Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Selasa, 20 Julai 2010

TANGKAP LORI PASIR TANPA PERMIT PTd K.Lgt

Ketua Keselamatan JKKK Bt 10 menjalankan tugas.


Sebentar tadi lebih kurang jam 6 pm, 3 buah lori muatan pasir telah ditahan oleh Ketua Biro Keselamatan JKKK Bt10 turut bersama oleh Pengerusi JKKK Bt10. Sebuah dari 3 buah lori itu telah membuang muatan pasir diatas jalan raya.



Lori ini no Pendaftaran WCG9736(gambar atas) telah membuang muatan pasir diatas jalanraya, tempat ditahan oleh JKKK Bt10 dan disaksikan oleh anggota Polis yang berada disitu juga telah memaklumkan kpd pegawai penguasa PTD K.Lgt, kerana pegawai penguasa PTD K.Lgt tiba lewat jam 8pm selepas 2jam tangkapan berlaku. Pasir yang dibuang disitu, dibiar begitu sahaja tanpa pegawai penguasa PTD K.Lgt ambil tindakan. Akibat longokan pasir itu pada jam 1 pagi seorang penunggang motosikal terlanggar (penunggang motosikan tersebut mengadu, bernasib baik ianya PASIR dan bukan TANAH. KALAU TIDAK KECEDERAAN SUDAH TENTU TERUK). Oleh itu tindakan Sdr Suhaimi dan penduduk kg bertindak membersih dan buang pasir yang berlonggok itu.



Kesemua lori itu dibawa ke pejabat PTD K.Lgt pada jam 8.15pm, dan semasa dalam perjalanan sebuah lori BDJ9174 berhenti dipersimpangan Sri Ceding(lampu isyarat) dari kawalan Penguatkuasa PTD K.Lgt dan 2 buah kereta peronda Polis. Tiada tindakan PTD K.Lgt untuk menahan semula lori itu.

Motif sebenar belum saya ketahui lagi.