Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Khamis, 30 Julai 2009


KISAH BENAR PENGALAMAN PAHIT KERANA TIDAK PROPESIONAL POLIS
July 19, 2009,

Oleh Ong Jing Cheng

Eksklusif Saya Ong Jing Cheng (gambar kiri) dan seorang kawan saya Yap Heng Lung telah ditahan ketika kami dalam perjalanan ke Akademik Pengajian Islam (API), Univerisiti Malaya untuk berjumpa kawan yang belajar di UM pada jam 8 malam, 12 Julai 2009. Motorsikal kami rosak ketika menghampiri kolam renang pusat sukan, maka kami terus berjalan kaki ke destinasi. Kami dipanggil seorang yang nampak garang dan tidak beruniform, memperkenalkan dirinya sebagai pengawal keselamatan di depan surau API.

Pengawal bercakap dengan suara garang ketika meminta kad pengenalan saya. Saya agak takut dengan orang yang tidak saya kenali dan garang itu. Saya cuba meminta kad identiti dia, tetapi dia menunjuk kad identitinya dengan menutup nombor dengan tangan, namanya Izaham. Oleh kerana dia menutup nombor, saya rasa lagi takut dan mahu terus masuk API untuk berjumpa kawan, tetapi tidak dibenarkannya. Selepas itu, dua orang yang tidak beruniform turut sampai, menambah ketakutan kami.

Bekerjasama dengan polis

Selepas itu, kawan kami Redzuan dan Aizat keluar jumpa kami, dan membuktikan bahawa kami memang ada temujanji, tetapi kami tidak tahu apa sebabnya mereka masih mendakwa kami sebagai penceroboh. Saya berasa takut dan meminta bantuan polis dari balai polis Lembah Pantai.
Tidak lama kemudian, polis beruniform datang dengan kereta polis, mereka meminta kad pengenalan kami, kami terus serahkan dan bekerjasama dengan polis, termasuk membuka beg untuk diperiksa polis.
Seterusnya kami dibawa ke tempat letak motosikal kami, saya ditanya polis tentang lakaran memorandum bertajuk “Jadikan Jalan Raya Kami Selamat” (Making Our Streets Safe) yang terdapat di bakul motosikal saya bawa, di mana memo ini ditulis kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara. Walaupun saya telah menjawab kepada polis, bahawa itu ialah kertas untuk mengelap kotoran motosikal, dan saya telah menggunakannya untuk mengelap rantai motor yang penuh dengan minyak hitam.
Apabila kami dibawa ke balai polis, kita mendapati polis memang tidak profesional. Kami ingin membuat laporan tentang apa yang telah berlaku tetapi tidak dibenarkan. Polis pula menahan kami atas laporan yang dibuat oleh Izaham. Ini adalah double-standard. Membuat laporan polis adalah hak asasi manusia.
Setelah kami ditahan, kami diminta menandatangani satu dokumen tanpa penjelasan, tapi apabila saya baca, ini ialah dokumen yang menafikan hak-hak untuk mendapatkan bantuan peguam, dan nasib baik peguam telah sampai di balai polis dan menyuruh saya supaya tidak menandatanganinya. Mendapatkan bantuan peguam juga merupakan hak asasi manusia.

Ketika pegawai inspektor (IO) suruh polis membawa kami ke lokap, kami meminta untuk membuat laporan polis, namun dia jawab kami boleh buat laporan polis pada pagi esok. Tetapi pada hari esok, iaitu 13 Julai, kami terus dibawa ke Majistret untuk dipanjangkan tempoh tahanan. Pihak polis meminta supaya tahanan disambung empat hari, atas nama tidak bekerjasama dengan polis. Adakah tidak menandatangani surat penafian hak-hak mendapat bantuan peguam dianggap sebagai tidak bekerjasama? Akhirnya kami dipanjangkan tempoh tahanan selama dua hari.

Tiada makanan dibekalkan

Selepas balik dari majistret, kami terus dibawa ke balai polis Brickfield dan tidak diberi makanan tengah hari. Kami meminta makanan tengah hari, tetapi polis berkata tiada makanan di balai polis Brickfield, makanan hanya dibekal di lokap. Kami dibawa ke balai polis Brickfield untuk diambil keterangan oleh pegawai inspektor (IO). Saya meminta supaya ditemani peguam ketika mengambil keterangan, tetapi tidak dibenarkan atas sebab kami telah berjumpa dengan peguam pada malam 12 Julai. Akhirnya, kami tetap memberi keterangan.

Pada pagi 14 Julai, kami dibawa untuk berjumpa special branch. Kami diasingkan ketika soal siasat dijalankan. Mereka menanya tentang maklumat peribadi saya, sama ada ahli keluarga terlibat dalam mana-mana parti politik. Selain itu, mereka kelihatan sangat berminat untuk mengetahui sebab saya berjumpa dengan kawan saya Redzuan. Oleh kerana itu hak peribadi, saya tidak memaklumkan apa-apa.

Candle Light Vigil
budaya Kristian?

Selain itu, mereka juga memberi keterangan tentang perhimpunan menyalakan lilin (candle light vigil) ini ialah budaya kristian, saya disuruh google Good Friday untuk maklumat yang lebih lanjut. Menurut mereka, ISA ialah akta yang perlu untuk menjaga keamanan, tetapi ISA ialah akta yang terakhir untuk digunakan, dan menasihati saya supaya tidak menghadiri himpunan mansuhkan ISA pada 1hb Ogos ini. Kalau hadir, kemungkinan besar akan masuk balik lokap.

Atas usaha orang ramai termasuk rayuan segera (urgent appeal), menelefon pegawai inspektor (IO) kami dan perhimpunan menyalakan lilin (candle light vigil) pada 13 Julai malam, kami telah dibebaskan tanpa bersalah. Saya tengah fikir, polis yang profesional harus menyiasat dan mendapatkan bukti barulah menangkap, tetapi kami telah ditangkap baru disiasat, ini telah menyebabkan kami ditahan dua hari, kehilangan kebebasan sebanyak dua hari. Polis yang profesional seharusnya menyiasat sebelum menangkap supaya rakyat tidak ditahan begitu sahaja.

Macam-macam dalam lokap
Selain itu, polis juga menangkap pembantu siasat sekali apabila menangkap orang yang disyaki.

Terdapat beberapa kes dalam lokap yang kami jumpai. Seorang didapati memilik dadah maka empat orang lagi teman serumah juga ditahan. Kami juga mendapati satu kes di mana seorang budak disyaki mencuri, tetapi nenek, ibu dan lima kanak-kanak lagi juga ditahan termasuk seorang yang berumur 1 tahun. Saya berasa kesian atas kejadian yang saya nampak.

Di samping itu, kedua-dua malam saya dalam lokap, kami berjumlah 20 lebih orang tidur dalam satu ruang yang kecil, dan saya terpaksa tidur dekat dengan tempat buang air kencing, mandi dan berak. Pengaliran air itu tersumpat, bau memang cukup kuat dalam lokap itu.

Polis Meminta Maaf
Sebelum kami dibebas, polis meminta maaf dengan kami, dan memberitahu mereka bukan orang yang suka menangkap orang, saya rasa kemungkinan besar mereka juga mengikut arahan atas yang sangat mengambil berat tentang kawan yang saya mahu jumpa iaitu Redzuan, Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa, dan memorandum kepada Perdana Menteri baru kami, YAB Najib yang baru berkuasa 100 hari pada 11 Julai. Seorang lagi pegawai inspektor (IO) memberitahu API (bukan Adademik Pengajian Islam) panas pada malam Ahad yang saya ditahan. Saya sempat berjumpa dengannya pada hari yang dibebas iaitu 14 Julai, tetapi dia tidak jawab soalan saya, api siapa yang panas?
*Ong Jing Cheng ditahan pada malam 12 Julai atas tuduhan “mencerobohi kawasan Universiti Malaya”.


3 Comments so far


It is such narrow mindedness (after 22 years under a mamak) that is killing our education and bringing malaysia back into the stone age.

Comment by foodforthought

rakyat perlu mendapat pendedahan ttg hak mereka apbila ditahan polis.perlu banyak forum berkenaan perkara ini.K’jaan akan meenghalalkan semua perkara bagi kepentingan mereka.rakyat perlu berani menegakkan keadilan.

Comment by yoyol

Polis RajaDi Malaysia!!!

Comment by Malaysian



Ahad, 26 Julai 2009

Apa ke jadahnya Program ni?

