Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Rabu, 14 Januari 2009

JANGAN KAU RAGUI KEMANA ARAHMU.......

BUAT ANGKATAN MUDA keADILan KUALA LANGAT. (AMK)

Sabar... semua kena sabar....

Inilah kebenaran, saya tidak menolak kebenaran. Tidak mahu hipokrit.

Namun, perjuangan tetap harus diteruskan. Kita percaya kepada tuhan, nescaya tuhan akan balas segala pengorbanan seadil yang Maha Adil. Kita dah usaha, dah ikhtiar dan ada masanya untuk kita berserah pada kekuasaan Allah, Pemberi rezki sekalian alam.

Mengenai apa yang berlaku dalam kehidupan peribadi, percayalah jika setiap masalah kita tangani dengan rasional dan tanpa mengeluh, kita akan ditunjukkan jalan. Kuatkanlah semangat diri, kehidupan mesti diteruskan, UMNO dan BN juga harus ditumbangkan.

Kita runtuhkan segala ketidakadilan yang berlaku selama 50tahun. Kita ubah segala bentuk penindasan yang menjadikan segelintir umat kaya raya tanpa memberi peduli kepada insan lain.

Soal fitnah, putar belit orang2 dibahagian dan penyelesaian masaalah, tidak ambil peduli diperingkat pimpinan negeri mau pun pusat serta yang lebih tinggi, anggaplah mereka terlalu sibuk/ atau orang-orang kanan mereka tidak tahu buat kerja. Yang perlu semua ahli kepimpinan AMK K.Lgt masih komited memperjuangkan KEADILAN UNTUK SEMUA.

Kita nak reform sistem sedia ada. Mesti boleh, biarlah segala bentuk pengagihan berjalan dengan telus, ada schedule supaya semua dapat merasa. Kita boleh buat!

Dari duit, kita jadikan duit. Kita pusing sama-sama, jangan pusing-pusing dapat kat orang yang sama.

Semua orang nak kaya, tapi apa salahnya kita kaya sama-sama. Sapa usaha dia dapat. Kalau semua usaha, pasti semua akan dapat, tapi dalam konteks giliran lah.

Kita jangan ikut cara UMNO yang zalim, kita buat cara kita biar semua yang mencuba, dapat peluang untuk merasa.

Kenapa tak boleh buat? kalau kita trace supaya pembahagian apa2 projek berdasarkan unique identifier. buat penjadualan biar kita tau, kepada siapa projek2 akan datang. bukan takat projek, tapi apa2 sebut harga, tender dan macam2 benda lagi.

Kita boleh buat bila kita memerintah nanti. Jalankan di semua peringkat. Jalankan dengan niat biar semua merasa.

Tak salah kalau kita kaya sama2... bagi sesiapa yang ada usaha.

Bersama arus perjuangan yang tidak dapat dibendung, kita menuju sebuah negara yang berteraskan kebajikan, yang berteraskan kesaksamaan sesama insan. Negara yang tidak lagi menekan, mereka-mereka yang tertekan.

Untuk pengetahun semua, pendekatan pimpinan Ketua Umum untuk ke jalan mudah/penyelesaian masaalah tidak ketelusan di bahagian, perlu kongres agong dipercepatkan. Dimaklumkan MASYUARAT AGUNG PEMILIHAN 2010, akan berlaku mungkin diumumkan semasa MASYUARAT AGUNG KHAS PUSAT DI ALOR STAR PADA 27-28 February2009. Kita sama2 tunggu.

MENENTANG KEZALIMAN SATU IBADAH YANG WAJIB DI TUNTUT.

Khamis, 8 Januari 2009

hari ke2



Anwar Berkempen Untuk KE PUTERAJAYA

Rabu. 6.30ptg. 7/01/09. Anwar Ibrahim telah turun berkempen untuk memastikan kemenangan calon Pas, Abdul Wahid Endut di pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Kedatangan Anwar itu membuktikan apa yang dinyatakan sebelum ini benar dan menjelaskan Anwar bukan seorang yang menyimpan dendam politik.

