakat kalimah Allah. Harus ditanya, apakah benar Umno-BN serius atau genuine dalam memelihara iman dan akidah umat Islam?

Pada aspek mana Umno boleh diyakini sebagai parti yang memelihara kesucian Islam dan menjaga kepentingan umat Islam keseluruhannya?

Jika Umno mahu memelihara kalimah Allah dari digunakan orang kafir, kononnya bagi mengelakkan akidah umat Islam terjejas, sedarkah mereka apakah aspek atau sebenar yang boleh merosakkan akidah?

Apakah selama ini Umno sebagai sebuah parti besar dianggotai oleh kaum Melayu-Islam yang begitu komited melaksanakan apa sahaja arahan Allah yang terkandung dalam al-Quran?

Tidak payah sebut soal Islam. Tidak perlu bahas soal ketulenan amalan dan perlaksanaan Islam oleh Umno. Lihat sahaja konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan. Semua jadi caca merba dan huru hara.

Konsep 1Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, masih belum memberikan impak yang memberangsangkan buat Najib, apatah lagi ia terus gagal menjernihkan imej BN di mata rakyat.

Dalam menanggani isu kalimah Allah, Pakatan Rakyat begitu konsisten dengan pendirian mereka, sebaliknya dalam BN, hanya Umno sahaja yang kelihatan 'begitu pantang', apabila mahkamah membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah tersebut.

Umno-BN berbangga dengan konsep 1 Malaysia, dengan 'Salam 1Malaysia', 'Klinik 1Malaysia' dan banyak lagi, kononnya melambangkan betapa majmuknya BN.

Dalam masa yang sama Umno cuba 'menangguk di air yang keruh', mengambil kesempatan politik daripada isu-isu yang membabitkan perkauman dan agama.

Demi kepentingan politiknya yang sempit, dalam satu masa wajah Umno boleh berubah-rubah, bersikap double-standard dan 'talam dua muka' mereka semakin terserlah.

Selepas mahkamah membenarkan buletin The Herald milik penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, media arus perdana milik Umno-BN memainkan sentimen kebangkitan orang Melayu-Islam yang menentang keputusan tersebut.

Mereka menentang kerana bagi mereka kalimah Allah adalah hak ekslusif orang Islam, mereka menentang kerana mereka tidak mahu Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut untuk memesongkan atau memurtadkan umat Islam. Dan ada pula kalangan mereka yang berhujah, dari segi bahasa (bahasa Melayu), kalimah Allah tidak sesuai digunakan oleh gereja.

Dalam hal ini, PAS melalui Mursyidul Amnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai pendirian yang konsisten, selaras dengan Islam, iaitu tiada halangan untuk penganut agama samawi, seperti Kristian (disebut Nasara dalam al-Quran), untuk menggunakan kalimah Allah.

Kalimah Allah tidak menjadi hak ekslusif umat Islam semata-mata. Allah adalah tuhan bagi seluruh alam. Soal bagaimana tuhan Allah ditafsirkan mengikut fahaman agama masing-masing, harus dibahaskan pada platform yang lain. Yang jelas Allah pada tafsiran Islam tidak sama dengan agama-agama lain.

Bagaimanapun di dalam keterbukaannya, PAS dengan tegas memberi amaran supaya kalimah itu tidak disalahgunakan untuk memesongkan akidah umat Islam.

Untuk menjawab dakwaan yang menyatakan kebimbangan tentang terpesongnya akidah, harus ditanyakan kembali, akidah umat yang bagaimana bakal dimurtadkan? Atau ciri-ciri umat yang bagaimana, mudah terpengaruh dengan ajaran Kristian. Atau golongan manakah yang menjadi sasaran dakyah Kristian?

Sudah tentulah mereka ini tergolong dari kalangan orang miskin yang melarat, anak-anak muda yang terlalu sosial serta rosak akhlak, sentiasa menjadikan kelab-kelab malam sebagai tempat 'iktikaf' mereka, dan mereka yang menyuburkan kehidupan dengan 'budaya kuning.'

Pokok persoalannya di sini ialah dasar pemerintahan. Bukankah, kemiskinan sengaja dibiarkan oleh Umno-BN? Kemiskinan dijadikan alat. Mengambil kesempatan dan mengumpan golongan yang melarat ini pada setiap kali pilihan raya.

Akibat amalan Umno-BN, yang menjuruskan perjuangannya mengamalkan secara berleluasa dasar korupsi, kronisme dan nepotisme, menyebabkan rakyat kebanyakan terpinggir, melarat dan dibelengu kemiskinan. Apabila dasar sudah rosak, maka rakyat yang terbiar, akan mudah dipesongkan.

Gejala riddah (murtad) mudah berlaku ketika mana anak-anak muda disuburkan dengan budaya Barat. Mengunjungi kelab malam, berpesta siang malam, pergaulan bebas, terlibat dalam gejala arak dan maksiat.

Salahnya ialah apabila kerajaan Umno-BN tidak mahu melaksanakan undang-undang selaras dengan syariat Islam, maka anak-anak remaja Islam, semakin tidak terkawal dan jauh dari agama. Gaya hidup bebas, menyebabkan mereka tidak melakukan solat, tidak berpuasa dan memandang remeh perihal agama.

Malah ada penganalisis mengatakan sejak dahulu lagi, Umno-BN sengaja membiarkan anak-anak muda ini subur dengan budaya kuning supaya mereka tidak peduli dengan politik, malah jauh dengan politik Islam yang dipelopori PAS.

Apabila anak-anak muda berpeleseran ini, tidak peduli tentang politik, maka ia memudahkan kerajaan yang ada, disokong dan terus kekal, kerana mereka menyediakan kemudahan 'hiburan' yang mencukupi bagi memuaskan kehendak anak-anak muda.

Namun strategi ini barangkali tidak boleh bertahan lama. Sejak zaman dunia tanpa sempadan, zaman internet, golongan muda semakin celik politik dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa, walaupun mereka tidak menyertai mana-mana parti politik.

Sejak perubahan iklim politik tahun 1998/1999, ramai golongan muda yang sudah tidak menyokong Umno-BN.

Apa pun kebanyakan golongan yang terjamin ekonomi mereka, golongan yang mendampingi masjid dan menjadikannya sebagai tempat ibadah dan bersosial, serta menjadikan Islam sebagai ad-din, insya Allah akan terpelihara dan tidak risau dengan ancaman riddah.

Ada juga kalangan ahli-ahli bahasa menyebutkan bahawa dari segi bahasa Melayu tidak sesuai orang Kristian menggunakan kalimah Allah. Mereka berhujah bahawa, dari sudut sejarah dan perlembagaan, Melayu dan Islam dalam konteks Malaysia sangat sinonim. Maka dengan itu golongan bukan Melayu tidak wajar menggunakan kalimah Allah.