Lihat pada baner, Program kerajaan. Tak payahlah ada lambang parti.Macam takok lama. Macamni mana ada perubahan?


Dekat benar kononnya karnival mesra rakyat. Apa yang mesra rakyat pun taktaulah. Orang tak kelihatan kerana ramai yang tak tahu. Peniaga hanya ada beberapa sahaja dan khemah sekitar 15 buah penuh dengan kereta parking sahaja.
Penganjur program entah kemana, mungkin juga khemah ni untuk parking kereta sahaja.




Entah-entah progran karnival ni kena sabotas kut. Harap-harap jangan lah jadi macam program AMK dulu (AMK haram). Setahu anak bugis penganjur adalah orang kuat dan berpengaruh serta berjawatan besar dalam parti KEADILAN, takkan pula ini macam rupanya. Harap-harap jangan lah siok sendiri, nanti digelak orang.
MACAM KILANG SURAT KHABAR DIA PUNYA........

Eee... kenapa aku sekarang ini begitu mual untuk membaca surat-surat khabar keluaran hari-hari. Entahlah, aku rasa akhbar kini semakin tiada isinya lagi, dah jadi macam buku cerita dongeng dan pujangga. Mana tidaknya, akhbar-akhbar tabloid dengan cerita-cerita sensasi yang tidak benarnya, yang diada-adakan sesuatu yang tiada. Akhbar-akhbar arus perdana pula penuh dengan cerita-cerita perihal isteri Perdana Menteri dan menteri-menterinya. Uwekk...


Aku tidak tahu kenapa sejak akhir-akhirnya banyak sangat berita tentang aktiviti isteri-isteri menteri dalam surat khabar. Kalau aktiviti penting itu tidak kisahlah sangat. Ini cuma pergi melawat kanak-kanak di hospital, ziarah orang tua itu pun nak masukkan surat khabar. Tolonglah! Kami beli surat khabar sebab nak baca kisah-kisah hidup rakyat bukannya perihal isteri-isteri menteri.

Agaknya isteri-isteri menteri sudah diarah untuk mengadakan program sendiri dan tidak perlu lagi mengikut buntut si suami. Maklum kalau dahulu isteri PM dan isteri-isteri menteri hanya mengiringi si suami ke majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi tetapi sekarang masing-masing buat hal sendiri, punya agenda sendiri. Bukan sekali-sekala tetapi hampir setiap hari.

Aku tidak tahu apa relevannya seorang isteri PM mengadakan lawatan ke Wad Pediatrik HKL sempena tarikh lahir si suami. Apakah ini yang dinamakan konsep "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?" Entahlah. Sudahlah sebelum ini beliau sedia bertemu empat mata dengan Lee Kuan Yew, Menteri Mentor Singapura yang kemudian menimbulkan 1,001 pertanyaan di hati rakyat!

Elok selepas ini para isteri menteri ini diberikan satu porfolio dalam kabinet jadi mudahlah mereka untuk mengadakan program sendiri setiap masa dan kalau perlu memberi kuasa untuk membuat keputusan berhubung kepentingan negara. Jadi tidaklah mereka hanya layak menjadi pengiring si suami atau memerap di rumah saja.

Pada masa yang sama mereka bolehkan tayang muka setiap hari depan wartawan yang kemudian diarahkan pula semua surat khabar di Malaysia ini memakai berita dan gambar mereka.

Tolonglah... Kedudukan isteri di sisi suami dan sepatutnya mereka berada di sisi si suami ketika mereka menjalankan tugas termasuk bertemu rakyat dan bukannya mengadakan program sendiri.

Dunia orang politik kita sudah tunggang-langgang!

Khamis, 23 Julai 2009

MACAM KERJA GILA. ITU ADALAH KENYATAAN..........

Selalunya kerja saman menyaman ni kerja Polis jer... kali ni Polis pulak kena saman... saman bro... jangan tak saman... RM1.5juta banyak tu...

Walau macam mana pun aku ucapkan selamat maju jaya pada System Canvas (M) Sdn Bhd, sebabnya tunggulah sampai janggut cecah tanah... baru kes saman tu selesai kut...

Paham-paham jelah yea....

Selanjutnya macam biasalah... bacalah dalam
BLOG ini.

Isa: Takan la tuan tu nak biarkan kudanya tempang..., tuan yang kena saman pun boleh minta di ketepikan samannya, lembu pun tuan tu bela, inikan pula kuda kesayangannya... lu pikirlah sendiri...
JANGAN PERTIKAI KENYATAAN TUAN GURU.........


Agak menarik apabila Tok Guru Nik Aziz tidak mahu memberi sebarang komen mengenai isu Mohd Nizar Jamaluddin, bekas MB Perak yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipoh (di pejabat DAP Perak) bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock.

Ketika diminta mengulas kenyataan Dr. Zambry yang mahukan ulama Pas memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar itu, Nik Aziz tidak mahu mengulas, sebaliknya membalas dengan jawapan di luar pertanyaan?

Beliau mempertikaikan kesahihan pengambilalihan kerajaan negeri Perak oleh BN yang dianggapnya bertentangan dengan amalan demokrasi. "Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun dia (Zambry) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim. Maka inilah jawapan kepada Pok Nik jika beliau mengatakan MB Perak, Dato'Seri Dr.Zambry tidak mengikut amalan demokrasi semasa berkuasa di Perak.

Pok Nik mungkin dah lupa, terlupa ataupun buat-buat lupa...?

Ini adalah diantara beberapa kenyataan bermusim Tuan Guru Nik Aziz tentang lompat parti berikutan kes terbaru yang berlaku di Perak sekarang apabila Barisan Nasional berjaya mendapat majoriti mudah untuk mengambil alih pemerintahan dari Pakatan Rakyat.

LOMPAT PARTI KERJA ORANG TAK BERMARUAH - NIK AZIZ NIK MAT;

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah.

Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap undang-undang untuk menghalang perbuatan itu terutama dalam kalangan ahli politik yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, digubal segera.

“Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah… Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undangundang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa. Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berharap pemimpin Barisan Nasoinal (BN) kembali bermuhasabah diri bagi melihat punca kekalahan yang dialami dalam pilihan raya umum lepas.

Kemudian, dipetik dari artikel yang terbaru dari Utusan 17 September 2008 yang bertajuk : LOMPAT PARTI TAK SALAH - NIK AZIZ;

KOTA BHARU : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.

Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

"Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.

"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18 Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini.Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya. Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Akhir-akhir ini, percanggahan pendapat diantara Nik Abdul Aziz dan Mustafa Ali semakin memuncak berikutan sebuah artikel hasil tulisan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang bertajuk RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA telah diarahkan diarah ditarik siarannya dari Harakah.

Kemelut Pemimpin tertinggi PAS ini sebenarnya berpunca dari unsur-unsur gila kuasa Anwar Ibrahim yang menyemai benih-benih kebencian terhadap penyatuan PAS-UMNO. Perihal ini juga telah menyebabkan terjadinya dua kumpulan di dalam PAS iaitu terdiri dari team Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat & Husam Musa dan team Datuk Seri Abdul Hadi Awang & Datuk Mustafa Ali.

Seterusnya:

NIK AZIZ SAMAKAN PENIPUAN ANWAR DENGAN SUNAH NABI !

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran baru membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum Aidiladha 2008 adalah tindakan yang betul.

“Perancangan membentuk Kerajaan Persekutuan oleh Anwar bertepatan dengan konsep yang dilakukan Rasulullah apabila berjuang demi menyelamatkan rakyat daripada terus alpa dengan dunia politik serta pentadbiran yang tidak berasaskan agama,” katanya selepas menghadiri Majlis Lembaran Wanita Kelantan di Dataran Kemerdekaan di sini.

Ketika ditanya mengenai masalah yang sering dihadapi Anwar dan menyebabkan peralihan kuasa yang dirancang sering kali tertangguh beberapa kali, Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan sesuatu perubahan yang baik apabila ingin dilaksanakan pastinya perlu melalui pelbagai masalah tetapi Anwar perlu tahu Pas sentiasa menyokong tindakannya itu.

“Rasulullah s.a.w sendiri menghadapi masalah apabila perlu menunggu selama 13 tahun untuk mengambil alih kerajaan yang ketika itu dikuasai Yahudi, tetapi baginda tidak pernah berputus asa untuk menyelamatkan umat Islam ketika itu.