Semua tahu semasa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lalu para pemimpin Pas Terengganu tidak memberi sokongan terbaik kepadanya. Keadaan itu menampakkan semacam Pas tidak senang hati dengan Penasihat keADILan itu.

Bukan itu saja pandangan peribadi Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali mengenai projek 16 September yang digagaskan Anwar seolah-olah memperkecilkan usaha Anwar itu. Bermula dari kenyataan Mustafa itu juga pemerhati melihat ada semacam ketidak sefahaman antara kedua mereka.

Bertolak dari itu ada orang mengira Anwar tidak akan mencemarkan duli untuk membantu calon Pas pada pilihan raya berkenaan. Umno tentunya orang yang bergembira kalau Anwar mengambil sikap 'memulaukan' pilihan raya itu kerana tindakan Anwar itu akan menguntungkan dan dijadikan isu berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

Tetapi apabila Anwar berada di Terengganu dan turut berkempen ia menggambarkan sikap politik matang yang diamalkan Anwar yang memang tidak ada tolak banding. Semalam Anwar telah berceramah bersama Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Abdul Hadi Awang dalam ceramah perdana di Kampung Tanjung Kampung.

Hari ini beliau telah merasmikan pejabat keADILan Kuala Terengganu dan sekaligus turut berkempen untuk tambah kerusi parliman. Beliau juga dilihat berjalan seringan dengan calon Pas itu dan menemui orang ramai.

Sudah tentu dengan kehadiran dan komitmen Ahli Parlimen ketua pembangkang ia memberi petanda bahawa pilihan raya itu bakal dimenangi oleh Pas. Dan apa yang pentingnya diharap dengan pilihan raya itu juga perselisihan pandangan antara Mustafa Ali dengan Anwar yang berlaku sebelum ini akan sembuh dan umno tidak putar belitkan fikiran rakyat, khasnya pengundi K. Terangganu.


Rabu, 7 Januari 2009

olih;TERLERAI KATA TERUNGKAP BICARA.

Wednesday, January 7, 2009

Menanti Kemunculan Budak Menggigit Anjing Di Kuala Terengganu

Saya bukanlah seorang wartawan dan sedikitpun tidak ada ilmu kewartawanan. Tetapi entah macam mana pada suatu hari beberapa tahun dahulu saya ditawarkan oleh agensi tempat saya bertugas untuk mengikuti kursus pendek mengenai penulisan yang dianjurkan oleh sebuah agensi latihan. Kebetulan salah seorang penceramah adalah wartawan yang agak tersohor juga di Malaysia ini. Sehingga sekarang apabila mendengar nama wartawan itu saya terbayang objek seekor anjing dan seorang kanak-kanak.

Mengapa saya terbayang anjing dan kanak-kanak apabila mendengar nama wartawan itu? Ini kerana wartawan itu pernah berkata dalam ceramahnya bahawa, "Bila anjing menggigit budak, ia tiada nilai berita. Yang menjadi berita itu bernilai ialah apabila ada budak yang menggigit anjing". Maksudnya bagi media, cerita-cerita biasa seperti budak digigit anjing tidak ada nilai berita untuk disiarkan kerana ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Yang ada nilai berita ialah berita yang jarang-jarang berlaku seperti bila ada budak yang menggigit anjing.

Saya paparkan kisah budak dan anjing ini apabila teringat pilihan raya kecil (PRK) Kuala Terengganu yang akan berlangsung kurang lebih 9 hari lagi. Dalam tempoh 9 hari ini pasti banyak cerita sensasi terutama yang melibatkan PR akan disiarkaan media. Bagi media kita jika yang buat nakal itu ialah orang BN, ia adalah perkara biasa kerana semua orang kenal siapa mereka dan oleh itu ia tiada nilai berita. Tetapi jika yang membuat nakal itu ialah orang PR, maka siaplah, cerita mengenainya akan keluar berjela-jela tidak cukup 1 jam untuk siaran berita TV3 dan tidak cukup setengah jam untuk siaran berita RTM. Tidak kisahlah sama ada cerita bahawa orang PR buat nakal itu benar atau tidak, sama ada ia terlebih dahulu diprovokasi pihak lain atau tidak, yang penting dan perlu disorot ialah ada orang PR buat nakal. Itu memang ada nilai berita!

