Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Rabu, 31 Mac 2010

PENJELASAN SIDANG DUN PERAK HARI INI....

PENJELASAN DS NIZAR TENTANG SIDANG DUN PERAK KECOH HARI INI



IPOH, 31 Mac [5.00 pm] - Kekecohan yang berlaku dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sememangnya sudah dijangka oleh ramai pihak.

Semuanya kerana berpunca dari sikap Speaker DUN, R.Ganesan yang dipercayai bersikap biadap, bodoh sombong dan gagal melaksanakan tugasnya dengan sempurna akibat beliau adalah "Speaker Haram".

Menurut MB Perak yang Sah, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (foto) kejadian berlaku seawal jam 10.00 pagi iaitu ketika beliau membuat usul Perintah Tetap 2,3 dan 4. Namun, speaker haram Ganesan tidak memberi perhatian terhadap usul yang dibawanya.

"Kita telah bertegang leher kerana kita ingin jelaskan bahawa Ganesan tidak layak menjadi speaker. akibat tidak menghormati namun kita cuba beri kerjasama. Selain itu sesi soal jawab hanya dari jam 10.10 hingga 10.49 habis, ini tidak pernah berlaku. Sebab lain kami keluar ialah dalam agenda tidak ada perbahasan titah tuanku dan dibantah oleh speaker sivakumar. Saya dengan Dato Ngeh bantah dan tidak ada jawapan", Jelas Datuk Seri Nizar.

"Maka kami ambil keputusan keluar dewan kerana dengan beberapa alasan kuat tersebut "Kami mencabar Zambry dan Ganesan, kalau ada perbahasan kami akan hadir esok. malangnya selepas keluar namun tidak dapat disahkan bahawa zambry ada usulkan ada titah ucapan, namun sudah tersangat terlewat. Kalau ada sekarang itu sudah terlewat", katanya.

[Apa yang berlaku di persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ini sesungguhnya menampakkan kepada kita betapa kalut dan takutnya BN bila melihat kelibat ADUN Pakatan Rakyat sebenarnya.

Tindakan Speaker yang ternyata gagal mengikut ketetapan dewan sememangnya amat memalukan, bahkan ini membuktikan bahawa Ganesan sememangnya tidak layak untuk menjadi Speaker DUN Perak yang sah.

Justeru itu, beliau terpaksa melaksanakan tugasan hanya bersandarkan kepada mandat dan kehendak pemimpin UMNO BN tanpa mengetahui bahawa dirinya memang bodoh dalam urusan tersebut. Semoga rakyat Perak menyedari apa yang berlaku ini dan membuat tindakan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti]. "


by ar_rawa

Selasa, 30 Mac 2010

APALAH HASIB TERENGGANU NIH.....



KUALA TERENGGANU 29 MAC: Seorang buruh terbunuh manakala empat rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh, petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Pauzan Ahmad berkata, buruh warga Bangladesh itu tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan mati di tempat kejadian.

Katanya, empat rakan mangsa cedera termasuk seorang parah akibat dihempap para besi yang runtuh ketika mereka sedang melakukan kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit.

Pauzan berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menerima rawatan.

Pasukan Polis, bomba, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berada di lokasi kejadian sehingga jam 8 malam bagi menjalankan kerja mencari dan menyelamat ekoran kejadian jam 5 petang itu.

Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Disember 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.

Isnin, 29 Mac 2010

LIM MINTA PENJELASAN DI DEWAN RAKYAT

RM52 Billion Saham Bumiputera Hilang

Ahli parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini meminta penjelasan di Dewan Rakyat mengenai RM52 billion saham bumiputera yang dilaporkan 'hilang' daripada tangan bumiputera di Bursa Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasannya itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.

Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”

Lim menggesa kerajaan menyiasat apa yang berlaku dengan saham berkenaan yang didakwa lazimnya diagihkan kepada kroni BN.



Sabtu, 27 Mac 2010

INI LAH KAYU UKUR BUAT (KEADILAN) DAN BN

KERUSI KEUTAMAAN UNTUK (KEADILAN)

Rhu Rendang, MARANG – PAS akan memberi keutamaan kepada calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertading dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata ia adalah kerana kerusi parlimen tersebut adalah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh PKR pada pilihanraya umum ke 12, tahun 2008
”Oleh kerana Parti Keadilan (Rakyat) yang bertanding (pada pilihanraya umum ke 12, 2008), sudah tentulah kita utamakan Parti Keadilan (Rakyat),”katanya kepada Buletinonline ketika ditemui selepas Majli Makan Malam Dana Kebajikan Dewan Ulamak, disini semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata, PAS akan mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihanraya kecil tersebut pada minggu hadapan.

”Kita akan adakan mesyuarat pada minggu hadapan, dan kita akan mendengar taklimat daripada (Pehubungan PAS) negeri Selangor, dan juga mesyuarat (diantara parti-parti dalam) Pakatan Rakyat,”jelasnya.

Berhubung dengan peluang Pakatan Rakyat untuk memenangi kerusi parlimen tersebut, beliau berkata, kejayaan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PKR diharapkan dapat membantu meningkat undi.

Namun, katanya, PAS tidak akan memandang mudah pilihanraya terhadap sebarang pilihanraya kerana menurutnya demokrasi di Malaysia tidak diamalkan di atas ‘padang yang sama rata’.

”Kita mengharapkan pecapaian kerajaan Slangor boleh membantu peningkatan undi sebaik mungkij, namun kita tidak boleh memandang mudah,

”kerana demokrasi di Malaysia adalah satu demokrasi, ‘padang yang tidak sama rata’,”ujarnya.

Kerusi parlimen Hulu Selangor kosong berikutan Ahli parlimennya Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada Khamis, 25 Mac.

Sementara itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan 2 April, untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil tersebut.


Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham Dr Zainal yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G.Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Allahyarham yang menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi.