“Bukan senang ambil alih pemerintahan sedia ada, tetapi perlu persediaan lengkap dan bersusah payah mencapai matlamat yang diingini. Tiada kerja mudah...jika nak senang campur susah rasuahlah,” katanya.

Dan terbaharu :

WAKIL RAKYAT YANG BERPALING TADAH DIANGGAP PENGKHIANAT!

HARAKAH DAILY : Wakil rakyat yang berpaling tadah sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang dianggap sebagai pengkhianat.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perbuatan berpaling tadah di kalangan Adun tidak menghargai pengundi yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu. "Saya rasa cukup dukacita mendengar berita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat.

Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia. "Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut. Selepas mendapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mahu berpaling tadah. Perbuatan itu berlaku kerana ada pihak yang memujuk ," katanya di sini, lewat petang ini. Sehubungan itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak bagi membolehkan rakyat memberi mandat baru untuk membentuk kerajaan.

Beliau juga berkata, pemimpin yang sanggup menerima rasuah saja sanggup berpaling tadah sehingga menyebabkan pergolakan politik di negara ini tiada kesudahan. Petang tadi tiga Adun iaitu dua dari KeADIlan dan seorang DAP di Perak mengisytiharkan memberi sokongan kepada BN. Manakala Adun Bota, Nasaruddin Hashim kembali semula ke pangkuan Umno.

Dilihat Nik Aziz sanggup melemparkan tuduhan kepada Adun yang keluar dari Pakatan Rakyat sebagai menerima rasuah tanpa bukti-bukti yang kukuh. Sedangkan dalam Islam sebelum menuduh pasangan yang ditangkap melakukan khalwat pun perlu ada saksi? Jadi janganlah menuduh sebarangan sebelum menyiasat terlebih dahulu. Mungkin bagi Nik Aziz segala apa yang dibuat oleh BN bagi PR adalah - Haram, tetapi apabila PR buat semuanya tak apa – Halal?

Banyak kenyataan Nik Aziz sejak akhir-akhir ini dilihat mengelirukan umat Islam dinegara ini. Penulis tertanya-tanya bagaimana seorang yang dikatakan Ulama boleh membuat kenyataan bermusim seperti ini. Adakah demi “ politik “ yang sempit? Adakah ini DEMOKRASI ALA-PAS yang dimaksudkan. Sama-samalah kita fikirkan.
Wallahuallam.

Suara Politik

Isnin, 20 Julai 2009

PENDUDUK TANJUNG 12 Bt16 MENAMPAL NOTIS.

Penduduk Tg12 Batu16 Jnl Klang Banting, wakil ketua penduduk En Mutu melekatkan notis menghalang kerja membesarkan jalan kampong untuk kegunaan kilang yang selama ini tidak mempunyai lesen Majlis Daerah.
Masaalah berbangkit adalah bunyi bising sehingga lewat malam serta bau spirit yang kuat. Penduduk kampong juga merasa kecewa sikap pemilik kilang yang tidak tahu menghormati HAM pada penduduk berdekatan. Lebih kurang 35 keluarga yang tinggal berdekatan kilang tersebut telah membuat aduan pada Majlis Daerah untuk tindakan sewajarnya, tetapi apa yang berlaku pihak Majlis Daerah hanya mengeluarkan saman sahaja. Dan baru-baru ini pihak Majlis Daerah telah keluarkan lesen sementara pula. Sedangkan langsung tidak meninjau masaalah aduan penduduk.
Penduduk kampong telah melaporkan pada Pengerusi JKKK En Masuri bin Abdul Rahman dan bermasyuarat untuk menghalang sementara persetujuan dibuat untuk kebaikan bersama. Pengerusi JKKK berjanji akan selesaikan masaalah penduduk disitu dengan akan berjumpa ADUN Telok Datuk.
Buat masa sekarang penduduk masih menghalang kerja-kerja membesarkan jalan untuk kegunaan kilang tersebut sehingga keputusan adil muktamat.
PERSEMBAHAN LELONG TILAM MANIK URAI

KUALA KRAI, Julai: 5,000 tilam yang telah digunakan anggota polis sepanjang pilihan raya kecil Manek Urai akan dilelong, lapor media hari ini.

Tilam itu akan dilelong oleh Mad Global Resources Sdn Bhd pembekal tilam itu.

Dengan pengumuman ini semacam polis membuat pengakuan sekurang-kurangnya 5,000 anggotanya bertugas di Manek Urai baru-baru ini.

Ia tidak termasuk polis yang ditempatkan di rumah-rumah yang mereka sewa di kawasan pilihan raya itu di samping mereka yang ditempatkan di balai-balai polis sekitarnya.

Juga tidak termasuk anggota polis yang bertugas di kawasan berdekatan yang diarahkan bertugas di Manek Urai sepanjang pilihan raya ini.

Ahad, 19 Julai 2009

KISAH KERETA CABUK

KISAH I:

Pak Lah Badawi kata kerajaan patut mansuhkan ISA sebab katanya ia dah tak relevan lagi sekarang. Jadi kira Pak Lah cuba jadi penasihat tak rasmi kepada kerajaan Najib lah ni. Tak ke ibarat menjilat ludah sendiri. Yelah, dulu kata kalau dah berhenti tak nak masuk campur urusan kerajaan lagi. Nak berbulan madu dengan Jean dan habiskan masa dengan anak cucu saja.

Tapi yang aku pelik, apa pasal bila dah tak jadi PM baru sibuk-sibuk suruh Najib mansuhkan ISA. Kenapa masa dia jadi PM dahulu tak mansuhkan? Katanya, masa dia jadi PM merangkap Menteri Dalam Negeri dia ada sign banyak surat untuk masukkan orang dalam ISA. Aik.. Kalau dah tak relevan kenapa dulu sign surat tu?

Hemm.. agaknya selepas 100++ hari tak jadi PM ni Pak Lah mula rasa sunyi gamaknya sebab itu mula fikir-fikir apa yang boleh cakap supaya masuk paper. Maklum sekarang ni surat khabar jarang benar duk cerita pasal Pak Lah. Rasanya berita Rosmah lagi banyak dari Pak Lah dalam paper sekarang. Jadi elok sangat Pak Lah timbulkan isu ... emm isu paling hangat tentulah pasal ISA.

Untuk Pak Lah... sudah-sudahlah. Masa hang duk kerusi PM dulu nasihat orang hang tak nak dengaq. Hang duk dengaq puak2 Tingkat 4. La ni hang pula nak nasihat orang. Tak payahlah! Duk diam2 kat rumah main anak cucu. Tak pun pi la hayun batang golf.

KISAH II:

Chua Jui Meng tinggalkan MCA dan masuk PKR. Itulah berita yang dibaca dalam media massa hari ini. Perihal bekas Menteri Kesihatan itu nak masuk PKR dah tersebar sejak minggu lepas. Tapi apa nak hairan. Kita semua tahu dia masuk PKR sebab kecewa kerana gagal memenangi jawatan Presiden MCA tahun lepas. Kalah pula ditangan orang muda - Ong Tee Keat.

Dah lah tak diberi peluang lagi menjadi calon dalam pilihan raya, bertanding di peringkat parti pun kalah. Maknanya orang China (MCA) pun tak terima dia. Nak tak nak kenalah cari talian hayat dan talian hayat yang ada cuba PKR saja. Itu pun dengan harapan Anwar akan memberi ruang untuknya bertanding pada PRU-13 nanti. Betullah dia tak sebut sebagai syarat tapi Anwar kenalah faham.

Hemm... kesihan sungguh penyokong dan pendukung Anwar yang berjuang mati-matian sejak zaman reformasi (1999) dahulu yang setia sehingga hari ini tetapi langsung tak dipandang oleh Anwar tapi pemimpin-pemimpin "scrap" BN pula yang dikutip dan diletakkan di tempat yang tinggi. Kesihan...

Tak apalah Anwar. BN tak ralat pun setakat pemimpin tua macam Jui Meng nak sertai PKR. Ambillah... tapi jangan mimpilah kalau setakat penyertaan pemimpin scrap BN boleh menumbangkan BN pada PRU-13 nanti. Tak ada maknanya...!


Sabtu, 18 Julai 2009

SPRM Dan PDRM Main Taik ..!

Kecohnya hari ini dalam kematian mendiang Teoh yang dijumpai terjatuh kononnya. Di mana-mana saja orang bercerita tentang perkara ini.