Contoh yang paling klasik yng mungkin masih diingati ialah kisah semasa PRK Sanggang, Pahang pada tahun 2000 dahulu. Bila Menteri Besar Pahang, Adnan Yacob, tunjuk isyarat lucah ia tidak ada nilai berita kerana semua orang tahu ia memang sifat semula jadi Adnan begitu. Yang ada nilai berita ialah apabila penyokong PAS menunjukkan rasa geram dengan aksi lucah Adnan itu. Dalam PRK Ijok pada 2007 pula apabila Khairy dan gerombolannya mula membaling botol kepada penyokong PKR dan PAS, ia tidak langsung mempunyai nilai berita kerana semua orang tahu telatah Khairy dan pengikut-pengikutnya memang begitu. Yang ada nilai berita ialah apabila penyokong PKR mengutip botol yang dibaling itu dan membalingnya semula kepada penyokong UMNO. Lalu keluarlah berita penyokong PKR dan PAS ganas kerana membaling botol kepada penyokong BN.

Begitu juga dalam PRK Permatang Pauh pada pertengahan tahun lepas, apabila penyokong-penyokong UMNO tidak kira lelaki dan wanita, muda dan tua menunjukkan isyarat lucah sambil menepuk-nepuk punggung, ia tidak ada nilai berita. Yang ada nilai berita ialah apabila ada kalangan wanita yang menepuk punggung itu mendakwa punggung yang ditepuknya berulang kali itu diraba pula oleh pihak lain. Lalu tercetuslah berita punggung puteri UMNO yang beraksi lucah itu diraba oleh penyokong PR, walaupun hingga sekarang tidak jelas siapa yang merabanya dan sama ada ia memang kisah benar.

Dalam PRK Permatang Pauh juga terdapat insiden yang punya nilai berita mengenai kisah jurugambar dipukul oleh penyokong PR. Lalu berhari-hari TV paparkan gambar jurugambar yang dipukul tetapi tidak ternampakpun kesan pukulan dengan jelas itu. Namun kerana ianya ada nilai berita, lalu ia disiarkan. Ini berbeda dengan beberapa insiden penyokong PKR dipukul hingga berdarah oleh penyokong UMNO dalam PRK Indera Kayangan, pada 2002 tetapi ia tidak disiarkan oleh media arus perdana kita kerana kisah kesamsengan gerombolan UMNO itu tiada nilai berita. Ini kerana bagi media kita, sedikit calar pada jurugambar di Permatang Pauh ada nilai berita, tapi berdarah muka orang PKR akibat dibelasah oleh tentera elit Shahidan tiada nilai berita.

Dan kini menjelang PRK Kuala Terengganu pada 17 Januari ini tentu pihak wartawan kita dari media arus perdana sedang sibuk memburu kisah-kisah sensasi yang membabitkan penyokong PR. Mereka tentu kecewa kerana semasa penamaan calon kelmarin, tidak ada cerita mengenai budak yang menggigit anjing. Yang ada ialah kisah mengenai anjing menggigit budak apabila penyokong-penyokong BN dipetik oleh harakahdaily membaling botol air di hadapan pintu masuk Stadium Negeri kira-kira pukul 9.50 pagi. Ketika jurugambar-jurugambar media arus perdana sibuk menghalakan lensa kamera kepada penyokong PR yang dijangka bertindak balas, mereka kecewa kerana perkara yang ada nilai berita itu tidak berlaku. Rupanya budak yang digigit anjing itu tidak menggigit semula anjing yang menggigitnya. Mungkin budak itu patuh kepada arahan bapanya (Tuan Guru Haji Hadi) agar jangan melayan provokasi lawan. Lalu kecewalah para wartawan itu kelmarin kerana tiada berita sensasi yang boleh disiarkan.