Hujah ini merupakan hujah yang tidak praktikal. Kepada mereka harus ditanya, dari mana asalnya bahasa persuratan Melayu? Bukankah dari Indonesia yang mempunyai ratusan juta umat Melayu? Indonesia menjadi tempat suburnya karya-karya persuratan dan vocabulary Melayu sejak zaman berzaman.

Sudah ratusan tahun Melayu-Kristian di Indonesia menggunakan kalimah Allah. Serupa juga dengan Sabah dan Sarawak.

Malah, yang harus ditanya mengapa kerajaan Umno-BN membenarkan Kristian di Sabah-Sarawak mengunakan kalimah tersebut, tetapi di Semenanjung tidak dibenarkan?

Apakah ada beza (dari segi kependudukan kaum dan agama) Semenanjung Malaysia dengan Malaysia Timur? Mengapa tidak diterimapakai konsep 1Malaysia dalam konteks ini? Ini sudah jadi 2Malaysia!

Maka pada penulis, pokok persoalannya di sini ialah bukan soal kalimah Allah. Ia adalah persoalan dasar, persoalan prinsip dan asas kepada sesebuah pemerintahan. Persoalan ini yang sengaja dielakkan oleh penulis-penulis teks khutbah, sehingga memberikan gambaran yang mengelirukan.

Selama lebih 50 tahun Umno-BN memerintah, tidak melaksanakan syariat Allah, menjauhkan umat dari agama Allah, malah berusaha menyekat dan menganiaya PAS dan berusaha memartabatkan kalimah Allah sejak sekian lama, maka bagaimana boleh diharapkan golongan seperti ini untuk melindungi kesucian Allah?

Justeru dalam membuat kesimpulan ini, penulis ingin mengungkapkan SMS dari seorang rakan yang asalnya Melayu-Islam tetapi tidak mempercayai agama. Ketika ditanya kepada beliau, apakah beliau tidak mempunyai apa-apa perasaan dalam isu Allah, lalu dijawabnya kepada penulis.

"Allah tidak memerlukan insan yang lemah untuk melindungi-Nya."

PERCAYA ATAU PUN TIDAK, TERPULANG

Jikalau pilihanraya berlaku, amat bagus le, biar rakyat yang pilih pemimpin, bukan PM yang pilih pemimpin, dah nyampah tengok Zambry and the gang perintah Perak. Harap lepas pilihanraya ini kita boleh say Good Bye buat Dr Zambry tu, biar le dia jadi wakil rakyat Pulau Pangkor je, dia tak layak nak perintah satu negeri.

Ter'hot' dan ter'now' - Meeting di SUK Perak

Salam bahagia.

Teman dihubungi oleh seorang rakan yang berkerja di SUK Perak. Dia khabor kat teman yang petang tadi Zambry memanggil semua ketua bahagian dan jabatan peringkat negeri Perak hadir ke pejabat SUK. Ada taklimat persediaan pilihanraya.

Kepada semua ahli dalam Pakatan Rakyat dikehendaki bersedia. DUN Perak mungkin akan bubar bila-bila masa.

p/s: rasa macam mimpi lak. Terpulang kat kome nk cayer atau tidak.

Ahad, 24 Januari 2010

ZUL TERTEKAN ATAU KHALID ?

Dilihat kedua-dua ni adalah sama parti dan hanya kerusi ahli parliman berlainan parti, tetapi satu bumbong. Lain hal pulak tentang hubungan dengan umno.

Khalid, hubungan abang adik dalam parliman bertentangan/lawan parti. Dan Zul tiada ada hubungan abang adek, hanya bekas ahli umno. (beliau juga ahli PAS seumur hidup). Persoalannya, mengapa PAS menjauhkan Zul sejak PRU 11?

Merayu mohon watikah kat DSAI di penjara Sg Buloh untuk bertanding dimana-mana kerusi keADILan. Maka terpelanting kat parliman yang saingan sengit, iaitu Kuala Langat. Haru biru orang Kuala Langat menguruskan hal dia. Pemuda menjadi pening kerana sikap dia yang suka mengugut.

Yang menjadi masaalah sekarang dia pula berada di parliman kampong ana, dan selalu ana dicemoh oleh orang kampong bila Zul membawa masaalah rumit hingga tidak percaya dengan sikap lidah bewak.

Jika beliau betul nakkan umno, atau dia dah betul terhutang budi kat umno bahagian Kulim B.Baru, lepaskan dia. Pakatan Rakyat tidak rugi apa-apa. Jangan kerana jaga hati dia ,pengundi kat Kulim B.Baru, hilang percaya kepada PR. Dan akibat nanti PRU 13, kecundang.

Ana merasa sedih sikap begini, sesama Ahli Parliman dan berada sebumbong yang dianggap faham ugama sebagai contoh masyarakat, dah menjadi hambar kepada rakyat.

Pendapat ana jika boleh selesai, biarlah 3 ketua parti bersemuka dengan 4 mata terlibat itu. Semoga keputusan muktamat tidak mengandungi unsur kias. Keputusan itu biarlah dalam ruang lingkup sepertimana; Allah berfirman ( Ali Imran ayat 26)

Ingatlah kita akan ayat Allah swt

Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Baca petikan dibawah yang boleh membawa haru biru kepada pengundi Kulim.

PKR Wajar Ambil Tindakan Ke Atas Zul Kulim

Posted by rakyat marhaen Ahad, 2010 Januari 24

Hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS dikusutkan lagi ekoran tindakan Zulkifli Noordin daripada PKR membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada PAS.

Zulkifli yang juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru berkata, laporan polis itu dibuat berhubung kenyatan Khalid yang menyebut enakmen larang kalimah "Allah" ketinggalan zaman. "Saya dah buat kenyataan dua hari lalu meminta supaya Khalid segera meminta maaf kepada Sultan Selangor dan umat Islam dan menarik balik kenyataan itu tetapi beliau tidak berbuat sedemikian malahan tidak menunjukkan sebarang penyesalan setelah dipanggil menghadap Sultan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Masjid India di sini hari ini.

Pada 21 Januari lepas, Khalid dalam kenyataannya yang dilaporkan MalaysiaKini menyatakan, enakmen agama Islam yang melarang penggunaan nama Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman dengan alasan pada masa undang-undang itu diluluskan mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama Islam begitu lemah sehingga perlu dilindungi.

Kenyatan Khalid itu merujuk kepada Enakmen Ugama Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.

"Saya percaya kenyataan Khalid adalah berunsur hasutan dan menghina Tuanku Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri dan umat Islam secara umumnya," kata Zulkifli.

Katanya laporan polis itu dibuat bagi membolehkan Khalid disiasat sama ada mengikut Akta Hasutan, Seksyen 298A Kanun Keseksaan atau Enakmen atau undang-undang berkaitan Islam bagi negeri Selangor.