Malah dalam pada tu ramai yang mempertikaikan kerja mudah Polis seolah-olah mahu cepat menutup cerita dengan berkata korang baca sini. Mudahnya kerja Polis ye... Cuba kalau anak Najib yang kena begitu agak-agak korang macam mana corak siasatan polis ye.. Naruto ingat silap-silap kalah CSI New York dia punya analisis kes.. memang hamlau kerja Polis ni.

Ramai rakyat percaya tindakan Polis dan beberapa Jabatan Kerajaan yang tidak bersikap teluslah adalah punca segala kerosakkan di Malaysia ini. Ni nak beri apa KPI diorang ni Najib ooi..! Kalau Tak betul maka Naruto mahu mengajak kengkawan membaca Artikel dari Malaysia Today sendiri.. Patutlah Seluar Teo terkoyak seolah-olah direntap. Bayangkan Teoh jatuh terhempas dari tigkat 14 dan tiada halangan pun, jadi dimananya dia tersangkut..? Bacalah kisah lanjut tersebut.. Memang puak-puak UMNO dan BN ni perlukan kejatuhan yang menghinakan mereka.Bacalah kisah tersebut.


Kejadian sebenar sebelum Teoh terjatuh..
oleh Raja Petra

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.

Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.

Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.

Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik

SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.

Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.

Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!

Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.

Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.

Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.

Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.

Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.

(Artikel ini adalah terjemahan kepada artikel asal The writing was already on the wall so long ago oleh Raja Petra.)

Jumaat, 17 Julai 2009

FIKIR SAYA!!!

Satu persatu orang Pakatan Rakyat yang sah rakyat Malaysia menerima bala, bencara ,satu persatu melayu umno membuat kejahatan tetapi bangsa melayu bacul untuk bertindak. Apakah kita masih nak berdiam diri. Pemimpin Pakatan hanya setakat memberi ucapan kepada media yang memang sah tidak boleh di percayai, tidak lain dari pada itu.

Kejahatan polis menjadi barua barisan nasional kita telah nampak tapi kita diam,
kejahatan SPRM menjadi barua umno kita nampak tetapi pemimpin kita diam,
kejahatan jabatan-jabatan kerajaan menjadi barua umno terang lagi bersuluh tetapi pemimpin pakatan hanya setakat berani membuat kenyataan akhbar mengutuk sana mengutuk sini. Sama seperti anjing menyalak bukit. Sedangkan pemimpin umno buat pekak telinga.

Pemimpin keADILan yang ada sekarang hanya setakat mengheret telor ke hulu ke hilir. Takut hilang jawatan Adun. atau jawatan di dalam parti. Mengekor , mengampu ponggong Anwar sahaja.

Pemimpin keADILan sekarang bukan dan tidak seperti era reformasi yang berani kerana benar. Memang sah lah bangsa melayu adalah bangsa yang bacul. Hanya setakat berani melalak dalam internet dengan mengunaskan nama samaran sahaja.

DIMANA KITA.
CAKAP JANGAN TAK BUAT.........

























Ekoran dari tuduhan Anwar terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Tangkap Muhyidin Kerana Janji Palsu !

KUALA KRAI — Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuat siasatan berhubung janji Muhyidin itu. Anwar merujuk kepada kenyataan Muhyidin Yasin, yang menawarkan untuk membina jambatan baru bernilai RM7 hingga RM10 juta di Manek Urai Lama sekiranya pengundi memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

“Dari sudut undang-undang ia adalah salah, dan saya cabar kalau SPRM betul-betul amanah, tangkap dan siasat Muhyidin kerana buat janji palsu.

“Kalau dia beranilah…Mana boleh kalau hendak jambatan pangkah Umno-BN. Pangkah BN pada 14 haribulan, 15 haribulan buat jambatan, begitu? Dia ingat bapak dia punya negeri,” katanya lantang disambut sorakan gemuruh penyokong yang hadir dalam ceramahnya pada 12 Julai. Sebelum itu Malaysian Insider melaporkan, PAS telah membuat satu laporan polis terhadap Tan Sri Muhyidin Yassin.

Pasukan peguam Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat laporan di Balai Polis Laloh dan mendakwa Muhyidin telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954.

“Laporan itu dibuat berhubung dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang menjanjikan pembinaan jambatan baru bagi merentangi Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru.

“Selain itu Muhyiddin juga menjanjikan Manek Urai akan dijadikan sebuah kota agropolitan sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai pada 14 Julai 2009,”kata Penasihat Jentera pilihan raya PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam sidang malam 13 Julai. Manek Urai Lama terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Ia bersempadan dengan Manek Urai Lama, yang dihubungkan dengan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300.

TETAPI ANWAR SUDAH LUPA :

Anwar buat janji selesaikan isu Kampung Buah Pala - DAP!

Bukan DAP tetapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat janji untuk menyelesaikan kemelut tanah di Kampung Buah Pala.

Itu penjelasan Timbalan Pengerusi Pemuda Sosialis DAP negeri, R.S.N Rayer berhubung isu berkenaan apabila Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C. Tharmaraj berterusan menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Katanya, DAP memang ada membuat janji menyelamatkan Kampung Buah Pala pada pilihan raya umum tahun lalu, namun pihak pertama yang berbuat demikian adalah Anwar sendiri.
''Kenyataannya kebelakangan ini seolah- olah menghentam pakatan pembangkang tetapi beliau harus faham bahawa salah seorang pemimpin dan antara yang pertama pergi ke situ menabur janji untuk cuba selamatkan kampung tersebut adalah Anwar,'' ujarnya.

Beliau turut membidas tindakan Tharmaraj yang berhasrat mengedarkan lebih 20,000 cakera video digital (DVD) mengandungi rakaman janji yang dibuat oleh pemimpin pakatan pembangkang. Menurutnya, beliau difahamkan Tharmaraj merupakan Bendahari Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, justeru sebagai seorang yang menyandang jawatan dalam parti dia seharusnya perlu lebih faham, sekali gus bersama-sama bertanggungjawab atas masalah itu.

Rayer yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima berkata, tindakan serta kenyataan Tharmaraj kebelakangan ini dilihat seolah-olah mempersoal dan mencabar pucuk pimpinan partinya sendiri iaitu PKR. ''Memang diakui janji dibuat, tetapi adakah Tharmaraj selaku Bendahari AMK telah bertindak sebagai ahli parti yang bertanggungjawab, adakah beliau mempersoal pucuk pimpinan PKR sendiri dan tindakannya ini juga macam mencabar serta tohmahan kepada pakatan pembangkang.

''Saya berasakan PKR perlu melihat isu ini sebagai masalah pakatan, jadi mengapa tiada sebarang tindakan diambil kerana sepatutnya beliau perlu diberi amaran dan kalau boleh saya bagi pihak DAP meminta dia dikeluarkan daripada PKR," katanya. Beliau ditemui selepas mengiringi Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang yang juga ADUN Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan berhubung isu pemberian milik tanah lot 698 Bandar Gelugor atau lebih dikenali sebagai Kampung Buah Pala di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rayer menegaskan, beliau bukan meminta Tharmaraj supaya menutup mulut berhubung isu tersebut tetapi mahu dia lebih bertanggungjawab semasa membuat kenyataan sekiranya ia dibuat atas pakatan pembangkang. ''Saya dukacita kerana kita dapati ada kalangan ahli pakatan pembangkang bertindak sebaliknya dan cuba membuat masalah ini sebagai isu perkauman, ini adalah sesuatu yang memalukan pakatan pembangkang terutama PKR," tegasnya.

Sementara itu, Wei Aik yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, dalam laporan polis tersebut pihaknya mempersoalkan proses pemberian kelulusan tanah kampung diberikan walaupun terdapat dua permohonan awal telah ditolak oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum itu.

Komen : Nak berpolitik, tapi tak pandai. Masing-masing saling menuduh antara satu sama lain. Masing-masing tak mengaku berak ditengah jalan, ni....siapa nak basuk taik korang ni???
Kepada penduduk Pulau Pinang, fikir-fikirkanlah pada PRU-Ke13 nanti...masih nak kekalkan pemerintah yang ada sekarang ni ke...Itulah kalau nak menuding jari kepada orang lain, jangan lupa tiga jari lain menuding kepada diri sendiri. Mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...

Wallahuallam.

Khamis, 16 Julai 2009

MAHKAMAH TERIMA PERMOHONAN DSAI SEBAGAI BAHAN BUKTI.....

Sdr. Anwar Ibrahim berkata beliau puas hati dengan keputusan mahkamah yang mengarah pendakwaraya menyerahkan bukti yang disembunyikan kepada pasukan peguambela.

