Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Khamis, 15 April 2010

Panas:

Setengah Jam Sebelum Muhyiddin Umum Calon BN, Tiba-Tiba ADUN PKR Bakar Arang Dari Kedah Keluar Parti Atas Alasan Di Permainkan !!

Ini satu berita panas yang baru diterima dan amat digemari oleh puak-puak UMNO BN. Tambahan pula berita ini tiba bertepatan dengan pengumuman nama calon BN yang akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Bukit Sentosa petang ini. Menurut sumber, seorang lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Arang, Kedah iaitu Tan Wei Shu (foto). Beliau telah membuat sidang medianya di sebuah hotel dekat Kuala Lumpur jam 3.30 petang tadi. Sebelum ini Tan adalah Exco Kerajaan Negeri Kedah sebelum digugurkan dalam rombakan exco yang dibuat oleh Menteri Besar, Ustaz Azizan Razak pada 10 Mac lalu. Portfolio tersebut telah diambil alih oleh seorang lagi wakil rakyat PKR iaitu ADUN Sidam, Tan Show Kang. Alasan yang diberikan oleh Tan atas tindakan beliau itu cukup mudah, kononnya dia dipermain-mainkan oleh pemimpin PKR. Tanpa menyebut alasan lain yang lebih munasbah, maka kita boleh mengagak kenapa Tan membuat sidang media setengah jam sebelum Muhyiddin mengumumkan nama calon Barisan Nasional yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini. Apapun, tahniah kepada Tan kerana berani membuat tindakan disaat genting begini. Sesungguhnya orang seperti beliau tidak layak untuk mewakili rakyat apatah lagi menjadi wakil rakyat itu sendiri sebenarnya.

[Bodoh punya wakil rakyat !, nampak benar beliau dijanjikan habuan lumayan sama seperti ADUN lompat yang lain sebelum ini. Tindakan keluar parti ketika TPM Muhyiddin mahu mengumumkan nama calon BN di pilihanraya kecil Hulu Selangor jelas sekali telah dirancang oleh puak-puak UMNO BN itu sendiri. Ini kononnya bagi membuktikan bahawa PKR tidak lagi relevan untuk rakyat hari ini. Jika ADUN Bakar Arang itu boleh dipermainkan, apatah lagi rakyat yang akan mengundi Zaid Ibrahim pada 25 April ini. Itulah matlamat sebenar perancangan mengatur sidang media ADUN terbabit di Kuala Lumpur. Mungkin sebelah malam tadi beliau sudah pun menerima deposit untuk apa yang dilakukan pada hari ini].