Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jumaat, 22 Januari 2010

KACANG TIDAK LUPAKAN KULIT, ITU IMPIAN PR.

KEIKLASAN MENYERTAI PKR@ PR DIALU-ALUKAN.

Kenyataan luahan dari pimpinan parti yang kini sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafie sepatutnya telah lama diketahui umum dan saya amat menyokong.

Yang menyedihkan setelah lebih 20 bulan PR memerintah Selangor, masih ramai yang keterampilan berdoyun-doyun berkejar mendaftar menjadi ahli parti. Samaada keADILan, PAS dan DAP kerana kepentingan peribadi. Sikap sebegini adalah merupakan sikap tidak menghormati hak rakyat dan merosakkan ajenda parti.

Itulah sebabnya keperluan kematangan yang kental kepada pimpinan disetiap bahagian dari parti komponan PR untuk bijak menangani dengan terbaik dan terbuka supaya tidak dimanipulasi oleh pencinta perubahan untuk berubah sejak lama dulu. Baik atau buruknya emej parti kerana segelintir orang-orang yang bersikap berkepentingan, adalah terletak kepada kejujuran ketua-ketua pemimpin disetiap bahagian. Jika ketua-ketua pemimpin dibahagian menjadi sikap tidak jujur, maka apa yang sekarang yang dilihat amat mengecewakan rakyat.

Kita semua mengharapkan biarlah kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafie sebagai jujur dan tidak hanya untuk memperlihatkan sebagai mempamirkan gigi yang cantik saja (rakyat marhain takut gigi palsu).

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafie perlulah ambil kira kebertanggungjawaban kepada yang memegang jawatan semasa PR memerintah. Dimana yang dapat dilihat, ketidak amanah telah menular bak kata ramai orang berkata, semacam umno juga.

Rakyat marhain tidak mahu melihat pemimpin berkuasa menjaga hati sesaorang dan pada masa yang sama rakyat ramai yang memberi pendapat diabaikan. Cara begini adalah sikap tidak jujur.

Tahniah buat Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafie yang berani dan rakyat marhain tetap menyokong dan mendoakan ketelusan tetap ada pada jiwa YB.

Adalah tidak salah kepada setiap rakyat Malaysia yang sudah cukup umur, iaitu 18 tahun keatas mendaftar menjadi ahli mana-mana parti.

MASUK PKR SEBAB NAK DAPAT HABUAN DAN PROJEK

SHAH ALAM, 22 Jan - Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafie meluahkan kekesalannya apabila terdapat segelintir pendukung Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat yang memasuki parti untuk mendapatkan projek dan habuan tertentu.


Amalan tersebut yang dipraktikkan Umno-Barisan Nasional perlu dihentikan segera kerana ia jelas menyalahi prinsip parti yang menjunjung perlembagaan negara, ketelusan dan kebertanggungjawaban.

“Jadi ahli parti mengharapkan mereka masuk parti ialah untuk mendapatkan projek, untuk mendapatkan sesuatu, maka tidak ada bezanya kita dengan kerajaan lama, kita mesti masuk parti ini kerana kita mempunyai semangat untuk mengubah, melakukan perubahan, melakukan sesuatu itu berdasarkan peraturan dan undang-undang dan di dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh perlembagaan”, tegasnya.

Beliau bercakap kepada wartawan SelangorKini yang ditemui di pejabatnya di Kota Kemuning baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan agar ahli-ahli parti terbabit supaya mengikis semua amalan kerajaan terdahulu dengan membetulkan semula niat perjuangan dan menegakkan keadilan kepada rakyat.

“Pemikiran atau budaya yang diamalkan oleh pendukung-pendukung kerajaan lama saya harap sangat tidak diserapkan di dalam pendukung Pakatan Rakyat, masuk parti bukan kita nak dapatkan sesuatu, kita masuk parti kerana kita sama-sama ingin memperjuangkan dan menegakkan keadilan kepada rakyat yang mana intipatinya adalah berasaskan kepada 17 dasar Parti Keadilan Rakyat yang kita sama-sama dukung”, jelasnya lagi.

Sekiranya sindrom ini dibiarkan berleluasa kelak boleh menjejaskan matlamat asal perjuangan parti sekaligus melunturkan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat selaku pemerintah di Selangor.

“Kepada mereka yang berada dalam Pakatan Rakyat, khususnya ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat mereka mesti faham visi itu sebab saya perhatikan ada yang dah lama dalam parti pun pemikirannya macam itu juga, dia tidak begitu menghayati apa yang sebenarnya keadilan nak dan ini berbahaya kepada perjuangan parti untuk jangka masa panjang”, tambahnya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN