Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Rabu, 13 Jun 2012




Bangsa kita adalah bangsa yang paranoid. Fakta. Tu je la ‘sumbangan’ orang melayu yang aku Nampak setakat hari ni. Selama 52 tahun membebel pasal bangsa melayu wajib dipertahan, ketuanan melayu tak boleh dipergunakan. Apa yang akhirnya kita dapat sebenarnya? Letih dan penat semata-mata?

Aku tak nak la sentuh pasal ketuanan Melayu ni sebab golongan atas sana memang hati tisu, tak pasal-pasal aku pulak yang kena nanti. So lebih baik aku play safe dengan sentuh pasal bangsa Melayu secara general. Tak boleh jugak sentuh lebih-lebih, nanti aku jugak yang kena lempang dengan abang dan kakak kat luar sana tu. Apasal la banyak sangat tak boleh ni, nak itu tak boleh, nak buat ni tak boleh. So, apa yang boleh buat? Baca buku teks sekolah yang fakta tak tahu terbang kemana tu 24 jam? Kau nak suruh aku sakit jiwa. Kadang-kadang aku rasa penat jadi budak dalam kalangan orang Melayu. Sebab diorang ingat aku budak, aku bodoh tak tahu. Diorang ingat diorang dah ‘besar’ dan panjang, diorang dah masak dengan situasi sekarang. Diorang dah lebih makan garam. Tu la ayat yang aku selalu dengar. Bagus lah dah lebih makan garam, nanti kena darah tinggi, boleh la cepat-cepat aku kata bye.

Apa korang rasa yang menjadikan banyak bebeno tak boleh dalam masyarakat kita ni? Nak buat itu tak boleh, nak buat ini tak boleh? Yes, paranoia. Kita terlalu paranoid. Benda yang aku tengok paling common orang Melayu ni takutkan adalah cina akan takeover negara kita ni. Kita tak boleh nak salahkan cina kalau dia berjaya takeover negara ni sekalipun. First, obviously, Malaysia adalah negara majmuk yang didiami oleh pelbagai bangsa. Bukan Melayu je, kalau cina nak takeover pun sukati diorang la sebab ni pun negara diorang, tiada kesalahan undang-undang yang timbul kat situ. Kedua, sebab diorang lebih layak. Kalau tengok sekarang, yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia ialah orang cina, tapi orang Melayu jugak yang dok bangga usung cerita 1 dunia bahawa Malaysia ni adalah negara membangun yang tak lama lagi akan mencapai taraf negara maju. Woit, cina yang usahakan semua tu, tapi ko lelebih tu kenapa. Tapi bila cina nak takeover ko jugak yang meroyan.

Orang Melayu ni bukan apa, diorang risau once cina dah takeover Malaysia dia akan menindas orang Melayu ni. Once dia dah takeover, dia akan meng-singapurakan Malaysia. Tapi ko rasa ko akan tertindas ke? Kalau secara logic, memang tak sebab Melayu adalah golongan majority dekat Malaysia ni. Dan kebanyakan perkhidmatan awam seperti polis, bomba dan askar jugak dipenuhi dengan orang Melayu. Ko rasa orang cina berani nak buat onar? Nak mampus? Tapi kalau ikutkan dekat Singapura, tak ada pun masalah perkauman sebenarnya, di Singapura diorang mengamalkan system ko akan dapat apa yang ko usahakan. Kalau ko usaha banyak tu, banyak tu jugak la yang ko akan dapat. Situasi yang agak kontra jika dibandingkan di Malaysia sebab kat sini orang usaha sikit tu dapat ganjaran banyak, yang bekerja siang malam ni ramai lagi yang tak terjamin makan minum. Sebenarnya, bukan setakat tu je. Orang melayu kalau terjadi isu murtad diorang akan salahkan orang Yahudi. Kalau terjadi kekecohan diorang salahkan orang India. Tapi pernah tak kita tengok orang kita salahkan diri sendiri dan belajar dari kesilapan dan cuba bangun? Tak ada pon. Apa yang orang kita reti buat is just salahkan orang lain dan tutup kesalahan diri. Baru la tak Nampak bodoh sangat dibodohkan orang kat ‘negara sendiri’.

Orang melayu ni jugak aku nampak terlalu hidup bertongkat. Tak reti nak berdiri atas kaki sendiri. Orang bertongkat ni kalau ko tarik tongkat tu maka jatuhlah dia. Macam tu la situasi melayu di Malaysia sekarang ni. Ko rasa sampai bila kita nak hidup macam ni? Terlalu bergantung pada subsidi. Tapi bila suruh usaha sendiri semua tak jadi. Sebab kita memang dibesarkan dalam keselesaan. Nak itu kita dapat, nak ini kita dapat. Tak macam orang cina, diorang memang dibesarkan dalam keadaan yang susah, diorang dah reti erti kerja keras dan usaha yang kuat sejak kecil lagi. Tak mustahil la kalau kita tengok ekonomi Malaysia ni cina yang pegang. Dah dia yang usaha lebih. Apa yang ko rasa penyebab melayu malas nak usaha lebih ni? Sebab kita takut nak keluar dari zon selesa kita. Dah kita memang tak biasa dengan keadaan ni, lepas tu tiba-tiba nak keluar dari zon selesa, memang la tak jadi kan. So, aku harap kita ni patut berhenti bergantung dengan bantuan kerajaan semata-mata dan start usaha dengan titik peluh sendiri. Orang cina yang tak dapat bantuan kerajaan pon boleh berjaya, kita yang bantuan atas bawah kiri kanan ni merempat. Tak ke ironic namanya tu?

Apa-apa pun, aku sendiri orang Melayu. Tapi aku tak kisah sangat pun sebenarnya sebab bangsa yang berbagai ni sepatutnya menyatukan kita semua, tak kira la kaler kulit ko hitam ke, kuning ke, merah ke, putih ke. Apa yang aku risaukan adalah agama dan negara kita. Aku tak nak sebab bangsa kita yang tak seberapa nak gah ni, agama dan negara kita tergadai. Aku tak nak kita terlalu sibuk nak pertahankan ketuanan Melayu ni sampai kita dah tak peduli tentang pembangunan negara, pembentukan anak-anak muda. Sebenarnya, apa yang aku paling menyampah sekali, perangai orang melayu yang suka memelayukan Islam tu. Islam tu adalah agama untuk semua bangsa, bukan untuk Melayu je. Jadi kalau orang Melayu ni terlalu memelayukan Islam tu, macam tak adil pulak kepada bangsa-bangsa lain kat Malaysia ni dan secara langsung turut menghalang bangsa-bangsa lain untuk memeluk islam. But then again, Melayu mana nampak salah sendiri. Ni semua salah salah  yahudi!