Fakta P94 Hulu Selangor:

Jumlah Pengundi: 63,593
Peratusan Kaum: M:53.94% C: 26.67% I: 18.98% L:0.41%

1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (23,177)
2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979)

Majoriti: 198
Jumlah undi: 47,622
Peratus mengundi: 74.89%
Undi rosak: 1,466

Penyandang: Datuk G. Palanivel (BN)
(Majoriti: 14,483 undi)

ALMARHUM MENINGGAL AKIBAT SAKIT BARAH OTAK

AL FATIHAH BUAT AL MARHUM MP HULU SELANGOR

Anak Bugis mengucapkan setinggi-tinggi TAKZIAH kepada seluruh keluarga Datuk Zainal, Ahli Parliman Hulu Selangor yang telah kembali kerahmatullah pada malam Jumaat 25 Mach 2010. Al-Fatihah.



Khamis, 25 Mac 2010

SIKAP ZARIN NI, DAH LAMA KAK MIN TAK SUKA.

Awas Muhyideen Bahaya tu !!!


Ek ela.... apa yang di kelentongkan Si Bayan Baru tu...Tak cukup dalam Dewan luar Dewan pun jual cerita basi... ha..ha..ha..

Semua terpegun ,tepersona dan kagum dengan Zaharin ..kah..kah..kah

Satu Malaysia rakyat dah kena tipu

Takan Pak menteri pu nak kena tipu..ha.. ha.. ha ...

Awas Muhyideen.. !!! Zaharin pakar kokak ( gigit )....

Dia boleh gigit Anwar......

Tak mustahil dia boleh gigit kamu semua..kah..kah..kah....


Kata kata dari Ghafur Saleh MP Kalabakan.

"Sekarang (Zahrain) sudah jadi bebas, kocek pun mungkin sudah penuh dan sekarang mahu diterima masuk Umno.Tolong Umno, jangan terima orang seperti ini .Kalau dia boleh gigit Datuk Seri Anwar Ibrahim , dia juga boleh gigit ketua kita juga Najib Razak."

Posted by stones on March 25th, 2010

Rabu, 24 Mac 2010

PENGAKUAN BN, ZAHRIN DIBAYAR LOMPAT PARTI........

Di sebabkan kedangkalan Zahrain itu sendiri akhirnya Zahrain terkantoi oleh seorang MP BN... MP BN mendakwa Zahrain di bayar untuk lompat parti... 1st aku gelak... Kahkahkah

Kalau akulah dalam dewan tu... SURE aku tanya balik MP BN tu... Sape yang bayar Zahrain... Kahkahkah Pastu mesti MP BN tu cakap taktau... Aku boleh bagitau speaker AKU TAU SAPE BAYAR!!... Kahkahkah

Sape lagi kalau bukan Ketua Bebas kahkahkah takpun Ketua Presiden BN... Kahkahkah

Sape la lagi yang nak bayar Zahrain yang dungu tu... kahkahkah sudah tentulah dari BN... Bebas mana ada duit... Beraheim Ali kemut duit.. kahkahkah

Baca lagi pendedahan Cilik @ MiloSuam

Seorang MP BN dari Kalabakan menggesa Katak Zahrain untuk Tarik balik kata-katanya serta memohon Maaf kepadanya. Beliau juga Menggesa Utusan Malaysia dan Berita Harian membuat liputan penuh ucapannya di Parlimen sebagaimana Media Perdana membuat liputan luas terhadap si Katak Zahrain. Beliau juga membuat spekulasi bahawa Zahrain telah memperolehi habuan besar untuk melompat Parti. Sila klik video dibawah untuk melihat sendiri ucapan beliau.

ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

Yazid mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta.

"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Temp

atnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.

Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".

"Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu)," tambahnya.

Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: "Saya tak mahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan," katanya

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, dilapor mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

Selasa, 23 Mac 2010

SEDIA MENJAWAB SETIAP FAKTA KATA DSAI.

DSAI AKAN DEDAHKAN FAKTA APCO

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa APCO Worldwide pernah berkhidmat untuk Perdana Menteri Israel Ehud Barak pada 1999 dan beliau akan memberi penjelasan kepada Speaker Parlimen."Saya akan beri penjelasan, dan penjelasan ini akan dibuat berdasarkan respon Perdana Menteri pada 18 Mac," kata Anwar dengan merujuk kepada jawapan bertulis Perdana Menteri Najib Abdul Razak yang mengakui bahawa APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi menyeluruh.
Awal hari ini Anwar diminta Dewan Rakyat untuk menjelaskan kenyataan bahawa '1Malaysia' adalah salinan pendua kepada 'Satu Israel' yang dirangka APCO.
Syarikat perunding ini bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut, seraya BN bergegas merujuk Anwar ke jawatankuasa Parlimen untuk disiasat.
"Saya akan beri penjelasan, kerana APCO sememangnya berada di Israel pada masa itu. Mereka dibayar untuk menafikan perkara ini, tetapi saya akan tunjukkan fakta," tegas beliau merujuk kepada penafian syarikat itu.
"Saya juga mahu menuntut penjelasan siapa itu APCO, berapa kerajaan bayar kepada mereka dan apa peranan APCO dalam komunikasi dan apakah nasihat mereka kepada pelbagai kementerian, terutamanya kementerian-kementerian strategik," tambah beliau.

Isnin, 22 Mac 2010

KENYATAAN DARI AHLI PARLIMAN SHAH ALAM

BUKAN PERKARA BARU CAMPURTANGAN PIHAK KE3 DALAM PDRM.


Pendedahan Ketua Polis Negara, Musa Hassan tentang kewujudan campurtangan pihak ketiga dalam pentadbiran Polis Diraja Malaysia bukanlah satu perkara baru.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata isu pihak ketiga dalam institusi milik kerajaan sudah lama membarah dalam PDRM, bahkan Musa sendiri lebih arif dalam soal campurtangan ini.

"Pengakuan dan pendedahan yang dilakukan oleh ketua polis mengesahkan apa yang telah Pakatan Rakyat itu nyatakan sebelum ini, memang ada campurtangan pihak ketiga. Saya tidak terkejut atau tidak saya rasa rakyat sudah menyedar tentang hal ini,"

"Saya rasa tidak ramai yang simpati kerana dia sendiri pernah melakukan dan terlibat dalam perkara yang dia kutuk sekarang," kata Khalid.

