Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Selasa, 14 Julai 2009

KITA MENANG JANGAN TAKBOR!

DUGAAN UNTUK ABE UJI...........

Kita menang, kerana kita taat kepada Allah. Kita menang, kerana kekuatan rohani yang ada pada kita semua. Kita menang, kerana kita berupaya mengalahkan nafsu tidur kita, bangun untuk bersama-sama bermunajat kepada ALLAH .


Dan sebaliknya pula jangan kita lupa, bahawa kita menang juga kerana maksiat-maksiat yang dilakukan oleh pihak musuh kita.

Justeru itu, janganlah pula kita tergolong di dalam orang yang melakukan maksiat kepada Allah agar pertolongan Allah sampai kepada kita.

Kepada yang tidak mampu untuk memberi sumbangan tenaga, maka jangan berdukacita, kerana anda berpeluang mendapat pahala yang sama darjatnya dengan orang yang berada di medan perang dengan memberi sumbangan harta anda.

Ingatlah, bahawa umat yang paling mulia itu adalah umat yang tergolong dikalangan mereka yang mendokong Al-Quran dan beribadat pada waktu malam.

Sifat perjuangan yang paling penting itu adalah tauhid, yakni perjuangan yang mengesakan Allah tanpa melakukan kesyirikan kepadaNya.

Yang kedua adalah takbir, yakni kita membesarkan dan mendahulukan hak-hak Allah daripada hak kita.

Ketiga, tanzim; kita yakin bahawa tanzim dalam parti kita ini adalah yang terbaik, tanpa tanzim yang terancang, kita pasti akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang.

Yang akhirnya, adalah kekuatan; justeru saya menyeru kepada ahli jemaah sekalian, agar kita sama-sama mengeluarkan seluruh kekuatan kita dalam hari-hari yang terakhir ini bagi mengalahkan UMNO.
RAKYAT YG BERDAFTAR SBG PENGUNDI JANGAN TERUJA DGN POLITIK UGUT.

T
imbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin diselar oleh beberapa ADUN Selangor kerana menjanjikan jambatan jika BN berjaya di dalam pilihanraya kecil Manek Urai hari ini.

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim menyifatkan tindakan penaburan gula-gula politik untuk menarik sokongan rakyat telah sebati dengan jiwa mereka dan sikap buruk itu tidak dapat dibuang lagi.

"Sikap sedemikian telah dianuti oleh UMNO BN selama dulu, kini dan selama-lamanya untuk menarik sokongan rakyat dan saya berpendapat cara itu sudah tidak relevan lagi," ujarnya.

Beliau menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri yang masih mengamalkan "politik ugut" - "sokong dapat tak sokong tak dapat".

Muhyiddin sebelum ini menyatakan Manek Urai akan dijadikan sebuah kota agropolitan untuk melonjakkan pembangunan dan menjana ekonomi rakyat yang masih memerlukan banyak pembelaan.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, seiring dengan perancangan memajukan pertanian secara komersial itu, prasarana untuk keselesaan rakyat akan disegerakan oleh Barisan Nasional (BN) termasuk membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru.

Menurut beliau, jambatan baru dua lorong yang dijangka membabitkan kos RM7 juta itu akan segera dibina jika BN diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Kenyataan Muhyiddin itu jelas telah membuka pekung parti pemerintah pusat yang suka membeli rakyat.

ADUN Kinrara, Teresa Kok juga menyelar kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin berkenaan yang sanggup mengenepikan kepentingan rakyat jika kepentingan mereka tidak dipenuhi.

Teresa berkata membina jambatan dan sebagainya adalah tanggungjawab kerajaan pusat dan bukan hanya dilaksanakan pada setiap kali pilihanraya.

Beliau mempersoalkan kata dua dari TPM itu dan menyifatkan ia sebagai satu bentuk rasuah dan menyatakan menjadi tanggungjawab kerajaan pusat menyediakan prasarana tersebut kerana semua rakyat tidak kita parti membayar cukai.



Sementara itu ADUN Kota Alam Shah, M.Manoharan berkata, di sebalik retorik membasmi rasuah, kerajaan pimpinan Najib ini tidak dapat mengikis projek mee segera kepada rakyat.

Ramai pemerhati politik berpendapat kenyataan Muhyiddin berkenaan menyumbang kepada faktor kekalahan UMNO BN pilihanraya kecil Manek Urai yang berlansung hari ini.


"Apakah ini (sikap TPM tersebut) sejajar dengan konsep 1Malaysia?" tanya Teresa lagi.






Rakyat Kelantan sudah biasa diugut dengan hal sedemikian pada setiap kali pilihanraya umum atau kecil dan mereka tidak boleh diperbodohkan oleh Muhyiddin dan sekalian pemimpin UMNO BN.