Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Khamis, 9 Disember 2010

Taubat Dan Pengertiannya

Pengertian taubat menurut syara ialah kembali kepada Allah dengan berpegang teguh kepada kewajipan yang diwajibkan kepada hambaNya. Meninggalkan laranganNya atau beralih dari setiap perbuatan yang dibenci kepada yang disenangi.

Orang yang bertaubat amat beruntung kerana kembali menjalankan perintah Allah dan menjauhkan larangannya. Inilah hakikat taubat sehingga Allah memberi kejayaan dan pahala kepada sesiapa yang mentaati hakikat ini. FirmanNya:

وَتُوْبُوا اِلَى اللهِ جَمِيْعًا اَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ.
“Bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”.[1]

Al-Quran menjelaskan bahawa Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Pengampun yang sentiasa mengampunkan segala dosa hambaNya yang mahu bertaubat. FirmanNya lagi:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلَى اَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوْا مِنْ رَحْمَةِ اللهِ اِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا اِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمِ ، وَاَنِيْبُوْا اِلَى رَبِّكُمْ وَاَسْلِمُوْا لَهُ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لاَ تُنْصَرُوْنَ.

“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”.[2]

Melalui Sifat Allah Yang Maha Pengasih dan Pengampun, Allah menjanjikan rahmat dan pengampunan dari semua dosa kepada hambaNya yang bertaubat. Allah Subhanahu wa-Ta’ala pula bertanya mengapa kamu tidak mahu bertaubat sedangkan taubat adalah amalan yang mulia di sisiNya sebagaimana firmanNya:

اَفَلاَيَتُوْبُوْنَ اِلَىاللهِ وَيَسْتَغْفِرُوْنَهُ وَاللهُ غَفُوْرٌرَحِيْمٌ.
“Maka mengapa mereka tidak mahu bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.[3]

وَرَبُّكَ الْغَفُوْرُ ذُوْ الرَّحْمَةِ

“Dan Tuhanmu Maha Pengampun lagi melimpah-limpah rahmatNya”.[4]

Oleh kerana Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, melimpah-limpah rahmatNya dan mencintai hambaNya yang bertaubat, maka adalah suatu kesilapan bagi seseorang yang melambat-lambatkan taubatnya sehingga menunggu pada sesuatu masa yang tertentu, seperti menunggu di hari tua, setelah menunaikan haji, setelah bersara, setelah berilmu, setelah berjaya meninggalkan maksiat, setelah berkeluarga atau sebagainya. Maka melengah-lengahkan taubat seperti ini adalah suatu kejahilan dan kesilapan yang nyata. Sebenarnya Allah menyeru agar hambaNya sentiasa bersegera meminta keampunan dan bertaubat kepadaNya sebagaimana firmanNya:

وَسَارِعُوْا اِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ اُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِيْنَ

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”.[5]

Allah Subhanu wa-Ta’ala tidak akan membiarkan para hambanya bergelumang dengan berbagai dosa, oleh kerana itu Allah sentiasa membuka luas pintu taubat dan keampunannya kepada mereka yang mahu bertaubat. Allah memberikan contoh bahawa Nabi Adam dan Hawa telah bertaubat dari kesalahannya dan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang menerima taubat mereka. Allah berfirman:

قَالاَرَبَّنَا ظَلَمْنَآ اَنْفُسَنَا وَاِنْ لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.

“Keduanya (Adam dan Hawa) berdoa, Ya Tuhan kami! Kami telah menganayai diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang merugi”.[6]
فَتَلَقَّى آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ اِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ.


“Kemudian Adam Menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.[7]

ثُمَّ اجْتَبَاهُ رَبُّهُ فَتَابَ عَلَيْهِ وَهَدَى

“Kemudian Tuhan memilihnya (Nabi Adam ‘alaihis salam), maka Dia menerima taubatnya dan memberi petunjuk”.[8]
-------------------------------------------------------------------------------------

[1] - An-Nur, 31.
[2] - Az-Zumar, 53-54.
[3] - Al-Maidah, 74.
[4] - Al-Kahfi, 58.
[5] - Ali-Imran, 133.
[6] - Al-Baqarah, 23.
[7] - Al-Baqarah, 37.
[8]- Taha, 122.

Selasa, 2 November 2010

MENGAPA ZAID BERADA DI KEADILAN?

Sebelum PRU 12 dulu, ini hujah BN terhadap BA+DAP. Masa tu Pakatan Rakyat belum ada lagi.

1. Macam mana pembangkang nak memerintah sedangkan depa tak ada pengalaman?
2. Macam mana depa nak memerintah sedangkan depa sendiri dok beramuk? Pas tak boleh duduk dengan DAP.
3. Kalau pembangkang menang, hak Melayu habih tergadai.
4. Kalau pembangkang menang, Pas jadi boneka DAP.
5. Kalau pembangkang menang, negara hancur.
6. Anwar ejen CIA, ejen Yahudi.

Apa pula manifesto BA+DAP?

1. Kita akan hapuskan rasuah dan penyelewengan.
2. Kita akan memberikan keadilan kepada semua.
3. Kita akan memberikan kebebasan bersuara dan kebebasan media.
4. Kita akan kembalikan hak rakyat.
5. Kita akan pastikan sistem yang adil, telus dan berwibawa.

Hangpa sambung la lagi. Banyak janji-janji yang dibuat oleh BA+DAP.

Itu sebelum menang. Bila dah menang?

Sekarang ramai orang-orang PKR dah mula rasa keenakan memegang kuasa. Dan bila pegang kuasa, apa yang depa cakap?

Kita kata nak bagi keadilan untuk semua tapi bila Zaid nak bertanding, kita kata dia masih baru. Kesetiaan belum teruji.

Bila umno kata Anwar ejen Yahudi dan CIA, kita melenting. Mana bukti?
Tapi bila orang kata Zaid ejen Umno…terus percaya?

Kita jadi jaguh untuk kebebasan bersuara…tapi bila ditegur, kita melenting. Ciss…kurang ajar. Kita maki Umno takpa…tapi kalau ada orang tegur kita, melenting. Kurang ajar…tak hormat pemimpin.

Kita marah Utusan kutuk kita, tapi Harakah dan suara Keadilan ada cerita yang baik tentang Umno ka? Serupa saja.

Kita kutuk SPR yang tak adil dan tak telus. Tapi bila Zaid kutuk sistem kita yang dua kali lima, kita marah.

Sambung di sini.

Khamis, 7 Oktober 2010

SALAH LAKU BURUK AHLI PARLIMAN DARI TERSALAHNYA PILIH Yang Berhormat.

