Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Rabu, 30 Disember 2009

MALAYSIA TERKENAL DENGAN PENGIMPOT BARANG TERPAKAI, KINI PULA PENGEXPOT BARANG CURI.

TOLAK KERAJAAN BN

Hari ini Malaysia lebih hebat dari segala-gala 1 Malaysia. Sudah menjadi pengexpot barang belum terpakai keluar negara.Walaupun barangan itu bukan buatan Malaysia. Memalukan Malaysia, bukan 1 Malaysia.

Rakyat marhain merasa malu pada negara-negara Asian yang Malaysia dianggap seperti, adalah negara pasaran gelap. Rakyat marhain tidak rela terhadap sikap kerajaan 1 Malaysia yang tidak tahu menilai demokrasi berparliman mengikut sistem pilihanraya. Inilah retorik yang dibendong oleh TDM sejak lama dulu.

Kalaulah umno berperinsip dengan slogan “menebus maruah bangsa” bukan caranya untuk mengexpot barang curi. Hari ini 1 Malaysia tidak berperanan membela negara untuk rakyat Marhain. Malah membenar supaya negara diperkosa.

Rakyat marhain wajib tolak sikap kerajaan 1 Malaysia yang tidak berprinsip. Rakyat marhain perlu kepada mengexpot barangan Malaysia yang tulin lagi bernilai. Memahami keperluan penggunaan rakyat dan tidak mengimpot barang terpakai untuk kebaikan rakyat.

Malaysia dibanggakan dengan suka membantu /dermawan pada negara-negara susah. Pada masa yang sama kita pula guna pakai barangan terpakai. Dimanakah kedudukan Malaysia lebih 50 tahun merdeka?

Rakyat Marhain yang benar-benar prihatin bertanggungjawab kepada keselamatan negara, sama-sama bertindak dan gunalah sistem demokrasi yang sedia ada. Kekalkan dan memertabatkannya dengan telus berperinsip mengikut lunas Pilihan Raya.

Jadi, pastikan semasa PRU 13 nanti sama-sama kita pilih calun-calun yang berwibawa untuk PR, pada masa yang sama kita menjadi mudah menolak bn jahanam dikala itu.

Kita perkasakan pimpinan kita, memertabatkan pimpinan kita kepada minda yang terbuka iaitu Wakil Rakyat Hak Rakyat. Bukannya Wakil Rakyat mengguna kuasa ezegetif untuk sesukahati. Rakyat juga adalah hakim negara.

Jadikan iktibar pada kita semua. Apa yang Najib lakukan pada Malaysia, bukan 1 Malaysia.

Lihat pula kepada tingkah laku Zaid Ibrahim semasa berada dalam kabinet. Sepertimana juga DSAI lakukan semasa saat hampir kepada bakal menjadi PM.

Najib bukanlah pembela negara, malah akan menghancurkan negara kepada kesengsaraan rakyat marhain.

Harapan DSAI yang sanggup memilih penjara adalah kepentingan negara serta rakyat marhain dan bukan kepentingan peribadi yang tidak bermakna. Kita rakyat marhain yang tidak pernah kepenjara kerana pertahankan rakyat marhain, hendaklah memahami keperluan yang dialami DSAI.

Yang penting kita rakyat marhain gunalah hujung jari dengan mata pencil 2b untuk memangkah dalam kotak dengan betul semasa PRU 13 nanti. Bukan itu saja, perlu pastikan kita berhak boleh mengundi. Jika tidak, mendaftarlah segera supaya tidak ketinggalan dari dinafikan sewaktu mengundi.

HINDARKAN DARI DIPERKATA ORANG, MALAYSIA PENGEXPOT BARANG CURI.

INDAHKAN MALAYSIA NEGARA DERMAWAN.

Isnin, 28 Disember 2009

Penyokong PAS atau UMNO?? Kerja Banggang bin Bahalol!!!

Apa hal pulak ada 'pihak' tertentu mahu PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat?? Tak masuk akal betul. Inilah kerja orang bodoh yang nak memperbodohkan orang lain. Ini namanya kerja banggang bin bahalol!!!

Fuuulaaamak... kalau tengokkan gelagat para peserta demonstrasi ini, nak tergelak pun ada. Sori... sori... bukan nak tergelak tetapi dah tebahak-bahak punya gelak. Lakonan paling kaku yang pernah aku tengok. Siap bawak sepanduk... dengan pelbagai saranan buat PAS. Ini salah satu contohnya.


Jadi boneka DAP dan PKR?? Astaqfirullah... siapa pulak jadi boneka kepada siapa ni?? Ketiga-tiga parti ada integriti dan kredibiliti masing-masing. Kalau tak ada ... takkan rakyat beri kepercayaan untuk memerintah Selangor. Siapa sebenarnya mahu PAS keluar daripada Pakatan Rakyat?? Penyokong PAS atau UMNO??

Rasanya, para penyokong PAS taklah giler babi, bertindak sampai begitu sekali tetapi UMNO punya penyokong tak mustahil.... sebab, ia memang sudah sedia meroyan sejak Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Dan... sejak idea UG ditolak oleh para penyokong dan akar umbi PAS, lagilah mereka giler babi ya amat sangat.

PAS menghadapi masalah sokongan bukan-Melayu disebabkan UG, jadi takkanlah ia bodoh sangat nak keluar dari Pakatan Rakyat pula. Bunuh diri namanya tu... Setelah semuanya reda, terutama... selepas UG dikunci dan Konvensyen Pakatan Rakyat diadakan serta Pakatan Rakyat bakal dirasmikan dan hanya menunggu untuk mendapatkan kelulusan ROS saja, PAS pasti tidak akan menjejaskan peluangnya untuk menang dalam PRU13 nanti. Selagi penyokong bukan-Melayu menyokong dan mengundi PAS, selagi itulah UMNO berada dalam bahaya. Menyedari hakikat inilah, UMNO semakin gelisah dan gelabah.... kerana mereka sedar, peluang untuk merampas semula Selangor amat tipis.

PAS sebenarnya tak ada masalah dengan PKR dan DAP. Yang bermasalah dengan mereka ialah mereka yang kempunan nak terajui kuasa di negeri Selangor serta dua tiga kerat pengikut mereka yang terkena penyakit ketagihkan UMNO. Kalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat... sudah pasti PAS di Selangor akan kecundang menonggeng dalam PRU 13 nanti. Jika, PAS kekal dalam Pakatan... harapan untuk menang amat cerah tetapi kalau ia keluar... alamat menangis tak berlagulah!!