Membacakan keputusan kes pada jam 2.30 petang tadi, Hakim Zabidin Md Diah menyanggah hujah pendakwaraya yang mendakwa mahkamah tidak boleh memaksa pihak pendakwaraya menyerahkan bukti-bukti bukan dokumen. Hakim Zabidin berkata tiada sebarang peruntukan dalam undang-undang yang menghalang pihak pendakwaraya atau menyekat mahkamah dari mengemukakan bukti-bukti yang relevan kepada pasukan pembelaan.

Mahkamah dengan ini mengarahkan pihak pendakwaraya harus menyerahkan akuan dari tujuh saksi yang akan ditampilkan oleh pendakwaraya, ujian rawatan perubatan dan nota pakar kimia dalam masa satu minggu. Peguambela Anwar juga diberi keizinan untuk menonton sedutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Saiful di kondo kejadian pula, sekiranya salinan pendakwaraya tidak jelas. Manakala sampel dan spesimen DNA gagal diperoleh atas "sebab-sebab keselamatan", begitu juga rakaman video testimoni penuduh, Saiful Bukhari Azlan, kepada polis pada 30 Jun 2008.

Anwar berkata walaupun kes tuntut bukti memihak kepada beliau, namun mengingatkan pasukan pembelaannya berwaspada ekoran pengalaman lalu berhubung manipulasi bukti oleh pihak pendakwaraya. Pendakwaraya berkata pihaknya akan merayu kepada keputusan mahkamah ini, seraya membantutkan lagi persediaan Anwar nanti.



HILANG LAPORAN HOSPITAL KATA PENDAKWA...

Pendakwaraya berkata pihaknya tidak mempunyai laporan perubatan Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Kuala Lumpur keatas penuduh, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut laporan itu, Saiful mengadu mengalami tenesmus iaitu kesukaran dan kesakitan ketika membuang air besar. Setelah diperiksa Dr Mohamed Osman, di dapati dubur Saiful “tidak mengalami pendarahan aktif”, “tiada kesan ulser atau nanah” dan “tiada kesan koyak atau calar”.

Dr Mohamed Osman memeriksa penuduh beberapa jam sebelum membuat Saiful laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun tahun lalu. Saiful mendakwa dia telah dirogol, sebelum pendakwaraya menukar tuduhan kepada sukarela.

Pendakwaraya juga berkata pihaknya telah menyerahkan laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur kepada pasukan pembelaan.
Fitnah Yang Paling Bangsat.

Buat semua pejuang rakyat, insan yang mempereratkan kembali hubungan parti pembangkang dan menubuhkan Pakatan Rakyat dan hampir - hampir menumbangkan BN sekarang dalam keadaan bahaya.

Perbicaraan beliau sekarang sedang berlangsung. Jangan dilupa kezaliman yang bakal dihadapi beliau.

Jika DSAI ditakdirkan bersalah dan masuk penjara AWAS..Pakatan Rakyat akan berpecah!!

Ini tidak mustahil, segala gerak kerja untuk menjahanamkan PR tidak berjaya selagi mana DSAI bebas di luar sana. Dari isu kerajaan perpaduan, DAP KEDAH, dan sebagainya beliau mampu menyelesaikannya dengan dokongan penuh oleh mereka yang sealiran dengannya.

Ya, mungkin tulisan ini dilihat seolah - olah saya fanatik dengan DSAI. Tapi, DSAI telah ditakdirkan olehNya untuk mengoncang politik selesa jahat Zionis BN. PAS tidak pernah dalam sejarah mendapat kerusi DUN yang cukup banyak, DAP boleh memerintah P.Pinang, dan KeADILan memerintah Selangor. Ya, semua ini atas kesilapan Pak Lah, tapi insan ini yang menggunakan sebaik peluang ini dan para blogger telah mengambil inisiatif untuk menyebarkannya di dalam dunia internet.

DSAI,

Bagi mereka yang tidak menyukai DSAI khasnya di dalam gabungan Pakatan Rakyat, biarkan!!

Rakyat Malaysia akan senantiasa mendoakan DSAI.

Keperitan hidup DSAI tidak siapa yang mampu menghadapinya. Liwat adalah satu fitnah yang paling bangsat.

Izinkan saya memberi kata - kata yang mungkin dapat menyedarkan beberapa pihak yang cukup cemburu dengan DSAI yang berada dalam PR.

Walk my shoes, just to see
What it's like, to be me
All be you, let's trade shoes
Just to see what I'd be like to
Feel your pain, you feel mine
Go inside each other's mind
Just to see what we find
Cause where you see it from where you're sitting
Is probably 110% different
I guess we would have to walk a mile
In each other's shoes, at least


DSAI, jangan bimbang masih ramai anak muda yang akan sentiasa menyokongn DSAI. Bagi mereka DSAI adalah pemimpin yang mewakili suara anak muda walaupun DSAI telah berumur 60 tahun.

Suara Rakyat Suara Keramat!!!

Rabu, 15 Julai 2009

PAS sebenarnya kalah di Manek Urai! Kehendak Pengundi Tetap Hak PR…

1. Kalah dari segi janji-janji pembangunan
2. Kalah dari segi taraf akademik calon
3. Kalah dari segi curahan wang ringgit secara tunai
4. Kalah dari segi sokongan media cetak dan elektronik
5. Kalah dari segi sokongan agensi kerajaan
6. Kalah dari segi bilangan undi yang merosot
7. Kalah dari segi kemudahan jentera pilihanraya

Semua diatas adalah tidak adil untuk dipertikaikan sebagai kayu ukur.

Walaupun PAS memang dengan 65 undi, sewajarnya PAS membuat satu post-mortem (muhasabah) dan kajian mendalam dalam mencari punca kalahnya PAS di Manek Urai dalam keadaan situasi UMNO/BN yang telah goyah.

Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya pada masa ini dalam proses pembersihan organisasinya dan meneruskan kerja keras untuk menunaikan semua janji-janji sebelum PRU12 dahulu. Ketiga-tiga komponen dalam PR (PAS, DAP dan PKR) perlu bergerak seiring dan tidak bertelagah sesama sendiri. Ujudkan satu mekanisma untuk menyaring semua maklumat dan satu jawatankuasa umum yang memantau semua perjalanan negeri-negeri yang ditadbir oleh PR.

Ini penting demi untuk kelangsungan Pakatan Rakyat dan bagaimana ianya memberikan contoh terbaik demi mencorakkan pentadbiran yang telus, cekap dan amanah.

Banyak lagi sebenarnya isu-isu yang sepatutnya dibawa kepada perhatian jawatankuasa khas Pakatan Rakyat (JKPR) untuk disiasat dan diselesaikan mengikut lunas-lunas undang-undang yang sepatutnya tanpa perlu mendapat liputan luas oleh media yang sebenarnya cuba untuk melaga-lagakan dan memerangkap PR.

ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sewajarnya digalakkan kurang memberikan komentar secara terbuka kepada mana-mana media cetak dan elektronik demi untuk mengelakkan disalah takrifkan atau disalah tafsirkan untuk kepentingan media tersebut. Adalah lebih baik sekiranya ditetapkan bahawasanya hanya jurucakap JKPR sahaja yang dibenarkan untuk memberikan komentar dan ulasan.

Kepada Pimpinan Pakatan Rakyat, saya menyeru agar anda dengan segera menubuhkan JKPR ini demi untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada dipecah belahkan oleh media milik UMNO/BN dan upahan musuh dalam selimut yang memegang jawatan didalam kerajaan PR serta dibelakang YB-YB.

Selasa, 14 Julai 2009

KITA MENANG JANGAN TAKBOR!

DUGAAN UNTUK ABE UJI...........

Kita menang, kerana kita taat kepada Allah. Kita menang, kerana kekuatan rohani yang ada pada kita semua. Kita menang, kerana kita berupaya mengalahkan nafsu tidur kita, bangun untuk bersama-sama bermunajat kepada ALLAH .


Dan sebaliknya pula jangan kita lupa, bahawa kita menang juga kerana maksiat-maksiat yang dilakukan oleh pihak musuh kita.

Justeru itu, janganlah pula kita tergolong di dalam orang yang melakukan maksiat kepada Allah agar pertolongan Allah sampai kepada kita.

Kepada yang tidak mampu untuk memberi sumbangan tenaga, maka jangan berdukacita, kerana anda berpeluang mendapat pahala yang sama darjatnya dengan orang yang berada di medan perang dengan memberi sumbangan harta anda.