Menurut Zulkifli, Khalid juga seharusnya tidak lagi berada dalam PAS dan menubuhkan partinya sendiri memandangkan tindakan beliau sejak kebelakangan ini, dilihat sering bertentangan dengan pendirian PAS dan dasar Pakatan Rakyat. "Berdasarkan rentetan tindak-tanduk Khalid saya ingat, lagi baik beliau keluar saja daripada PAS. Pada saya elok dia keluar dari PAS, dan mungkin dia boleh sertai DAP (kalau masih nak berada dalam PR) ataupun buat parti sendiri.

Ditanya sama ada beliau sendiri bersedia sekira PKR bertindak terhadapnya kerana tindakannya hari ini, Zulkifli berkata: "Saya tak akan halang PKR dari mengambil tindakan kalau mereka perlu ambil tindakan." -BERNAMA

Ulasan GB

YB Zulkifli Nordin (Zul Kulim) nampaknya begitu ghairah mengikut rentak tari UMNO di dalam isu kalimah Allah shingga setelah tidak mampu berhujjah beliau mencari jalan lain untuk iaitu membuat laporan polis - langkah yang sama dilakukan oleh beberapa NGO dan geng kepala lembu terhadap YB Shah Alam Khalid Samad.

Malah Bernama sendiri, sebagai sebuah agensi berita yang kurang-mesra kepada parti Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan YB Zul Kulim itu sebagai mengusutkan lagi hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

Sultan Selangor telah meminta Khalid menulis surat kepada baginda sendiri mengenai apa-apa cadangan mengenai perkara yang dibangkitkan Khalid - dan baginda Sultan sedia mempertimbangkannya.

Mengenai kenyataan Zul Kulim "Khalid juga seharusnya tidak lagi berada dalam PAS dan menubuhkan partinya sendiri memandangkan tindakan beliau sejak kebelakangan ini, dilihat sering bertentangan dengan pendirian PAS dan dasar Pakatan Rakyat." ternyata kesasar kerana umum melihat Zul Kulimlah yang sepatutnya tidak lagi berada di dalam PKR dan menubuhkan partinya sendiri memandangkan tindakannya dari dulu lagi telah dilihat sering bertentangan dengan pendirian partinya, PKR dan dasar Pakatan Rakyat.

Bagi Khalid pula, di dalam isu kalimah Allah contohnya, beliau telah mengeluarkan kenyataan awal yang kemudian kenyataannya itulah yang menjadi dasar pendirian PAS - bahawa Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah digunakan oleh orang Kristian.

Justeru dimana kebenaran kenyataan Zul Kulim bahawa Khalid "dilihat sering bertentangan dengan pendirian PAS"?

Malah menyuruh Khalid keluar PAS, apa locus standi yang ada pada Zul Kulim menyuruh Khalid berbuat demikian? Zul Kulim bukannya wakil rakyat PAS dan bukan pemimpin PAS. Beliau bertanding sebagai ahli parlimen PKR dan sewajarnya membataskan perkataan dan kritikannya di dalam lingkungan parti yang diwakilinya.

Pemimpin PKR sendiri menyokong kenyataan dan tindakan Khalid malah ada pemimpin PKR sendiri yang melihat Khalid sebagai pemimpin masa depan. (Sila rujuk SINI.

Memang GB maklum, ada juga di dalam PAS yang tak suka Khalid, namun ia minoriti. Sebilangan kecil. Dari kumpulan Hassan Ali, dari kumpulan bekas UG. Dan ia "negligible".

Sedangkan Zul Kulim sendiri terlibat menggunakan media akhbar, blog dan mimbar untuk menyemaikan api perkauman dan keagamaan di kalangan umat Islam ekoran isu kalimah Allah dan pendirian dan tindakannya itulah yang amat jelas bertentangan dengan pendirian parti yang diwakilinya, PKR dan Pakatan Rakyat. Zul Kulimlah yang sepatutnya disiasat di bawah Akta Hasutan.

Sudah sampai masanya PKR, mengambil tindakan ke atas Zul Kulim.
PR, do you agree?

Sabtu, 23 Januari 2010

Al-Fatihah Keatas Kemangkatan DYMM Sultan Johor Darul Takzim





Anak Bugis mengucapkan setinggi-tinggi TAKZIAH kepada seluruh keluarga ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor yang telah mangkat meninggalkan kami rakyat jelata. Al-Fatihah.

Jumaat, 22 Januari 2010

KACANG TIDAK LUPAKAN KULIT, ITU IMPIAN PR.

KEIKLASAN MENYERTAI PKR@ PR DIALU-ALUKAN.

Kenyataan luahan dari pimpinan parti yang kini sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafie sepatutnya telah lama diketahui umum dan saya amat menyokong.

Yang menyedihkan setelah lebih 20 bulan PR memerintah Selangor, masih ramai yang keterampilan berdoyun-doyun berkejar mendaftar menjadi ahli parti. Samaada keADILan, PAS dan DAP kerana kepentingan peribadi. Sikap sebegini adalah merupakan sikap tidak menghormati hak rakyat dan merosakkan ajenda parti.

Itulah sebabnya keperluan kematangan yang kental kepada pimpinan disetiap bahagian dari parti komponan PR untuk bijak menangani dengan terbaik dan terbuka supaya tidak dimanipulasi oleh pencinta perubahan untuk berubah sejak lama dulu. Baik atau buruknya emej parti kerana segelintir orang-orang yang bersikap berkepentingan, adalah terletak kepada kejujuran ketua-ketua pemimpin disetiap bahagian. Jika ketua-ketua pemimpin dibahagian menjadi sikap tidak jujur, maka apa yang sekarang yang dilihat amat mengecewakan rakyat.

Kita semua mengharapkan biarlah kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafie sebagai jujur dan tidak hanya untuk memperlihatkan sebagai mempamirkan gigi yang cantik saja (rakyat marhain takut gigi palsu).

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafie perlulah ambil kira kebertanggungjawaban kepada yang memegang jawatan semasa PR memerintah. Dimana yang dapat dilihat, ketidak amanah telah menular bak kata ramai orang berkata, semacam umno juga.

Rakyat marhain tidak mahu melihat pemimpin berkuasa menjaga hati sesaorang dan pada masa yang sama rakyat ramai yang memberi pendapat diabaikan. Cara begini adalah sikap tidak jujur.

Tahniah buat Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafie yang berani dan rakyat marhain tetap menyokong dan mendoakan ketelusan tetap ada pada jiwa YB.

Adalah tidak salah kepada setiap rakyat Malaysia yang sudah cukup umur, iaitu 18 tahun keatas mendaftar menjadi ahli mana-mana parti.

MASUK PKR SEBAB NAK DAPAT HABUAN DAN PROJEK

SHAH ALAM, 22 Jan - Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafie meluahkan kekesalannya apabila terdapat segelintir pendukung Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat yang memasuki parti untuk mendapatkan projek dan habuan tertentu.


Amalan tersebut yang dipraktikkan Umno-Barisan Nasional perlu dihentikan segera kerana ia jelas menyalahi prinsip parti yang menjunjung perlembagaan negara, ketelusan dan kebertanggungjawaban.