Lantaran itu.... usahlah termakan dan terpedaya dengan lakonan drama tajaan UMNO ni!!! Ini semua adalah tindak tanduk UMNO dan para penyokongnya yang terdesak. Terdesak dan kemarukkan kuasa!! Kuasalah sebenarnya yang menjadi kegilaan mereka. Sebab itu mereka bertindak macam orang gila!! Mereka ingat orang akan percaya dan terpedaya. Pigiraaahhhh!!!

Cuba tengok gambar ini pulak. Ha ha ha ha... demi Islam, PAS kena keluar daripada Pakatan Rakyat. Ya ke?? Habis... keluar Pakatan, kemudian nak masuk UMNO, begitu?? Isy... isy.. isy... usah buat lawaklah!! Karang aku tergelak sampai termuntah, susah pulak. Fuuuiiyoo.... UMNO memperjuangkan Islam!! Don't play.. play... Demi perpaduan Melayu-Islam, babe... Aha, demi perpaduan Melayu-Islam, PAS kena keluar Pakatan. UMNO ni.... jenis Melayu makan Melayu, boleh caya ka??

Aku... nama UMNO, mampus hidup balik, tak percaya dah!! Dah serik... UMNO, parti Melayu khianat Melayu... UMNO, parti Melayu khianat kepada agama. Sebab itu pada aku... UMNO parti lahanat!!

Sekiranya memang ada para penyokong PAS yang berdemonstrasi menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, maka... memang bangganglah mereka. Dan... jika UMNO menjadi dalangnya, well.... silap besor ler. Frust menonggeng ler komer. Jangan harapPAS akan keluar . PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat.

By the way... berapalah agaknya samdol-samdol tu dapat untuk membiarkan UMNO mencucuk hidung mereka untuk berdemonstrasi tu?? Sorang.. RM50?? RM100?? Nasi bungkus dan sebotol air mineral, mungkin?? Ha ha ha... Alahai, Melayu... Melayu!! Malu aku, ada Melayu macam itu...

Selasa, 22 Disember 2009

MELEPASI GARIS MAMPU KEMENARA PERDANA MENTERI MALAYSIA PRU13

IMBAS LEMBALI ARTIKAL INI!!!!

Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri Malaysia – The Jerusalem Post

By aidc

Oleh : Shani Ross

Parti-parti pembangkang Malaysia telah memperoleh kemenangan yang bermakna dalam pilihan raya peringkat parlimen yang diadakan pada Ahad, 8 Mac. Kejayaan mereka menunjukkan satu keinginan yang sedang meningkat untuk perubahan politik dan memajukan demokrasi di Malaysia. Keputusan pilihan raya ini bermakna parti memerintah Barisan Nasional (BN), tidak lagi mempunyai majoriti dua pertiga untuk parlimen, Ini bermaksud bahawa kuasanya telah terbatas dalam sesetengah perkara, sebagai contoh ia tidak boleh meminda atau pelantikan jawatan penting tanpa sokongan pembangkang.

Akhirnya, keputusan pilihan raya bermaksud sistem checks and balances (periksa dan seimbang) , satu prinsip yang diperlukan dalam mana-mana demokrasi yang sebenar.

Parti pembangkang terbesar, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah memenangi 31 kerusi, satu kemenangan yang bererti jika dibandingkan kepada satu kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya 2004.

Kejayaan PKR telah memberikan erti yang besar kepada kebangkitan kembali karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Sebagai seorang penyokong Islam sederhana, keadilan agama dan budaya yang saksama, dan demokrasi yang bebas, populariti Anwar semakin meningkat, dengan sesetengah laporan mencadangkan bahawa pakatan pembangkang perlu memenangi pilihan raya seterusnya, dia mungkin akan berada dalam laluan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Anwar menceburkan diri dalam karier politiknya pada 1982 dengan menyertai United Malays National Organization (UMNO), pada masa ini merupakan parti terbesar dalam Barisan Nasional (BN). UMNO dipimpin oleh Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat.

Pada 1991, Anwar telah dilantik sebagai Menteri Kewangan yang kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Mahathir pada 1993. Tempoh Anwar sebagai Menteri Kewangan telah digambarkan oleh kemakmuran dan kemajuan ekonomi yang tidak pernah berlaku dahulu, memberikannya sambutan yang meriah oleh rakyat di merata tempat.

Bagaimanapun, karier politiknya terhenti secara tiba-tiba apabila dia menentang hebat kepada sokongan Mahathir terhadap program untuk Bumiputera (penduduk asal). Penentangan ini membawa kepada sabitan rasuah dan liwat (hukumannya adalah 6 dan 9 tahun masing-masing, walaupun sabitan liwat telah digugurkan pada 2004).

Selain itu, sekiranya bukan kerana tuduhan jenayah ke atasnya, Anwar telah menjadi ikon untuk perkembangan politik, keadilan dan kesamarataan, dia mengekalkan banyak sokongan selama bertahun-tahun kerana usaha yang dilaksanakan oleh isterinya, Wan Azizah Ismail, individu yang mewujudkan PKR pada 1999, untuk mendesak pembebasan suaminya.

PKR juga mengekalkan pembaharuan politik Anwar (yang kemudiannya dikenali sebagai ‘reformasi’) dan agendanya bernafas. Sejak dibebaskan dari penjara, Anwar cuba untuk menggiatkan semula kempen politiknya dengan mencabar kerajaan sekarang, diketuai oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi, dengan menjadi peneraju utama isu panas, secara terperinci adalah ‘Dasar Ekonomi Baru’. Diwujudkan pada akhir 1970-an (sekarang dinamakan sebagai Dasar Wawasan Negara), dasar yang bertujuan untuk melahirkan suasana perpaduan nasional dengan mengurangkan jurang perbezaan antara etnik, namun dari segi praktikalnya ia cenderung memberikan layanan kepada Bumiputera, mewujudkan peningkatan masyarakat Melayu kelas pertengahan dan oleh yang demikian di bantah hebat oleh etnik India dan Cina yang tidak mendapat manfaatnya.

Anwar diberikan sambutan yang hebat oleh kejayaannya dalam mewujudkan perpaduan di antara parti pembangkang yang sebelum ini berpecah, yang menghasilkan kemenangan pakatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan jumlah keseluruhan 82 daripada 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya baru-baru ini.

Dipertimbangkan sebagai salah seorang penceramah yang paling berkarisma di Malaysia, sokongan Anwar terhadap platform politik PKR sedang memperoleh momentum yang sangat bermakna.

Pada Februari 2008, PKR menerbitkan Manifesto Keadilan bertajuk “A New Dawn for Malaysia,” (Era Baru untuk Malaysia), memperincikan wawasan parti untuk meletakkan semula Malaysia ke laluan ekonomi, politik, pendidikan dan kemakmuran budaya. Dengan kekuatan lima negeri, parti pertama menjadi penyokong utama kepada keadaan perlembagaan untuk semua, hak bumiputera dijamin sepenuhnya di samping hak bukan bumiputera dan mewujudkan politik yang tidak berasaskan kaum.

