Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Selasa, 21 Jun 2011

MASAALAH YANG BELUM DISELESAIKAN

PANGSAPURI A dan B BANDAR SUNGAI MAS.


Pangsapuri ini beralamat Jalan Mas 33, Bandar Sungai Mas42700 banting Selangor. Flat ini telah dihuni sejak lebih 6 tahun. Masaalah mereka yang dihadapi, perlu membayar bil air yang terlalu mahal setiap bulan. Mereka merasa hak mereka dinafikan. Ramai penghuni rumah flat blog A dan B telah mengadu kepada Ahli Majlis zon 10 sejak sepanjang 3tahun lalu dan dipanjangkan ke ADUN terlibat (N52) dan kini tiada apa-apa jawapan bertulis untuk tindakan . Hanya jawapan yang diterima secara lisan dari Ahli Majlis yang mengecewakan.

Penghuni yang tinggal diflat ini merasa kecewa kerana tidak menerima sepertimana kerajaan negeri Selangor memberi air percuma 20m3. Mereka juga sama seperti yang lain membayar cukai. Mereka membuat aduan kepada AKAR untuk membantu menyelesaikan masaalah mereka. AKAR hanya dapat berjanji akan membantu untuk tindakan ini dipanjangkan kpd pihak bertanggungjawab.