Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Selasa, 23 Februari 2010

TANGGUNGJAWAB RAKYAT SELAMATKAN MALAYSIA


SIAPAKAH PEMERINTAH MALAYSIA BERTANGGUNGJAWAB, JIKA TIDAK RAKYAT MEMILIH..


Dalam hal perkara royalti minyak yang menjadi masaalah besar kepada negeri Kelantan dan rakyat Malaysia, kerana kerajaan pusat tidak menghormati hak rakyat yang memberi kuasa memilih. Oleh itu, isu minyak yang dimanipulasi pemerintah bn, kepada kerajaan Kelantan seperti satu penghinaan kepada rakyat Kelantan. Pemerintah Pusat menggunakan cara sikap double standed, kerana memijak perlembagaan yang telah dimuktamatkan.
Rakyat Kelantan dan keseluruhannya rakyat Malaysia, perlu mengambil iktibar kepada apa yang berlaku kepada kerajaan Kelantan serta rakyat Kelantan untuk tidak lagi memberi muka/ruang lagi kepada pemerintah Malaysia yang korup (BN) untuk layak memenangi Pilihan Raya Umum akan datang.
Saya menyeru kepada seluruh Rakyat Malaysia perlu buka mata dan hati untuk pimpinan PR lebih senang merangka sesuatu yang lebih mencabar kepada kebaikan matlamat dasar PR senang diurus tadbir. Perkara ini bukan boleh diambil mudah, bak kata "KECIL TAPI PENTING".

Royalti minyak: BN diminta henti tipu rakyat



Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad dianggap kini terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak.

NONEPenyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim (kiri) berkata Mustapa seolah-olah tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh cuba mempertahankan dasar kerajaan pusat itu.

“Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5 peratus.

“Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara Petronas dan Kelantan (dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah,” katanya dalam blognya.

Bagi Zaid apa yang dikatakan wang ehsan itu pula, adalah sesuatu yang lain kerana ehsan bererti pemberian atas sebab kasihan atau sebab politik.

NONE“Kedua, Mustapa (kanan) kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama”.

Beliau juga mempersoalkan jika perjanjian berkenaan tidak sah mengapa Terengganu dibayar semasa BN memerintah selama 19 tahun.

“Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah tiga batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa?” soal bekas menteri di jabatan perdana menteri yang satu ketika dahulu diamanahkan menjaga hal berkaitan undang-undang.

Menurut Zaid, Mustapa berhujah menggunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi.

Katanya, yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia.

“Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.”

oil world market 141008 04Menurut Zaid, hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tidak kurang dari 12 batu dari pantai dan sekiranya batasan itu diguna-pakai, maka tiada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak.

Tambahnya, sebahagian besar hasil minyak yang ada sekarang ini terletak dalam kawasan EEZ.

“Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Zaid kemudiannya menghuraikan sejarah Amerika dan memberikan contoh hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat.

Bagi beliau, perkara yang sama harus digunakan bagi menentukan hak negeri di Malaysia.

“Adalah salah bagi Umno memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak.

oil world market 141008 03“Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meliputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?” katanya lagi.

Bagi Zaid, Umno cuma mencari helah untuk tidak mahu membayar pampasan kepada negeri Kelantan.

Katanya, jika BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tetapi ia tidak semestinya dibayar terus.

Zaid seterusnya meminta Mustapa merenung seketika isu berkenaan dan menghentikan penipuan mereka menerusi iklan di media arus perdana untuk mengaburi mata rakyat.

Zaid berkata lagi dia dukacita dengan perkembangan itu dan menganggap Mustapa sebagai antara tiga atau empat menteri yang dihormatinya ketika dalam kabinet. Ini kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka.

NONENamun dalam hal ini, Zaid meminta Mustapa supaya tidak lagi meneruskan penipuan ke atas rakyat.

Mustapa yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, pada 26 Januari lalu mengumumkan kerajaan pusat bersetuju memberikan wang ehsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan pada Mac ini.

Namun jumlah itu dipertikaikan oleh kerajaan negeri manakala cara penyaluran tidak secara langsung juga dibantah.

Layari disatu artikal yang lebih ditil dan KLIK je.

Sabtu, 20 Februari 2010

BETUL KE GUAN ENG??


