Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Isnin, 27 Jun 2011

Mengapa Pimpinan Parti dan kerajaan Terlepas Pandang ?

Parlimen P112 dan DUN 51 Serta Ahli Majlis MPP Zon 5



Semalam pada jam 10.00 pm 26 Jun 2011, AKAR menerima panggilan mengejut melalui talipon yang tidak diketahui siapa pemanggilnya. Pengadu mengadu bahawa seorang pesakit yang terlantar sakit sejak November 2010 tidak mendapat perhatian. Pesakit seperti gambar tertera.









AKAR seperti biasa terus menalipon pimpinan parti, untuk memberi tahu masaalah sebenar untuk tindakan pemimpin parti yang semua maklum, mereka adalah pimpinan masyarakat dan kerajaan. Talipon pemimpin yg dimaksudkan, tiada jawapan. Setelah 2 jam kemudian, pemimpin parti yang dimaksudkan membuat panggilan balas. AKAR memberitahu perkara sebenar. Dan pimpinan tersebut meminta AKAR menalipon kepada biro masyarakat jawatankuasa parti beliau. Persoalan disini, kenapa AKAR perlu membuat aduan pula kepada mereka? Sepatutnya pemimpin parti, menyelesaikan masaalah ini untuk tindakan setelah AKAR memberitahu masaalah itu.

AKAR dan rakan dari bloger Parlimen Sepang terus pergi melawat pesakit tersebut, meninjau perkara sebenar untuk kepastian. Amat menyedihkan keadaan pesakit dan keluarga itu. Pesakit mempunyai anak seramai 6 orang yang masih kecil. Anak pertama berumur 15 tahun dan yang terakhir berumur 6 bulan.

Isteri pesakit bekerja sebagai jururawat di hospital Klang yang berpendapatan tidak mampu menampung kehidupan keluarga.

Masaalah keluarga ini AKAR akan panjangkan kepada pihak yang bertanggungjawab pada hari ini juga. Pesakit amat memerlukan kerusi roda. Pesakit tidak dapat bangun dan buang air besar serta air kecil di tempat tidor dengan bantuan anak-anak bila isteri beliau pergi kerja.

Pada sesiapa yang ingin membantu boleh terus menghubungi AKAR ditalian 01112358199. Atau boleh terus menghubungi Sdr Hadi no talian 012 6943724/ 016 9469695.