Saya sebagai rakyat Malaysia dan telah menetap di Kuala Langat sejak 25 tahun yang lalu dan melibatkan diri dalam arena politik sejak DSAI terinaya angkara Dr Mahadzir akan terus berjuang untuk matlamat yang sama pada slogan yang telah DSAI janjikan. Saya tetap terus berjuang menegakkan keadilan untuk rakyat yang terinaya. Saya tidak menekan pada kesalahan Dolah sahaja tetapi saya dan rakan-rakan yang bersama saya memperjuangkan kebenaran kerana ketelusan sudah tidak ada lagi pada Parti Keadilan Rakyat di Kuala Langat. pada semua 5 calun-calun yang bertanding ketua cabang, saya/kami tidak nampak ada kejujuran memperjuangkan hak rakyat.

Calun-calun ini adalah seperti ini;-
1 Abdullah Sani= Sebagai YB dari KEADILAN tidak pernah bekerjasama untuk bersatu, malah memporak perandakan parti di K.Lgt. Dan saya lampirkan salah laku beliau spt di bawah. Saya juga telah membuat 2 laporan Polis terhadap beliau kerana saya telah diusik hingga mrngalami kecederaan kecil akibat orang suruhan beliau. Saya kaitkan dalam kes Sek 323. (jika berlarutan saya akan kemahkamah utk didakwa).

2 Norazmi Mohd Tahir= Pemangku K. Cabang(ambil alih jawatan saya sbg K.Cabang) Sejak kemenangan PR diKuala Langat.,

3 David Cong= Sejak saya berada dalam kepimpinan KEADILAN K.Lgt, langsung saya tidak kenal, diambil oleh Norazmi lantik sbg naib K.Cabang(pengesahan dari YB Hee) untuk laluan mudah dilantik sbg Ahli Majlis MDKLgt.

4 Bastani Hj Dahlan

5 Sukur

Saya maksudkan kelima-lima calun itu, adalah tidak layak untuk menerajui Parti Keadilan Rakyat Cabang K.Langat. Kalau inilah yang Pimpinan Parti diPusat bersetuju, maka hadapilah kehancuran yang slogan DSAI, "RAKYAT HAKIM NEGARA".
Maknanya SATU KERTAS SATU UNDI AKAN ROSAK. Semasa PRU13 nanti.

Dibawah ini adalah laporan Polis terhadap YB Dolah Sani yang SALAH LAKU beliau Dilaporkan.
Mahukah anda memilih beliau untuk terus berada diKuala Langat dan Parti?

Mahukah anda membiar mereka spt ini membawa pengundi yg tidak tahu berpolitik untuk memilih Pemimpin masa depan Negara? Peratus yg hadir pada 26 Sept 2010, Saya dapat melihat 98% hadir kerana wang ringgit dan menjadi kuda tungangan untuk kepentingan mereka sahaja.
Sebagai bertanggungjawab kpd rakyat K.Lgt, tindakan berat saya gempor membatalkan progrem haram itu dan tidak ada sesiapa mendorong saya untuk sesuatu.

Kalau saya ahli UMNO, sepertimana S/U Agong KEADILAN membuat kenyataan pd http://www.malaysiakini.com/news/144553 saya cabar Saifuddin Nasutiun buktikan.
Kalau saya yang membuat kacau sebagai orang luar, saya ada bukti/fakta untuk pimpinan lihat, keahlian saya.(mereka boleh memutar belitkan cerita)
mereka laksanakan undang-undang, tetapi mereka kabor untuk kebenaran.

SAYA BERCAKAP ADA KEBENARANNYA. SAYA BERSUMPAH KENERAKA JAHANAM KPD SESIAPA YANG MEMFITNAH SAYA SERTA MEROSAKKAN NAMA BAIK SAYA DUNIA AKIRAT. SAYA MASIH BOLEH BERSABAR KERANA QURAN DAN HADIS MASIH PEGANGAN SAYA.







Laporan Polis dan kenyataan yg diatas bukan pembohongan Pengadu dan Kami Bertanggungjawab keatas segala yg disiarkan.

Ahad, 26 September 2010

SYABAS atau Kerajaan Neg Selangor MENIPU rakyat? Kenapa Syabas menuntut gantirugi sedangkan kualiti air tidak memuaskan....

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menuntut bayaran "pampasan" M308 juta dari kerajaan Selangor kerana mendakwa dihalang daripada menaikkan tarif air di Selangor.

SYABAS membuat tuntutan itu menerusi dua surat tuntutan bertarikh 15 Septermber lalu, kata setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin.

Katanya, syarikat tersebut menuntut pampasan itu kerana mendakwa mengalami kerugian kerana keengganan kerajaan Selangor membenarkan tarif air dinaikkan yang dikatakan terkandung di dalam perjanjian konsesi.

"SYABAS pada masa yang sama mengugut untuk mengheret kerajaan Selangor ke mahkamah jika gagal menunaikan tuntutan mereka dan enggan mematuhi syarat perjanjian," tegas Faekah dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri tidak gentar dengan tuntutan SYABAS itu.

Kerajaan negeri, katanya, berpendapat syarikat itu tidak layak sama sekali untuk menaikkan tarif air sedangkan rakyat Selangor masih berdepan dengan pelbagai masalah air.

"Antaranya, bekalan air yang teruk, bekalan air yang tidak berkualiti dan peratusan air tidak berhasil (NRW) yang tinggi disebabkan penyelenggaraan paip yang buruk yang telah mengakibatkan kerajaan negeri kerugian berjuta ringgit," tambahnya.

Menurut Faekah, jika SYABAS dibenarkan menaikkan tarif air sehingga 37 peratus seperti yang disebut dalam perjanjian konsesi, harga air akan menjadi lebih mahal daripada harga petrol hari ini.

"Kerajaan negeri tidak akan membenarkan perkara ini berlaku kerana rakyat masih dibelenggu dengan kemelut ekonomi global, apatah lagi perkhidmatan air yang diberikan tidak setimpal dengan harga yang dikenakan.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Selangor mempertahankan hak rakyat Selangor mendapatkan perkhidmatan air yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

"Air adalah keperluan asas yang dianugerahkan Allah dan oleh itu, hanya kos minimal bagi proses rawatan air patut dikenakan," tambahnya.

Katanya lagi, konsep penswastaan yang diperkenalkan pada 1982 mempunyai matlamat jelas iaitu mengurangkan tanggungan kerajaan dalam memberi perkhidmatan asas kepada rakyat dan pada masa yang sama tidak membebankan rakyat dengan bayaran yang melampaui kemampuan.