Kempen PRK Kuala Terengganu baru masuk hari kedua pada hari ini. Masih ada 9 hari lagi untuk melihat pelbagai aksi dirakamkan oleh wartawan-wartawan kita. Kepada wartawan arus perdana, mereka tentu tertunggu-tunggu bilakah gerangannya ada cerita mengenai kenakalan penyokong PR kerana ia punya nilai berita. Kisah kenakalan penyokong BN tidak perlu difokuskan kerana ia tiada nilai berita. Seperti kata wartawan tersohor dalam ceramahnya yang saya katakan sebelum ini: anjing menggigit budak tiada nilai beritanya. Yang ada nilai berita ialah apabila budak menggigit anjing. Mungkin wartawan-wartawan ini berdoa setiap saat agar esok, lusa atau tulat akan adalah seorang budak yang terlupa nasihat bapanya lalu budak itu menggigit semula anjing yang menggigitnya. Jika ini terjadi seronoklah media kita kerana sudah ada berita yang boleh disiarkan,boleh disensasikan.

SUQKUR, HARUN HINDAR KEZALIMAN.. SEKALONG TAHNIAH....

PRK P.036 KT: 'Calon AKIM' umum sokongan kepada PAS

Harun Mohammad, Naib Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) membuat kejutan pada pagi tadi di Pusat Penamaan Calon apabila bertindak menarik diri dari mengemukakan borang pencalonan, sekaligus tidak akan bertanding pada Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu.

Lebih menarik lagi, Harun yang menarik diri selepas setengah jam memasuki perkarangan Pusat Penamaan calon yang diadakan di Stadium Negeri, Jalan Mahmud itu telah menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS, YB Wahid Endut dan berharap para pengundi di Kuala Terengganu mengundi calon PAS itu.

Dalam perkembangan yang sama, Presiden AKIM, Hanafi Mamat mendakwa bahawa Harun telah mengkhianati amanah parti. Tindakan Harun tersebut begitu menghampakan AKIM dan merupakan satu kejutan diluar dugaan.

Sabtu, 3 Januari 2009

undurlah Pak Lah..............

Gerbang Tempur Politik Maya ada menyiarkan
Surat Datuk Mukhriz Tun Mahathir Klik gambar sebelah untuk besar.MYKMU juga melaporkan tentang Tsunami Kedua yang sedang mula melanda Umno.

Another Brick In The Wall melaporkan : Bahagian Batu Mengemukakan Petisyen Menuntut Pak Lah Meletakkan Jawatan.

DRAF PETISYEN :

Keputusan Pilihan raya umum 2008 menyaksikan Barisan Nasional menerima kekalahan teruk. Tidak pernah dalam sejarah BN menerima kekalahan begitu besar iaitu hilang lima buah negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen.

Kekalahan ini sungguhpun mempunyai 1001 sebab, namun sebab-sebab utama jelas menjurus kepada kelemahan kepimpinan dan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Seperti kata Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “Sekiranya kemenangan besar 2004 diuar-uarkan sebagai kemenangan Abdullah, maka Abdullah juga harus bertanggungjawab dalam kekalahan ini.”

Menurut kaji selidik laman web penyokong UMNO www.mykmu.net, antara punca utama kekalahan Barisan Nasional akibat secara langsung daripada Abdullah.