Dengan peningkatan peratusan penduduk yang tidak berpuas hati dengan status quo (keadaan sedia ada tanpa sebarang perubahan) politik, agenda pembaharuan PKR, sebagaimana yang disokong oleh Anwar, dilihat sebagai perubahan yang diingini oleh rakyat Malaysia. Larangan aktiviti politik Anwar akan berakhir pada akhir April dan sekiranya laporan tersebut benar, dia akan memenangi secara mudah pilihan raya kecil dan memegang kembali peranan di parlimen selepas isterinya dijangka mengosongkan kerusinya.

Halangan utama yang diperkatakan oleh penganalisis, sebaik sahaja Anwar secara rasmi menceburi politik semula, dia perlu secara berterusan membuktikan kemampuan politiknya dan memastikan parti-parti pembangkang yang telah berpisah sejak sekian lama mengekalkan pakatan yang berjaya dan oleh yang demikian urus tadbir yang efektif dalam melaksanakan perubahan dalam negeri-negeri yang mereka kuasai.

Apabila mereka berbuat demikian, penganalisis selanjutnya menjangka bahawa pakatan pembangkang mungkin mempunyai peluang yang cerah untuk menewaskan parti pemerintah dalam pilihan raya 2013, oleh yang demikian meletakkan Anwar sebagai perintis dan sebagai Perdana Menteri.

Shani Ross adalah Koordinator untuk Persidangan dan Program Eksekutif, International Institute for Counter-Terrorism (Institut Antarabangsa untuk Melawan Keganasan), Pusat Antara Disiplin Herzliya, Israel.

Nota – AIDC menterjemah artikel asal bertajuk “Interview with Anwar Ibrahim : Malaysia’s Future Prime Minister?, diterbitkan pada 20 Mac 2008 oleh Akhbar harian Israel,The Jerusalem Post . Arikel asal klik di sini

Isnin, 21 Disember 2009

INILAH MUKA-MUKA MP BN YANG BOIKOT NAJIB

MENTERI


Sembrong – Tambun – Husni Hanadzlah, Tasik Gelugor – Nor M Yackop, Penampang – Bernard Dompok,Hishamuddin, Bagan Datok – Zahid Hamidi


Semporna – Shafie Apdal, Marudu – Maximus Ongkili, Betongi – Douglas Uggah, Pasir Gudang – Khaled Nordin, Jelebu - Dr Rais Yatim


Jeli – Mustapa Mohamed, Lumut – Kong Cho Ha, Kemaman – Shabery Cheek, Tampin – Shaziman Mansor


Tg Karang – Noh Omar, Segamat – S Subramaniam, Raub - Ng Yen Yen, Kimanis - Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI


Baram - Jacob Dungau, Bt Pahat – Puad Zarkashi, Beaufort – Lajim Ukim, Cam Highland - Devamany


Jerlun - Mukhriz Mahathir, Kampar – Lee Chee Leong, Kluang - Hou Kok Chung, Larut – Hamzah Zainuddin


Muar - Razali Ibrahim, Papar – Rosnah Shirlin, Pontian – Ahmad Maslan, Sg Besar - Noriah Kasnon

AHLI PARLIMEN – BUKAN AHLI KABINET MENTERI


Alor Gajah - Fong Chan Onn, Bintulu - Tiong King Sing, Bukit Katil - Md Sirat, Bt Sapai - Edmund Chong, Batang Sadong - Nancy Shukri


Gelang Patah – Tan Ah Eng, Gua Musang – Razaleigh Hamzah, Hulu Rajang - Billy Abit, Igan – Abd Wahab, Jerantut – Tengku Azlan


K Batas – Abdullah Badawi, K Kangsar – Rafidah Aziz, Kalabakan – Ghapur Salleh, Kangar – Radzi Sh Ahmad, Keningau – Joseph Pairin


Kinabatangan – Bung Mokhtar, K Tinggi – Syed Hamid Albar, Kulai – Ong Ka Ting, Lanang - Tiong Thai King, Lawas – Henry Sum Agong


Libaran – Juslie Ajirol, mamboing – James Dawos, Mas Gading – Tiki anak Lafe, Mukah – Leo Michael Toyad, Pasir Salak – Tajuddin Ramli


Padang Besar – Azmi Khalid, Pengerang – Azalina Othman, Pulai –Nur Jazlan, Putatan – Makcus Mojigoh, Putrajaya – Tengku Adnan


Rembau – Khairy Jamaludin, Rompin – Jamaluddin Jarjis, Seria – Richard Riot, Setiawangsa – Zulhasnan, Sibuti – Ahmad Lai Bujang


Tebrau – Teng Boon Soon, Tg Batu – Idris Haron, Tg Malim – Ong Ka Chuan, Tg Manis - Norah Rahman, Tuaran – Mujilip Bumburing

..Kehadiran wakil BN hanya 48% mestilah dianggap GAGAL..!!! Manakala kehadiran wakil rakyat Pakatan sebanyak 78% dilihat jauh lebih bertanggungjawab dimata rakyat 1 MALAYSIA!

Sumber, Info Corner

Husam Musa: Jangan -jangan Menteri Pertahanan pun boleh hilang?

Enjin jet perang kita boleh hilang?

Satu hari, mungkin satu batalion tentera kita juga 'hilang'?

Ia satu jenayah serius yang melibatkan keselamatan negara.

Jika benar enjin yang sudah terpasang di jet perang dan jet itu bersama enjinnya sudah berada dalam negara, tetapi kemudian boleh hilang dan telah dibeli orang, ia bukan sahaja isu tentera. Ia juga isu kastam, polis dan inteligen negara.

Mungkinkah kehilangan enjin yang sudah tentu tidak kecil dan tidak ringan itu, hanya berlaku atas kertas? Maksud saya, enjin itu sebenarnya secara fizikal tidak pernah memasuki negara ini. Ia hanya transaksi atas kertas. Bill penghantaran sampai, dalam inventori ia ada, tetapi fizikalnya ia sudah pun dihantar ke destinasi pembeli sejak hari pertama.

Ini mungkin sekadar fiksi saya. Tapi andainya modus operandi sebegini memang berlaku, bayangkan apa lagi yang telah dibeli tetapi 'hilang' dan ke mana jatuh peralatan itu?

Tugas kerajaan sekarang bukan sahaja menyiasat enjin pesawat F-5E yang telah kini menjadi milik negara lain, tetapi juga siasatan menyeluruh terhadap kemungkinan wujudnya modus operandi sebegini yang tentunya melibatkan lebih banyak 'kehilangan' segala peralatan perang kita, termasuk bekalan makanan dan logistik yang lain.