WANITA TERUNGGUL DILANTIK YDP MPPP.

Hidup kontrektor klas F, Taraf kontrektor klas F di Pulau Pinang selama bn memerintah hidupnya dengan projek-projek Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Sejak bn memerintah, ramai Kontraktor klas F yang dipunyai warga bumiputra dilaporkan bukan buat kerja sendiri, tetapi hanya kebanyakannya menghitung berapa persen untung selepas disapkan kepada kontraktor lain.
Kali ini, apabila YDP baru, jika tidak boleh diperalatkan kerana dia luar biasa sebab wanita, apa pula komtraktor melayu umno ni nak salahkan Lim Guan Eng. Walauapapun karenah umno pedulikan, yang penting matlamat dasar perjuangan yang telus kepada rakyat mesti diutamakan.

AR. HJH. PATAHIYAH BINTI ISMAIL Dilantik YDP MPPP Berkuatkuasa 1 Mac

Beliau menyertai MPPP sebagai seorang arkitek di Jabatan Bangunan pada 1985.
PULAU PINANG, 20 Feb (Bernama) -- Setiausaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Patahiyah Ismail dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) majlis itu berkuatkuasa 1 Mac ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengumumkan pelantikan itu hari ini berkata Patahiyah yang ketika ini memangku jawatan YDP majlis itu adalah wanita pertama di negara ini dilantik menerajui pihak berkuasa tempatan.

"Selepas persaraan Tan Cheng Chui sebagai YDP MPPP, Patahiyah dilantik memangku jawatan itu dan beliau telah menunjukkan prestasi memuaskan," katanya kepada pemberita di sini.

Tan, 54, memutuskan untuk bersara awal atas sebab kesihatan.

Patahiyah mengambil alih jawatan setiausaha MPPP pada Jun lepas selepas Tan, yang sebelum itu menyandang jawatan tersebut dilantik sebagai Yang Dipertua.


-- BERNAMA

Jumaat, 19 Februari 2010

UMNO BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG.

LIWAT II : POLIS, UMNO DAN MAHKAMAH LINTANG PUKANG Kata Zabiedie.

Kerajaan UMNO-BN sedang huru-hara cuba melindungi Mohd Saiful Bukhari dalam pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Polis dikerahkan ke segenap ceramah Pakatan Rakyat untuk sedaya upaya mengagalkan penerangan yang disampaikan.

Mahkamah Umno-Barisan Nasional (BN) pula gagal berlaku adil dan terkial-kial apabila diserang bertali-arus. Terpaksa bertangguh akibat salah membuat pertimbangan dan keputusan," tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor, Zabiedie Abas (gambar) dalam kenyataan media yang dihantar kepada Erapakatan. com.

Beliau berkata, hakikatnya polis, mahkamah, Utusan Malaysia dan TV3 berhempas pulas menghabiskan wang rakyat dan keringat untuk membantu Datuk Seri Najib Razak.

"Tiada dapat dinafikan ahli, penyokong dan pemimpin akar umbi Umno dan BN makin terkedu masalah yang dicipta oleh Presiden Umno.

"Majoritinya yang mengatakan 'jerat makan tuan'," tegas beliau lagi.

Menurut beliau, para hakim pula tiada cukup tanah untuk menyorok bila diserang oleh barisan peguam professional yang mewakili Anwar Ibrahim.

"Adakah anda percaya Anwar Ibrahim meliwat ? Mohd Saiful, Ghani Patail dan Musa Hassan dan ahli UMNO ada jawapannya," kata Zabiedi. -erapakatan

Rabu, 17 Februari 2010

"islam itu mudah dan jangan dipermudahkan, islam itu susah dan jangan disusahkan"

KENAPA DSAI DIPERLAKUKAN SEBEGINI?

Dunia sedang memerhatikan Malaysia yang bersikap menghalalkan cara. Umno perasuah seperti menjadi pekak kepada yang saya maksudkan "islam itu mudah dan jangan dipermudahkan, islam itu susah dan jangan disusahkan".