Musa dalam satu temubual bersama Mingguan Malaysia berkata pihak ketiga itu berkemungkinan sekali orang politik atau pihak tertentu. Menurutnya lagi, pihak ketiga ini mengeluarkan arahan secara terus kepada pegawai-pegawai bawahannya tanpa pengetahuan beliau.

Khalid berkata masyarakat umum tidak lupa peranan Musa dan tilam yang diusungnya dalam perbicaraan kes konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Musa dikatakan menerima arahan secara terus daripada kuasa ketiga yang dipercayai orang politik untuk mengusung tilam yang kononnya dipercayai bahan bukti bagi tuduhan liwat terhadap Anwar.

Arahan itu diketahui umum telah membelakangi ketuanya, Ketua Polis Negara keika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor. Campurtangan kuasa ketiga membabitkan Musa ini berterusan apabila ketua polis yang didapati bersalah memukul anwar semasa dalam tahanan itu diganti oleh Tan Sri Norian Mai.

"Apa yang dia perkatakan itu biasa berlaku dan dia sendiri pun buat perkara itu. Dia sendiri menerima arahan langsung daripada ketua individu tertentu yang memberikan arahan sedangkan ia bercanggah dengan sifat profesionalisma. Mungkin sekarang dia rasa terjejas sebab itu dia timbulkan isu ini," ujarnya.

"Saya tak rasa bahawa pendedahan ini sesuatu yang kritikal. Sebab dah lama benda ni dan kedua tidak membawa satu kesedaran atau penjelasan yang boleh mengubah cara berfikir semua orang dan menganggap campurtangan ini perkara biasa," katanya.

INFO TVS

Jumaat, 19 Mac 2010

KENYATAAN KU LI, ZAHRIN BUAT CERITA DOGENG

Zahrain Dihentam Lagi, Ku Li Sifatkan Dakwaan Zahrain Cerita Dongeng

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, menafikan beliau antara lapan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.

"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahli Parlimen Bebas bagi Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah menamakan lapan Ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat semalam, dengan mendakwa mereka bersedia menyertai pakatan. Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam Parti Pakatan Rakyat (PKR) yang dipimpin Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam dakwaan itu, Zahrain telah menamakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Enchin Majimbun (Bebas-Sepanggar), Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) dan salah seorang daripada Timbalan Speaker juga tersenarai dikatakan akan melompat menyertai pembangkang.

Beliau berkata, disebabkan dakwaan itu ibarat satu cerita dongeng, iaitu sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu.

Tengku Razaleigh juga menafikan beliau ada didatangi pihak berkenaan agar keluar BN untuk menyertai PKR bagi membolehkan pembangkang membentuk kerajaan persekutuan kira-kira tujuh bulan selepas pilihan raya umum ke-12. - Bernama

Rabu, 17 Mac 2010

PENGUNDI PR KECEWA JIKA AHLI PARLIMAN YANG DIPILIH BERSIKAP KEBUDAK-BUDAKKAN

Ahli Parlimen Kera Dalam TV3

SAYA tidak pasti apakah Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyaksi Buletin Utama TV3 sekejap tadi yang menyiarkan sedutan gelagat serkas ahli parlimen di dalam parlimen hari ini. Kalau baginda lihat apakah agaknya perasaan baginda. Kelmarin semasa menyampaikan titah ucapan merasmikan sidang parlimen baginda menasihat supaya ahli parlimen menjaga tata tertib dan kelakuan.



Apa yang dipamerkan oleh TV3 sekejap tadi seolah sengaja untuk memberi tahu kepada Yang Dipertuan Agong dan seluruh rakyat negara ini bahawa itulah hakikatnya. Suasana dalam parlimen lebih teruk dari pasar ikan. Ahli Dewan bukan saja melalak dan melaung macam kera kena belacan tetapi ada yang menjerit-jerit macam terkena histeria atau gila babi.

Perangainya lebih buruk daripada budak lapar susu dan gelagat mereka tidak melayakkan mereka untuk duduk di kerusi empuk dalam parlimen. Terasa sia-sia sahaja rakyat memilih mereka untuk berada di situ.

Semuanya ia bermula apabila seorang ahli parlimen yang baru menjadi bebas dan menang atas simbol PKR mengecam Anwar Ibrahim habis-habisan. Ahli parlimen itu mendedahkan bagaimana Anwar memperdayakan beliau dan ahli parlimen PKR lain berhubung dengan projek 16 September untuk mengambil alih kerajaan.

Sungguh tidak malu dan tidak ada maruah ahli parlimen itu, menang atas parti PKR kemudian membelah penasihatnya. Kalau benar kita jujur, ikhlas dan ada intergriti letak jawatan dan masuklah ke parlimen untuk membelasah Anwar atas kekuatan diri sendiri.

Pendedahan yang dikira di luar konteks itu dan tidak menyentuh titah ucapan Yang Dipertua Agong menyebabkan Anwar bangkit mempersoalkannya. Anwar kurang senang dengan apa yang diucapkan oleh ali parlimen berkenaan yang dianggap melampau dan cuba menghinanya dan juga merendahkan martabat parlimen.

Ketua pembangkang itu cuba meminta laluan bagi menjawab apa yang diperkatakan ahli parlimen berkenaan tetapi tidak diberikan peluang. Kecewa dengan apa yang berlaku Anwar bertindak meninggalkan Dewan. Wajar kalau Anwar mengambil sikap itu kerana semangat bermesyuawarah yang sepatutnya dipraktikan dalam parlimen tidak ada lagi. Tidak ada guna beliau melayan gelagat beruk dan kerana kerana gelagat itu juga boleh berjangkit kepadanya.