Pengenalan konsep tersebut, tambahnya, tidak tercatatat langsung bahawa penswastaan bertujuan untuk memberi keuntungan melampau kepada mana-mana pihak apatah lagi mereka yang berkait rapat dengan pemerintah.

Pada masa yang sama, kata Faekah, kerajaan Selangor yakin mempunyai hak dan alasan yang kukuh untuk mengheret SYABAS ke mahkamah kerana kegagalannya mematuhi beberapa asas penting yang terkandung dalam perjanjian konsesi air yang ditandatangani.

"Akibat kegagalan tersebut telah merugikan rakyat Selangor sehingga mencecah jutaan ringgit," tambahnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, katanya, telah berulangkali menegaskan bahawa kerajaan negeri akan menentang dengan cara apa sekali pun usaha SYABAS atau mana-mana pihak yang mencabar rakyat Selangor terhadap hak mutlak air.

"Bagaimanapun, kerajaan negeri menangguhkan sebarang niat untuk menggunakan hak sedia ada (undang-undang) bagi menghormati perbincangan pihak-pihak yang terlibat dalam menyelesaikan penstrukturan semula hak konsesi air dan model perancangan yang boleh digunapakai.

"SYABAS sesungguhnya maklum akan perbincangan yang dilakukan dan adalah amat tidak wajar bagi SYABAS membuat tuntutan pampasan di peringkat ini," tambahnya.

Kerajaan negeri, katanya, akan melancarkan gerakan menyelamatkan rakyat Selangor dalam masa terdekat ini.

"Rakyat dengan ini digesa untuk bersatu bersama kerajaan negeri demi mempertahankan hak dan maruah. Percayalah, dengan usaha yang gigih dan doa yang berpanjangan usaha rakyat Selangor akan beroleh kejayaan," katanya.

Ahad, 22 Ogos 2010

SELEPAS JOHOR, kEPULAU PINANG. LEPASNI NEGERI MANA PULA?

Asri Gesa Jangan Politikkan Isu Doa Khutbah

22 Ogos - Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Barisan Nasional untuk tidak mempolitikkan isu doa khutbah solat Jumaat.

Asri berkata tiada salahnya mendoakan panduan dan petunjuk diberi kepada pemimpin, atau mendoakan kerajaan yang bersimpati dan adil pada rakyat.

"Jangan politikkan isu ini. Saya minta Pakatan Rakyat dan juga BN untuk tidak mempolitikkannya," kata Asri, yang menambah beliau tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan Umno berhubung perkara ini.

Beliau menambah apa yang tidak boleh dilakukan adalah mendoakan kesejahteraan untuk seorang pemimpin yang tidak adil, serta memanjatkan pujian-pujian akan pentadbirannya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa beberapa masjid di Permatang Pauh dan Jelutong menggantikan nama Yang Dipertuan Agong kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam doa khutbah mereka.

Kerajaan Negeri dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang bagaimanapun menafikan mengeluarkan arahan kepada mana-mana masjid, dan berikrar menghukum mereka yang didapati berbuat demikian selepas siasatan dijalankan.

Lidah Umno bagaimanapun terus memainkan isu ini dan terbaru, khatib Masjid Jamek Padang Menora dikatakan telah menyebut nama Ketua Menteri dalam doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.

Imam Ibrahim Ishak berkata nama Yang di-Pertuan Agong tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukan.

Khatib tersebut nampaknya mendoakan tuhan supaya membuka pintu hati Lim Guan Eng untuk menerima Islam.



Rabu, 11 Ogos 2010

SEPANDAI-PANDAI TUPAI, AKIBATNYA BURUK....

Tee dipecat sebagai ahli MPK

Menteri Besar Selangor berkata Tee Boon Hock telah dipecat sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK). Menurut menteri besar, tindakan itu diambil selepas siasatan menunjukkan Tee telah melanggar kod etika.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli majlis supaya jujur dan telus dalam kerja mereka, dan tidak mengambil kesempatan untuk mengkayakan rakan dan anggota keluarga mereka.

Pada 7 Ogos lalu, jawatankuasa disiplin DAP telah memecat Tee daripada parti itu selepas mendapati dia mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat yang anaknya mempunyai kepentingan. Tee dilanda kontroversi hujung bulan lalu apabila akhbar Star melaporkan dakwaan bahawa seorang ahli majlis tempatan dari DAP menyalahgunakan kepala surat dan cop exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, untuk mengeluarkan surat sokongan kepada mereka yang rapat dengannya.

Rabu, 4 Ogos 2010

ADAKAH BN MAHUKAN PERUBAHAN?

Anti-ISA vigil: Excessive use of force?





Sudah keterlaluan. Polis mengajar Pemerintah BN. Lagi polis kasar, selagi itu rakyat menjadi marah kepada Kerajaan BN. Umno BN perlu berfikir matang.

Khamis, 29 Julai 2010

EH, MANA MANTAN ADUN SEJANGKANG?


MB bidas Khir, - 'pesara lombong haram'




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini melabelkan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, sebagai “pesara lombong pasir haram”.
Ditanya pada sidang akhbarnya mengenai dakwaan bekas menteri besar itu yang menuduh syarikat milik kerajaan negeri - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membayar royalti yang berkurangan berbanding ketika beliau mentadbir Selangor, Khalid menjawap dengan sinis. “Khir Toyo tahu semua butirannya. Saya fikir dia mesti terbabit dalam perniagaan melombong pasir sebelum ini - kemungkinan besar yang beroperasi secara haram. Saya tidak mahu komen pelombong pasir haram yang sudah bersara itu,” katanya. Khir mendakwa KSSB hanya membayar royalti RM12,000 kepada kerajaan negeri di sebalik memungut hasil RM734,000 tahun lalu...

Rabu, 21 Julai 2010

SOKONGAN DARI PENGERUSI BERTINDAK PENGUSAHA/Kontrektor KSSB PASIR SELANGOR

Laporan Polis dibuat keatas tindakan PTD Kuala Langat terhadap lori pasir yang ditahan.

Pengerusi bertindak pengusaha/kontrektor KSSB Raja Kamarudin Raja Wahid bersama Ketua Biro Keselamatan JKKK bt10 sedang membuat laporan


Arahan dari pengerusi JKKK Bt10 kepada Ketua Biro Keselamatan JKKK Bt10 membuat laporan polis kerana tangkapan itu. Dimaklumkan juga sebuah lori yang ditangkap, telah tiada dalam simpanan PTD Kuala Langat (lori yg tiada dlm kandang PTD K.Lgt no plet BDJ9174). Amat kecewa jika ketelusan yang diharapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak menjadikan tindakan yang betul dari pihak berkuasa PTD Kuala Langat (amat longgar tindakan pihak berkuasa PTD Kuala Langat).