Kalau enjin jet boleh lesap, apa lah sangat dengan beras, telur dan segala macam yang lebih ringan dan mudah.

Apa lagi, ia melibatkan pihak yang 'lebih tinggi' dalam Kementerian Pertahanan sendiri.

Jangan mudah Menteri Pertahanan menolak isu ini kepada satu dua pegawai tentera semata-mata, tetapi mesti bersedia untuk semakan menyeluruh oleh Suruhanjaya yang lebih telus.

Dalam kesempatan ini juga, saya menarik perhatian terhadap bekalan peralatan bermutu rendah, bahkan dalam setengah keadaan, membahayakan tentera kita.

Seperti yang dibangkitkan oleh YB Saifuddin Nasution dan YB Mahfuz di Parlimen, payung terjun yang dibekalkan oleh syarikat tertentu belum dikaji untuk ditarik balik. Sedangkan ia dikatakan telah melibatkan tujuh kematian tentera kita kerana spesifikasi yang tempang. Pihak tentera sudah tentu menyedari hal ini dan langkah segera perlu diambil dengan melupakan hubungan syarikat kroni, jika ada, dfalam hal ini.

Lebih banyak penelitian dalam isu-isu bekalan peralatan ketenteraan mungkin lebih mengukuhkan pasukan pertahanan negara.

Tindakan menyeluruh yang segera boleh membantu mengutuhkan integriti tentera di mata rakyat. Majoriti tentera kita sanggup berkorban jiwa raga dan mereka pasukan yang berdisipin dan begitu setia kepada negara pada setiap masa. Hargailah keikhlasan majoriti mereka dengan memberikan yang terbaik kepada mereka tanpa sebarang ruang pernyelewengan oleh sebegitu kecil pihak berkepentingan.

Sistem pemantauan lebih telus perlu mengambil termpatnya sekarang.


Sabtu, 19 Disember 2009

Konvensyen PR: Satu Pengukuhan perjuangan

semoga terjalin kekal menjadikan negara maju, rakyat muhibah nyata.

Angin Pendamai atau Winds of Peace, yang dicipta oleh penyanyi Blues Gang, Ito, akan bergema pada konvensyen pertama Pakatan Rakyat (PR) esok.

Mampukah Angin Pendamai yang menjadi tema lagu konvensyen esok menjadi titik permulaan kepada penyatuan perjuangan dan matlamat berdasarkan polisi bersama sebagai langkah pertama ke arah menerajui kerajaan pusat selepas PRU13?

Resolusi yang bakal diumumkan pada konvensyen esok hasil perbincangan pelbagai peringkat beberapa bulan lalu untuk menghasilkan satu rangka persefahaman bersama, sudah boleh dianggap satu pencapaian.

Dan hari ini, 1,500 perwakilan dari ketiga-tiga parti yang berbeza ideologi – PAS, PKR dan DAP – yang menjadi pendokong PR akan menentukan hala tuju gagasan itu dalam memperlengkapkan diri sebagai ’bakal’ peneraju kerajaan persekutuan.

Jika dikaji keputusan PRU12 secara halus, kejayaan PR yang menghilangkan majoriti 2/3 BN di parlimen dan memenangi 5 negeri, tidak termasuk Wilayah Kuala Lumpur yang hampir disapu bersih oleh PR, dicapai bukan berteraskan satu landasan perjuangan yang sekata.

Mereka bergerak atas sentimen me’nyah’kan 2/3 majoriti parlimen BN kerana bimbang dengan pelbagai penyelewengan yang diamalkan oleh Umno-BN hingga sudah membarah, bimbang-bimbang negara akan muflis.

Usaha ke arah menyelaraskan perjuangan diteruskan. Sedikit demi sedikit, tapi dengan penuh keyakinan, mereka merapatkan jurang perbezaan yang ada bersandarkan kesedaran membina sebuah negara yang komited untuk rakyat.

Laporan Ketua Audit Negara yang memuji kecekapan pentadbiran PR di empat negeri yang di perintahnya, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, membuktikan ketelusan, kecekapan dan integriti PR sebagai kerajaan yang sudah bersedia untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Kesan daripada PRU12, memperlihatkan kemunculan pakatan pembangkang mampu memainkan peranan “mengawasi dan menegur” terhadap pentadbiran Umno-BNl dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.

Di sebalik kejayaan tersebut, PAS, PKR dan DAP dan terus mencari formula terbaik ke arah mewujudkan persefahaman jitu sesama mereka.

Tanpa bergerak pada satu landasan perjuangan bersama, PR sudah mampu membuktikan kewibawaan, sekalipun tidak dinafikan ada kelemahan-kelemahan yang sering digunakan oleh media arus perdana untuk melaga-lagakan gagasan itu.

Namun tempoh setahun setengah pemerintahan sejak PRU12 Mac tahun lalu, ia boleh dianggap pencapaian yang jauh lebih baik berbanding Umno-BN yang sudah menerajui negara ini selama 52 tahun.

Maka konvensyen sulung PR esok pastinya dinanti dengan penuh debaran, tapi lebih kepada satu harapan di kalangan rakyat yang mahukan perubahan untuk melihat ‘negara yang komited’ untuk rakyat.

Ramai tidak mengharapkan semua perjuangan dan ideologi akan dapat di ’selaraskan’ mengikut satu landasan bersama. Tapi sedikit kemajuan hasil konvensyen itu sudah cukup untuk menjadi titik permulaan meletakkan PR di landasan yang betul untuk terus bergerak atas polisi bersama dengan konsep ketuanan rakyat.

Adalah diharapkan selepas konvensyen sulung ini, PR yang kini memiliki 82 kerusi Parlimen berbanding 137 BN, mampu menghayun langkah pertama menggantikan BN. Bukankah destinasi PR ke Parlimen sebagai kerajaan persekutuan bermula dengan langkah yang pertama? -FMT

http://greenboc.blogspot.com

Selasa, 15 Disember 2009

LUAH MATI EMAK, TELAN MATI BAPAK!

Ini ada sedikit nasihat kepada sesiapa yang kempunan atau ada hati nak masuk UMNO... parti Melayu tetapi sebutan masih ikut sebutan bahasa penjajah. Begitulah kuatnya kasih dan sayang mereka kepada penjajah.



Sebab itu, sekarang mereka ikut stail penjajah. Kalau dulu orang putih menjajah kita. Sekarang... demer pulak yang menjajah kita. Siapa yang peka... sedor ler tapi, bagi demer yang lena.. hanyut ler komer!!

