Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Sabtu, 29 Mei 2010

YANG MELAYU ADA ITU LAH

.........................BATANG BERJUNTAI.
ADA BUKIT KASI ..........., ADA TANJUNG KASI ............


Nak cari nama. Nak tunjuk bagus konon. Konon-konon nya dia lah Melayu GLOKAL.

Melayu yang berpandangan jauh (Int'l) dan dekat(local).

Apalah Najib dari kacamata PM Lee, dia sama aje dengan Melayu-Melayu lain.

Melayu yang rendah IQ, inferior dan mudah di-gula-gula.

Maka tegadai lah sudah maruah negara dan bangsa dengan terkeluarnya Tanah Melayu dari bumi pendatang Singapura hanya dengan 60%.

Maka tidak hairan lah kalau PM 1Malaysia menjanjikan duit berjuta-juta pada setiap pilihan raya kecil.

Sesungguh nya duit dan pujian Cina Singapura adalah kelemahan Najib.

Tengok aje muka si-Hishamuddin, bodoh tunjuk pandai pada pertemuan itu.

Tak tau apalagi harta negara yang akan di-lelongkan atau di-beri secara percuma oleh menteri-menteri 1/2 past six ini.

ADA BUKIT KASI ........
ADA TANJUNG KASI ...............
YANG MELAYU ADA ITU LAH BATANG BERJUNTAI.

Rabu, 19 Mei 2010

HEBAT PKR NI.............

Discipline, defections to dominate PKR AGM

Ranting menjadi sebu, tanpa maklumat. Perimgkat atasan bagaikan ISA (ikut suka aku)



Isnin, 17 Mei 2010

GILA KUASA TERIMALAH PADAH..

BELAGAK NAK JADI PEGAWAI SPR.....

Kekecohan telah berlaku pagi semalam sekitar jam 9.30 di pusat undi RH Jonathan Sungai Aup Sek. Kebangsaan Sg Aup apabila Menteri Luar Bandar Dato Shafiee Afdal bertindak mengarahkan petugas-petugas dari DAP keluar dari kawasan kuning pada hal para petugas berada diluar kawasan kuning.

Keadaan di kawasan rumah panjang yang padat, dengan keadaan rumah-rumah yang berdekatan yang kurang dari 50 meter dengan garisan kuning telah menimbulkan kemarahan penduduk yang kebanyakkan telah berubah sokongan mereka kepada DAP.

Para penduduk bertindak berani menghalau Menteri berkenaan meninggalkan kampung berkenaan dengan segera sekiranya tidak mahu perkara yang tak diingini berlaku. Beliau terus pergi dengan keadaan penoh rasa malu. Seorang penduduk mengatakan; "nasib baik dia pergi segera sekiranya tidak apa entah akan berlaku" Setengah jam kemudian selepas Menteri berkenaan berlalu kelihatan ramai anggota keselamatan tiba dan di dapati keadaan sudah terkawal.

Selasa, 11 Mei 2010

ALAF BARU PERLU TEGAS.........

EMAS PUTIH MENJADI PENYELEWENGAN YANG TAK BOLEH DISELINDUNG LAGI.

Dakwaan Penyelewengan KSSB

Empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'mengunjungi' ahli parlimen Kapar S Manikavasagam ekoran dakwaannya berhubung penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Dalam kunjungan kira-kira 45 minit pada jam 10.30 pagi tadi di pejabat wakil rakyat PKR itu di pekan Kapar, SPRM meminta Manikavasagam memberikan kerjasama dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada mereka.

Manikavasagam ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini mengesahkan kunjungan tersebut.

Bagaimanapun, tambahnya, hanya dua yang menemuinya di pejabat manakala dua lagi hanya menunggu dalam kereta.

Beliau mengaku enggan memberikan sebarang kerjasama kepada suruhanjaya itu kerana "tidak percaya kepada SPRM"

"Macam mana saya hendak percaya (pada SPRM), sudah banyak isu yang dilaporkan tapi tidak selesai-selesai. Macam-macam kes, dengan (kematian) Teoh Beng Hock lagi," kata bekas naib pengerusi perhubungan PKR Selangor itu.

Manikavasagam sebelum ini dilaporkan mendakwa bahawa pegawai atasan KSSB mengamalkan terlalu banyak rasuah dan perkara itu perlu dibersihkan segera oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Manikavasagam juga dilaporkan memberi masa 72 jam bermula semalam kepada Khalid untuk mengambil tindakan segera terhadap pegawai yang dimaksudkannya itu sebelum beliau mendedahkan nama pegawai yang terlibat.

Esok dedah nama terbabit

Ketika ditanya kenapa sesi tersebut mengambil masa yang agak lama, Manikavasagam menjawab: "Sebab saya berhujah (enggan bekerjasama) dengan mereka".

Beliau juga berkata bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk dikenakan waran tangkap ekoran keengganannya memberikan kerjasama kepada suruhanjaya terbabit.


Sementara itu, Manikavasagam berkata, esok beliau akan tampil membuat laporan berhubung kontroversi terbaru melibatkan kerajaan Selangor itu di ibu pejabat polis daerah (IPD) Klang pagi esok.

"Saya bukan hendak buat laporan polis sangat, tetapi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim cabar," jelasnya.

"Esok saya akan serahkan dokumen berkaitan dan beritahu nama tiga pegawai yang terbabit (dalam dakwaan penyelewengan KSSB)."

Semalam, Khalid Ibrahim meminta Manikavasagam mendedahkan nama pegawai atasan KSSB yang didakwanya dengan segera dan membuat laporan polis agar kerajaan negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya.