Saya tidak menghukum sesiapa, tetapi akibat melampau tidak terbatas, prinsip saya matlamat boleh menghalalkan cara mengikut undang-undang Malaysia walaupun undang-undang dipijak oleh umno. Saya dan mungkin rakyat marhain bersetuju, saya berkata "Pemimpin(wakil rakyat) yang terlalu lantang dan tidak berperinsip mengikut perlembagaan Parti PR, sudah menghalalkan cara songsang umno. Spt bersetuju dengan perjuangan umno. Sepatutnya biarlah spt "menarik rambut dalam tepong, tepong tidak berselerak". Dah menjadi wakil rakyat mesti menjadi contoh terbaik, jika ada masaalah dalaman parti yang menyongsang membawa masaalah".

Dan saya cadangkan DSAI perlu ujudkan dengan tegas Jawatankuasa Wakil Rakyat Pakatan Rakyat. Biar wakil rakyat ni boleh meluahkan apa yang mereka tidak puas hati dalam bermusyawarah. Tidak mahu seperti dalam kenyataan YB Zul hamburkan kpd media sampah.

Wakil Rakyat dan Parti bergaduh kerana masaalah bagaikan semua merasa ego, sedangkan perkara seperti ini, saya anggap " Kecil tapi Penting".

Kedudukan wakil rakyat dan Parti adalah kuasa rakyat yang mendaftar mengundi (pemilih). Apakah mereka ini untuk bersuka-suka dengan gelaran YB ?

Walau apapun, saya tegaskan wakil rakyat PR perlu bertanggungjawab kepada masaalah DSAI. Kes yang melampaui batas kepada DSAI, terang-terang tujuan kes politik. Saya berkata, DSAI tinggal politik... Anwar tiada masaalah. Sedarlah wahai wakil rakyat PR.

DASAR PAKATAN RAKYAT



1. DEMOKRASI TELUS DAN TULEN


a. Negara perlembagaan dan kedaulatan undang-undang



Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat akan:

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-manaantara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan.

3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

4. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

5. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalin serta melanggar hak asasi.

6. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

b. Pemisahan kuasa


Kebanyakan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

2. Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan peranan kuasa semak dan imbang.

3. Menjamin pertangjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.

4. Mewajibkan pelantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.

5. Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).


6. Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.

7. Membebaskan media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan Internet.

8. Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.

9. Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.

c. Sistem pilihanraya yang bersih, bebas dan adil


Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya.

Pakatan Rakyat akan:

1. Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.

2. Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.

3. Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara dil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.


4. Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.

5. Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.


6. Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.

2. MEMACU EKONOMI BERPRESTASI TINGGI, MAMPAN DAN ADIL

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan di bidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara.

Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan.

Pakatan Rakyat beriltizam untuk "Merakyatkan Ekonomi Negara" bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapiran rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan di antara kaya-miskin serta mengatasi ketidak seimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.

a. Ekonomi kemahiran tinggi

Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketrampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.

2. Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti.

3. Menggalakkan warga negara yang profesional dan berkemahiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tanahair dengan menyediakan suasana kerja yang profesional dan
menarik.

b. Ekonomi demokratik dan telus

Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggungjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mampan serta menghakis daya saing negara.


Pakatan Rakyat akan:

1. Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.

2. Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsesi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil pada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasana air.

3. Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.

c. Desentralisasi dan pengupayaan pengurusan ekonomi negeri

Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing.

Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkatkan hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:


1. Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.

2. Mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan pelaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.


3. Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekaligus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang.

4. Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentukan serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.

d. Dasar afirmatif berdasarkan keperluan

Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.

2. Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.

3. Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin.

4. Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.

5. Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan.

e. Tenaga kerja

Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dipelihara.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.

2. Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.

3. Memperkenalkan Akta peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.


4. Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.

5. Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.

6. menyusun dasar pekerja sing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.


7. Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.

f. Jaringan perlindungan sosial

Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:


1. Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.

2. Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.

3. Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.

g. Perumahan

Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka

Pakatan Rakyat akan:


1. Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu keluarga, Satu Rumah.

2. Mengatasi masalah 'setinggan/peneroka bandar' sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.


3. Menyelaraskan sistem perundingan antara 'setinggan/peneroka bandar', pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah.

4. Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah.

5. Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.

6. Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.

7. Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.

h. Prasarana dan kemudahan awam

Penyediaan dan penyelenggaraan prasana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Pelaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.

2. Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.


3. Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.

4. Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam.

5. Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka.


6. Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.

i. Alam sekitar

1. Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.

2. Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.

3. Membina asas dan kemahiran teknologi bagi melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.

4. Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.

5. Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.

j. Pertumbuhan lestari dan pembangunan hijau

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi hijau sebagai teras kepada era kemakmuran baru yang lestari dan saksama untuk Malaysia. Penyediaan prasarana dan perkembangan industri baru sejajar dengan peralihan ke arah ekonomi hijau akan menjadi enjin penjanaan pertumbuhan ekonomi yang dinamik.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memperkenalkan prasarana yang moden, lengkap dan sesuai untuk ekonomi karbon rendah, termasuk sistem pengangkutan awam berintegrasi bertaraf dunia dan sistem kita semula yang menyeluruh.

2. Membangunkan industri-industri yang berasaskan teknologi hijau seperti pembuatan panel surai dan sel fuel hidrogen.

3. Memimpin pembangunan sistem sumber tenaga alternatif dan tenaga keterbaharuan di rantau Asia.

4. Mengukuhkan sektor pertanian dengan kaedah dan teknologi terkini demi memastikan jaminan bekalan makanan negara.

3. KEADILAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN INSAN

a. Perpaduan dan keadilan sosial

Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan Rakyat berjanji membina semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.

2. Mengembleng tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.


3. Mengubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.

4. Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka.

5. Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan.


6. Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaiaman budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.

7. Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.

b. Agama

Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia ini hampir tergelincir ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti s istem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.

Pakatan Rakyat berikrar:


1. Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama di Malaysia.

2. Menganjurkan dialog dan dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.


3. Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.


4. Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.

5. Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.

c. Pendidikan

1. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.

2. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.

3. Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.

4. Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.

5. Memastikan pelantikan naib canselor, rektor dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.

6. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak.

7. Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.

8. Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.

9. Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.


10. Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.

11. Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.

12. Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.

13. Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadang pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah (diploma berkembar.

d. Wanita dan institusi keluarga


Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat dijamin kesejahteraan maa hadapan negara, Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan yang adil dalam segala bidang.

2. Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.

3. Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.

4. Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.

5. Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.

6. Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.

7. Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.

8. Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.

9. Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

e. Golongan muda

Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri.

2. Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.

3. Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara.

f. Keselamatan

Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa. Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjadikan polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam.

2. Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.

3. Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah.

4. Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara.

5. Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral.

6. Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti.

7. Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.

g. Kesihatan

Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasa secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik bagi rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menimbang penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.

2. Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.

3. Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.

4. Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaankesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.

h. Kebudayaan

Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah.

Oleh itu, Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).

Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:

1. Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui medium.

2. Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.

3. Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.


4. HUBUNGAN PERSEKUTUAN-NEGERI DAN DASAR LUAR NEGARA

a. Sistem Persekutuan

Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati.
Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin royali sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.

2. Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil.

3. Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.

b. Sabah & Sarawak


Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa yang memihak kepada kerajaan pusat, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.

2. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik bagi isu pendatang asing.

3. Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.

4. Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

c. Dasar luar negara

Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat, penyelesaian melalui perundingan, dialog peradaban demi keselamatan, keamanan dan kemakmuran.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan.

2. Aktif menjadi pelapor dan peneraju dialog antara peradaban.

3. Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau, terutamanya anggota-anggota Asean.

4. Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.



Selasa, 16 Februari 2010

NASI MANTAH, SEBAB KAYU BASAH???

DSAI MENGAKUI KESILAPAN DAN PERLU DIJADIKAN IKTIBAR PENYOKONG DAN PIMPINAN SEMUA


Kalau inilah yang DSAI berani berkata ditempat umum sebegini, ia adalah satu isyarat penting untuk kepimpinan yang berjawatan penting dalam parti dari peringkat pimpinan tertinggi hinggalah keakar umbi iaitu di setiap cawangan bekerja dengan iklas sepertimana yang diharapkan oleh rakyat.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat , Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui beliau salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum yang lepas.

“Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka),” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.

Minggu lepas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Anggota Parlimen bebas.

Kalau diimbas kembali, selepas beliau balik dari menjalankan perubatan diMunich dan selepas itu beliau selalu pergi keluar negara dan ramai yang pertikaikan. Tetapi apa yang beliau buat, mungkin ramai rakyat tidak tahu, kerana apa? Nampaknya apabila nasi dah menjadi mantah, "akibat kayu basah", DSAI dipersalahkan. Kenapa pula boleh menjadi begitu?

