Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Rabu, 24 Jun 2009




Gambar Diatas Adalah DiKawasan PRK Manik Urai. Ada Beza Tak Dengan PRK Penanti!!!!

Foto Miji

KUALA KRAI, 23 Jun (Hrkh) - Faktor hampir 99 peratus pengundi di Dun Manek Urai daripada kaum Melayu menjadi sebab utama Umno bingkas semula selepas menyepi pada pilihan raya kecil di Penanti.

Umno masih menganggap orang Melayu mudah diperbodohkan dengan umpan kebendaan berbanding kaum lain. ?

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, kedudukan posisi kaum di Manek Urai berbeza dengan pilihan raya kecil di tempat lain sebelum ini.

"Kalau sebelum ini kita lihat pilihan raya kecil lebih memihak kepada Pakatan Rakyat disebabkan pengundinya dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa.

"Namun situasi berbeza di Manek Urai kerana hampir keseluruhan pengundi orang Melayu. BN akan cuba menyogok seboleh mungkin untuk menawan hati pengundi," katanya.

Menurutnya faktor itu dilihat Umno boleh memberi kelebihan kepada mereka dengan mengumpan banyak kebendaan bagi menawan hati pengundi Melayu.

Berdasar kepada daftar pemilih sebelum ini daripada 12,272 pengundi di Dun Manek Urai bilangan pengundi bukan Melayu hanya seramai 88 orang, manakala pengundi pos sebanyak 83 orang.

Oleh itu Abdul Latif yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata, jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa bekerja lebih keras bagi menjelaskan kepada rakyat umpan kebendaan yang sedang ditabur sekarang.?

Katanya juga motto yang digunakan sebelum ini iaitu 'beri gula kacau, beri kain pakai' boleh digunakan semula sebagai usaha untuk berdepan dengan politik kebendaan yang ditaja Umno.