Pengerusi JKKK bt10(HAJI SUBBAHI) bersama Ketua Keselamatan JKKK bt10 (sdr Suhaimi)





Semua gambar-gambar diatas adalah lori-lori yang ditahan oleh K.Biro Keselamatan JKKK Bt10 kerana kesalahan melalui jalan yang tidak dibenarkan oleh masyuarat JKKK Bt10. Sebaliknya lori-lori tersebut pula disaman Polis kerana muatan basah/kotor. Yang lebih menjadi kesalahan besar lagi adalah kerana TIADA PERMIT MEMBAWA PASIR.




Selasa, 20 Julai 2010

TANGKAP LORI PASIR TANPA PERMIT PTd K.Lgt

Ketua Keselamatan JKKK Bt 10 menjalankan tugas.


Sebentar tadi lebih kurang jam 6 pm, 3 buah lori muatan pasir telah ditahan oleh Ketua Biro Keselamatan JKKK Bt10 turut bersama oleh Pengerusi JKKK Bt10. Sebuah dari 3 buah lori itu telah membuang muatan pasir diatas jalan raya.



Lori ini no Pendaftaran WCG9736(gambar atas) telah membuang muatan pasir diatas jalanraya, tempat ditahan oleh JKKK Bt10 dan disaksikan oleh anggota Polis yang berada disitu juga telah memaklumkan kpd pegawai penguasa PTD K.Lgt, kerana pegawai penguasa PTD K.Lgt tiba lewat jam 8pm selepas 2jam tangkapan berlaku. Pasir yang dibuang disitu, dibiar begitu sahaja tanpa pegawai penguasa PTD K.Lgt ambil tindakan. Akibat longokan pasir itu pada jam 1 pagi seorang penunggang motosikal terlanggar (penunggang motosikan tersebut mengadu, bernasib baik ianya PASIR dan bukan TANAH. KALAU TIDAK KECEDERAAN SUDAH TENTU TERUK). Oleh itu tindakan Sdr Suhaimi dan penduduk kg bertindak membersih dan buang pasir yang berlonggok itu.



Kesemua lori itu dibawa ke pejabat PTD K.Lgt pada jam 8.15pm, dan semasa dalam perjalanan sebuah lori BDJ9174 berhenti dipersimpangan Sri Ceding(lampu isyarat) dari kawalan Penguatkuasa PTD K.Lgt dan 2 buah kereta peronda Polis. Tiada tindakan PTD K.Lgt untuk menahan semula lori itu.

Motif sebenar belum saya ketahui lagi.

Sabtu, 17 Julai 2010

Tahniah Kerajaan 1 Malaysia Terhadap Perlarasan Subsidi

Kami rakyat Kedah mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan DS Najib diatas usaha gigih dalam membangunkan ekonomi Malaysia, kerana telah dapat mengurangkan subsidi sebanyak RM750 juta bagi tahun 2010. Ini bermakna petrol RON 95 dijual pada RM1.85 seliter, manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram. Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram.

Sebagai rakyat, saya melihat dari sudut positif dimana bila harga minyak meningkat maka diharapkan akan kurangnya kegiatan mat rempit. Selain itu diharapkan akan kurangnya mobiliti rakyat Malaysia. Jadi jalanraya tidak akan sesak lagi dan juga rakyat tak akan complain harga tol naik sebab tak naik kereta.

Bagitu juga dengan kenaikan harga gula, diharapkan akan berkurangan rakyat 1 Malaysia kena kencing manis. Walau bagaimana pun perlu diingat diantara "Kencing Manis, Kencing Kawan, Kencing Rakyat" adalah kurang bahaya kalau dibandingkan dengan KENCING TIKUS.

Dengan kenaikan harga minyak dan gula, diharapkan gulongan miskin di Selangor D.E dapat makan PASIR berlaukan PERKASAM di Paya Indah WetLand.

Sebagai Ketua Eksekutif Negeri...

Masalah Pasir S'ngor....TSKI wajib bertindak!


kalau tak boleh.... dia patut serah kuasa kpd orang lain...cam azmin ke .....hasan ali ke...sesiapa saje dari pr ... bukan kpd mahyuddin/bn...sebab rakyat sudah beri amanah kpd pr ! amanah di tangan pr sekarang! tak kirale siapa pencuri pasiaq SEKARANG ... umno ke ? pas ke ? pkr ke ? dap ke ? ....itu harta rakyat... amanah ditangan PR ...khalid I ...dia wajib tanggung amanah itu ...!

Jumaat, 16 Julai 2010

DI AKHIRAT MASING-MASING TANGGUNG SENDIRI !

DOSA TETAP DOSA...AMANAH TETAP AMANAH!

JADI JAWAPLAH DI DEPAN ALLAH(SWT) NANTI ...."
hangpa peduli apa, makan pasiaq ke, aku tpaks stuju bila megat dewa dari indra kayangan kata ..luu tanggung sendiri ...
"SEBAB KERA PR S'NGOR ADALAH PILIHAN RAKYAT S'NGOR...RAKYAT S'NGOR KENA TANGGUNG SENDIRI LE...ITU PILIHAN MEREKA...!DAN KERA PR S'NGOR PULA KENA TANGGUNG SENDIRI JUGE LE apa yg berlaku SEKARANG ...SEBAB MEREKA PEGANG AMANAH rakyat selangor SEKARANG!
kalau dulu-dulu ada curi pasir juga masa kera BN, memang BN yg tanggung le..!
aku tpaks stuju bila megat dewa dari indra kayangan kata ..
Beruk ubn plak tak nak tanggung kesalahan mereka merompak wang rakyat ratusan juta RM.........

Khamis, 15 Julai 2010

BERITA-BERITA DARI MALAYSIAKINI (Isu pasir menjadi PROPAGANDA BN

SIAPA LAH PENGUSAHA PASIR NIH?

Jangan kelirukan rakyat Selangor. Sepatutnya Kerajaan Malaysia lebih tahu apa yang Khir Toyo telah lakukan semasa beliau menjadi MB dulu(sebelum Mach 2008).


WARTAWAN JENIS LEMBU DICUCUK HIDUNG

WARTAWAN JENIS LEMBU DICUCUK HIDUNG sama mcm WARTAWAN TONG SAMPAH,,................