“Jadi ahli parti mengharapkan mereka masuk parti ialah untuk mendapatkan projek, untuk mendapatkan sesuatu, maka tidak ada bezanya kita dengan kerajaan lama, kita mesti masuk parti ini kerana kita mempunyai semangat untuk mengubah, melakukan perubahan, melakukan sesuatu itu berdasarkan peraturan dan undang-undang dan di dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh perlembagaan”, tegasnya.

Beliau bercakap kepada wartawan SelangorKini yang ditemui di pejabatnya di Kota Kemuning baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan agar ahli-ahli parti terbabit supaya mengikis semua amalan kerajaan terdahulu dengan membetulkan semula niat perjuangan dan menegakkan keadilan kepada rakyat.

“Pemikiran atau budaya yang diamalkan oleh pendukung-pendukung kerajaan lama saya harap sangat tidak diserapkan di dalam pendukung Pakatan Rakyat, masuk parti bukan kita nak dapatkan sesuatu, kita masuk parti kerana kita sama-sama ingin memperjuangkan dan menegakkan keadilan kepada rakyat yang mana intipatinya adalah berasaskan kepada 17 dasar Parti Keadilan Rakyat yang kita sama-sama dukung”, jelasnya lagi.

Sekiranya sindrom ini dibiarkan berleluasa kelak boleh menjejaskan matlamat asal perjuangan parti sekaligus melunturkan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat selaku pemerintah di Selangor.

“Kepada mereka yang berada dalam Pakatan Rakyat, khususnya ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat mereka mesti faham visi itu sebab saya perhatikan ada yang dah lama dalam parti pun pemikirannya macam itu juga, dia tidak begitu menghayati apa yang sebenarnya keadilan nak dan ini berbahaya kepada perjuangan parti untuk jangka masa panjang”, tambahnya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Khamis, 21 Januari 2010

ITULAH GERAK, TERBAIK UNTUK NAZREE.

KETUA GERAK KE2 MASUK PKR

Panas: Malam ini Nazree GERAK Umum Masuk PKR?

Nazree Yunus yang menggantikan Ezam Mohd Noor sebagai Pengerusi Gerak akan umumkan beliau masuk PKR malam ini di program di Puchong.

Pengumuman ini diatur Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Nazree pada satu ketika dahulu selalu heboh dengan lembu dan tayar kereta.

Dari apa yang difahamkan Nazree juga telah bersedia untuk membocorkan
peranan Ezam dalam beberapa kelentongan yang terdahulu.

Rabu, 20 Januari 2010

BUKTIKAN PIMPINAN DALAM UMNO/BN YANG BERSIH IKUT JEJAK DSAI,

COTOHILAH MEREKA YG BERTANGGUNGJAWAB SELEPAS DSAI, DAN APABILA GAGAL, IKUT JEJAK ANWAR

Budaya parti adalah budaya individu, Individu beretika, maka parti beretika. Maka barulah parti bediri teguh, tesergam indah bak bangunan yang gagah, memberi perlindungan dan keselesaan bagi yang ingin bernaung, dipandang cantik lagi indah. Barulah parti dapat menunaikan hajat rakyat.

Amat penting setiap pemimpin parti, ahli jawatankuasa parti, pegawai-pegawai parti, ahli-ahli parti, penyokong-penyokong parti, memahami, menginsafi, dan menghayati bahawa mereka adalah pemegang amanah rakyat, pejuang masa depan rakyat, dan menyambung doa rakyat. Sesuatu yang jelek, walaupun ia sudah melata, masih tidak boleh dihalalkan semata-mata kerana ia sudah menjadi amalan umum. Yang salah tetap salah, yang keji tetap keji, yang haram tetap haram. Merekalah yang sebenar “wakil rakyat Malaysia”.




Umno akan gagal jatuhkan Nik Aziz - Zaid Ibrahim
15/1/2010 | 1:21
Shukri Mohamed | Farah










Pemimpin politik parti mestilah melaksanakan, mencerminkan dan menghayati “keadilan”. PKR adalah parti yang berasaskan etika keadilan. Jiwanya adalah “keadilan”. Wajahnya adalah “keadilan”. Perjuangannya adalah “keadilan”
. Semangat perjuangan dan kepartian tidak boleh mengatasi etika keadilan. Jika ia berlaku, maka aspirasi perjuangan akan menjadi hambar dan lambat laung ia akan pupus. Dengan itu akan terkuburlah hasrat dan harapan rakyat.



Wawancara bersama Datuk Zaid Ibrahim

[Bhg.1]
[Bhg.2]

[Bhg.3]

[Bhg.4]

[Bhg.5]
15/1/2010
Shukri Mohamed | Farah

Selasa, 19 Januari 2010

KENAPA PIMPINAN INI TIDAK SEDAR DAN BUAT KEPUTUSAN AWAL?

SANGGUP MELIHAT RAKYAT BAWAHAN BUANG MASA UNTUK RE4MASI.
KENAPA?, MENGAPA?, HARI INI UNTUK APA? JANGAN BERKATA "SEDIH" PERLU IKLAS.
SAMA-SAMA MENANGANINYA.


Chua Jui Meng - Kenapa Saya Tinggalkan BN


video


SRI KANDI YANG PERLU DITAULADANI KERANA SRI KANDI INI SENTIASA BERSEMANGAT JIWA TIDAK PERNAH MENGAKU KALAH WALAUPUN BERBAGAI TEKANAN YANG DIHADAPINYA. SEMANGAT JUANG SRI KANDI INI ADALAH SEMANGAT RAKYAT.

YB Nurul Izzah - Kenapa BN takut PR


video


Anwar dakwa isu kalimah ‘Allah’ sengaja direka Umno

TheMalaysianInsider. — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kontroversi kalimah “Allah” sengaja ditimbulkan oleh Umno untuk menunjukkan bahawa parti itu adalah pejuang Islam yang sebenar.

Ketua pembangkang di Parlimen ini berkata Umno juga menjadikan isu berkenaan untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang yang kononnya gagal menangani kontroversi tersebut.

Anwar (gambar) yang juga ketua umum Pakatan Rakyat memberitahu penggunaan kalimah “Allah” sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir, malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut.

“Saya merujuk kepada ulama Islam dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut dan beliau sendiri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang bukan Islam.

“Saya menganggap ia adalah isu yang sengaja direka oleh Umno untuk menghangatkan suasana politik negara,” kata beliau selepas berucap menutup Konvensyen PKR Pahang di Kuantan petang semalam.

Anwar menambah isu kalimah “Allah” juga terlalu banyak digembar-gemburkan oleh media sehingga menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Katanya Umno menganggap Pakatan Rakyat sudah longgar sehingga sanggup menggadaikan kalimah “Allah” kepada orang bukan Islam.

“Mereka boleh mengatakan apa sahaja, malah boleh menyebarkan pelbagai isu untuk menutup kesilapan mereka.

“Yang penting PKR mempunyai pandangan tersendiri dan melihat perkara ini selesai serta tidak perlu dikontroversikan,” kata beliau dipetik Sinar Harian.