Ingatlah, bahawa umat yang paling mulia itu adalah umat yang tergolong dikalangan mereka yang mendokong Al-Quran dan beribadat pada waktu malam.

Sifat perjuangan yang paling penting itu adalah tauhid, yakni perjuangan yang mengesakan Allah tanpa melakukan kesyirikan kepadaNya.

Yang kedua adalah takbir, yakni kita membesarkan dan mendahulukan hak-hak Allah daripada hak kita.

Ketiga, tanzim; kita yakin bahawa tanzim dalam parti kita ini adalah yang terbaik, tanpa tanzim yang terancang, kita pasti akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang.

Yang akhirnya, adalah kekuatan; justeru saya menyeru kepada ahli jemaah sekalian, agar kita sama-sama mengeluarkan seluruh kekuatan kita dalam hari-hari yang terakhir ini bagi mengalahkan UMNO.
RAKYAT YG BERDAFTAR SBG PENGUNDI JANGAN TERUJA DGN POLITIK UGUT.

T
imbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin diselar oleh beberapa ADUN Selangor kerana menjanjikan jambatan jika BN berjaya di dalam pilihanraya kecil Manek Urai hari ini.

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim menyifatkan tindakan penaburan gula-gula politik untuk menarik sokongan rakyat telah sebati dengan jiwa mereka dan sikap buruk itu tidak dapat dibuang lagi.

"Sikap sedemikian telah dianuti oleh UMNO BN selama dulu, kini dan selama-lamanya untuk menarik sokongan rakyat dan saya berpendapat cara itu sudah tidak relevan lagi," ujarnya.

Beliau menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri yang masih mengamalkan "politik ugut" - "sokong dapat tak sokong tak dapat".

Muhyiddin sebelum ini menyatakan Manek Urai akan dijadikan sebuah kota agropolitan untuk melonjakkan pembangunan dan menjana ekonomi rakyat yang masih memerlukan banyak pembelaan.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, seiring dengan perancangan memajukan pertanian secara komersial itu, prasarana untuk keselesaan rakyat akan disegerakan oleh Barisan Nasional (BN) termasuk membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru.

Menurut beliau, jambatan baru dua lorong yang dijangka membabitkan kos RM7 juta itu akan segera dibina jika BN diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Kenyataan Muhyiddin itu jelas telah membuka pekung parti pemerintah pusat yang suka membeli rakyat.

ADUN Kinrara, Teresa Kok juga menyelar kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin berkenaan yang sanggup mengenepikan kepentingan rakyat jika kepentingan mereka tidak dipenuhi.

Teresa berkata membina jambatan dan sebagainya adalah tanggungjawab kerajaan pusat dan bukan hanya dilaksanakan pada setiap kali pilihanraya.

Beliau mempersoalkan kata dua dari TPM itu dan menyifatkan ia sebagai satu bentuk rasuah dan menyatakan menjadi tanggungjawab kerajaan pusat menyediakan prasarana tersebut kerana semua rakyat tidak kita parti membayar cukai.



Sementara itu ADUN Kota Alam Shah, M.Manoharan berkata, di sebalik retorik membasmi rasuah, kerajaan pimpinan Najib ini tidak dapat mengikis projek mee segera kepada rakyat.

Ramai pemerhati politik berpendapat kenyataan Muhyiddin berkenaan menyumbang kepada faktor kekalahan UMNO BN pilihanraya kecil Manek Urai yang berlansung hari ini.


"Apakah ini (sikap TPM tersebut) sejajar dengan konsep 1Malaysia?" tanya Teresa lagi.






Rakyat Kelantan sudah biasa diugut dengan hal sedemikian pada setiap kali pilihanraya umum atau kecil dan mereka tidak boleh diperbodohkan oleh Muhyiddin dan sekalian pemimpin UMNO BN.

Isnin, 13 Julai 2009

PENGUNDI MUDA PENENTU KEMENANGAN DISAMPING INDUK


TEMALIR, 12 Julai - Golongan muda merupakan undi penentu dalam memastikan kerusi Dun Manek Urai terus berada di sisi PAS.

Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata tanpa tenaga pemuda kemungkinan PAS tidak akan mampu mengekalkan kemenangan PAS.


"Kepada adik-adik (pemuda), Abe Uji sangat mengharapkan sokongan daripada adik-adik untuk memikul amanah ini kerana undi pemuda adalah penentu kepada kemenangan pilihan raya pada kali ini," katanya dalam program Gelombe Anok Mudo yang bertemakan 'Ambo Nok Abe Uji' anjuran Pemuda PAS Tumpat dan UPU Temalir di Pasti An-Najihah petang tadi.

Beliau berjanji akan membantu golongan pemuda dalam apa jua bentuk termasuk menganjurkan aktiviti bercorak sukan.

"Abe Uji berjanji akan membantu pemuda dalam apa jua bentuk dengan sedikit pengalaman yang diperolehi sewaktu menyertai pemuda Guchil sebelum ini.

"Kita boleh berkongsi pengalaman untuk memberi kekuatan kepada pemuda dengan menjalinkan hubungan erat dengan pemuda," ujarnya.

Abe Uji juga mencadangkan bahawa pemuda boleh ditarik melalui aktiviti sukan sebagai mekanisme yang popular masa kini.

Beliau turut menekankan agar pemuda terus bersatu untuk menentang Umno-BN.

Sementara itu, Exco Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood juga menyatakan bahawa pihaknya sentiasa menyokong apa jua bentuk program yang dijalankan oleh pemuda, tanpa mengira di mana jua lokasinya.

Malah katanya, Menteri Besar Kelantan sendiri, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat cukup menyantuni pemuda serta memberikan dorongan kepada pemuda dalam sebarang aktiviti yang dijalankan pemuda.

"Pernah dalam satu aktiviti lumba motorsikal yang dianjurkan oleh Pemuda, Tok Guru ditanya mengenai alasan beliau turun ke program tersebut oleh para wartawan.

"Dengan selamba Tok Guru menjawab,'ambo suko tengok anak-anak ambo ceria', membuatkan pihak media terdiam dan tidak dapat meneruskan soalan berikutnya," ujarnya sambil tersenyum.

Turut menyampaikan ucapan dalam program tersebut, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Hadir dalam majlis yang sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Zaki Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Perlis, Dato' Hashim Jasin.

Ketika ingin meninggalkan majlis untuk menuju ke program seterusnya, Abe Uji sempat bersalaman dan berkesempatan merakamkan kenangan dengan para pemuda yang hadir.

Malah, beliau juga dibawa menunggang motorsikal menyertai konvoi pemuda mengelilingi kampung tersebut sambil diikuti beberapa kenderaan lain.

Sabtu, 11 Julai 2009

DIMANA AKHIRNYA MELAYU



Bangsa Melayu harus berubah, harus menerima hakikat, zaman hak istimewa orang Melayu, zaman biasiswa dan sebagainya lama kelamaan akan berkurangan dan mungkin terus lenyap.

Bermula dengan konsep meritokrasi untuk masuk universiti sekarang ini dengan pengenalan Biasiswa Nasional. Siapa bijak dia akan diberi keutamaan. Inilah cabaran dunia era globalisasi, cabaran hak sama rata.

Namun orang Melayu, terutama anak-anak muda masih leka, masih alpa, masih melepak. Tengok sendiri di taman perumahan saya, betapa ramai anak remaja Melayu selepas waktu sekolah mundar mandir tanpa arah.

Dari lepas waktu sekolah hinggalah ke lewat senja bahkan ke tengah malam. Yang ada motosikal, naik motosikal ke hulu ke hilir, pergi rumah kawan, pergi kedai, tanpa arah tujuan. Emak ayah pun seolah-olah memberi lampu hijau membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa arah tujuan.

Itu yang bab melepak, naik motosikal. Itu belum lagi yang hisap rokok. Boleh katakan peratusan hisap rokok amat tinggi di kalangan remaja sekolah. Pemerhatian di taman perumahan rumah saya boleh dikatakan lebih 90 peratus pelajar sekolah menengah lelaki menghisap rokok. Dan ada yang menjadi perokok tegar. Bilangan pelajar sekolah rendah yang menghisap rokok mungkin sekitar 10 peratus.

Apa nak jadi bangsa Melayu kita, anak-anak kita? Pelajar bukan Melayu di tingkatan menengah atas lebih ramai menerima biasiswa dari pelajar Melayu.

