Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Rabu, 11 Ogos 2010

SEPANDAI-PANDAI TUPAI, AKIBATNYA BURUK....

Tee dipecat sebagai ahli MPK

Menteri Besar Selangor berkata Tee Boon Hock telah dipecat sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK). Menurut menteri besar, tindakan itu diambil selepas siasatan menunjukkan Tee telah melanggar kod etika.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli majlis supaya jujur dan telus dalam kerja mereka, dan tidak mengambil kesempatan untuk mengkayakan rakan dan anggota keluarga mereka.

Pada 7 Ogos lalu, jawatankuasa disiplin DAP telah memecat Tee daripada parti itu selepas mendapati dia mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat yang anaknya mempunyai kepentingan. Tee dilanda kontroversi hujung bulan lalu apabila akhbar Star melaporkan dakwaan bahawa seorang ahli majlis tempatan dari DAP menyalahgunakan kepala surat dan cop exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, untuk mengeluarkan surat sokongan kepada mereka yang rapat dengannya.