Pada konvensyen semalam Anwar yang baru kembali dari luar negara selepas berada di Timur Tengah menegaskan bahawa PKR meletakkan usaha yang komited untuk menawan Putrajaya pada 2011.

“Kita sedang berusaha ke arah itu, malah setiap cabang akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mendekati masyarakat termasuk golongan muda dan wanita,” katanya.

Sabtu, 16 Januari 2010

Tanya Ustaz

Syubhahkah menyertai Facebook?

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:


a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

oleh

Jumaat, 15 Januari 2010

YAYASAN BASMI KEMISKINAN

ORGANISASI KEBAJIKAN ATAU PERNIAGAAN ?

Posted by Ahmad Zaki Yamani

Bagaimana Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor mendapat tanah yang sebegitu besar, dilaporkan sehingga 1,642 ekar, di Serendah dan tidak membayar cukai tanah? Dilaporkan juga hutang cukai tanah YBK kepada kerajaan negeri Selangor adalah lebih RM5 juta. Berapa yang telah dibayar oleh YBK kepada kerajaan negeri untuk mendapat pemilikan tanah-tanahnya?

Laman web YBK pada 8 Januari 2010, melaporkan kenyataan media Pengerusi YBK, Dato’ Zainal Abidin Sakom yang “merayu agar pihak koperat membantu YBK menyelamatkan tanah-tanah PYBK sebelum dirampas oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana tunggakan cukai hampir RM6juta yang membolehkan kerajaan negeri merampas tanah YBK tersebut”.

Nampaknya banyak lagi tanah lain yang dimiliki oleh YBK. Apakah pertimbangan kerajaan negeri sebelum ini dalam membuat keputusan menganugerahkan begitu banyak tanah kepada YBK?

YBK, meski ditubuhkan untuk membantu usaha pembasmian kemiskinan di negeri Selangor, kini telah berkembang menjadi badan perniagaan dengan anak-anak syarikat yang terlibat dalam pelbagai aktiviti termasuk pembangunan, penjualan kereta dan sebagainya.

Apakah bantuan kerajaan negeri selama ini dimanfaatkan oleh YBK sepenuhnya untuk usaha membasmi kemiskinan atau dijadikan modal perniagaan?

Projek yang mendapat halangan kerajaan negeri sekarang ialah pembinaan kampus UiTM yang merupakan satu projek perniagaan YBK di bawah inisiatif modal persendirian (Private Finance Initiative). Apakah YBK mempunyai modal untuk menyiapkan projek bernilai RM300 juta ini sedangkan cukai tertunggak RM5 juta tidak mampu dilangsaikan? Apakah YBK akan “berusaha sama” atau “menganugerahkan” pula projek ini kepada pihak lain dan mengaut untung atas angin?

Sekiranya projek ini adalah untuk kebaikan rakyat di Serendah, kenapa YBK tidak boleh berkompromi dengan kerajaan negeri dan menawarkan pegangan ekuiti kepada Kerajaan Negeri Selangor di dalam Permodalan YBK Sdn. Bhd. yang mahu membangunkan projek tersebut. Perolehan daripada penjualan ekuiti ini (samada tunai atau pelupusan hutang) boleh dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah hutang YBK kepada Selangor. Kerajaan Negeri Selangor setelah itu boleh melantik Ahli Lembaga Pengarah sesuai dengan pegangannya di dalam syarikat tersebut. Ini adalah amalan biasa perniagaan.

Sebaliknya Zainal lebih rela “memohon YAB Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan supaya tawaran membangunkan kampus UiTM di Serendah dipindahkan ke negeri lain”. Kenapa Zainal mengambil sikap jika dia tidak mendapat projek itu, biar Selangor tidak mendapat projek tersebut. Apakah pertimbangan sebenar Zainal mengusahakan projek tersebut?

Kini Najib cuba memberikan tekanan terhadap kerajaan negeri Selangor dengan mengatakan bahawa lokasi baru akan dicari sekiranya Selangor “tolak” lokasi Serendah untuk kampus baru UiTM.

Jika projek itu dipindahkan, apakah manfaat kepada rakyat “miskin” di Serendah?

Saya kira kerajaan negeri Selangor mesti bertindak tegas dalam kes sebegini. Kita faham sekiranya kerajaan bertolak ansur dengan rakyat miskin yang tidak mampu membayar cukai tapak rumah mereka. Tetapi di dalam kes ini, sebuah entiti perniagaan yang besar telah enggan atau cuai membayar cukai. Justeru tindakan menurut undang-undang seharusnya segera diambil — termasuk menyemak semula keputusan kerajaan negeri memberikan tanah-tanah kepada YBK dan merampas tanah-tanah terlibat jika perlu.

Perlu juga disiasat pihak berkuasa tempatan yang telah enggan atau cuai menguatkuasakan undang-undang untuk mengutip cukai sepatutnya daripada YBK.

Khamis, 14 Januari 2010

kalau Dah Kenal Pasti...Awat Tak tangkap Saja..

PDRM Kena Kencing Dengan Budak..

Jika polis boleh ‘dipermain’ oleh seorang pelajar berumur 19 tahun, sudah tentu Umno lebih dahsyat lagi menipu dan memperalatkan polis untuk kepentingan politik yang tersepit, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas tindakan polis menahan seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menulis dalam Facebook kononnya dia membakar gereja dan kemudian melepaskannya kerana pelajar itu mengaku beliau hanya "main-main", beliau bimbang "kes pembakaran gereja akan jadi macam kes enjin jet hilang".

"Setahun empat bulan polis ambil masa untuk siasat baru dapat tangkap dan dakwa. Itu pun sarjan dengan prebet sahaja. Yang di atas terlepas, yang lagi atas hilang terbang bersama enjin jet," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempersoalkan kenyataaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis yang mendakwa mereka sudah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian pengeboman dan pembakaran gereja yang berulang-ulang sejak Jumaat lalu.

"Bila saya membuat kenyataan mempersoalkan kenyataan mereka yang sangat meragukan dengan penghujahan mudah di mana saya berkata, kalau dah kenal pasti apa yang susah sangat hendak membuat tangkapan, mereka mendakwa pula bahawa mereka perlu mendapat maklumat yang tepat dan terperinci sebelum membuat sabarang tangkapan kononnya untuk mengelak ada yang mempersoalkan tindakan penangkapan.

"Tiba-tiba dilaporkan seorang (pelajar kolej) telah ditahan polis selepas dia mengaku dalam (laman) Facebooknya bahawa dia melakukan pembakaran gereja. Dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas menyatakan dia sengaja buat pengakuan main-main," katanya.

Mahfuz mempersoalkan bagaimana polis boleh bertindak dan menangkap pelajar itu tanpa penelitian yang rapi terlebih dahulu sedangkan suspek yang sudah dikenal pasti polis belum ditangkap dengan alasan tidak mahu penangkapan dipersoalkan.