Ketika inilah juah menjuah dan memperli Anwar kedengaran macam dalam pasar. Beberapa ahli parlimen khasnya BN jadi sudah tidak siuman lagi kerana melihat ketua pembangkang sudah dibalun secukupnya oleh ahli parlimen dari utara itu. Perasaan kemanusiaan dan profesional sebagai seorang ahli parlimen langsung tidak ada lagi.

Ikhlas saya kata saya malu melihat gelagat dan aksi yang ditunjukkan itu. Tidak kira siapa yang melakukan samada ahli parlimen pembangkang atau pun parti UBN. TV3 juga satu hal, sudah gila sehingga tidak tahu lagi untuk menilai mana news value yang menempati cita rasa orang Melayu Islam atau pun tidak. Kalau TV3 juga masih waras ia tidak menyiarkan sedutan seperti itu kerana ianya hanya memalukan. Iya... memalukan.

Usahlah kita cuba nak meniru laporan bebas melampau media massa barat berhubung sikap biadab dalam parlimen. Padan patutlah sebab apa yang disiarkan itu turut sama ditonton oleh kanak-kanak. Bagaimana kita hendak membentuk mereka menjadi insan yang menghormati orang, timbang rasa dan kasih sesama sendiri kalau perangai pemimpin mereka macam tahi buruknya.

Tidak kelihatan pula dalam sedutan itu ada ahli parlimen Cina yang bangkit melalak dan melaung. Semua yang bangun adalah para penyokong kerajaan terdiri dari ahli parlimen Melayu saja. Nampaknya Melayu kalau melanyak Melayu memang hebat dan nombor satu. Maaflah! [wm.kl. 8:30 pm 17/03/10]

Selasa, 16 Mac 2010

DILUAR SANA RAMAI BERKATA,MEREKA ADALAH ANJING.

AHLI PARLIMAN YANG KELUAR PR MENGGELAR DIRI W.RAKYAT BEBAS DIANGGAP GAJI YG DITERIMANYA HARAM UNTUKNYA (kerana mengaku Islam).

Editor portal Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mendakwa Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga di Parlimen.

Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal digunakan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini pula dibuat dengan cara "gerrymandering".

(Gerrymandering adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa)

Menurut perlembagaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya setiap lapan tahun sekali.

Kali terakhir ia dibuat adalah pada tahun 2003 iaitu sebelum pilihan raya 2004 berlangsung. Hasilnya, Barisan Nasional menang besar dalam pilihan raya itu.

Pencapaian BN akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui gerrymandering ini.

Ia berlaku menjelang pilihan raya 1986, 1995 dan 2004. Dalam kesemua pilihan raya tersebut pencapaian BN sentiasa lebih baik dari pilihan raya sebelumnya.

Menurut Raja Petra dalam tulisannya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.

Ia dibuat ekoran kejatuhan Selangor ke tangan pembangkang pada pilihan raya 1969.

Sementara itu mengikut pengalaman PAS pula dua tokoh penting PAS telah hilang kerusi Parlimen mereka akibat dari persempadanan semula kawasan pilihan raya ini iaitu Mohamad Sabu di Kuala Kedah dan Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena.

Kedua-duanya telah menang di kawasan tersebut dalam pilihan raya 1999. Ia ekoran sokongan kuat Melayu kepada PAS dalam pilihan raya tersebut.

Bagi memecahkan pengundi Melayu, beberapa kawasan Cina di Alor Setar telah dimasukkan ke kawasan parlimen Kuala Kedah dan Pokok Sena dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003.

Terbukti ia berjaya dan kedua-duanya kalah dalam pilihan raya 2004. Namun Mahfuz yang terus bertanding di Pokok Sena dalam pilihan raya 2008 menang selepas pengundi Cina pula lari kepada pembangkang dalam pilihan raya itu. Mohamad Sabu kalah dalam pilihan raya itu kerana dia bertanding di Kuala Terengganu dan bukannya di Kuala Kedah.

Kini, menjelang PRU ke 13 Umno dan pakar-pakarnya sedang menyusun semula strategi untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya . Tanpa kuasa dua pertiga Parlimen, ia tidak akan berjaya. Maka datanglah usaha ini, membeli seramai mungkin wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Menurut Raja Petra, "orang di belakang 'shopping spree' membeli anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini adalah Hamdan, sepupu Najib, yang telah diberikan Kudat IPP sebagai 'cash cow' untuk membiayai 'shopping spree' ini."

Menurut Raja Petra, Hamdan bekerja rapat dengan "Special Branch" (Cawangan Khas) dan "Military Intelligence" (Perisik Tentera).

"Orang hubungan beliau di Bukit Aman adalah Akril Sani manakala dalam Military Intelligence adalah Datuk Salleh," tulis Raja Petra.

"Nombor telefon Hamdan adalah +6012-279-5945," tulis Petra lagi.

Menurutnya Hee Yit Fong, ADUN DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.
Namun, katanya Tan Tee Beng, anggota Parlimen PKR dari Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari PKR dibayar hanya RM2 juta sahaja.

PERSIDANGAN PARLIMAN 2013

AHLI PARLIMAN DAN ADUN PR BERJUANGLAH DENGAN 1 MATLAMAT

Sepertimana yang dilihat setelah 2 tahun PR memerintah negeri-negeri terpilih adalah memeransangkan kepada teruja dari bn. Rakyat marhain mengharapkan mereka-mereka yang dipilih untuk menjadi wakil kepada rakyat, janganlah disia-siakan perjuangan itu.
Sebagai wakil rakyat yang tidak ada jati diri dan tidak mampu melaksanakan apa yang diharapkan rakyat, harap dipersilakan meletakkan jawatan. Tidak perlu memanipulasikan fakta yang rakyat pada PRU12 lepas.
Rakyat mahukan Najib menjadi fakta yang jelas sepertimana DSAI yang dialami kepenjara. Najib perlu menerima hakikat sebenar, jika tidak benar sepertimana ramai diluar sana mengatakan Najib terlibat pembunuhan Altantuya. Kenapa najib perlu takut? Dan kenapa pula YB bn juga nak takut?
Dan jika itulah yang benar, penyokong PR tetap bersabar dan terus bersabar,

KUN PA YA KUN.....