Namun pelajar Melayu masih leka, masih mundar mandir, masih melepak, masih merokok, masih membuang masa di kafe siber. Selepas ini had matapelajaran SPM 10 atau 11 subjek jika pelajar sekolah agama. Makin bersaing lagi pelajar Melayu dengan pelajar bukan Melayu.

Ibu bapa dan guru perlu sama-sama membimbing anak bangsa kita. Kereta dan rumah sekadar keperluan, bukan impian atau cita-cita. Apa guna berlumba-lumba buat banglo di dunia tetapi ala kadar buat banglo di akhirat? Apa guna berlumba-lumba berkereta sedikit mewah tetapi anak-anak kita hilang daya saing, hilang daya juang?

Fikirlah sendiri.

Kesatuan dan perpaduan Melayu bermula di rumah kita, bermula di kejiranan kita, bermula di masjid dan surau kita.

�Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.� (Al Imran: 103).

Ahad, 5 Julai 2009

SIFAT BURUK PUNCA AZAB

SETIAP Muslim wajib meyakini rahmat dan azab yang mewarnai hidup manusia adalah datang daripada Allah. Allah saja yang Maha Mengetahui bila dan di mana ia akan dilimpahkan dan ditimpa pada seseorang mahupun pada sesebuah bangsa.
Jelas di sini bahawa Allah menegaskan rahmat-Nya dan azab-Nya banyak bergantung pada nilai keimanan dan juga nilai kekufuran yang wujud dalam sesebuah masyarakat.

Iman ialah pegangan iktikad yang mutlak (bersungguh-sungguh dan yakin) bahawa Allah adalah Pemilik, Pencipta dan Tuhan sekalian alam dan hanya Dia yang berhak disembah, manakala kufur pula ialah menolak kebenaran Islam selepas menganuti. Dalam erti kata lain, kufur bermaksud keluar dan menyeleweng daripada landasan iman. Dengan ini, iman dan kufur adalah dua perkara yang berlawanan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Asakir, Rasulullah pernah menyatakan bahawa punca petaka dan azab itu ada tiga iaitu; takbur, hasad dengki dan tamak.

Sifat takbur dan sombong boleh menyebabkan seseorang atau sesebuah bangsa itu lupa diri sehingga dia tidak pernah menyedari akan berlakunya kesilapan, kekeliruan, kesalahan mahupun kekurangan. Oleh sebab itu, sifat takbur itu akan menghalangnya daripada mengambil peringatan dan juga nasihat daripada pelbagai musibah, fenomena dan masalah yang melanda. Hal ini kerana hati mereka sudah pun tertutup rapat dan sudah tentu mereka begitu sukar untuk menerima sebarang nasihat mahupun peringatan.

Hasad dengki pula adalah penyakit tidak senang kepada orang lain yang memperoleh pelbagai nikmat anugerah Ilahi berbanding dengannya, maka dia mempergunakan segala macam helah untuk menghalang atau menghapuskan nikmat tersebut daripada musuhnya. Natijahnya, muncul bibit permusuhan dan dendam kesumat yang tidak berkesudahan di antara sesama manusia.
Manakala sifat tamak pula akan menumbuhkan sifat egoistik dan materialistik. Jika sifat tersebut ada pada diri seseorang atau sesebuah bangsa, maka dia akan menjadi hamba dunia yang bersifat fana ini.

Jika ketiga-tiga(3) sifat keji ini dibiarkan membarah dalam diri seseorang dan juga sesebuah bangsa, dia akan menghalalkan semua cara dan jalan demi kehendak hawa nafsunya. Akibatnya, azab Allah dan malapetaka akan menimpa kepada umat itu kerana mereka menderhaka terhadap Allah. Malah raht Ilahi dan keberkatan-Nya amat jauh dan semakin sulit sekali untuk digapai dan dijejaki.

Sabtu, 4 Julai 2009

KUASA DITANGAN PENIPU LAKI PUAKA


Mengapa Jamal dan Osman melompat keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas? Tidak seperti Hee yang melompat keluar DAP kerana tak dapat Camry, Jamal dan Osman memberikan pelbagai alasan. Diantaranya kerana memperjuangkan Bangsa Melayu…Nizar Boneka DAP…blah..blah..blah.
MKinis pix

Semua itu adalah alasan-alasan untuk menutup kisah sebenar.

Jamal dan Osman keluar PKR kerana balak, duit dan kes rasuah mereka. Itu saja. Jamal marah kepada Nizar kerana enggan meluluskan beberapa konsesi balak yang mereka pohon…manakala Umno menjanjikan kes mereka akan diselesaikan.

Sekitar Jun atau July, kerajaan negeri PR meluluskan beberapa konsesi balak. Jamal dan Osman telah menggunakan nama PKR untuk memohon beberapa lot melalui Misbah. Misbah percaya kepada Jamal dan Osman bahawa permohonan itu adalah untuk PKR Perak…tanpa merujuk kepada PKR Negeri. Apabila diluluskan…semua konsesi yang di”berikan” kepada PKR Perak telah disapu oleh Jamal dan Osman. Malah ada beberapa lot konsesi tersebut diberikan kepada pemimpin Umno. Diantaranya Raja Ahmad Zainudin. Ini adalah kesilapan Nizar yang pertama…terlalu percaya kepada orang disekelilingnya.

Ramai orang-orang PKR tahu siapa pemimpin Pas yang mendapat konsesi balak…dari pemimpin utama hingga kepada Pemuda Pas…tetapi apabila orang-orang PKR merasa terpinggir dan melihat bahawa balak telah disapu oleh orang-orang Pas…baru rahsia ini terbongkar.

Tetapi ketika membincangkan untuk meluluskan konsesi berikutnya sekitar Oktober 2008, Nizar sudah berpengalaman. Hasilnya, beberapa permohonan Jamal dan Osman di’tangguhkan’. Inilah yang menyebabkan Jamal menjadi marah…malah Jamal dan Osman pernah berjumpa sendiri Timbalan Pengarah Perhutanan untuk meminta permohonan mereka diluluskan…walau dengan apa cara sekalipun.

Kalau Jamal dan Osman benar-benar mahu membela bangsa Melayu, semasa mereka menjadi EXCO, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh mereka…tetapi mereka sibuk menambah bini daripada membantu orang-orang Melayu yang susah dikampung.

Selain daripada Nizar…Jamal dan Osman marah kepada Ketua PKR Perak pada masa tersebut..Tuan Hj. Ismail. Hj. Ismail marah kerana nama beliau telah digunakan dalam permohonan balak tersebut…sedangkan PKR Perak tidak mendapat satu sen pun.

Lantaran itu, Jamal dan Osman berusaha menyingkir Hj. Ismail dari Ketua PKR Perak dan meminta Anwar membawa balik Hj. Osman ke Perak. Jamal dan Hj. Osman memang akrab dari dulu..kini dan mungkin selamanya. Malah Jamal pernah menyebut, sekiranya Hj. Osman bertanding di kawasan beliau di Behrang…beliau sedia memberi laluan.

Anwar tunduk kepada kemahuan Jamal dan menggantikan Hj. Ismail dengan Hj. Osman. Tetapi seperti biasa…Anwar sering diperangkap oleh orang-orang yang dipercayaainya. Dan didalam kes Perak..Anwar tertipu oleh permainan Jamal dan Hj. Osman.

Hj. Osman gagal membawa PKR Perak menjadi lebih baik…malah beliau sepatutnya bertanggungjawab diatas keruntuhan Pakatan Rakyat Perak. Beliau jarang berada di Perak…hanya muncul kalau Anwar datang kePerak. dan beliau gagal mengawal tingkah laku Jamal dan Osman.

Ketegasan Nizar telah menyebabkan Jamal dan Osman menyimpan dendam. Dan apabila Hamdan Taha datang berjumpa beliau untuk menawarkan pakej Umno untuk berpaling tadah…Jamal dan Osman terliur.

Umno menjanjikan kepada Jamal dan Osman satu pakej istimewa. Kes mereka akan ditarik balik, jawatan EXCO yang mereka pegang semasa didalam Pakatan Rakyat akan dikekalkan dan bonus sebanyak tiga juta ringgit seorang.

Bukan setakat Jamal dan Osman sahaja yang ditawarkan…malah Kesavan dan Yunus Jamhari juga mendapat tawaran pakej istimewa Umno ini…tetapi Kesavan dan Yunus lulus ujian moral ini dengan menolak tawaran tersebut.