Fikir baik-baik sebelum masuk UMNO. Sebab... bila udah masuk, komer akan menjadi, samada lembu yang akan dicucuk hidung... yang akan kena perbodoh macam lembu atau, komer akan jadi burung kakak tua.... yang hanya boleh kata 'yes' sahaja atau komer akan jadi kumpulan head-banging yang kerja komer asyik kena angguk-anggukkan kepala saja. Ingat... angguk-angguk jer, geleng-geleng tak boleh tau!!

Kalau komer geleng-geleng kepala.... maknanya komer akan berada dalam bahaya. Kalau komer pegang jawatan... jawatan boleh lenyap!! Kalau komer jadi menteri atau timbalan menteri, alamatnya... tergugurlah kamu macam nangka busuk!!

Dalam keadaan senario politik negara sekarang... ada dua nama yang rasanya bakal dipenggal daripada jawatan yang mereka pegang. Sorang... menteri berkepala botak. Kuat benor dia berkokok sehinggakan sakit telinga orang Satu Malaysia. Kokoknya pulak... menentang BTN ejen propagandaUBN. Tapi... ini mungkin lakonan demer jer kot untuk mempromosikan Satu Malaysia. Satu Malaysia udah ada... buat apa BTN?? Satu Malaysia udah baik sesangat dah... so... kita promote jer Satu Malaysia habis-habisan.

Sebab kedua mengapa ayam sabungan botak UMNO ni, mungkin digugurkan... ialah kerana kuat dan deras benor lawan mentor si Najib. Ada ke, dikatanya orang tua rasis!! Kempunan nak jadi PM lagi ler!! Sorang... biadap dan sorang lagi... bior padan mukanya!!

Sorang lagi yang akan meninggalkan kerusi empuknya di YADIM ialah Ustaz UMNO, si Nakhaie Ahmad. Uuuuu.... kesalahan dia besar. Dia kata.... ROSMAH BERDOSA sebab TAK TUTUP AURAT!!!

Dia ni sebenornya kena perangkap dengan soalan yang ditanya oleh salah seorang peserta dalam wacana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre. Terkulat-kulat dia terpaksa menjawab solan cepu mas.

Nasib ler... Mau tak mau terpaksa ler juga jawab dengan betul, tak boleh nak elak dan kelentong. Nanti kena tibai pulak. Jawab mampus... tak jawab pun mampus!! Kesian kat dia. Itulah dia nasib ulamakUMNO. Ater...sapa suruh gatei masuk UMNO!!

Kita tengok ajerlah nanti, samada dia masih kekal dikerusi empuk YADIM atau....??

Aha... kepada demer-demer yang rasa-rasa nak masuk UMNO, macam mana?? Nak proceed atau nak lupakan niat di hati?? Pikir-pikirkan lah....

Mengapa ?...Tak percaya ? Klik di sini.

Isnin, 14 Disember 2009

RAKYAT BERHARAP P.RAKYAT BERSEDIA KEPUTERAJAYA.



Kerajaan bayangan dah pun teratur. Tapi apa nak buat, terpaksa kena tunggu PRU13. Kerana DSAI pun dah buat kenyataan terbuka diSerawak, tersalah pilih calon MP. Dan MP yang menang pula banyak yang tak boleh harap. macam um.. > DS! mereka-mereka tu, kerana dulu dalam umno tak dapat bahagian kut. Hari ini dia lepas geram. Pasal tak punyai Jati Diri.
Walauapapun PRU 13 nanti, kita sekarang kena dengar banyak pihak (akar umbi) untuk pilih calun yang memiliki Jati Diri. Bersemangat tu............!


Peperangan mulut antara TDM dan Nazri pasti membawa padah buruk kepada image parti UMNO. Ini telah menggambarkan bahawa tiada ada kata sepakat lagi dalam UMNO. Pemimpin tuanya berani cakap ikut suka hatinya sahaja, bagi pemimpin muda pula mereka sudah tidak tahu menghormati pemimpin tua.

Sebenarnya Nazri terlalu banyak 'terhutang budi' terhadap TDM, malang nya ianya tidak tahu mengenang budi. Jika mahu juga menegur bekas boss nya, dia patau buatnya dengan cara lebih bersopan dengan tidak menimbulkan sebarang sangkaan tidak baik.

Seperkara lagi pula berkenaan Ketua Pemuda UMNO. Sehingga kini tidak ada nampak sebarang tindakan atau tugasnya dalam memantapkan kedudukan UMNO. Sepatutnya sebagai Ketua Pemuda dia mestilah aktif dan lantang bersuara kesana kemari memantapkan kedudukan UMNO untuk menghadapi PRU13 yang semakin hampir tiba.

Melalui banyak laman blog yang pro-UMNO mahukan KJ berundur sahaja dari memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO. Sekarang sudah timbul pula dua kumpulan dalam pergerakan Pemuda UMNO. Perpecahan ini sedikit sebanyak pasti akan melemahkan pergerakan Pemuda UMNO.

Dua perkara kecil yang diatas ini cuma sebahagian kecil sahaja yang telah tertimbul kepada pengetahuan umum, sebenar nya sangat banyak lagi perkara2 yang lebih besar dan sangat rumit sedang di hadapi oleh UMNO.

UMNO pasti tumbang pada PRU13 nanti.

Ahad, 13 Disember 2009


Tarikh : 13/12/2009
Penulis : Khairul Izwan Bakeri



Program Majlis Khatan Perdana Daerah Petaling bagi tahun 2009 dirasmikan oleh Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Seri Indah Diraja Dato’ Haji Abu Bakar Haji Abdul Hamid.

Sungai Buloh – Lembaga Zakat Selangor daerah Petaling dengan kerjasama Masjid Bandar Baru Sungai Buloh dan Klinik Wakaf An-Nur telah mengadakan Program Majlis Khatan Perdana Daerah Petaling bagi tahun 2009 bertempat di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh yang dirasmikan oleh Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Seri Indah Diraja Dato’ Haji Abu Bakar Haji Abdul Hamid.


Seramai 75 peserta berdaftar untuk program pada tahun ini yang mana meliputi anak-anak asnaf fakir dan miskin seluruh daerah Petaling merangkumi usia sekitar 7 hingga 12 tahun. Anak-anak asnaf ini diraikan dalam upacara perarakan dan mandi hujan beramai-ramai dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh.






Anak-anak asnaf ini diraikan dalam upacara perarakan dan mandi hujan beramai-ramai dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh.

Sabtu, 12 Disember 2009

BN SUKA SLOGAN 1 MALAYSIA, MAka terimalah hakikat, 'Kepercayaan kepada Tuhan'.

Nga Kor Ming dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan di Parlimen beberapa hari lalu menyatakan bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM748.26 juta untuk pembinaan masjid dari 2000 hingga 2008 tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam.