"Mana ada orang yang bakar lepas itu dia bagi tahu pada polis dia yang bakar. Tak masuk akal langsung. Setahu saya mana ada orang nak mengaku kata dia yang bakar. Bawa pertuduhan ke mahkamah pun dia tak mengaku," katanya.

Beliau berkata, tindakan polis yang "sekejap (menyatakan) kena siasat dan teliti dahulu, sekejap terus tangkap" menyebabkan orang ramai mempersoalkan kebijaksanaan polis.

Mahfuz menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai "nasib rakyat Malaysia bila keadilan, ketenteraman dan keamanan diperdagangkan oleh pedagang-pedagang politik Umno.


Selasa, 12 Januari 2010

KETUA POLIS NEGARA DAH BUAT KENYATAAN APA?

Baru-baru ni KPN telah buat kenyataan,bahawa polis tidak mencukupi untuk mengawal keselamatan di negara ini. Tetapi apa yang berlaku, kenyataan seorang wartawan dan rombongan AMK Malaysia pada 10 Jan yang lepas, amat mengejutkan.

Abdul Qayyum Abdul Rahman, semasa membuat liputan lawatan AMK Malaysia, tiba-tiba sekumpulan anggota yang disyaki anggota polis seperti dalam rakaman laporan polis yang dibuatnya dan ditemani bersama Ketua AMK Malaysia Sdr Samsul Iskandar di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam, Seksyen 11.

Berikut disertakan laporan polis:

Saya Abdul Qayum bin Abdul Rahman (IC: 850504075593) bekerja sebagai wartawan Suara Keadilan membuat laporan ini kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga selepas diugut orang yang disyaki sebagai anggota polis.

Pada 10 Januari jam 3.30 petang, saya tiba di sebuah rumah di Kampung Rokan, Gemenceh, saya disambut mesra tapi apabila diketahui saya adalah wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad dan beberapa yang lain memaksa saya menyerah kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran kereta saya.

Beliau turut merampas nota penulisan saya serta rakaman dihapuskan kerana tidak berpuas hati dengan temu bual yang dijalankan bersama seorang wanita yang dikenali Saharah.

Polis menunggu di luar rumah manakala Muhammad mengambil segala pengenalan diri dan dokumen yang dibawa oleh saya tanpa kebenaran saya sendiri.

Polis dan Muhammad mengugut saya dalam berbentuk ancaman mahu mencari saya dan keluarga dengan cara apapun jika temu bual tersebut disiarkan.

Saya membuat laporan ini bertujuan supaya polis mengambil tindakan bagi mengelakkan kejadian diingini berlaku.

Berkaitan lawatan itu adalah untuk rekod, dipercayai keluarga mangsa pembunuhan kejam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Rosmah Mansor (1 Malaysia) di mana salah seorang mangsa pembunuhan iaitu Allahyarhamah Sufiah Katas merupakan emak saudara Rosmah sendiri. Sufiah Katas ialah adik beradik kepada Mansor Katas iaitu bapa Rosmah.

Difahamkan juga Rosmah Mansor langsung tidak menjengukkan muka menziarahi keluarga emak saudaranya sendiri.

Jika benar apa yang berlaku kepada wartawan itu ,adalah amat menyedihkan serta keselamatan tidak terjamin kepada semua petugas-petugas wartawan diMalaysia, dengan tindakan sebegitu.

Tindakan “harassment” yang dilakukan kepada wartawan ketika bertugas merupakan tindakan yang memalukan negara apabila kebebasan akhbar yang sepatutnya dijaga dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan telah dicabul.

Saya juga bersetuju sepertimana Sdr Samsul Iskandar mengeluarkan kenyataan, menyeru kesemua wartawan terutamanya wartawan media alternatif untuk bersama-sama membentuk solidariti bersama Saudara Qayyum dengan menyatakan protes terbuka kepada pihak polis khususnya Ketua Polis Negara.

KPN dah buat kenyataan, polis tidak mencukupi untuk mengawal keselamatan Negara, pada masa yang sama boleh pula sekumpulan polis berada dikawasan rumah kematian dan menjadi samseng kepada wartawan. Kenyataan ini perlu diambil ketegasan yang tegas untuk menjaga kualiti institusi polis.


HAK-HAK RAJA-RAJA MELAYU

Tuanku Sultan Selangor menitik berat perlembagaan yang termaktub pada Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11(4) Dan Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar kerajaan negeri dengan pendirian tegas menghalang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain bagi memelihara akidah umat Islam. Raja-Raja Melayu wajib campur tangan dalam urusan yang melibatkan agama, amat diperlukan kerana ia bukan sahaja menyentuh bidang kuasa Raja-raja dalam agama Islam tetapi juga sensitiviti umat Islam.

Mais merafak sembah Seri Paduka Baginda untuk menggunakan kuasa yang sedia ada di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk isu ini.

Mais dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak polis akan menguatkuasakan segera Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di kalangan orang Islam.

Enakmen berkenaan yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa kalimah Allah hanya boleh diguna oleh umat Islam sahaja.

Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan turut mengiktiraf Mahkamah Syariah untuk mendengar kes berkaitan Islam manakala Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan, membatalkan atau menghiraukan keputusan Mahkamah Syariah,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Mais akan mengemukakan rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi selepas permohonan Majlis Agama Islam Negeri-negeri (Main) untuk mencelah di dalam kes berkenaan ditolak.

Penolakan permohonan Main adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri yang memperuntukkan Majlis sebagai pihak berkepentingan dalam mempertahankan Islam.

Mais menyeru kepada Main yang lain untuk sama-sama merayu atau mencelah di dalam kes ini demi mempertahankan Islam.


Sabtu, 9 Januari 2010

ISU CUKAI PAKIR KERETA DI KAWASAN MDKLgt.

Dari keratan akhbar harian sinar pada 30 Des 2009 yang lepas, kenyataan yang dikeluarkan oleh YDP MDKLgt, Abdul Razak Jaafar bahawa untuk menuntut agar menjelaskan kompaun tempat letak kereta tertunggak dengan mengadakan kempin potongan 50% dari tuntutan semasa yang bermula pada 2 Januari 2010 sehingga 31 Januari 2010.

Katanya lagi notis kesalahan yang tidak pernah membayar berdasarkan rekod sebanyak 121,010 notis. Pada akhir 2007 sebanyak 87,666 notis dan 2008 hingga 2009 sebanyak 33,344 notis.

Berdasarkan rekod tersebut adalah pemilik kereta membantah untuk membayar cukai pakir kepada tuntutan MDKLgt.

Rakyat Kuala Langat berdasarkan pada PRU 12 yang lepas mengharapkan ketegasan kerajaan PR yang baru dipilih untuk membela nasib pengguna kenderaan berkereta untuk memansuhkan pakir itu. Sebaliknya pula makin bertambah kotak pakir untuk tujuan cukai bayaran.