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului".

Ahad, 14 Mac 2010

IMBAS KEMBALI..................

PERLUKAH PENGUNDI SELANGOR BOIKOT PRU13 NANTI?


"Komen Pengundi Lama

Saya masih ingat lagi PRU 2004, proses membuang undi di Selangor sepatutnya tamat tepat jam 5ptg, tapi dipanjangkan hingga jam 6ptg dan setengah pusat mengundi tutup jam 630ptg.

Mengapa ini berlaku? Setelah saya bertanya kepada kawan-kawan samada dari UMNO atau PAS, baru saya faham. Ada di kalangan kawan-kawan ini kata:

a. Mereka mengundi di dua tempat, satu di Gombak pada sebelah pagi, dan Kuala Selangor pada sebelah petang. Mereka mendapat habuan wang dari orang UMNO untuk berbuat demikian. Kebanyakan mereka akan berbuat demikian sebab kebetulan kampung mereka di Kuala Selangor.

b. Ada yang mengundi di Kelantan dan di Ampang. Tiket kapalterbang pergi-balik dibayar serta diberikan juga belanja makan tidak kurang RM300 setiap seorang. Lalu mereka pergi sehari sebelum mengundi di Kelantan. Esok paginya setelah setelah selesai mengundi di Kelantan, tengahari mereka kembali ke Selangor dan mengundi sekali lagi di Selangor. Ada yang terlewat sedikit untuk mengundi. Sebab itu waktu mengundi di panjangkan sedikit. Biasanya orang yang menerima tawaran ini ialah orang yang ada keluarga di Kelantan dan mereka terima tawaran dari UMNO itu untuk melawat keluarga dan mengundi di Kelantan. Ada yang kata mereka ambil duit tetapi undi mereka rahsia dan belum tentu mereka undi BN.

c. Ada ramai juga yang mengundi di Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka dan kemudian mengundi juga di Selangor. Mereka sudah mengatur jadual dengan baik kerana mendapat saguhati dari UMNO untuk berbuat demikian.

Saya melihat seolah-olah sudah ada perancangan awal rapi oleh BN sebelum PRU 2004. Mereka kenal siapa pengundi dan asal usul keluarga pengundi. Mereka tawar tiket atau wang kepada pengundi yang mahu balik kampung dan mengundi dua kali. BN juga cekap dalam memastikan nama pengundi tidak keluar dua kali dalam satu kawasan/daerah mengundi.

Itulah masalahnya kalau buku daftar pemilih dikeluarkan oleh SPR. Nama seseorang itu boleh keluar dua kali tetapi dalam buku daftar di tempat berbeza, dan tiada siapa yang boleh semak hal ini kecuali apabila telah mendapat tawaran rahsia itu.

Kalau buku daftar pemilih di keluarkan oleh JPN, maka JPN tidak boleh keluarkan nama seseorang dua kali, kerana rekodnya satu sahaja dalam pangkalan data JPN. Hanya satu buku sahaja yang boleh digunakan untuk menyemak senarai pengundi.

Sebab itu BN menang besar dan diluar jangkaan dalam PRU2004. Ada kawan-kawan saya dari parti pembangkang mengatakan mereka diberikan buku daftar pemilih terkini selepas selesai waktu penamaaan calon. Dan mereka gunakan buku tersebut untuk semak nama pengundi dan mengatur strategi. Tetapi pada hari mengundi, SPR menggunakan buku daftar lain dan dalam buku tersebut, senarai pengundi lebih panjang dan ada nama pengundi yang tidak ada atau tercampak ke tempat lain. Maka mereka tidak mengundi di tempat asal sebaliknya terpaksa mengundi di tempat jauh yang mengambil masa perjalanan satu jam, misalnya dari Sepang ke Tanjung Karang. Dan lazimnya nama yang tercampak keluar ini sudah dikenali sebagai bukan pengundi BN.

Begitulah cekapnya UMNO-BN menipu rakyat. SPR hanya kuda tunggangan BN. Mungkin PRU 2013 akan mengulangi sejarah 2004 kerana BN mahu merampas semula 4 negeri yang sudah hilang dari tangan mereka.

Cuba baca laman di bawah ini:

http://www.tranungkite.net/lama/sept/sabah108.htm
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content
http://www.malaysiakini.com/news/67349
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms
http://pru12.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=646.
htpp://www.tranungkite.net/lama/d04/sm1.htm
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=print
http://bm.bersih.org/?p=8

Komen 2

Memang pilihanraya di Malaysia penuh dengan tipu muslihat. Walaupun ada peraturan dalam pilihanraya di semua peringkat, setiap satu peringkat ada lubang-lubang bocor yang membolehkan UMNO menipu dalam piliharaya.

Dulu mereka pernah buang pengundi yang dikenalpasti tidak akan mengundi UMNO. Ada cara nak buang. Sebab kawan saya juga pernah buang pengundi UMNO dari senarai daftar pemilih.

Begitu juga untuk mengalih pengundi dari satu kawasan/daerah/negeri ke kawasan/daerah/negeri. UMNO dengan kerjasama SPR pernah lakukan. Kawan saya pernah buat yang sama pada pengundi BN.

UMNO pernah tukar gambar pengundi dalam IC dan letak gambar pengundi mereka tapi nama dan alamat orang asal dikekalkan dalam IC itu. Lalu ada orang yang mengundi dua kali. Yang ini pun, kawan saya pernah buat. Saya percaya UMNO masih buat kerja kotor ini lagi. Dan ada orang mati ‘hidup bali’ boleh mengundi sebab kerja kotor UMNO ini.

UMNO pernah alih pengundi dan tambah pengundi dengan cara mendaftarkan pengundi beramai-ramai menggunakan satu alamat rumah. Mustahil ada 40 orang pengundi dari satu alamat rumah. Mustahil adaa 15 orang pengundi dari satu alamat kedai. Kawan saya juga pernah buat kerja ini untuk melawan UMNO-BN pada pilihanraya yang lepas.