Beliau menyatakan agar agihan lebih adil disalurkan kepada masyarakat bukan Islam kerana prinsip pertama Rukun Negara adalah 'Kepercayaan kepada Tuhan'.

Dimana salahnya dengan kenyataan beliau tersebut sehingga ramai yang naik hangin dan menuduh bermacam-macam kepada Nga Kor Ming.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz menganggap Kor Ming tidak menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan, Ibrahim Ali pula menganggap Nga Kor Ming sebagai biadab, Harus sani pula kata Nga Kor Ming membangkitkan sentimen permusuhan antara orang Islam dan bukan Islam.

Nga Kor Ming sekadar menagih simpati hak sebagai rakyat Malaysia bukan Islam atas prinsip pertama rukun Negara iaitu ‘Kepercayaan kepada Tuhan’

Tetapi yang amat musykil sekali ialah kenyataan Nasharudin Mat Isa yang menyatakan yang saling tidak tumpah seperti juak-juak Umno dengan kebimbangannya :

“Kenyataan Nga boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham umat Islam,” katanya di sini

Sementara itu, pujian harus diberikan kepada Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad yang secara tidak teragak-agak menegaskan bahawa Islam mampu memberikan keadilan kepada semua pihak - termasuk isu dana rumah ibadat - seperti yang parti itu tunjukkan dalam pentadbirannya di Kelantan.

"PAS juga tidak menolak tuntutan penganut agama lain bagi mendapatkan hak mereka secara adil dan kita yakin perkara ini boleh dibincangkan secara bijak dengan mengambil contoh terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan PAS di Kelantan selama hampir 20 tahun ini." Baca di sini

Tetapi yang hairannya pula, bila isu penjualan tanah wakaf yang nilainya jutaan ringgit disini puak-puak ni senyap belaka macam dah mampus!

Jumaat, 11 Disember 2009

11-Desember-2009.Jumaat.

UCAPAN HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR KE64


DAULAT TUANKU

Sembah Patik Mohon Diampun.
Tahniah Duli Yang Mulia Sultan Selangor. Sultan Sarafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke 64.

"SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PEMERINTAH BERJIWA RAKYAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU"


SEMBAH TAKZIM DARIPADA

anak bugis




Sultan Sarafuddin Idris Shah Ibni Almarhum
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
.


Khamis, 10 Disember 2009

"Isi Hati dan Hati Perut"

Mahathir memang dikenali sebagai seorang yang tegas. Sejak dipecat dari umNo di zaman Tengku Abd Rahman beliau seorang yang konsisten. Ternyata beliau kembali sebagai seorang negarawan yang popular. Beliau dikenali sebagai seorang yang tegas membela nasib umat Islam di dunia khususnya dari penindasan Yahudi walaupun di negara sendiri beliau sendiri kelihatan seumpama Yahudi.

Selepas melepaskan jawatan sebagai PM lantaran tekanan dan kesedaran kemuncak kuasanya kian tergugat, Mahathir melepaskan jawatannya lantaran "kasihnya kepada umNO". Beliau meninggalkan tahta dengan penuh nestapa... Pak Lah yang ditabal sebagaipenggantinya diharapkan menjadipenyelamat umNO walau kasihnya kepada Najib melebihi orang lain. Mahathir terkenal sebagai seorang PM yang suka melantik kabinet bermasalah supaya mudah mengawal mereka. Ia sebahagian cara yang termaktub dalam protokol Yahudi. Ternyata Mahathir silap menjangka apabila Pak Lah tidak melepaskan jawatannya. mahathir terpaksa berhempas pulas menyerang Pak Lah hinggalah keputusan PR 12 menyebabkan Pak Lah tak mampu bertahan lagi. Sebagaimana ia kembali ke umNo selepas Tengku, begitulah beliau kembali ke umNo selepas Pak Lah.

Pemerhati melihat Najib adalah proksi Mahathir sebelum ini. Ia diperkuatkan lagi apabila kabinet Najib melantik Mukhriz yang kalah ketua pemuda dan meninggalkan Khairy yang menjadi nakhoda pemuda terumbang ambing tanpa jawatan menteri. Namun serangan Mahathir kali ini dilihat seakan ingin menumbangkan Najib pula.... Ternyata Nazri Aziz menjadi pembela di saat Najib masih berdiam diri. Najib dilihat sedang bermain politik simpati. Beliau hanya mengunakan "ghurka" politik seperti Nazri sebagai pembela.

Kini pandangan politik mula melihat Najib akan terus menjadi sasaran serangan Mahathir apabila ada tanda kasih Mahathir sudah jatuh kepada Mahyudin. Ternyata Mahyudin adalah orang yang membela Mahathir dari serangan Nazri. Memang sejak Najib mengambil sikap mendiamkan diri dari seranganMahathir terhadap Pak Lah telah merubah kepercayaan Mahathir kepada Najib namun perkembangan terakhir menguatkan lagi tanggapan tersebut.

Apapun umNo sedang menghadapi krisis keyakinan dan serangan dari seorang yang mengatahui "isi hati dan hati perut" umNO. Apabila Mahathir menyatakan usus umNo telah busuk ternyata Mahathir adalah "kepala taik" yang telah keluar dari isi perut tersebut. Mungkin Shahnon Ahmad melihat bahawa kerosakan umNo kerana kepala taik yang tak boleh keluar... Rupanya kepala taik yang sekian lama bertahan di dalamnya menyebabkan seluruh usus itu membengkak dan busuk.... Itu aduan dari kepala taik yang keluar darinya... ertinya umNO tidak dapat diselamatkan lagi....

Apakah ianya ada kaitan dengan doa TGNA supaya "pecah perut"? Kita nantikan sejauhmana kebusukan itu akan tersebar apabila perut itu pecah.... buat ahli dan penyokong umNo...bersedialah menyelamatkan diri dari kebusukan itu sebelum ianya membusukkan anda jua...

Rabu, 9 Disember 2009

JO DAH BERTAUBAT, CHE DET BERTANGGUNGJAWAB.

Sambil menegaskan bahawa Biro Tata Negara (BTN) tidak relevan dalam arus pembangunan semasa, bekas Pengarahya Datuk Johari Abdul berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak wajar menggunakan wang rakyat atas nama biro itu untuk menghentam Pakatan Rakyat.

Kata Jo, sebenarnya tidak ada apa yang silap dengan agensi itu tetapi menegaskan, sukatan BTN perlu dikaji semula kerana ia tidak disalahgunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN.

Bekas ahli Umno itu menambah parti itu mempunyai segala hak untuk menghadapi musuh-musuh politiknya dalam apa jua cara sekalipun.