Lihat video 1 ini untuk tatapan dan fahami betul-betul.

Saya berani berkata, semua yang berlaku selepas DSAI keluar dari penjara. Ramai yang bersetuju, jika saya berkata semasa DSAI dalam penjara, adalah muka-muka reformasi yang selalu kelihatan baik dimana saja, waktu malam, hujan, panas dan pendek kata perjuangan untuk rakyat diutamakan daripada keluarga sanggup ditinggalkan. Kita boleh bertanya, berapa ramai usahawan sederhana gulung tikar akibat reformasi? Dimana mereka sekarang ini?

Apabila DSAI pada hari pertama keluar dari penjara, semasa keputusan getir dimahkamah keadilan Puterajaya berapa ramai yang ada kalau tidak muka-muka reformasi.
Selepas itu apa yang berlaku pada malam harinya di perkarangan rumah kediaman DSAI? Begitu ramai bersesak hinggakan saya dan yang lain biasa pada setiap malam jumaat berada di perkarangan rumah DSAI merasa luar biasa. Kerana kehadiran yang ramai-ramai itu adalah muka vvip. Dan yang biasa, muka reformasi boleh keluar masuk hanya dipinggir-pinggir saja. Malas nak cereta panjang.............

Kawan-kawan reformasi toooooolooooong sambungggggggg.......................

Isnin, 15 Februari 2010

Mohd Nor Yaakob,SPRM TENGOK SAJA KE?

BARU NAK LETAK JAWATAN????


Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan
jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Bagaimanapun, beberapa lamanweb melaporkan bahawa seorang setiausaha politik telah diminta meletak jawatan selepas ditangkap bersama-sama wang tunai RM2 juta di Pulau Pinang Khamis lalu.

Laporan itu juga menyebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut merampas kereta dan rumah mewah.

Manakala akaun banknya telah dibekukan tahun lalu, selepas SPRM dikatakan mendapati dia hidup di luar kemampuannya.

Ahad, 14 Februari 2010

ITULAH JANJI SEBELUM DICALUNKAN SEBAGAI CALUN WAKIL RAKYAT...

JADILAH WAKIL RAKYAT YANG MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT

KUALA LUMPUR, Feb 14 — Lima lagi Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) disebut-sebut bakal keluar parti itu — sebahagian daripada tindakan wakil rakyat yang dikatakan kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya PKR sendiri.

Mereka dijangka membuat pengumuman tentang pendirian masing-masing dalam beberapa hari lagi, tindakan yang dikatakan akan menguji kepimpinan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini berhadapan dengan kes liwat buat kali kedua sejak 1998.

Kelmarin, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Hashim memutuskan untuk keluar PKR berkuat kuasa serta-merta, sekali gus bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Bayan Baru.

Beliau merupakan Ahli Parlimen PKR yang pertama berbuat demikian selepas dipilih pada 8 Mac 2008.

"Berdasarkan maklumat semasa, akan ada empat hingga lima wakil rakyat yang mahu keluar PKR, akan umumkan pendirian mereka selepas sambutan Tahun Baru Cina (yang bermula hari ini)... tunggu sidang media kedua depan," kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider.

"Ahli-ahli Parlimen melibatkan beberapa negeri termasuk Pulau Pinang," kata sumber itu lagi. Sidang media pertama merujuk kepada pengumuman Zahrain dua hari lalu.

Kesemua wakil rakyat itu merupakan mereka tiada jawatan penting dalam parti sama ada di peringkat negeri ataupun pusat sekarang.

Kata sumber, mereka berbuat demikian atas beberapa alasan termasuk disebabkan perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan dan ideologi perjuangan PKR sekarang.

Tanpa menamakan nama wakil rakyat berkenaan, sumber itu berkata, mereka akan keluar PKR untuk bertindak sebagai anggota Dewan Rakyat yang bertaraf Bebas.

"Sama ada mereka akan menyertai parti lain pada masa depan akan mereka tentukan kemudian," katanya.

Satu lagi sumber memberitahu turut akan mengambil langkah itu ialah pemimpin kanan PKR Pulau Pinang bukan bertaraf wakil rakyat.