UMNO pernah juga tambah pengundi dengan cara mendaftarkan pengundi menggunakan alamat palsu, nombor rumah palsu, jalan dan lorong palsu, dan apabila diperiksa lokasi fizikal sememangnya tidak ada nombor rumah tersebut, jalan dan lorong berkenaan. Sebab itu SPR sudah tidak mahu memasukkan alamat pengundi dalam buku daftar pemilih sebab mereka mengelakkan penipuan ini dikesan. Saya setuju albangi kata SPR menjadi kuda tunggangan UMNO. Kawan saya kata, dia juga boleh buat pendfatran seperti itu sebab memang ada ruang untuk lakukan hal begitu.

Dan betulah seperti yang dikatakan, bahawa UMNO memang cekap menipu, menyeleweng bersama SPR untuk menang dalam pilihanraya. Saya setuju kalau Jabatan Pendtaran Negara yang keluarkan senarai daftar pemilih yang layak bukan SPR.

Tapi saya tetap sangsi dengan JPN, sebab JPN pernah keluarkan ribuan IC kepada pendatang asing di Sabah sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar 5 tahun yang lalu. Dan bagaimana, pendatang haram dari Banglades, Pakistan, Indonesia, Nepal, dan Siam ditangkap oleh petugas pilihanraya daripada parti pembangkang kerana mereka memiliki IC biru untuk pergi mengundi.

Bolehkah kita percaya dapada SPR dan JPN? Susah-susah boikot aja pilihanraya. Sebab itu agaknya ramai pengundi muda tak mahu daftar mengundi.

albangi.

INSYAALLAH.........

Allah Maha Esa Memihak Kepada Kebenaran

Sesuatu yang jelek, walaupun ia sudah melata, masih tidak boleh dihalalkan semata-mata kerana ia sudah menjadi amalan umum. Yang salah tetap salah, yang keji tetap keji, yang haram tetap haram.

Apa yang berlaku tidak bererti PR melakukan kesalahan. Tetapi harus beringat Rakyat Hakim Negara. Ditekan, dipijak dan berbagai yang dilakukan oleh rejim umno, PR tidak akan mudah mengalah.

Kebenaran yang melakukan kesalahan dari pimpinan PR tidak akan bela. Pengundi tetap akan menghukumnya dari PRU nanti. Tetapi harus diingat, jika ianya dimanipulasi memutar belitkan kebenaran, sepertimana DSAI berkata, kita akan lawan habis-habisan.

"Membujur Lalu Melintang Patah".

HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN

APA YANG BERLAKU, DITERIMA DENGAN BERMUHASABAH.

Seorang anggota tentera terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan kereta yang dinaiki ahli parlimen Batu, Tian Chua di KM49, Jalan Johor Baru-Mersing dekat Hutan Lipur Pantai, dekat Kota Tinggi semalam.





Ketua polis daerah Kota Tinggi, Supt Osman Mohamad Sebot berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika anggota tentera berkenaan Mohd Salleh Hamdan, 22, dari Kem Iskandar, Mersing dalam perjalanan ke Kota Tinggi, manakala Tin Chua pula menuju ke arah Mersing selepas menghadiri satu majlis di Kota Tinggi.

Pemandu kereta yang dinaiki Tian Chua - Zaharuddin Ayob, 45 - dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam lorong sebelahnya dan berlanggar dengan motosikal tersebut, katanya

Zaharuddin dan Tian Chua tidak cedera.

Sebuah lagi motosikal yang datang dari arah Mersing, turut terlanggar motosikal Mohd Sallah tetapi penunggangnya, Mohd Zairi Mansor, 29, hanya cedera ringan

Bernama

Jumaat, 12 Mac 2010

“tanpa wanita lelaki lemah"

Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH

Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH
Menjalin agung sebuah cinta
Menafkahkan hartanya pada FISABILILLAH
Aku ingin sezuhud FATIMAH
Akur tanpa jelak setiap perintah
Aku mengagumi dan mahukan kejayaan
Gedung ilmu SITI AISYAH
Aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR
Mengedong puteranya yang masih merah
Dipadang pasir yang merekah
Bukannya wanita penggoda
Fitrah dari sejarah SITI ZULAIKHA
Pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH
Tenggelam asyik dalam nikmat UBUDIYAH
Biar tersingkap segala hijab
Dua cinta takkan berpadu dalam satu hati
Lantas ku serah cinta suci ini pada satu perjuangan
Bagai cekalnya hati ZAINAB AL GHAZALI
Terluka terseksa terhina terpenjara
Terkurung jasad dicelahan janji kaku
Teguh istiqamah menjunjung akidah dakwah
Demi Islam bukannya menyerah galang gantinya
Atau setidaknya aku impikan hidup semulia MARYAM JAMEELAH


Berteman pena menongkah kepayahan
Ruh jihad perlu disemarakkan
Dan biarlah aku yang menyemarakkan obornya

Aduhai..meskipun aku hanyalah perawan
Yang jiwanya tak sekental ASMA
Belum teruji dengan deraian airmata ATIQAH
Tak mampu tersenyum bagai KHASA yang tabah..
Namun relalah aku…
Relalah aku menjadi sayap kiri perjuangan
Kan kuteguh menatang amanah ini
Mewarisi kegemilangannya
SERI KANDI UMMAH

Hanya kerana Islam merindui
Kemunculan peribadi mukminah
Muslimah mujahidah…
Yang rela mati dalam keunggulan iman
Terpanggang gagah bagai harumya pusara MASYITAH…
Jika Islam itu kan kudaulatkan…

“tanpa wanita lelaki lemah

Rabu, 10 Mac 2010

ADA KUASA TIDAK AMANAH, SIAPA BERHAK TANGANI MASAALAH INI?