“Tetapi jangan gunakan wang cukai rakyat untuk tujuan itu. Biar anda biaya sendiri,” katanya.

“Kalau Umno ada jabatan latihan, gunakan wang sendiri, OK tiada masalah. Tetapi jangan menggunakan wang rakyat... hendak kritik pembangkang OK, selagi ia tertakluk dalam undang-undang negara.

“Tetapi yang salah ialah apabila BTN diperuntukkan RM64 juta bagi tahun 2010 (peruntukannya digunakan untuk anjur program kritik pembangkang),” kata beliau pada Forum Adakah Biro Tata Negara Relevan Untuk Perpaduan Negara di sini malam tadi.

Kerajaan telah memperuntukkan RM64 juta di bawah Bajet 2010 untuk BTN. Pembangkang menggesa BTN ditutup.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan sukatan BTN akan dikaji semula ekoran kritikan pelbagai pihak.

Malah Nazri juga mengkritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis apabila mempertahankan BTN.

Malah beberapa pemimpin Umno mempertahankan operasi BTN.

Semalam, Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga mengakui bahawa beliau pernah menjadi mangsa kecaman dalam kursus BTN selepas keluar Umno akhir 1980-an.

Johari yang kini merupakan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Petani berkata, beliau menyedari tentang penggunaan BTN untuk tujuan politik semasa kepimpinan Dr Mahathir.

“BN menggunakan BTN dengan sepenuhnya untuk melakukan serangan peribadi. Ia menjadi ketara selepas 1998 (apabila Anwar dipecat) digunakan untuk memfitnah Lim Kit Siang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim seolah-olah mereka tidak patut berada di Malaysia,” katanya.

Johari yang mengetuai BTN selama empat tahun sebelum meninggalkannya pada 1990 berkata, beliau akhirnya “bertaubat” dengan apa yang berlaku.

“Saya tahu, tetapi saya sudah bertaubat sekarang,” katanya.

Kata Jo, pada awalnya beliau sedar akan kekurangan-kekurangan yang wujud tetapi tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan “pengaruh” Dr Mahathir ketika itu.

Johari memberitahu ketika ditubuhkan pada 1970-an BTN hanya merupakan satu unit di Kementerian Belia dan Sukan, yang dibentuk untuk mengawal gerakan Islam yang menentang kerajaan di pusat-pusat pengajian tinggi khususnya Universiti Malaya.

Ketika itu ia diterajui oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku pegawai kerajaan.

“Dan apabila Abdullah menjadi ahli politik sepenuh masa, badan itu secara rasmi menjadi BTN dan tujuannya adalah untuk meningkatkan keyakinan di kalangan pelajar Melayu dengan memasukkan idea-idea ketuanan Melayu,” kata Johari.

Bagaimanapun apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri, BTN digunakan sepenuhnya untuk tujuan politik Umno-BN.

Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003.

“Salah satu kursus yang diberikan kepada peserta Melayu ialah mempertahankan kerajaan Umno-BN dalam apa jua cara sekali. Jika kerajaan Umno-BN jatuh, orang Melayu disemai fikiran bahawa mereka akan menjadi hamba di negara sendiri,” katanya.

“Dan keadaan menjadi semakin buruk apabila Anwar dipecat oleh Dr Mahathir dan BTN digunakan dengan sepenuhnya untuk mengecam pemimpin-pemimpin pembangkang,” kata beliau lagi.

Selasa, 8 Disember 2009

USUS UMNO Sudah Busuk . Siri 2

Oleh : Ketua Pemuda PAS Pusat

UMNO Cabul Hak Rakyat
Rampas Royalti Minyak

1. Rakyat tidak lagi percaya kepada kepimpinan UMNO dan BN terutama merujuk kepada kenyataan TPM [ 8 Julai 2009 ] bahawa soal royalty minyak Kelantan akan dijelaskan oleh Petronas sendiri dan UMNO dan BN kononnya tiada niat menyeleweng hak Kelantan.

2. Hal ini sememangnya telah dijangkakan kerana rakyat sudah sedar bagaimana sepanjang PAS mentadbir Terengganu dahulu royalty telah dijadikan wang Ihsan .

3. Wang sebanyak RM 253.6 juta yang dibayar oleh Petronas kepada Kelantan lesap tanpa diketahui ke mana alirannya (menurut http://www.chedet.cc/). Dikatakan bayaran telah bermula sejak tahun 1976 lagi. Stok Kelantan mampu memberi pulangan sebanyak RM 1 bilion setahun kepada Kelantan jika semua telaga beroperasi.

4. Diperairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000). Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut :

* Blok A18,
* Blok B17 & C19,
* PM3,
* Sub-Blok Ular,
* PM301 & PM302,
* PM303,
* PM311 & 312

5. Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

6. APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN ? Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

* Kerajaan UMNO dan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

7. Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.

8. Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

* Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.

* PASKelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

9. PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009
* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

10. Sebab itulah UMNO dan BN berusaha keras untuk merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi UMNO dan BN untuk merampas Kelantan semula.

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion). Sebab itulah UMNO dan BN mahu merampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.

Isnin, 7 Disember 2009

3 PELAJAR IPTA DIDAKWA MENCONTENG.



Tiga pelajar Universiti Malaya dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini bagi kes menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada suami perdana menteri Rosmah Mansor.

Ketiga-tiga mereka Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani didakwa bersama dua lagi pelajar Akademi Pengajian Islam (API) yang telah dituduh lebih awal, Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli.

Galeri mahkamah penuh sesak dengan anggota keluarga kelima-lima tertuduh dan para pelajar yang hadir untuk menyokong sewaktu tiga mahasiswa itu didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen-sekyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan

Mereka di benarkan jamin RM3,500 seorang. Kes bermula pada 12 Januari 2010 – tahun depan.

Jumaat, 4 Disember 2009

BEKAS PENGARAH BTN BONGKAR PENYELEWENGAN KERANA UMNO !!!




Umum tahu BTN dikenali sebagai Biro Tata Negara yang sudah bocor tembelang akan dirombak oleh kementerian terbabit kerana tekanan dari Pakatan Rakyat. Jika tiada tekanan ini bermakna tembelang perkauman, penghinaan dan cemuhan yang diasuh oleh grombolan umnobn mungkin tidak akan bocor sampai bila-bila dan mereka tidak akan merombak modul latihan yang tidak berkualiti itu. Jadi Selangor telah mendahului boikot kursus BTN ini diikuti oleh Pulau Pinang dan mungkin di Perak juga.