Jenis wartawan Tong sampah mcm Siti Jarum tu bukan sedaq habaq yg diri dia dan kaum2 puak sama sekapai dgn nya di Utusan Melayu tu DOK TAK SEDAQ HABAQ SAMPAI KE TUA LA ........ SAMPAI KE TUA LAAA LU ........ YANG HANGPA SEMUA JUGA KENA TINDAS OLEH BANGSA HANGPA SENDIRI ..... BANGSA MELAYU ....... SUDAH TENTU UTUSAN MELAYU TU ..... PARA MAJIKAN NYA SUDAH TENTULAH JENIS MELAYU .........
Yang hang dok heran Taukey Cina HongKong dok menindas pelakon Melayu (dlm hang punya coretan di Pancaindera di Mingguan Malaysia minggu lepas (Ahad - 11 Julai 2010)...... apa nak di hairankan???? ...... BIASAAAAA LA!!!!! ...... BANGSA MELAYU MEMANG SELALU DAN SENTIASA DOK KENA TEKAN ..... DOK KENA TINDAS OLEH BANGSA LAIN MEMANJANG (all the time ..... - AT ALL TIME EVER ....... DARI DULU SAMPAI LA)........ YANG DOK KENA TINDAS OLEH BANGSA SENDIRI MACAM JENIS HANG TU ...... TAK HERAN JUGAK? ..... PUNYALAH BODOH (punya otak dok simpan di kepala lutut atau di lubang puki?).... PUNYA LA BENGAP ......PUNYA LA BONGOK ........ BAHALOL PUNYA MAKHLUK MACAM JENIS SITI JARUM @ wartawan TongSampah DAN YG SAMA SENASIB DGN NYA ....... PALING PUNYA TERAMAT RENDAH PUNYA standard paling rendah punya TAHAP ..... JENIS PECACAI PUNYA TAHAP (PARIAH PUNYA STATUS)........ PUN ADA HATI NAK KATA KAT ORANG LAIN ...... DIRI SENDIRI TAK SEDAQ HABAQ ....... ITU LAH YG SEBENAQ2NYA BETOI2 PUNYA BENGAP ...... BODOH ....... BONGOK ....... BAHALOL ........ LOL LOL LOL LOL LOL LOL LOL ....... PADAN MUKA HANGPA SEMUA ........ KALAU HANGPA TAK DAK PUN SELAMAT SEMUANYA ...... BIKIN SAMPAH PADA MINDA MASYARAKAT BANGSA SAJA ...... THE MORE YOU ARE OUT OF OUR MIND ..... THE BETTER ........ ALL THE GARBAGE BIN PUNYA PRODUCT ........... THAT'S WHAT YOU ARE ACTUALLY..... (WONDER! HOW YOUR STUPID FACE LOOK LIKE?)
YANG CERITA DI BAWAH NI APA KESUDAHANNYA? .... TIADA KESUDAHAN-KESUDAHAN LAGI?
MASEH DOK PULUN MEMULUN DOK NAK TUNTUT ITU TUNTUT INI ...... TUNTUTAN DEMI TUNTUTAN ........ NO END LAAA ..... THE NEVER-ENDING STORY ........
~forwarded message~
LA! MASEH DOK PULUN NAK DOK BERNAUNG BAWAH KETIAK MAJIKAN MELAYU YG MAKAN MELAYU? - APA NI MELAYU? KALAU LAGU NI PUNYA DOK ADA? INI LAH NAMANYA MELAYU TAK GHUAT IDUP ...
NUJ ugut berarak ke pejabat PM
Jimadie Shah Othman Jul 22, 09 5:53pm

NUJ Utusan Melayu mengancam berarak ke pejabat perdana menteri jika pengerusinya Amran Ahmad dipecat selepas mengadukan dua kes perbelanjaan syarikat ke SPRM, kata seorang ahli majlis eksekutifnya.LAGI
Tindakan atas dakwaan 'fitnah'
Bawa perkara ini kepada Najib

APA DOK BUANG MASA SAJA .....
FORGET ABOUT BERJUANG UNTUK TUAN MAJIKAN YG DIKATAKAN MENOLONG MELAYU ..... PADAHAL MEREKA MENINDAS HANGPA SEMUA ....HANGPA SEMUA KAN MELAYU GAK KAN?
TUNGGU APA LAGI? BLAHH LAAAAAA!!!!!
TUNGGU KEPALA BAPAK LAGI?
NAMA SAJA UTUSAN MELAYU .... .. TAPI DEPA TU SEMUA ADALAH UTUSAN UNTUK MENELINGKUPKAN MELAYU SAJA.... MEROSAKKAN BANGSA ...... MENJAHANAMKAN BANGSA MELAYU ......
SENANG PUNYA CERITA .... HANGPA SEMUA ..... RAMAI2 ANGKAT BUNGKUS .... BLAHHH
TAK KAN HANGPA SEMUA TAK BOLEH HIDUP KALAU TAK BERKERJA DGN UTUSAN MELAYU KUT?
FORGET IT .... JUST QUIT THE JOB ...... ALL OF YOU AHLI2 NUJ ......ALL OF YOU IN KUMPULAN UTUSAN .....
... UTUSAN MELAYU .... ... THEM ALL .... ... AWANG SELAMAT
TENGOK APA AKAN JADI PADA UTUSAN MELAYU .... BILA SEMUA PAKAT BOIKOT?
TENGOK APA AKAN JADI BILA HANGPA SEMUA BLAH .... THROW IN THE TOWEL .... QUIT MAN .... QUIT!.... QUIT! .... QUICK... QUICK BEFORE IT'S TOO LATE ......
ALANG2 BERPUTIH MATA .... BIAR UTUSAN MELAYU JUGA SAMA2 BERPUTIH MATA....
BIAR KAN UTUSAN MELAYU TERKUBUR DGN SENDIRINYA ... BILAMANA HANGPA SEMUA BLAHH ..... DAN ANGKAT BUNGKUS ..... CHIAO .......
KITA SEMUA TIDAK UNTUNG .... WALAU UTUSAN MELAYU WUJUD!
KITA JUGA TIDAK RUGI KALAU UTUSAN MELAYU ... PUNAH .... LINGKUP .... DAN TERUS TERKUBUR ...... PERGI MAMPUS UTUSAN MELAYU ...... PERGI JAHANAM UTUSAN MELAYU .....TO HELL YOU GO .... ... YOUUUUUUUUUU!!!!! UTUSAN MELAYU ..... GO TO HELL!

Awang Meloya

Isnin, 12 Julai 2010

Mengapa Exco Pahang Simpan RM300,000 Di Rumah?

Bagaimana, mengapa dan untuk apa?

Itu persoalan Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan berhubung penemuan RM300,000 di rumah Exco Pahang yang ditemui sekumpulan perompak 5 Julai lalu. Azan Ismail mempersoalkan bagaimana seorang exco BN mampu mengumpulkan wang sebegitu banyak, untuk apa wang itu akan digunakan dan mengapa ia tidak disimpan dalam peti simpanan bank.