Pada Mac 2008, PKR memenangi 31 kerusi Parlimen, PAS 23 manakala DAP pula 28. Daripada 31 kerusi Parlimen dimiliki PKR, empat melibatkan Pulau Pinang.

Selain Zahrain tiga yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmadi Yusoff (Balik Pulau).

Selain nama Zahrain, Yusmadi dan Tan, turut terlibat dalam spekulasi ini sejak dua minggu yang lalu ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, Datuk Rashid Din (Merbok) dan Azan Ismail (Indera Mahkota) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) serta Loh Gwo-Burne (Kelana Jaya). Tetapi kecuali Yusmadi, semua telah menafikan desas-desus itu.

Zahrain bersama Tan telah diputuskan untuk disiasat oleh lembaga disiplin PKR. Zahrain sebelum ini menafikan akan keluar PKR tetapi berbuat demikian selepas dua minggu lalu mengecam keras Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Anwar sendiri.

Tan sebelum ini pernah memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau juga akan keluar PKR jika keadaan "mendesak".

Sebelum ini, Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa tiga hingga empat Ahli Parlimen parti itu akan keluar dan sedang dipikat Barisan Nasional.

Angka itu dikatakan boleh mencecah tujuh hingga 10 orang bagi memberi kelebihan dua pertiga kepada Barisan Nasional di Parlimen.

Sumber itu juga tidak menolak beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri juga akan keluar PKR, mengikut langkah beberapa wakil rakyat yang telah berbuat demikian sebelum ini iaitu membabitkan kerusi Behrang, Changkat Jering, Lunas dan Pelabuhan Klang.

"Beberapa Adun yang tidak berpuas hati kemungkinan keluar hujung bulan ini," katanya lagi.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh sebelum ini berkata tujuh Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan keluar parti merupakan mereka yang bimbang tidak akan dicalonkan semula dalam pilihan raya umum ke-13 disebabkan prestasi tidak memuaskan.


* p/s - jeng jeng jeng... sapa pulak dah dari penang? adakah yusmadi kawan rapat tun saban balek merangkap orang kampong sabri bg? atau tan tee beng rakan karib aloha2? al-kataki ni bakal berbunyi memandangkan penang la ni lama dah tak ujan...baguih la hangpa ni melingkop p...bunyi deraih2 skit...bagi ujan turonnnn....kah kah kah...

--
Ahakksss......

MANTAN pm DAN TIM. PM DIJEMPUT BERSAMA

SAMBUTAN PERARAKAN MAUDILRASUL DINEGERI PULAU PINANG..

Tahniah Kerajaan Pulau Pinang, dan kali pertama akan mengadakan perarakan Maulidulrasul pada 26 febuari 2010. Dalam sidang akhbar bersama Exco YB Malik menyatakan bahawa program ini adalah Program Kerajaan Negeri, maka beliau akan menjemput untuk turut menghadiri dimajlis itu ialah bekas Perdana Menteri (Pak Lah) dan Timbalan Perdana Menteri bersama dalam program pada 26 februari 2010.

Sabtu, 13 Februari 2010

SAKSI 1998- TILAM DAN SAKSI 2010- BENDA YANG DISIMPAN 2HARI...............

KOMIDI WATAK UNMOBN!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Watak-watak pimpinan PR yang jahat/penjenayah yang tidak adil oleh MAHKAMAH. Tetapi, kepada watak-watak pimpinan pemerintah cerita komidi di Malaysia ini, rakyat marhain seantero ada jawapannya.

HATI DAH LUKA, KERANA SIAPA?

GERAM DAN AMAT MARAH, JUGA KERANA BELIAU MANUSIA BIASA..........

Dalam petikan dan pada 11 feb 2010 ceramah DSAI bertempat Cabang Selayang, telah terpacul kata-kata seperti mengungkit dari mulut DSAI. Beliau sebagai manusia yang mempunyai perasaan, tidak boleh lari dari perasaan sedih, hiba dengan sikap-sikap pimpinan PKR yang berjawatan.
Luahan perasaan itu , bagi pendapat yang berjiwa pemimpin wajib didengar dengan hati terbuka, kerana beliau sebagai pemimpin tertinggi. Siapalah DSAi kalau tidak dianugerah ilahi untuk kita semua.
Hayati betul-betul setiap patah perkataan yang dihujahkan oleh DSAI. Dalam marah beliau ada memberi senyuman.