Itulah mesin basuh yang berputar laju yang mereka cipta untuk menggentel dan mengecutkan minda kembali ke pemikiran jumud. Ada juga peserta yang tertekan dengan tindakan fasilitator yang membuli jika peserta tersebut tidak memberikan kerjasama. Malahan cemuhan dan kata-kata nista juga turut dilemparkan. Siapa yang tak hangin satu badan dan ada juga yang berdendam kepada fasilitator tersebut sehingga terniat hendak belasah selepas berakhirnya kursus.

(Moral: Bocor Tembelang Negara yang melahirkan warisan minda perkauman jumud. Tidak hairanlah ramai bloger-bloger pro grombolan yang suka mengeluarkan kata-kata kotor dan cemar lagi nista disebabkan terasuhnya minda mereka sebegitu. Yang mereka tahu hanya menyanyi pastu maki hamun sabung balik menyanyi dan sumpah seranah. Bila orang lain yang berdoa mulalah mereka meloncat-loncat seperti beruk.)

Khamis, 3 Disember 2009

YANG SALAH TETAP SALAH, KITA PERJUANGKAN UNTUK RAKYAT.


Angkatan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan rakaman temuramah penyiasat kontroversi, P Balasubramaniam ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya petang tadi.

Ketika dihubungi TV Selangor, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohamad Akin berkata rakaman temubual ini adalah bukti jelas hubungan rapat Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Di dalam CD tersebut ada lebih kurang tujuh perkara yang telah diberikan fokus,dimana tujuh perkara itu telah saya simpulkan dan jadikan ia sebagai satu laporan rasmi terhadap SPRM.Antara yang penting ialah kita minta SPRM menyiasat terdapat usaha daripada pihak dato najib sendiri melalui agen agennya menawarkan wang sejumlah 5juta ringgit bagi mendorong balasubramaniam menarik balik akuan sumpah betarikh 1julai 2008”,kata Shamsul.

Shaariibuugiin Altantuyaa mati dibunuh dua pengiring Najib pada Oktober 2006 di Shah Alam.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati keatas Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar, namun membebaskan pembantu Najib, Abdul Razak Baginda.

P. Bala mengundang kontroversi dengan akuan bersumpah yang mengaitkan Najib kepada pembunuhan Altantuya.

Bekas anggota Cawangan Khas yang diupah Abdul Razak Baginda untuk memantau gerak-geri Altantuya mendakwa pihak polis telah membuang maklumat perselingkuhan Najib dan wanita Mongol itu.

P. Bala menghilangkan diri bersama keluarga, sebelum muncul kembali tahun dan mendedahkan bahawa beliau telah dibawa lari ke India oleh kerajaan Malaysia.

Rakaman perbualan P Bala bersama 3 orang peguam membutirkan perencanaan menutup hubungan Najib-Altantuya dari terbongkar.

P Bala mendakwa beliau disogok RM5 juta ringgit untuk menarik balik akuan bersumpah itu oleh Deepak Jaikshnan, yang dikatakan rapat dengan isteri PM, Rosmah Mansor.

Tambah Shamsul lagi,“Terdapat keyakinan dan ulangan beberapa kali Balasubramaniam yang mengatakan beliau konsisten dengan pendirian affidavit yang pertama yang ditandatnagani pada 1julai 2008 itu,ia satu affidavit yang sah,yang mengzahirkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang hubungan rapat Dato Najib dengan perempuan Mongolia yang dibunuh itu iaitu Altantuya”.

Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat akan melipat-ganda tekanan terhadap Najib sehingga Perdana Menteri itu sendiri tampil membuat penjelasan terbuka kepada rakyat Malaysia.

Shamsul berkata jentera sayap pemuda PKR, Pas dan DAP akan mengadakan kempen melalui laman sosial Facebook, meraih sebanyak mana tandatangan rakyat menggesa inkuiri bebas diadakan bagi menyiasat skandal memalukan ini.

“Saya ingin mendesak perdana menteri dan saya ulangi petang tadi di hadapan pejabat SPRM supaya beliau tampil dan berikan pendirian beliau dan ulasan beliau memberi penjelasan dimana kita lihat ini ada kaitan dengan soal kepimpinan,ini memalukan Negara dan kerajaan”,katanya lagi. TVS
TAHNIAH BUAT KERAJAAN SELANGOR, BERANI KERANA KEPENTINGAN RAKYAT


Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor bersetuju untuk mengambil tanggungjawab penuh ke atas tindakan mengubah status dokumen laporan akhir kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pada Mesyuarat Exco 18 November lalu, memutuskan bersetuju menggunakan kuasa Menteri Besar mengikut Seksyen 2C Akta Rasmi 1972 untuk mengubah status dokumen itu kerana ia menyentuh mengenai isu tanah yang di dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Menurutnya, pegawai lain dalam Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam membuat keputusan itu, oleh itu, mereka tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan melindungi kesemua pegawainya daripada apa-apa tindakan undang-undang, jika ada, yang berkaitan dengan isu ini.

“Kerajaan Negeri sedang melakukan segenap usaha bagi memastikan badan-badan dalam Kerajaan Pusat memberikan kebenaran untuk mendedahkan apa-apa laporan kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan media kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Khalid berkata, pihak perundangan Kerajaan Negeri sedang mengkaji beberapa peruntukan lain untuk mengubah status dokumen tersebut sekiranya Kerajaan Pusat terus menafikan permohonan Kerajaan Negeri ini.

“Kerajaan Negeri Selangor tidak bersedia untuk membenarkan Kerajaan Pusat bersembunyi di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan terus menafikan hak penghuni Bukit Antarabangsa dan orang ramai bagi mendapatkan maklumat sebenar dalam kes ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, Kerajaan Negeri amat kecewa dengan tindakan Kerajaan Pusat yang tidak menyokong mengubah status laporan (to declassify) punca kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

“Kerajaan Negeri dan agensinya Majlis Perban daran Ampang Jaya (MPAJ) sudah menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya dan Kabinet Kerajaan Pusat untuk memohon kebenaran mengeluarkan laporan kepada umum tetapi tiada lagi jawapan sehingga hari ini.

“Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian yang kerajaan Pusat mesti mendedahkan laporan tersebut demi kepentingan umum terutamanya kepada penghuni Bukit Antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, laporan yang disediakan oleh Jabatan Cerun Bukit, Kementerian Kerja Raya berkenaan masalah terbabit telah diserahkan kepada pihak MPAJ pada September lalu tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.

“Hanya pada bulan November Kerajaan Negeri dimaklumkan dengan perkara terbabit.

“Oleh sebab laporan itu menyentuh isu tanah, iaitu dalam kuasa undang- undang Kerajaan Negeri, maka Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Kerajaan Negeri (MMKN) pada 18 November 2009, bersetuju menggunakan kuasa Menteri Besar menurut Seksyen 2C Akta Rasmi 1972 untuk mengubah status dokumen tersebut (to declassify the document),” katanya.SH