Sekiranya untuk kempin agar membayar tunggakan cukai itu adalah terpuji. Tetapi biarlah hanya tuntutan kepada sebelum Mach 2008 sahaja. Dan selepas itu batalkan kesemua pakir dikawasan Kuala Langat. Itulah matlamat kepada kehendak penduduk Kuala Langat.

Dilihat pula kepada seramai 24 Ahli Majlis boleh dikatakan datangnya dari orang parti PR yang pada ketika sebelum kemenangan dan semasa kempin PRU12, boleh dikatakan dimana saja pentas keadilan pas, dan dap berjanji untuk mansuhkan pakir. Kini apa dah jadi ? Bila rakyat memberi sokongan, lain pula prinsip dibawa.

Fakta apa yang perlu, hinggakan tidak membalas budi pengundi dan rakyat Kuala Langat untuk teruskan pakir diguna pakai semasa PR memerintah? Setidak-tidaknya kurangkan cukai pakir untuk mengambil hati rakyat. Ada banyak lagi cara terbaik untuk menambah pendapatan kepada hasil MDKLgt.

Pada saya dan rakyat Kuala Langat, amat tidak bersetuju pakir itu diteruskan sepertimana yang dijanjikan semasa kempin pilihanraya PRU12 lepas.


IMAM BESAR MASJID NEGARA TOLAK HUKUM ALLAH YANG MAHA ESA.

Kereta yang di pandu Nizar terbalik akibat mengelak objek melintas.

Semalam adalah Kutbah Jumaat pada minggu ke2 dalam tahun 2010. Dimasjid Negara gempar dengan sikap kusyuknya khatib membaca kutbah sehingga menitis air mata. Semuanya adalah sikap munafik seorang khatib terhadap islam pada diri beliau. Beliau sanggup mengeluarkan air mata, semata-mata menyokong kehendak Najib umno.

Pada hal beliau juga nampak seperti terlepas pandang terhadap pimpinan negara melakukan perbuatan kerja yang haram dan menyalahi akidah, kerana perbuatan itu terbabit pada pimpinan islam.

Beliau seperti terlepas pandang pada pimpinan umno melaksanakan kerja mungkar dan sebagainya. Tidak berani menentang kerana takutkan kuasa pemerintah, Katib ini ditabsirkan sebagai tolak hukum Allah Yang Maha Esa dan sanggup menjadi munafik.

Sekiranya Najib tidak menyokong propaganda isu kalimah Allah, mungkin katib masjid Negara tidak sanggup mengeluarkan air mata. Oleh itu, kerana takut dikatakan menentang Najib, dan kerja sebagai Imam Besar akan dipecat. Menjadi munafik dan menolak hukum Allah Yang Maha Esa menjadi pilihan pencapaian diutamakan.

Najib yang bertanggungjawab pada negeri Perak pada awal 2009 terhadap PR, atau YAB Datuk Sri Nizar yang terlibat semasa kemalangan sehari sebelum hari Jumaat, besar dari pandangan mata kasar, mengapa pula Imam ini tidak mengeluarkan air mata kerana kebesaran Allah Yang Maha Esa?

Sama-sama lah kita sebagai rakyat marhain muhasabah serta bersukur pada kelebihan Allah Yang Maha Esa.


Jumaat, 8 Januari 2010

OH PUSAT-PUSAT HIBURAN!!! MB SELANGOR DAN EXCO KERAJAAN TEMPATAN

Rasanya bukan nak cari publisiti murahan tapi apa yang dinyatakan adalah benar-benar berlaku. Saya dan rakyat Kuala Langat sendiri melihat kelemahan pimpinan parti. Terlalu banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak perjuangan parti. Masaalah yang besar ertinya kepada rakyat yang memilih Pakatan Rakyat semasa PRU12.

Memang betul kita sebagai penyokong Pakatan Rakyat, wajib untuk senantiasa menyokong dan memperkuatkan jemaah. Adakah dengan menjadi wira rakyat akan menumbangkan jemaah dan kerajaan ?

Kita kena positif dalam setiap teguran yang dilemparkan kepada kita. Kita wajib untuk muhasabah diri kita, apakah teguran itu bersifat membina atau membinasakan. kalau kita rasa membina kita kena ambil langkah-langkah yang pro-aktif untuk memperbaikinya dan kalau membinasakan kita perlu membentuknya dengan hujah-hujah dan fakta-fakta yang betul.

Rakyat tidak tahu bahawa "kerajaan dan majlis adalah dua entiti yang berbeza". Apa yang mereka tahu adalah pusat-pusat hiburan dan sbgnya ditutup, rakyat akan berkata seperti kerajaan umno dulu juga dan kerajaan la ni adalah Pakatan Rakyat. itu saja.

Kita kena kaji adakah unsur-unsur sabotaj wujud di majlis dengan membiarkan pusat-pusat hiburan dan sbgnya, agar rakyat menyalahkan kerajaan Pakatan Rakyat. Kita kena ingat bahawa UMNO telah memerintah begitu lama di Selangor dan tidak mustahil kebanyakan orang-orang di majlis itu adalah kuncu-kuncu UMNO.

Jadi kita kena cari penyelesaian dengan segera untuk membersihkan pusat-pusat hiburan dan sbgnya, agar rakyat dapat melihat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat benar-benar prihatin kepada masalah ini. Walaupun tanggunjawab membasmi itu dipihak majlis , tetapi sebagai kerajaan, kita cari apa yang mampu untuk menanganinya. Tak usah berdiam, yg penting pusat hiburan tiada dan Kuala Langat bersih.. Rakyat tengok... wah kerajaan Pakatan Rakyat bagus la. lepas tu baru lah kita hentam majlis habis-habisan. kata kat depa yang depa semua tu tak boleh buat kerja. dia nak marah kat kita tak boleh sebab benda dah selesai.

Saya rasa inilah strategi politik yang perlu kita mainkan supaya rakyat melihat kita sebagai sebuah kerajaan yang benar2 prihatin dan berkebajikan. Yang penting adalah rakyat. Dengan sikap pro-aktif kita, jemaah dan kerajaan Pakatan Rakyat akan bertambah kuat.

Khamis, 7 Januari 2010

BANGSA MALAYSIA SE MALAYSIA


ISLAM DAN TIDAK ISLAM

Negara kita telah merdeka sudah hampir 53 tahun, selama itu bangsa Malaysia masih gagal memupuh perpaduan, masih gagal mencari indentiti Bangsa Malaysia yang sejati dan utuh.

Masalah ini adalah berpunca dari Kerajaan BN yang memerintah selama ini memegang keakraban palsu yang didokong oleh kononnya parti komponen BN sedangkan masing-masing mempunyai agenda kaum tersendiri. Maka jelaskan mana-mana parti yang berasaskan parti tidak akan utuh dan kukuh.

Kita masih ditakuk lama membedakan manusia dengan kaum dan agama, kepelbagaian agama menjadi masalah yang sepatutnya menjadikan kita saling kenal mengenal antara satu sama lain, perasaan prejudis antara agama masih tebal apatah lagi antara kaum.