Apa yang telah terjadi? Tidak sampai 24 jam selepas ceramah, mantan ketua perhubungan negeri Penang, terkelihatan bersama mantan setiausaha agong PKR duduk bersebelahan menemani beliau dalam satu sidang akbar. Perkara itu amat menyayat hati semua penyokong PR dan lebih-lebih lagi pengundi di Parliman beliau.
PR tidak boleh menghalang, kerana itu hak beliau. Tetapi, jika wang ringgit yang dihabiskan untuk pilihanraya disitu melibatkan bersama wang penyokong, beliau wajib bertanggungjawab.

Saya semasa menerajui parti di Kuala Langat pada 2007 , sebelum dinafikan hak saya, saya cuba bergerak untuk memantapkan perti dibahagian saya, saya guna visi dan misi 24-7-12. Dan saya gunakan slogan " sebatang lidi jika dirumpunkan dengan ikatan yang rapi, ia akan menjadi penyapu yang paling mulia".

Tetapi apa yang berlaku, kebenaran yang nak diunjurkan, adalah tidak disenangi oleh orang berkepentingan. Saya redho, jika sebaliknya saya akan muncul lawan dan lawan.

Jumaat, 12 Februari 2010

DSAI MOHON BATALKAN KES TUDUHAN

MAHKAMAH KEADILAN PUTRAJAYA

Hari ini perbicaraan permohonan untuk batalkan kes tuduhan terhadap DSAI di Mahkamah Rayuan Putrajaya dengan keputusannya akan diketahui pada 17 febuari 2010.
Perbicaraan pada jam 9 pagi dan berakhir jam 11 pagi.







APAKAH NASI DAH MENJADI BUBUR?

MUNGKIN JUGA SALAH IBU MENGANDUNG............

Zulkifli pertahan kenyataan


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tetap mempertahankan kenyataannya yang mengatakan DAP menjadi duri dalam daging dalam Pakatan Rakyat (PR).

Malah, Zulkifli turut menyenaraikan sembilan dalil :(sebelah): mengukuhkan kenyataannya itu sebagai rujukan agar pakatan pembangkang mengkaji semula kedudukan dan kerjasama dengan DAP.

“Tindak-tanduk kepimpinan DAP sejak 8 Mac 2008 sehingga kini membuktikan sikap angkuh, sombong, chauvinis, ekstremis serta diktatorial yang bukan sahaja keterlaluan, malahan bercanggah dengan semangat dan persefahaman di antara komponen parti pakatan pembangkang,” katanya.

Beliau berkata, rakyat mula mencurigai parti itu dan muak dengan sikap kaduk naik junjung yang jelas bertentangan dengan dasar reformasi yang dibawa oleh PR.

“Antaranya, kenyataan Jeff Ooi melabelkan Ahli Malis Pulau Pinang dan ahli Jemaah Islah Malaysian (JIM) , Mohd Razali Abdullah sebagai ekstremis, fundamentalis dan teroris kerana mengkritik kerajaan pimpinan Lim Guan Eng,” katanya.

Menurutnya, beliau akan mengadakan pertemuan antara Anwar bagi membincang kritikan terhadap DAP tersebut.

“Saya yakin Anwar akan memahami pendirian saya setelah pertemuan tersebut nanti, malah menghormati hak Anwar untuk mengambil tindakan terhadap saya, sebagaimana saya juga berhak mengambil tindakan yang saya fikirkan perlu dan wajar.

“Nampaknya saya memegang rekod akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin serentak dengan dua dakwaan yang berbeza.....Belum pun terima pertuduhan kes kalimah Allah, dah nak kena pulak pasal isu DAP,” katanya.

Namun, yang menghairankannya, sehingga kini tiada sebarang tindakan disiplin diambil terhadap kepimpinan DAP walaupun jelas sikap mereka membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka.

“Demi masa depan PR, dan menjaga kepentingan dan kebajikan rak- yat, PR perlu mengkaji semula kedudukan DAP kerana dikhuatiri PR akan ditolak rakyat pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, parti itu sedia menyiasat sekiranya berlaku kes salah laku melibatkan ahli parti itu.

“Sekiranya ada bukti salah laku anggota parti, kemukakan kepada pimpinan parti untuk disiasat.

