Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Selasa, 3 Mac 2009

Nizar Bakal Dinobat Menteri Besar Sekali Lagi

Mahu atau tidak mahu, suka atau tidak, cepat atau lambat, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamalauddin pasti akan kembali menjadi Menteri Besar Perak.

Kemelut yang berlaku di Perak mempunyai "hikmah" yang tersembunyi. Ia persis mengasah dan menguji jurutera lulusan Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Birmingham, United Kingdom ini untuk kemudiannya diangkat sebagai pemimpin baru yang mempunyai keserasian dengan kehendak pelbagai lapisan rakyat khususnya di negeri Perak.

Suasana rencam masyarakat negeri Perak yang lebih tertonjol dari negeri-negeri lain memerlukan pemimpin yang mempunyai kerampilan untuk menyatukan rakyat di bawah satu naungan kepimpinan yang mampu menerima kepelbagaian ini disamping pada masa yang sama dapat meneroka jalan ke arah menciptakan kegemilangan buat Pakatan Rakyat.

Sebelum dari dilantik menjadi menteri besar perak selepas ribut tsunami politik 8 Mac nama Nizar Jamalauddin jarang kedengaran. Beliau tidak pernah menonjolkan diri walaupun telah mempunyai pengalaman yang begitu luas dengan pengalaman bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau juga pernah terlibat dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban malah membaca talqin di hari kematian.

Di samping itu Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat.

Adalah tidak mungkin untuk seseorang mengkacakan sebutir mutiara yang dikurniakan Allah untuk umat Islam khususnya dan rakyat umumnya di negara ini.

Ketua Polis Perak Boleh Dihukum Penjara 7 Tahun

Apakah yang bakal terjadi di Ipoh hari ini? Adakah sidang DUN Perak boleh berlangsung dalam keadaan bangunan DUN itu sendiri berkunci?

Pihak polis telah memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap orang ramai yang mengadakan perhimpunan di kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN, kata Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah.

Ketika usaha giat dijalankan bagi menggagalkan sidang Dewan, ADUN Pakatan Rakyat difahamkan akan cuba memasuki DUN sebagai simbolik bahawa demokrasi masih wujud di negeri itu.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar, pula sebentara tadi mengumumkan telah menyisihkan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, dan melantik Misbahul Munir Masduki (gambar) mengisi jawatan itu. Misbahul ialah setiausaha politik bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Perintah penyisihan itu tidak akan membawa apa-apa kesan kepada karier Abdullah sebagai penjawat awam yang hanya boleh dipecat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Namun penyisihan itu menunjukkan politik Perak semakin panas dan panas.

Pada sidang media pada 7.45 malam tadi, Sivakumar juga turut memberi amaran kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, bahawa beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan jika menghalang sidang DUN. Tapi masalahnya adakah pihak pengurusan atasan polis menghormati undang-undang dan takut kepada undang-undang sebagaimana kita rakyat biasa ini? Kita tunggulah esok siapa akan dipenjarakan, sama ada Ketua Polis Perak atau Speaker DUN Perak?

Hari ini akan menentukan siapa yang lebih berkuasa di antara kuasa yang bersumberkan pistol di pinggang Ketua Polis Perak atau kuasa yang bersumberkan amanah rakyat di tangan Speaker DUN Perak

Kebencian terhadap Najib makin kuat


Nampaknya kebencian terhadap Najib makin memuncak. Banyak dilaporkan papan iklan yang ada wajah Najib dirosakkan. Kalau tanya Najib tentu dia akan kata 'pembangkang' tetapi kami aktivis PAKATAN sendiri tak tahu apa berkenaan ini.

Contohnya gambar Najib yang terdapat di lebuhraya PLUS berhampiran Taman Rasah Jaya (gambar atas). Gambar diambil oleh Sani, Timbalan Ketua Angkatan Muda Rembau sendiri ketika melepasi kawasan itu pada 1 Mac lalu, tarikh semua petugas bertungkus lumus dalam persiapan akhir Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Seremban. Oleh kerana terlalu laju beliau patah balik untuk tangkap gambar tersebut.