KSSB ditubuhkan oleh kerajaan di bawah pakatan pembangkang bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu di Selangor.

Ia menjadi misi utama KSSB untuk menjayakan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Isnin, 10 Mei 2010

Mengapa Merahsiakan dan ada Benarnya ketidak ketelusan...............

Reaksi Peguam Keluarga Mangsa

Peguam N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili keluarga Aminulrasyid, kesal kerana mereka tidak dimaklumkan yang Jenain akan didakwa hari ini.

Ekoran itu, kata mereka, anggota keluarga ataupun peguam mereka tidak dapat hadir di mahkamah hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, mereka mendakwa tindakan merahsia dan ketiadaan ketelusan itu sepatutnya tidak berlaku dan ianya tidak adil kepada anggota keluarga mangsa dan orang awam.

Mereka juga menyuarakan rasa kesa dan terperanjat bahawa tiada seorang pun didakwa atas tuduhan sama ada cubaan membunuh atau cuba menyebabkan kematian remaja 15 tahun, Azamuddin Omar.

Di samping itu, kata mereka, tiada seorang pun anggota polis lain yang berada dalam kereta pada malam kejadian, didakwa atas tuduhan bersubahat bagi sebarang tuduhan.

Surendran dan Latheefa berkata mereka amat kesal kerana menteri dalam negeri dan ketua polis negara masih belum memohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid dan Azamuddin atas kejadian tersebut serta dakwaan yang tidak wajar menuduh kedua-dua remaja itu terbabit dengan jenayah.

http://www.malaysiakini.com/news/131402


EMAS PUTIH MENJADI ISU......

Dakwan Rasuah: MB Jamin Siasatan, Cadang Lapor Polis

SHAH ALAM 9 MEI: Kerajaan Selangor sedia menjalankan siasatan dakwaan wujud penyelewengan yang didakwa dilakukan tiga kakitangan Syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Dalam hal ini, Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjanji mengambil tegas terhadap mereka jika terbukti kakitangan syarikat itu, terlibat dalam rasuah.

...

Sabtu, 8 Mei 2010

Ilmu lebih baik daripada harta.

Pengundi Rasa dipuji - abai 'umpan' RM3 juta BN


Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini memuji pengundi dari perkampungan Rasa yang menolak Barisan Nasional meskipun diumpan dengan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada SRJK (C) Rasa, Hulu Selangor. "Pujian kepada pengundi di Rasa yang membuktikan mereka perintis baru politik Malaysia bagi memperjuangkan keadilan, kebebasan dan kemakmuran untuk semua tanpa mengira kaum, agama atau daerah dan pada masa yang sama menuntut hak mereka untuk pembangunan sebagai rakyat dan juga pembayar cukai,” kata Lim. Lim pada kenyataan medianya itu merujuk kepada janji-janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memberi RM3 juta kepada sekolah Cina di Rasa dengan syarat BN memenangi kerusi Hulu Selangor. Bagaimanapun pada hari pengundian, Ahad lalu, 82 peratus pengundi Rasa menyokong calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, tetapi Najib tetap mengotakan janjinya itu. Dana RM3 juta itu adalah untuk pembinaan bangunan baru SRJK (C) Rasa, sebuah sekolah berusia 81 tahun yang berada dalam keadaan yang usang. Di sebalik umpan Najib, Lim berkata daerah mengundi Rasa menunjukkan sebahagian besar penduduknya menyokong calon PKR berbanding sokongan 56.74 peratus yang diperolehi mereka pada 2008. "Ini membuktikan kematangan dan kesederan berpolitik yang tinggi di kalangan pengundi Rasa,” kata Lim. Pilihan raya kecil Hulu Selangor itu menyaksikan BN yang diwakili P Kamalanathan menang dengan majoriti kurang 2,000 undi dalam pertandingan yang sengit.

Nukilan;happy_always98

Selasa, 4 Mei 2010

RAYUAN AKHIR DSAI DITOLAK



Perbicaraan perlu diteruskan di sebalik bukti daripada tiga doktor bahawa tiada tanda-tanda berlaku kemasukan di dubur Saiful.

Isnin, 3 Mei 2010

Saksi nafi Aminulrasyid cuba rempuh polis

Perbetulkan Fakta Media dan Mohon maaf pada 1 Malaysia



Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis.

"Apabila ditem
bak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid, hari ini.

Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.

Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.

Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.

Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,” katanya.Menurut peguam keluarga berkenaan, N Surendren, tidak perlu diadakan inkues kerana tidak ada pertikaian mengenai cara remaja itu meninggal dunia.

Kamaruddin juga membidas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan berkata pihaknya sedia mengundurkan polis jika orang ramai tidak lagi mahu mereka menguat-kuasakan undang-undang.

"Kami hormati polis tetapi mungkin ada yang diibaratkan sengai 'buah busuk' di kalangan mereka,” katanya.

Keluarga berkenaan juga merayu kepada semua pihak bagi menghentikan spekulasi dan membuat kenyataan yang boleh melukakan perasaan ibu Aminulrasyid.

Antara kenyataan itu, termasuk dakwaan bahawa dua remaja berkenaan adalah penjenayah dan keluarha mereka patut dipersalahkan kerana membiarkan budak-budak berkenaan memandu tanpa lesen pada waktu tengah malam.

“Ada juga ura-ura bahawa kakak mangsa akan juga didakwa kerana keretanya digunakan,” katanya lagi.