“Hal dalam rumahtangga buat apa nak hebohkan kepada orang luar. Kita ikhtiar supaya siasatan tidak didedahkan kepada awam” katanya kepada :Sinar Harian: semalam.

Beliau berkata, sekiranya hanya dakwaan dikemukakan, ia tidak cukup untuk merujuk kes kepada lembaga disiplin parti.

Khamis, 11 Februari 2010

KES DSAI (FITNAH 2) PDRM JUGA MAIN PERANAN !!!!

KENAPA POLIS TERLALU KEJAM???

Berapa banyak peluru yang terbang kepada pihak polis tersebut? Suhakam perlu siasat kalau-kalau ada peluru yang terkena pihak polis. Atau pihak polis ini nak jadikan Malaysia, nerara koboy kut.

keputusan mutlak Allah SWT. Sendiri kena tanggung le.

PESANAN DARI ORANG PERAK

Temuramah yang dibuat selepas keputusan mutlak siapa yang berhak untuk menjawat jawatan MB Perak.

Mat Lampir, peniaga besi dan barang-barang terpakai,
Tahniah le kepada Dato' Zambery. Diharapkan Dato' boleh tersenyum lebor selepas nie. Ingat-ingatlah Allah selalu yer Dato'. Jangan gunakan agama masa susah je. Ingat balasan di Akhirat jauh lebih pedih daripada balasan di dunia. Di Akhirat, tiada sapa boleh atur-aturkan keputusan mutlak Allah SWT. Sendiri kena tanggung le.

Aminah Dawood, surirumah,
Dato' Zambry menang yek. Makcik cuma tahu hari nie. Itu pun jiran sebelah makcik iaitu makcik Markonah yang bagi tau. Kalau idak, entah tahun depan le pulak. Makcik ucapkan tahniah le. Kena la jalankan kroje selepas ini. Jagan asyik nk tido pulak.

Timah Senah, peniaga insuran,
Bagus le. Keputusan yang adil ini memang saya dah jangka. Takkan la dema nak lepaskan apa yang ada di dalam mulut. Diharapkan juga agar ramai yang membeli insuran nyawa selepas ini. Maklum le nak menjana ekonomi negeri.

Malik Rahman, peniaga roti canai,
Bagus-bagus keputusan hakim memang tepat. Diharapkan pihak pembangkang menghormati keputusan ini. Penat dah layan isu ini. Kalau boleh semua bagi le sokongan kat Zambery. Kalau idak macam mana la dia nak memerintah nanti.

Dr. Maimon, pakar sakit tuan puan,
Wah, fantastic ! Keputusan yang adil. BN wajar memerintah sebab hanya BN yang mampu memberi rezeki kepada rakyat. Kalau orang lain, entah apa yang jadi kat negara ini. Mau huru-hara dibuatnya. Hidup BN.

Begitulah sebahagian daripada temubual yang mampu kami siarkan. Temubual-temubual yang menentang keputusan ini, kami dah reject. Cari makan maaa....

Selasa, 9 Februari 2010

BUKAN AHLI PARLIMAN KAPAR MARAH, RAKYAT YANG MARAH

Atas dasar demokrasi yang sedia ada, bukanlah YB ini kurang ajar. Siapa kurang ajar? Pimpinan Najib kurang ajar.Siapa ajar? Najib ajar.
Bagaimana nak pulihkan Malaysia? hanyalah dihujung jari anda. Faham?
Tapi macamana dengan YB-YB PR yang kurang ajar pada rakyat? Tolak dari menjadi calum PRU 13 nanti. Setuju tak?
Dengar dan fahamilah setiap patah perkataan YB mike itu. Kalau YB YB yang lain tak faham juga.

Isnin, 8 Februari 2010

MALAM RE4MIS 1998 DIKENANG SEMULA

7-2-2010 JAM 9 MALAM DI IBU PEJABAT KEADILAN.





Sabtu, 6 Februari 2010


SEGALA-GALANYA KUASA ALLAH S.A.W


Bila Allah cepat makbulkan Doamu,

Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,

Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,

Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului.




IBLIS DAN ANAK ADAM


Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.


1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "


2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."


3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).


4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"


5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."


6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."


7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)


8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "


9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."


10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."