Akhbar The Star 6 Julai lalu melaporkan tindakan pantas polis menembak mati empat penjenayah yang memecah masuk rumah Datuk Wan Adnan Wan Mamat di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.“Saya hendak rujuk pada satu laporan akhbar The Star pada 6 Julai 2010 di mana melaporkan tindakan pantas pihak polis berjaya menembak suspek atau pun yang diklasifikasikan sebagai perompak di dalam satu kejadian pecah rumah di Kuantan yang melibatkan salah seorang Exco kerajaan negeri di dalam bidang sukan dan belia.

“Tetapi dalam berita ini menyiarkan bahawa perompak telah melarikan RM300 ribu wang tunai daripada kediaman beliau dan perkara ini telah menimbulkan banyak persoalan bagaimana Exco seorang kerajaan negeri boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam simpanan,” katanya.

Beliau berkata adalah menjadi perkara luar jangkaan apabila seorang Exco berani menyimpan wang yang begitu banyak di kediamannya memandangkan ia boleh menimbulkan pelbagai sangkaan. "Hari ini begitu banyak berita berkenaan simpanan tunai yang berkaitan kerajaan beberapa isu kita dengar di Pulau Pinang dan sebagainya yang melibatkan kakitangan kerajaan ataupun orang yang diberi amanah oleh kerajaan sebagai pentadbir termasuk Exco.

"Kita minta pihak berkuasa menyiasat adakah kebenaran laporan akhbar ini bagaimana seorang Exco kerajaan negeri boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam kediamannya yang menjadikan kes ini kes rompakan dengan kesudahan empat orang ditembak mati oleh pihak polis yang juga menimbulkan banyak isu yang mana lima tahun kebelakangan ini banyak kes-kes tembakan yang menyebabkan berlaku kematian kepada suspek atau juga orang-orang yang di anggap penjenayah,” katanya.


Jumaat, 9 Julai 2010

Islam 1Malaysia pulaklah..... Islam hadari berkubur bersama Pak Lah.


JUDI, kesian kat orang umno.....

Baru saja nak rasa lega sikit dengan isu penarikan balik pemberian lesen judi bola tempoh hari, sekarang terpaksa berhadapan dengannya sekali lagi. Sebab lesen judi bola kini dibenarkan pulak dah.

Macam biskut chipsmore, "sekejap ada sekejap tak ada".

Malu yang dulu pun belum habis lagi kini malu yang baru muncul kembali. Macamana nak jawab hujah PR ni...?

Kesian la sama kat orang umno yang bersorak sakan sebelum ni, gegak gempita memuji khalifah amirulmainmain mereka membatalkan judi bola.

fOOlamak muda muda yang baru terjun ke dalam parti raja rasuah itu tu nak letak muka di mana...? Kena belek kitab barulah nampaknya untuk cari hujah macamana nak halalkan semula judi bola.

Tak prihatin langsunglah khalifah 1Malaysia.


Khamis, 8 Julai 2010

Kita pun nak lihat siapa yang kena.

52 tahun daahhhh, dok ulang cerita yang sama.


Ini antara nasihat Najib kepada pemimpin umno:

"Jangan hanya menolong diri sendiri atau rakan taulan atau ahli parti semata mata, tetapi utamakanlah mereka mereka yang miskin dan memerlukan terlebih dahulu.

Kalau anda melakukan yang ini maka rakyat akan melihat umno sebagai penolong mereka. Kalau anda dan umno benar benar melakukannya maka kita akan menang PRU yang akan datang dengan cukup mudah".

Maka betullah dakwaan bahawa selama ini umno hanya menolong kroni. Sudah lebih 50 tahun umno berkuasa takkan perkara basic itu pun belum selesai lagi...? Sampai bila umno hendak beretorik kepada pengundi...?

Jangan lupa selesaikan juga masalah rasuah yang membelenggu negara. Kita pun nak lihat siapa yang kena.


Isnin, 5 Julai 2010

KES PASIR DI SELANGOR. BEZANYA IKAN DAN PANCING.

KENAPA MEREKA DIPANGGIL KALI KE2?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil semula ADUN PKR, Shuhaimi Shafie hari ini berhubung siasatan kontroversi perlombongan pasir secara haram di negeri itu.

ADUN Sri Muda itu sedang disoalsiasat di ibupejabat SPRM di Putrajaya, dengan ditemani peguamnya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ini adalah kali kedua Shuhaimi dipanggil berhubung perkara itu, selepas disoalsiasat sebelum ini bersama dengan ADUN PKR Batu Caves, Amirudin Shaari minggu lalu.

Sabtu, 3 Julai 2010

GEMPAR BERAPI! RPK DIBELA OLEH PKR BERSERTA KALIMULLAH DAN SI KITOL!

KLIK JE KAT SINI


Ini ada panas punya cerita mengenai RPK, mesti kena baca, korang tengok siapa bela dia:

Gambar Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim bersama Raja Petra Kamaruddin di United Kingdom boleh menimbulkan persepsi adakah parti itu terlibat menyembunyikan pengendali portal berita Malaysia Today tersebut daripada pihak berkuasa.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui web Malaysia Today.

http://parpukari.blogspot.com/2010/07/gempar-berapi-rpk-dibela-oleh-pkr.html

Mau lagi panas, baca kat bawah ni:

Siapa yang menaja Raja Petra Kamaruddin (RPK) sudah menjadi satu perdebatan yang agak lama.

Sebelum ini nama Kalimullah Hassan dikaitkan sebagai orang yang menaja RPK. Banyak bukti kukuh yang berjaya dikorek para bloggers dan pihak media yang mengesahkan fakta itu.

Kalau benar Kalimullah, maka itu pastinya adalah atas arahan Khairy Jamaluddin (KJ) yang dahulu mahu memastikan Najib tidak menjadi Perdana Menteri. Sebab itu penulisan RPK sejak dahulu lagi hanya bertumpu kepada Najib dan jarang sekali ke atas bapa mertuanya iaitu Abdullah Bodowi (Pak Lah).

Terima kasih RPK kerana kebodohan anda memberikan jawapan yang amat memuaskan hati Satu Hala. Malaysia-Instinct
"Alamak Najib sudah tau aku mau jatuhkan dia dulu, ish telor aku dah hilang la wei"


http://parpukari.blogspot.com/2010/07/gempar-berapi-rpk-dibela-oleh-pkr.html

Jumaat, 2 Julai 2010

PERAK negeri ketiga termiskin

Kejayaan Zambri Kudeta.....


Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming mendedahkan Perak telah menjadi negeri yang mempunyai bilangan paling ramai keluarga berpendapatan rendah kurang dari RM2,000 sebulan. Dakwanya, Perak turut merosot menjadi negeri ketiga paling miskin selepas Sabah dan Terengganu, setelah 53 tahun dibawah pemerintahan Barisan Nasional.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Taiping, mendedahkan statistik Jabatan Perdana Menteri; 40 peratus dari keluarga rakyat Malaysia, iaitu 2.4 juta keluarga diseluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan, dengan Perak mempunyai bilangan terbanyak seramai 192,000 keluarga, atau 12.5 peratus dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak.

Tambahnya lagi, 40 peratus lagi rakyat Malaysia berpendapatan di antara RM2,300 hingga RM5,599. Nga menegaskan, hanya 5.9 peratus keluarga rakyat Malaysia mempunyai pendapatan bulanan lebih dari RM10,000.00.

"Keadaan ini jauh menepati sasaran dimana menjelang 2015, rakyat Malaysia berpendapatan purata RM52,000.00(USD15,000) setiap tahun. Fakta ini amat memalukan rakyat Perak kerana pada 1970-an, Perak pernah menjadi negeri paling kaya jika dibandingkan dengan negeri lain.

"Kadar kemiskinan Perak juga membimbangkan dengan kedudukan merosot sehingga menjadi negeri ketiga termiskin, hanya lebih baik jika dibandingkan dengan Sabah dan Terengganu," tegasnya. Sehubungan itu Nga menyeru rakyat menyokong dasar reformasi Pakatan Rakyat dan memberi sokongan penuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 demi masa depan anak bangsa dan negeri Perak.

Tarmizi Mohd Jam di Khamis, Julai 01, 2010

Khamis, 1 Julai 2010

BN bagus! Sy sokong PM... Adil atau tidak???



657 pelajar bukan Bumiputera terima biasiswa JPA tahun ini


2010/06/30
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kaum bukan Bumiputera tidak terpinggir daripada mendapat biasiswa kerajaan apabila 657 pelajar bukan Bumiputera mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk belajar di luar negara, tahun ini.

“Di bawah Program Ijazah Luar Negara itu, 843 biasiswa pula diberikan kepada golongan Bumiputera termasuk dari Sabah dan Sarawak,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-10 di Dewan Rakyat di sini.
Keseluruhan 1,500 biasiswa JPA itu agihkan kepada pelajar-pelajar cemerlang berdasarkan empat kategori iaitu merit, kaum, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kurang bernasib baik.
Daripada jumlah 300 biasiswa kategori merit, 59 atau 20 peratus diagihkan kepada pelajar Bumiputera manakala 241 biasiswa atau 80 peratus kepada pelajar bukan Bumiputera.

"Daripada jumlah itu, kaum Cina mendapat 209 (70 peratus), India 30 (10 peratus) dan lain-lain dua (0.7 peratus)," kata Mohd Nazri.

Bagi kategori kuota kaum, pelajar Bumiputera memperoleh 557 biasiswa (61.8 peratus) dan 343 biasiswa (38.1 peratus) diberikan kepada kaum bukan Bumiputera.

Sebanyak 150 biasiswa pula diagihkan sama banyak antara kaum di Sabah dan Sarawak manakala 150 biasiswa lagi diperuntukkan kepada golongan kurang bernasib baik, katanya. - Bernama
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!

Rabu, 23 Jun 2010

Terbukti PM Najib mmg jujur...

Judi Sukan: Najib Cuba Bermain Silap Mata



Dalam Najib Tun Razak menafikan telah memberi lesen judi sukan, rupanya Ascott Sport and Berjaya Group telah meneruskan usaha mereka untuk memasarkan Judi Sukan di Malaysia.


Kronologi adalah seperti berikut:

7 Jun 2010 : Najib menafikan pemberian lesen Judi Sukan pada Berjaya Group di Parlimen


11 Jun 2010 : Berjaya Group mengeluarkan “Medium Note” bagi tujuan meraih dana yang berjumlah RM800 juta bagi tujuan pembiyaan operasi Judi Sukan seluruh Malaysia di 220 cawangan Sports Toto


12 June 2010 : Ascott Sport mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah mendapat kebenaran dari Kementrian Kewangan untuk mengoperasikan Judi Sukan seluruh negara


15 June 2010 : Najib sekali lagi menafikan lesen judi sukan telah dikeluarkan dan meminta
supaya jangan ditanya lagi akan soalan ini.

Ertinya, Najib sedang cuba bermain silap mata. Mana mungkin Berjaya Group boleh mengeluarkan sebuah dokumen 200 mukasurat meminta wang dari pelabur-pelabur sebanyak RM800 juta kalau mereka tidak mempunyai kebenaran bertulis dari MoF?

Juga, dokumen 20 muka surat bagi tujuan (“Medium Note”) itu, BERJAYA kerap mengulangi hakikat bahawa Ascot Sport telah pun diberi kebenaran oleh Kerajaan Malaysia (baca: UMNO) untuk menjalankan Judi Sukan itu.

Penasihat kepada Berjaya Group di dalam pengeluaran “Medium Note” ini adalah Maybank. Manakala, pentadbir kepada operasi “Medium Note” ini adalah AmInvestment Bank dan Maybank Investment Bank. Mustahil Maybank, AmInvesment Bank serta Maybank Invesment boleh membenarkan perkara ini berlaku sekiranya benar-benar tiada kebenaran dari Kerajaan. Mustahil sama sekali.

Dokumen ini diedar kepada para pelabur 4 hari selepas Najib memberitahu Parlimen kononnya tiada lesen yang telah dikeluarkan kepada Berjaya Group.

Ertinya Najib cuba bermain silap mata. Tidak mungkin Berjaya Group, di atas nasihat Maybank serta kelolaan Aminvestment Bank dan Maybank Invesment Bank, boleh berani membuka peluang melabur sebanyak RM800 juta KALAU KERAJAAN UMNO TIDAK MEMBERI KELULUSAN. Ianya MUSTAHIL.

Apa yang mungkin berlaku adalah UMNO telah mengeluarkan surat kebenaran, namun hanya dokumen “lesen” itu sahaja yang belum dikeluarkan. Tetapi dengan surat kebenaran itu, UMNO tiada pilihan melainkan mengeluarkan lesen tersebut apabila Berjaya sudah bersedia untuk menjalankan Judi Sukan tersebut.


HIDUP UMNO!!, HIDUP APCO!!, HIDUP JUDI!!.- malaysiawaves.com

by pria malaya

Sabtu, 19 Jun 2010

CAKP BUAT, JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN...