Jamal dan Osman menerima tawaran untuk menyertai Umno…dan runtuhlah Pakatan Rakyat Perak.

Tetapi Jamal dan Osman tidak mengetahui bahawa Hee juga akan menyertai pembelotan tersebut kerana Hee diuruskan oleh Vincent Tan. Apabila mengetahui bahawa Hee mendapat 20 juta ringgit yang dibayar melalui Berjaya Corporation, Jamal meletakkan syarat. Bahawa dia akan kekal sebagai calon bebas…sehinggalah semua pakej tawaran dipenuhi.

Selepas melompat…Jamal dan Osman tinggal di sebuah apartmen mewah, Duta Vista, bilik no 343 dan 344. Dan semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh Umno yang diuruskan oleh Hamidah Osman. (Dr. Khairudin membuat akuan bersumpah tentang hal ini. Kalau nak saman…saman Dr. Khairudin. Akuan bersumpah Dr. Khairudin boleh dilihat disini.

Umno merasakan bahawa rampasan kuasa yang dilakukan itu akan dapat diselesaikan dengan cepat dan tidak menjangka tentangan yang akan dibuat oleh Nizar dan Pakatan Rakyat Perak. Akibatnya mereka terpaksa mengatur strategi.

Dengan menunaikan semua janji yang dibuat kepada Jamal dan Osman, akan menyebabkan Umno akan teruk dihina oleh rakyat Perak. Lantas mereka mempermainkan Jamal dan Osman untuk mengembalikan imej Umno di Perak.

Jamal dan Osman merupakan liabiliti kepada Umno. Kalau Jamal dan Osman boleh meruntuhkan Pakatan Rakyat…mereka juga boleh meruntuhkan Umno. Lantas Umno cuba mengekalkan Jamal dan Osman…dengan melambat-lambatkan proses menunai janji yang mereka buat.

Bayaran kepada Jamal dan Osman dibuat secara beransur…RM100,000.00 sebulan. Kes mereka pula tidak diselesaikan dengan menarik balik tuduhan yang dibuat…tetapi cuba melengahkan perbicaraan. Dengan harapan…kes tersebut akan berpanjangan sehinggalah DUN Perak dibubarkan. Dan apabila Pilihanraya DUN diadakan, Jamal dan Osman tidak akan dicalonkan oleh Umno…dan Umno akan cuci tangan. Kalau PKR mencalonkan mereka…bermakna PKR menempah maut. Maka…Jamal dan Osman akan hanyut dengan sendiri.

Jamal dan Osman sudah tersepit. Umno dilihat memungkiri janji-janji mereka. Jamal dan Osman dijanjikan akan dilantik sebagai EXCO lebih awal, tetapi Umno menggunakan PRK Bukit Gantang sebagai alasan untuk menangguhkan perlantikan Jamal dan Osman. Dan Umno kecewa kerana Jamal enggan turun keBukit Gantang untuk berkempen bagi pihak mereka …manakala Osman gagal menarik penyokong-penyokong PKR untuk berubah kepada Umno. Tidak sampai 30 ahli-ahli PKR Bukit Gantang yang mengikut Osman. Kebanyakannya adalah sanak saudaranya sahaja.

Umno tidak melantik Jamal dan Osman sebagai eXCO seperti yang dijanjikan iaitu selepas PRK Bukit Gantang…sebaliknya menangguhkan sehinggalah selesai Hari Keputeraan Sultan Perak.

Tetapi sekali lagi Umno memungkiri janji terhadap Jamal dan Osman dengan alasan DUN Perak masih belum dikuasai oleh BN. Dan apabila rampasankuasa DUN berjaya dibuat oleh Umno..masih ada lagi halangan mereka..iaitu tentang siapakah Speaker yang sah. Lantas..perlantikan EXCO ditangguhkan lagi kepada 1 Julai 2009.

Sementara itu, kes rasuah mereka terus didengarkan dimahkamah dan tiada tanda bahawa Umno akan menarik balik tuduhan yang dibuat terhadap Jamal dan Osman. Osman mula ketar lutut. Dan dalam perbicaraan awal, Osman sudah mula meletakkan kesalahan kepada Jamal. Osman mengatakan bahawa dia hanya menurut arahan Jamal.

Osman sudah mula menghampiri pemimpin-pemimpin PKR dan menyatakan kekesalannya. Malah diberitakan bahawa Osman telah berjumpa Nizar dan meminta maaf terhadap apa yang berlaku.

Semua orang tahu…Osman hanyalah budak suruhan Jamal. Osman bukanlah seorang yang boleh membuat kerja-kerja EXCO…malah pernah menubuhkan sebuah syarikat dengan menggunakan namanya sendiri untuk mendapatkan projek-projek dibahawa EXCO Pelancungan Perak. Apabila diberitahu bahawa sebagai penjawat awam…dia tidak boleh memegang jawatan dalam syarikat, maka dia menggunakan nama seorang perempuan..yang kemudiannya menjadi isteri keduanya. Samaada ‘perkahwinan’ mereka sudah disahkan oleh JAIP…wallahualam.

Kini…Osman sudah mempunyai (isteri ketiga). (perkataan didalam kurungan kerana tidak dapaat disahkan sama ada benar itu isteri beliau. Tetapi semasa berjumpa dengan dua pemimpin PKR Bukit Gantang pada 29/6 lalu di Taiping, beliau bersama ibunya dan seorang perempuan yang diperkenalkan sebagai isteri’nya). Kehadiran ibu dan isteri ketiganya adalah sebagai ‘camourflage’ kerana dia sentiasa diawasi.

Dalam pertemuan tersebut…beliau menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku. Dan seperti biasa, dia menyalahkan Jamal kerana memperdayanya. Beliau juga menyatakan sesal kerana beliau tidak lagi boleh kembali kekampung seperti biasa…tidak mendapat habuan yang dijanjikan oleh Umno…sedangkan beliau sekarang terpaksa menanggung tiga bini.

Umno Perak menyedari hal ini lantas mengadakan satu mesyuarat tergempar keesokan harinya (30/6) di Ipoh. Dan hari tersebut, mereka gempar kerana Jamal dan Osman tidak dapat dihubungi. Malah panggilan kepada Osman telah dijawab oleh mesin..”nombor yang anda hubungi belum diberi perkhidmatan!”

Dalam kekalutan itu…mereka cuba membuat apa yang dibuat oleh Nizar dulu..iaitu dengan cuba membubarkan DUN Perak.

Osman ‘hilang’. Jamal masih berada di Tanjung Malim pada hari Selasa 30/6 tetapi tidak mahu menjawab panggilan dari Umno. Beliau berbincang dengan orang perantaraan PKR tentang bagaimana untuk membalas dendam terhadap Najib yang gagal menunaikan janji. Malah Najib cuba mencuci tangan dengan menyerahkan semuanya kepada Zamry.

Apa yang dilakukan oleh Jamal terhadap Umno sekarang…sama dengan apa yang dilakukan olehnya terhadap Anwar dan PKR semasa tawar menawar dengan Najib dulu. Kalau Jamal boleh menjatuhkan PKR dan Pakatan rakyat Perak…Jamal juga boleh meruntuhkan Umno di Perak.

Apakah tingkah laku Jamal ini kerana mahu membela bangsa Melayu yang ditindas oleh DAP ataupun Nizar Boneka? Apakah yang telah dilakukan oleh jamal sejak menjadi boneka Umno? Sudah berapa ramai orang-orang Melayu yang dibantunya selama beliau menjadi boneka Umno?

Yang nampak…beliau hanya menambah B1N1. Dari dua selepas PRU 12, sekarang sudah empat.

Begitulah berkuasanya katak di Perak.

1.2 juta pengundi Perak ditipu oleh Jamal. Anwar yang dikatakan bijak..juga ditipu oleh Jamal. Malah Sultan Perak dan Raja Muda yang dikenali sebagai Sultan yang paling bijak…juga ditipu oleh Jamal.

Jamal menurunkan tandatangan dihadapan Sultan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan Nizar sebagai Menteri Besar. Jamal juga menurunkan tandatangan dihadapan Sultan sebagai tanda menyokong Umno Barisan Nasional. Apakah Jamal akan menurunkan tandatangan sekali lagi…kali ini untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Behrang?

Semalam…pemimpin PKR Perak bermesyuarat. Najib sudah tidak berani keluar negeri. Rakyat Perak resah gelisah. Semuanya kerana kuasa politik Perak terletak ditangan seorang penipu… seorang yang tidak berprinsip.