......... Jadi Mangsa Kerana KUASA.

berebut kuasa…

salah guna kuasa…

menipu kerana kuasa…

hanya kerana kuasa…

kuasa kuasa kuasa…

rakyat jadi mangsa…

pelabur mula bungkus tikar bantal,

pelabur yang dalam perjalanan,mula buat pusingan U,

apa akan jadi kelak? rakyat jadi mangsa…

hanya kerana keputusan dari yang berkuasa.....

keputusan dari yang berkuasa konon cerita penghuninya terguna duit dari ……………………………….

jika sayangkan rakyat jelata dan negeri di bawah tahta……….SELAMATKAN SEGERA DIKUASA.

sebelum demokrasi di pijak si gila kuasa.

Isnin, 8 Mac 2010

RM1.00 atau RM1,000.00 ia adalah rasuah

PEGUAM MEMINTA MAJISTRET TANGKAP SAKSI



PULAU PINANG, 8 Mac: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu dan sembilan yang lain di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang hari ini bertukar menjadi panas apabila peguambela KEPADA Mohamad Sabu meminta Tuan Majistret menangkap saksi pendakwa iaitu jurugambar polis.

Saksi pendakwa tersebut iaitu Korporal Khairi yang menjadi saksi pendakwa yang pertama memberikan keterangan bahawa pada hari kejadian (9/12/2007) beliau telah mengambil gambar di tempat kejadian iaitu di Tol Bukit Tambun dan beliau telah mengambil 32 keping gambar kesemuanya.

Saksi pendakwa yang ketiga Lans Korporal Kamarudin pula menyatakan beliau juga mengambil gambar tetapi kesemua gambar yang beliau ambil adalah gambar-gambar di IPK Seberang Serai Selatan.

Semasa menyoal balas Lans Korporal Kamaruddin, Hanipa bertanya adakah beliau bersetuju bahawa salah satu gambar yang beliau ambil di IPK itu (gambar orang bersembahyang) adalah juga gambar yang sama dengan gambar yang diambil oleh Korporal Khairi dan saksi itu menjawab beliau bersetuju.

Hanipa seterusnya bertanyakan saksi itu dengan soalan berikut :-

Hanipa: Apabila Korporal Khairi menyatakan gambar itu (gambar yang sama itu) diambil di Tol Bukit Tambun manakala kamu pula mengatakan gambar itu diambil di IPK bermakna salah seorang dari kamu berbohong di Mahkamah?

Kamarudin:
Diam.

Hanipa: Saya katakan sekali lagi salah seorang dari kamu pasti telah berbohong ! Kamu atau Korporal Khairi yang berbohong?

Kamaruddin:
Korporal Khairi yang berbohong!

Sebaik sahaja saksi itu menyatakan Korporal Khairi yang berbohong maka Hanipa meminta Mahkamah menggunakan kuasanya di bawah seksyen 30 Kanun Prosedur Jenayah untuk menangkap saksi pendakwa tersebut kerana saksi
tersebut telah membuat kesalahan di bawah seksyen 191 Kanun Keseksaan iaitu memberi keterangan palsu di Mahkamah.

Hanipa berhujah di bawah seksyen 30 Kanun Prosedur Jenayah seorang Majistret boleh menangkap atau mengarahkan seseorang untuk menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan di hadapan Majistret.

Jelas saksi polis ini telah memberikan keterangan yang palsu dan oleh itu, hujah Hanipa, majistret boleh menangkap saksi tersebut.

Pihak Pendakwa meminta Mahkamah menangguhkan keputusan permohonan peguambela itu hanya setelah kesemua keterangan pendakwaan diberi.

Pendakwa seterusnya berhujah isu tersebut adalah melibatkan satu keeping gambar sahaja dan meminta Mahkamah tidak menangkap saksi tersebut.

Hanipa menjawab bahawa sama ada ianya melibatkan satu keping gambar atau banyak gambar ianya tidak penting. Apa yang penting adalah saksi pendakwa telah berbohong di Mahkamah.

Hanipa berhujah jika menggunakan hujah pendakwa, adakah pendakwa ingin menyatakan bahawa tidak salah kalau seorang mencuri atau rasuah RM1.00 tetapi hanya salah jika jumlahnya RM1000.00? RM1.00 atau RM1,000.00 ia adalah rasuah.

Oleh itu sama ada satu gambar atau banyak gambar jika saksi berbohong ia adalah berbohong dan ia adalah satu kesalahan jenayah.

Majistret kemudiannya menangguhkan keputusan permohonan peguambela pada esok pagi.

Mohamad Sabu dan sembilan yang lain didakwa di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan di atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam. Perbicaraan ditetapkan pada 8, 9 dan 10 Mac.

Mohamad Sabu dan 9 yang lain diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkifli dan Yusnita Yusuf manakala pendakwa diwakili oleh Tuan Suhaimi dan Yusaini Amir.

Sabtu, 6 Mac 2010

MENGHALANG SEMASA PRU13 NANTI

PERHATIAN: RM300JUTA , DANA AWAN- "Penggodam Komputer"

UBN telah bersedia dan sedang melakukan sesuatu dengan menggunakan dana AWAM untuk mengupah "Penggodam Komputer" yang dibawa dari India bagi menyekat pengaliran maklumat dari laman web dan blog Pro-Pakatan Rakyat.

Chennai dikenali sebagai pusat teknologi maklumat terkenal di India yang menempatkan banyak syarikat antarabangsa berhubung pembangunan perisian berteknologi tinggi.Mereka yang diupah mempunyai kepakaran menggodam sistem komputer dan laman web.Tugasan mereka diumpamakan sebagai "Top Secret" dan dibawah pengawasan terus pejabat perdana menteri.

Kumpulan ini akan digembelengkan sepenuhnya menjelang PRU ke-13 bagi merosakkan sistem perisian yang dipakai oleh ProPakatan Rakyat.Bagaimana pun timbul persoalan mengapa pihak KDN dan SKMM berdiam diri dan seolah-olah menjadi "Bingung" dan menutup mata terhadap ratusan blog pencacai Umno yang secara terang-terangan menimbulkan isu sensitif dan tiada disiplin serta etika dalam penulisan.

Khamis, 4 Mac 2010

RAKYAT B.SERAI TIDAK HALALKAN SETIAP PERBELANJAAN DARI PR.