Semanis Kurma - Nor Bahiyah


Masalah rumahtangga berpunca dpd masalah ekonomi - kata wanita UMNO Datuk Maznah.

Tau pun Dato debab, suami isteri jd teladan, camna pulak PM dan isterinya? dua2 debab ni kenyang makan banyak sangat, pastu suruh rakyat ikat perut.

Kerjasama bantu membantu, kenal diri dan peranan, sedar diri - betul tu. Aku rasa rakyat Msia dah lakukan yg terbaik utk hidup di negara penuh korupsi ni, tengok aje kaum UMNO, tak kira lelaki atau pompuan, gemuk gedempol makan makanan berasaskan gula byk sgt, tak pun makan harta rakyat byk sgt.

Pas tu tarik subsidi utk rakyat kerana konon negara akan bangkrap.

Setakat itu ajalah umno boleh memerintah. setelah 50 thn memerintah nampak sgt tak mampu dah.

Jadi lebih baik kita tukar aje kerajaan umno/bn debab sembab ni semua, sebab org gemuk otak lembab, tak boleh memerintah dgn baik.

qistina

Jumaat, 18 Jun 2010

Pelajar UKM dapat injuksi halang prosiding



Empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lepas berjaya mendapat perintah injunksi sementara bagi menghalang UKM daripada meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas kedua-dua pihak bersetuju melanjutkan perintah injuksi sebelah pihak yang diperoleh pelajar itu pada 1 Jun lepas, sehingga pelupusan saman pemula mereka.

Keempat-empat pelajar itu dari jurusan Sains Politik, pada 1 Jun lepas memfailkan saman pemula terhadap kerajaan Malaysia, Menteri Pengajian Tinggi dan UKM, bagi mencabar tindakan tatatertib yang dibawa kepada mereka oleh universiti itu, atas kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang.

Pelajar itu tiga lelaki, Muhammad Hilman Idham, 21, Woon King Chai, 22, Muhammad Ismail Aminuddin, 22, dan seorang pelajar perempuan, Azlin Shafina Mohamad Adza, 22, pada ketika kejadian berada di tahun kedua pengajian dan akan memulakan pengajian tahun ketiga mereka pada Julai ini.

AUKU bertentangan Perlembagaan

Mereka juga memohon deklarasi bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU, adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Seksyen itu menyebut bahawa tiada seorang pun pelajar universiti boleh menyatakan atau melakukan apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar negara.

Mahkamah menetapkan 9 Julai ini bagi mendengar saman pemula itu.

Dalam saman itu, mereka mendakwa universiti itu melalui satu surat bertarikh 13 Mei, telah meminta mereka hadir ke bilik mesyuarat universiti itu pada 2 Jun bagi menjawab dakwaan terhadap mereka, dan jika mereka tidak hadir atau tidak mengemukakan apa-apa representasi bertulis dalam tempoh 14 hari, mereka dengan serta-merta akan digantung daripada menjadi pelajar universiti itu.

Salah seorang pelajar itu, Muhammad Hilman, dalam afidavitnya bagi menyokong saman pemula itu mendakwa pada April lepas, mereka berada di Hulu Selangor antara lain untuk membuat pemerhatian secara langsung bagi membantu pemahaman mereka mengenai situasi sebenar semasa kempen sesebuah pilihan raya kecil.

"Kami juga berhasrat untuk memerhatikan cara bagaimana pihak-pihak politik dari kedua-dua parti utama yang bertanding menarik undi rakyat dalam keadaan politik negara kita yang dikatakan menuju ke arah politik baru," katanya.

Bagaimanapun, mereka telah ditahan oleh polis serta pasukan pemantauan pilihan raya kementerian pengajian tinggi dan pegawai pemantau UKM dan diarahkan keluar dari kawasan itu.

Keempat-empat pelajar itu diwakili peguam Haris Ibrahim dan Ashok Kandiah, manakala peguam kanan persekutuan Aida Adha Abu Bakar mewakili kerajaan Malaysia serta Menteri Pengajian Tinggi dan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili UKM.

- Bernama

Isnin, 14 Jun 2010

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' di KT

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' anjuran Gerakan Tindakan Rakyat (Gertak)



Perhimpunan 'Melayu Bangkit' anjuran Gerakan Tindakan Rakyat (Gertak) bermula jam 10 pagi ini dengan dihadiri kira-kira 1,000 orang di Stadium Negeri Kuala Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di perhimpunan tersebut sebentar tadi.

Kehadiran menteri besar Terengganu adalah di luar dugaan.

Ketibaan mantan perdana menteri itu disambut dengan persembahan pencak silat oleh dua pasangan lelaki dan wanita.

Antara yang hadir ialah anggota Perkida yang pakaian mereka berwarna hijau muda dan berikat kepala serta anggota pencak silat.

Bunyi pukulan gendang silat kedengaran sebagai menyambut ketibaan orang ramai dan para jemputan ke majlis tersebut.

Kira-kira 10 anggota polis berpakaian seragam kelihatan di dalam stadium, manakala yang lainnya bertugas di luar.

Dalam ucapannya , pengasas Gertak Razali Idris mengecam mereka yang mengkritik perhimpunan tersebut - yang pada mulanya dijadual pada 13 Mei lalu, tetapi ditangguhkan ke hari ini - serta kehadiran Dr Mahathir.

Razali mengakhiri ucapannya dengan menggesa mereka yang hadir supaya bangkit mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan kedaulatan Raja Melayu.

Beliau juga menegaskan bahawa orang bukan Melayu tidak harus takut kerana gelombang kebangkitan orang Melayu itu merupakan satu anjakan pradigma untuk mempertingkatkan masyarakat Melayu, dan pada masa yang sama, menghormati kaum lain.

Antara 45 NGO yang hadir yang bergabung dengan Gertak ialah Pekida, Pewaris, Sahabat Laut Malaysia and Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu.

Dalam ucapannya pula, Dr Mahathir pula berkata pembatalan perhimpunan itu pada 13 Mei lalu adalah disebabkan oleh fikiran singkat sesetengah pihak yang bimbang perhimpunan orang Melayu itu diadakan pada tarikh berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

Dr Mahathir berkata walaupun ada yang menyifatkan tindakan GERTAk mengadakan perhimpunan pada 13 Mei sebagai rasis, peristiwa itu tidak harus dilupakan.

Katanya tindakan melupakan sejarah akan menyebabkan kita akan mengulangi kesalahan berkali-kali.

Menurutnya, tarikh tersebut dipilih secara kebetulan dan tanpa maksud tersembunyi.

Mahathir menambah, rakyat perlu diingatkan mengenai peristiwa tersebut "jika kita ingin belajar daripadanya".