10 sebab utama ialah:

1. Kegagalan melaksanakan ekonomi secara makro bagi kesejahteraan masyarakat. Tiada hala tuju jelas ekonomi negara kecuali slogan dan Dalam tempoh empat tahun kepimpinan Abdullah telah berlaku:

a. Kenaikan harga petrol yang terlalu tinggi
b. Kenaikan tol yang sangat drastik,
c. Kenaikan kadar faedah asas (BLR),
d. kenaikan kos sara hidup - elektrik, cukai pintu dan air.
e. Kenaikan harga barang

2. Dasar Luar yang mengelirukan dan pro-Singapura seperti:

a. Mengakui Tambak Johor sebagai hak bersama Malaysia-Singapura tanpa kira sempadan, tanpa mendapat keputusan Mahkamah Antarabangsa.
b. Membatalkan pembinaan jambatan bengkok kerana ugutan Singapura
c. Masih gagal menyelesaikan isu harga air mentah ke Singapura
d. Gagal memimpin OIC

3. Promosi Islam Hadhari yang keterlaluan:

a. Membimbangkan masyarakat bukan Islam.
b. Tidak diterima oleh sebahagian besar orang Islam di Malaysia kerana dianggap mengelirukan dan memberi imej tidak baik kepada Islam sebelum munculnya istilah Hadhari ini di Malaysia.

4. Pentadbiran negara yang tunggang langgang:

a. Tindakan menghantar Menteri ke negara China bagi memohon maaf atas isu ketuk ketampi bogel dalam lokap tanpa menyiasat terlebih dahulu identiti wanita terbabit.

b. membenarkan "media bashing" terhadap pasukan polis, cuba mewujudkan badan pemantau polis (IPCMC) tetapi menarik balik. Moral pasukan polis amat lemah sehingga menyebabkan Polis sudah kurang berkesan dan kadar jenayah kian bertambah tanpa penyelesaian.

c. Keputusan berubah-ubah dalam kes Jambatan Bengkok, Landasan Keretapi Berkembar, Jambatan Pulau Pinang Kedua menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit

d. Kenyataan-kenyataan biadap dan tidak bertanggungjawab Abdullah seperti “I dont Know, i’m not involved” dalam kes ECM Libra dan memanggil pengkritik beliau sebagai Iblis.

e. Banyak menubuhkan suruhanjaya tanpa mengambil langkah sewajarnya menyebabkan suruhanjaya sendiri sudah menjadi lawak jenaka.

f. Pertelingkahan dan pertikaian antara Menteri sudah menjadi lumrah sehingga kabinet menjadi bahan jenaka masyarakat umum.

5. Pentadbiran yang kurang ajar dan biadap terhadap Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyebabkan ramai penyokong UMNO dan rakyat Malaysia berketurunan cina tidak berpuas hati dan melalukan undi protes.

6. Isu korupsi dan kronisme yang melampau dalam kes ECM Libra, Scomi dan Myteam menyebabkan hilang kepercayaan.

7. Memecah-belahkan UMNO :

a. Membenarkan mereka yang dipersoal kesetiaan terhadap UMNO dan negara menguasai media yang UMNO mempunyai kepentingan telah menimbulkan keadaan tidak senang dalam UMNO.

b. Menggugurkan Ketua Bahagian dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya lalu memberi isyarat jelas Abdullah tidak menghormati hak demokrasi parti.

c. Keputusan yang berbeza dalam isu politik wang antara Ahmad Zaki Zahid (Pembantu Khas Perdana Menteri) dengan Zaid Ibrahim yang menang tanpa bertanding mencerminkan penyalahgunaan Majlis Disiplin UMNO. Ahmad Zaki hanya diberi amaran kerana terbabit politik wang dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya. Manakala Zaid Ibrahim digantung atas dakwaan politik wang sungguhpun tidak terbabit dalam sebarang pertandingan. Zaid menang tanpa bertanding Ketua UMNO Kota Bharu.

d. Tidak mengendahkan persepsi umum bahawa Khairy Jamaluddin begitu berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Malahan tindakan membenarkan Khairy menggunakan pengaruhnya dalam pertandingan Naib Ketua Pemuda UMNO menyebabkan beliau diejek (boo) selepas diumumkan menang tanpa bertanding. Keadaan ini dikukuhkan lagi dengan pemilihan Khairy sebagai calon Parlimen Rembau.