Bangsa Malaysia perlu kembali kesekolah peradapan manusia yang menitikkan nilai nilai antarabangsa tentang tatacara hidup harmoni.

Secara khusus sepatutnya selama ini kita diberi peluang dan masa yang panjang untuk memupuk satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan harmoni namun gagal. Bukan Islam juga sepatutnya sudah belajar tetapi hakikatnya mereka telah dipesongkan oleh agen-agen anti Islam dalam BN itu sendiri. Mereka tidak diajar untuk mengenali Islam, malah orang Islam juga diajar untuk hidup dikalangan mereka sahaja dalam masa yang sama ditiupkan semangat cintakan kaum Melayu sahaja.

Hari ini UMNO sudah pandai bertakbir, Allahuakhbar dimana mana demo yang ditujukan kepada PAS dan PR. Mereka sudah pandai mengatakan yang hak untuk membela Islam, jika mereka ikhlas dan tulus dalam hal pembelaan ini, cuci dulu semua kesilapan lampau UMNO dan BN terhadap rakyat Malaysia.

Orang bukan Islam tidak sepatutnya takut dengan undang-undang Islam kerana ia menjadikan orang Islam lebih baik dan sepatutnya tidak mencampuri urusan orang Islam yang ingin mengikut kehendak agama mereka, begitu juga sebaliknya.

Orang Islam tidak mahu orang muda terus hanyut dengan budaya kuning (concert dll), yang nyata budaya kuning ini hanya dihadiri oleh majoriti Melayu Islam. Menjuarai segala-gala juara budaya tidak sihat, adalah anak-anak orang Islam.Tidakkah UMNO faham itu juga kehendak Islam mahukan belia mereka adalah belia yang beriman dan mengerjakan amalan yang berfaedah pada agama dan bangsa mereka..

Kita tidak menghalang jika ingin mengadakan konsert mereka di gereja-gereja untuk hiburan anak anak muda bukan Islam, kita tidak melarang arak diminum oleh anak-anak muda bukan Islam, kita tidak melarang babi dimakan oleh orang bukan Islam tetapi sekurang kurangnya akuilah bahawa bukan Islam juga perlu jelas dalam agama mereka tentang larangan larangan ini, baik dari segi kesihatan juga alam sekitar kepentingan adab dan sopan santun anak anak muda yang bakal menjadi pemimpin negara. Seterusnya yang disebut bangsa Malaysia beraklak harmoni serta dihormati.

"HIDUP ANAK-ANAK BANGSA MALAYSIA"

Rabu, 6 Januari 2010

ADAKAH YANG DIDAKWA AKAN MENGAKU BERSALAH?

Termimpikah seorang sarjan untuk menjual enjin F-5E itu yang hilang pada 2007 membabitkan nilai hampir RM100 juta. Sama-samalah rakyat marhain membantu siasat sarjan ini. Siapa keluarganya, dimana kampongnya, dan lagi yang patut. Agar dapat membantu kearah Negara Bermaruah.

Mudah sungguh undang-undang diMalaysia ini. Setelah hilang sejak lama, kini baru perbicaraan dibuat. Tidak menyangka pula, seorang berpangkat sarjan lebih berkuasa dari yang berpangkat Panglima ATM dan Menteri Pertahanan. Adalah tidak masuk akal dengan perbuatan seperti itu yang dilakukan oleh sarjan begitu mudah.

Inilah yang perlu difahamkan kepada rakyat marhain, sebagai "rakyat hakim negara". Dan Negara kita begitu makmur dengan berbagai. Berbagai undang-undang, samaada bertulis dan tidak bertulis. Undang-undang yang tidak bertulis seperti "masuk rumah tidak boleh pakai kasut".

Berbalik pada sarjan yang kena tuduh, bolehkah beliau mengaku keatas pertuduhannya? Tidak mungkin beliau mengaku bersalah. Kerana beliau pada pendapat saya, sepertimana pengesahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Sebab Sarjan ini begitu cerdik hinggakan sekarang baru dapat dikesan dan hanya dituduh.

Saya amat bersetuju keatas pertuduhan AG itu. Tetapi pada pendirian saya dan mungkin rakyat marhain langsung tidak boleh diterima oleh akal, kerana kesalahan itu hanya yang berpangkat sarjan.

Bagaimana pula pada barangan alat ganti yang hilang dan siapa pula yang akan dituduh? Nampaknya kalau yang berpangkat Panglima atau Menteri, mungkin Negara Malaysia yang dicuri untuk dijual.




Selasa, 5 Januari 2010

TERJAWAB SUDAH, KENYATAAN sebenar MP ULU SELANGOR

Beberapa hari yang lepas ramai mendengar berita yang MP Ulu Selangor akan melepaskan jawatan sebagai Ahli parliman Ulu Selangor. Kenyataan tegas dari MP tersebut telah dijawab oleh MB Selangor. Dan tidak ada lagi berita-berita angin palsu untuk menjadikan ia isu besar.
Zainal tidak lepaskan kerusi Parlimen Hulu Selangor






HULU SELANGOR, 3 Jan. : Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad tidak akan melepaskan kedudukannya sebagai wakil rakyat kawasan itu ekoran masalah kesihatan yang sedang beliau lalui sekarang.

“Dr. Zainal akan kembali bertugas,” kata beliau sambil menolak khabar angin akan ada pilihan raya kecil di kerusi tersebut.

Khalid berucap pada majlis makan malam di bahagian Parlimen yang kini diwakili oleh Zainal, bekas timbalan menteri besar Selangor ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN), di sini semalam.

Sehubungan itu Khalid berkata Pakatan Rakyat tidak khuatir untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) sekiranya diadakan satu pilihan raya kecil di kawasan itu

Bagaimanapun tegas beliau, tiada keperluan ke arah itu buat masa sekarang.

Majlis makan malam itu yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa dengan dihadiri oleh ahli-ahli Parlimen PKR tetapi penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zainal tidak hadir.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider kelmarin Zainal mengesahkan beliau tidak akan menghadiri majlis itu kerana sibuk dengan urusan perkahwinan anak perempuannya.

Bagaimanapun Zainal memberitahu beliau akan diwakili oleh pegawai khasnya bagi mengelakkan spekulasi.

Zainal juga menafikan desas-desus beliau akan melepaskan kerusinya ekoran masalah kesihatan yang berpanjangan.

Sebaliknya beliau mahu kekal sebagai wakil rakyat bahagian itu sehingga pilihan raya umum akan datang.

Wakil rakyat PKR itu juga menyangkal bahawa beliau telah meminta Anwar mengumumkan kononnya mahu bersara sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor.

Dalam pada itu Ahli Parlmen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian berkata, Zainal sedang pulih daripada pembedahan dan sedang berehat di rumah atas “nasihat doktor.”

“Saya bercakap dengan beliau tadi dan tidak akan ada pengumuman bahawa beliau akan meletakkan jawatan,” kata beliau dalam ucapannya pada majlis itu.TMI