PERHIMPUNAN KECIL BEMULA DIBAGAN SERAI

Anak Bugis menerima panggilan talipon dari Yb ADUN Kuala Kurau mengatakan bahawa Pengundi PR dari Parlimen Bagan Serai mengadakan protes aman di hadapan Pejabat Wakil Rakyat Parlimen Bagan Serai menuntut YB. Haji Mohsin meletak jawatan segera. Perarakan bermula 10 pagi dari Pejabat Keadilan Cabang Bagan Serai yang terletak hampir 1 km dari pejabat beliau dan berakhir jam 12 tengah hari. Protes tersebut diketuai oleh Ketua Cabang Bagan Serai Sdr. Mohd Nasib b. Rahin, Adun Selinsing, Adun Kuala Kurau, Adun Titi Serong & Ahli Parlimen Parit Buntar. Protes dimulakan dengan laungan menuntut YB. Haji Mohsin letak jawatan, hidup Pakatan Rakyat dan hancur Haji Mohsin, Najib serta UMNO sambil membawa puluhan poster dan banner. Turut hadir sekumpulan wartawan akhbar dan blogger disamping tidak ketinggalan beberapa orang SB. Beberapa pengundi yang sempat ditemui menyatakan kekesalan atas pengkhianatan yang dilakukan oleh Haji Mohsin, meraka menyatakan dengan tegas bahawa segala makan minum dan elaun yang digunakan oleh beliau atas nama Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan dihalalkan. Sebaik sahaja perhimpunan selesai semua yang hadir membaca doa menurunkan bala kepada Haji Mohsin dan berikrar akan terus berjuang serta bekerja keras memastikan UMNO tetap akan dihumban ke lubang neraka dalam pilihanraya umum yang akan datang.









PERHIMPUNAN MEMBANTAH GST

GAGALKAN SEBELUM TERLAMBAT

Sidang media program ini telah dipengerusikan oleh YB Dr Hatta Bin Ramli.

Program ini akan berlangsung pada 15 Mach 2010 Jam 9 pagi. Diperkarangan Parliman. Perhimpunan tamat sehingga selesai laluan Agong semasa memasuki keParliman.
Penyokong-penyokong yang prihati dapatlah luangkan masa untuk bersama. Ahli Parliman PR terlibat bersama sebelum masuk Parliman.

Selasa, 2 Mac 2010

MUSANG KELUAR keADILan JADI MANGSA NAJIB

BERSIHKAN DAKI-DAKI SEGERA

Hikmah kemenangan yang menambah 4 buah negeri dan menjadikan 5 negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat pada PRU 12 lepas, amat bermakna. Berkat gigih dan berbagai strategi dilakukan, ia berhasil dengan kurniaan Allah. Namun begitu, selepas tidak sampai setahun Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak yang diamanahkan kepada pimpinan PAS, bn telah merampas dengan begitu zalim dan membelakangi rakyat. Ia tidak berakhir begitu sahaja, kerana berbagai fakta adalah memehak kepada Pakatan Rakyat. Itulah sikap yang diberi amanah dari komponan Pakatan Rakyat kepada pimpinan PAS yang bertanggung jawab kepada rakyat Perak, tidak henti-henti mengambil tanggungjawab bukan kerana kuasanya sebagai MB. Tetapi kuasanya sebagai MB, adalah hak rakyat sebagai diamanahkan kepadanya yang ianya merasakan amat bertanggungjawab.Tahniah buat Datuk Sri Nizar.

Berpunca dari Perak dan dinegeri yang lain, iaitu negeri diperintah oleh PR, bagaikan menjadi asam garam pada parti pembangkang telah perbagai rencana bn untuk mengelirukan rakyat. Walauapapun rakyat masih tidak kecewa dan mara terus mara.

Oleh kerana sikap ubn, juga sikap pimpinan parti dari keADILan yang tidak amanah kepada perlembagaan parti dan rakyat, mereka hari ini kecundang kepada sikap perubahan untuk semua. Yang mereka tahu hanya perubahan untuk peribadi sahaja. Sebenarnya mereka ini menipu diri sendiri dan diibaratkan sebagai yang dikatakan oleh Yb Zul dari Kulim B.Baru, iaitu firaun kecil dalam parti keADILan.

Fikirlah sepertimana bekas Setia Agong yang baru meletakkan jawatannya, yang selama ini ramai tidak tahu, ianya menerima gaji bulanan dengan jawatannya itu sebanyak RM9 ribu. Gaji beliau dibayar oleh individu dan bukan dari parti. Pada hal pimpinan parti yang lain untuk menghidupkan parti sanggup meletakkan parti dihadapan serta diutamakan dari keluarga, hari ini mereka seperti melukut ditepi gantang.Siapa yang ambil tahu? Pernahkah beliau turun disetiap Bahagian sepertimana SUA yang dulu?

Setelah itu pula beliau (mantan SUA) untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, memohon lebih RM50,000 sebulan, permohonan beliau ditolak serta marah lalu beliau meletakkan jawatan dan hari ini menjadi batu api kepada yang lain, kerana merekalah pengkianat parti. Begitu juga pada Adun-Adun dan MP-MP yang keluar parti semuanya kerana ingin menjadi hidup mewah atas keringat rakyat. Biarkan mereka terbang melayang. Pentingnya rakyat diakar umbi perlu diberi maklumat yang tepat.

Persedian untuk memerintah Malaysia adalah amat rumit, dan pada penggal inilah untuk menjadikan filter sebagai pembersihan sepertimana Timbalan Presiden Senator Syed Hussaen Ali berpendapat iaitu, "Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya PAS, DAP dan bahkan UMNO menghadapi masalah Presiden, Setiausaha Agung dan pemimpin lain mereka berhenti. Akhirnya semua parti muncul lebih kuat," kata beliau.

Kesimpulan untuk rakyat mesti tahu, mengapa dan kenapa mereka-mereka ini keluar parti keADILan. Dan bn (Najib) tidak perlu bermegah dengan hampas yang belum tentu boleh diguna pakai.