e. Tidak mengambil sebarang tindakan ke atas penyokong-penyokongnya seperti Datuk Kamarulzaman (TV3) dan Datuk Kalimullah (NSTP) menggunakan media mereka untuk menghentam pemimpin UMNO yang dilihat boleh memberi cabaran kepada Khairy Jamaluddin.

f. Hanya menurunkan peruntukan dan projek kepada kontraktor kelas F setelah menghadapi kritikan keras Tun Dr. Mahathir dan khuatir akan berlaku kritikan keras dalam perhimpunan agung UMNO. Rasuah terangan-terangan dengan mengumumkan peruntukan RM 3 juta setiap bahagian sehingga menjejaskan imej UMNO.

g. Kempen keterlaluan untuk mengalahkan Tun Dr. Mahathir dalam pemilihan perwakilan UMNO Kubang Pasu 2006 menyebabkan ramai ahli UMNO “berjauh hati.”

h. Membiarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dipilih secara demokrasi dalam UMNO memporak- perandakan UMNO Perlis menjelang pilihan raya umum 2008.

8. Gagal mengawal isu Hindraf sehingga menjadi begitu besar dan MIC hilang sokongan orang India.

9. Tidak mempunyai strategi yang jelas apabila menerima kekalahan dalam pilihan raya umum 2008. Kata-kata seperti itu “pilihan rakyat”, “rakyat sudah buat keputusan, kita terima” bukanlah cerminan pemimpin yang mampu bangun memimpin BN untuk menang semula.

10. Akhir sekali, wajah kepimpinan Abdullah sudah ditolak oleh kaum Cina dan India serta tidak lagi disenangi oleh sebahagian besar orang Melayu dan UMNO. Isu ini bukan isu perebutan kepimpinan atau pertukaran pemimpin, tetapi ia merupakan isu dasar dan polisi Abdullah yang ditolak rakyat.


Justeru UMNO dan Barisan Nasional memerlukan kepimpinan baru bagi memberi nafas baru menjelang pilihan raya akan datang. Lebih penting, negara Malaysia memerlukan polis dan dasar baru yang lebih segar dan berwibawa bagi menjamin kemakmuran kepada rakyat.

Sehubungan itu, kami sebagai ahli-ahli UMNO dibawah dengan ini memohon agar:

1. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara sukarela sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

ATAU

2. Sekiranya, Datuk Seri Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpendapat Presiden parti masih mendapat sokongan ahli UMNO, maka sewajarnya, satu Perhimpunan Agung Khas UMNO dipanggil dan satu undi sulit mengenai kedudukan Presiden UMNO diadakan.

Sekian, terima kasih.


Note:
Atas permintaan dan cadangan ramai berikut ialah DRAF PETISYEN yang akan diedarkan kepada Ahli UMNO secara online dan bercetak. Sebarang cadangan dan pertanyaan boleh hubungi demokrasimalaysia@yahoo.com atau para pentadir laman ini. Dicadangan juga petisyen ini hanya terbuka kepada Ahli UMNO. Nama sebenar dan nombor keahlian serta nombor telefon akan diperlukan bagi membolehkan petisyen ini dianggap sah dan relevan. (Tidak perlu tulis butiran di dalam komen ini kerana ia hanya diperlukan setelah dilancarkan secara rasmi.) VERSI KEMASKINI 12/03/08:1.28PM)

Khamis, 1 Januari 2009


"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"

4 hijrah 1430 bersamaan 1 januari 2009



wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

Dah lama aku simpan keinginan untuk ada satu blog, tempat aku meluahkan pandangan, perasaan dan harapan dalam banyak hal lebih-lebih lagi dalam situasi politik, ekonomi dan sosial pada masa kini. Tentunya banyak perkara yang boleh dirungkai dari benak fikiran lelaki seperti aku.

Lap top aku sudah lama tidak terusik. Mungkin ini kesempatan baik bagi aku untuk melontarkan pandangan peribadi. Sama ada bersetuju atau tidak tentang apa yang aku bicaranya terserah kepada kalian semua. Aku sangat mengalu-alukan komentar kalian.

Selamat datang ke blog "anak bugis"