Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Rabu, 23 Jun 2010

Terbukti PM Najib mmg jujur...

Judi Sukan: Najib Cuba Bermain Silap Mata



Dalam Najib Tun Razak menafikan telah memberi lesen judi sukan, rupanya Ascott Sport and Berjaya Group telah meneruskan usaha mereka untuk memasarkan Judi Sukan di Malaysia.


Kronologi adalah seperti berikut:

7 Jun 2010 : Najib menafikan pemberian lesen Judi Sukan pada Berjaya Group di Parlimen


11 Jun 2010 : Berjaya Group mengeluarkan “Medium Note” bagi tujuan meraih dana yang berjumlah RM800 juta bagi tujuan pembiyaan operasi Judi Sukan seluruh Malaysia di 220 cawangan Sports Toto


12 June 2010 : Ascott Sport mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah mendapat kebenaran dari Kementrian Kewangan untuk mengoperasikan Judi Sukan seluruh negara


15 June 2010 : Najib sekali lagi menafikan lesen judi sukan telah dikeluarkan dan meminta
supaya jangan ditanya lagi akan soalan ini.

Ertinya, Najib sedang cuba bermain silap mata. Mana mungkin Berjaya Group boleh mengeluarkan sebuah dokumen 200 mukasurat meminta wang dari pelabur-pelabur sebanyak RM800 juta kalau mereka tidak mempunyai kebenaran bertulis dari MoF?

Juga, dokumen 20 muka surat bagi tujuan (“Medium Note”) itu, BERJAYA kerap mengulangi hakikat bahawa Ascot Sport telah pun diberi kebenaran oleh Kerajaan Malaysia (baca: UMNO) untuk menjalankan Judi Sukan itu.

Penasihat kepada Berjaya Group di dalam pengeluaran “Medium Note” ini adalah Maybank. Manakala, pentadbir kepada operasi “Medium Note” ini adalah AmInvestment Bank dan Maybank Investment Bank. Mustahil Maybank, AmInvesment Bank serta Maybank Invesment boleh membenarkan perkara ini berlaku sekiranya benar-benar tiada kebenaran dari Kerajaan. Mustahil sama sekali.

Dokumen ini diedar kepada para pelabur 4 hari selepas Najib memberitahu Parlimen kononnya tiada lesen yang telah dikeluarkan kepada Berjaya Group.

Ertinya Najib cuba bermain silap mata. Tidak mungkin Berjaya Group, di atas nasihat Maybank serta kelolaan Aminvestment Bank dan Maybank Invesment Bank, boleh berani membuka peluang melabur sebanyak RM800 juta KALAU KERAJAAN UMNO TIDAK MEMBERI KELULUSAN. Ianya MUSTAHIL.

Apa yang mungkin berlaku adalah UMNO telah mengeluarkan surat kebenaran, namun hanya dokumen “lesen” itu sahaja yang belum dikeluarkan. Tetapi dengan surat kebenaran itu, UMNO tiada pilihan melainkan mengeluarkan lesen tersebut apabila Berjaya sudah bersedia untuk menjalankan Judi Sukan tersebut.


HIDUP UMNO!!, HIDUP APCO!!, HIDUP JUDI!!.- malaysiawaves.com

by pria malaya

Sabtu, 19 Jun 2010

CAKP BUAT, JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN...


Semanis Kurma - Nor Bahiyah


Masalah rumahtangga berpunca dpd masalah ekonomi - kata wanita UMNO Datuk Maznah.

Tau pun Dato debab, suami isteri jd teladan, camna pulak PM dan isterinya? dua2 debab ni kenyang makan banyak sangat, pastu suruh rakyat ikat perut.

Kerjasama bantu membantu, kenal diri dan peranan, sedar diri - betul tu. Aku rasa rakyat Msia dah lakukan yg terbaik utk hidup di negara penuh korupsi ni, tengok aje kaum UMNO, tak kira lelaki atau pompuan, gemuk gedempol makan makanan berasaskan gula byk sgt, tak pun makan harta rakyat byk sgt.

Pas tu tarik subsidi utk rakyat kerana konon negara akan bangkrap.

Setakat itu ajalah umno boleh memerintah. setelah 50 thn memerintah nampak sgt tak mampu dah.

Jadi lebih baik kita tukar aje kerajaan umno/bn debab sembab ni semua, sebab org gemuk otak lembab, tak boleh memerintah dgn baik.

qistina

Jumaat, 18 Jun 2010

Pelajar UKM dapat injuksi halang prosiding



Empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lepas berjaya mendapat perintah injunksi sementara bagi menghalang UKM daripada meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas kedua-dua pihak bersetuju melanjutkan perintah injuksi sebelah pihak yang diperoleh pelajar itu pada 1 Jun lepas, sehingga pelupusan saman pemula mereka.

Keempat-empat pelajar itu dari jurusan Sains Politik, pada 1 Jun lepas memfailkan saman pemula terhadap kerajaan Malaysia, Menteri Pengajian Tinggi dan UKM, bagi mencabar tindakan tatatertib yang dibawa kepada mereka oleh universiti itu, atas kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang.

Pelajar itu tiga lelaki, Muhammad Hilman Idham, 21, Woon King Chai, 22, Muhammad Ismail Aminuddin, 22, dan seorang pelajar perempuan, Azlin Shafina Mohamad Adza, 22, pada ketika kejadian berada di tahun kedua pengajian dan akan memulakan pengajian tahun ketiga mereka pada Julai ini.

AUKU bertentangan Perlembagaan

Mereka juga memohon deklarasi bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU, adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Seksyen itu menyebut bahawa tiada seorang pun pelajar universiti boleh menyatakan atau melakukan apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar negara.

Mahkamah menetapkan 9 Julai ini bagi mendengar saman pemula itu.

Dalam saman itu, mereka mendakwa universiti itu melalui satu surat bertarikh 13 Mei, telah meminta mereka hadir ke bilik mesyuarat universiti itu pada 2 Jun bagi menjawab dakwaan terhadap mereka, dan jika mereka tidak hadir atau tidak mengemukakan apa-apa representasi bertulis dalam tempoh 14 hari, mereka dengan serta-merta akan digantung daripada menjadi pelajar universiti itu.

Salah seorang pelajar itu, Muhammad Hilman, dalam afidavitnya bagi menyokong saman pemula itu mendakwa pada April lepas, mereka berada di Hulu Selangor antara lain untuk membuat pemerhatian secara langsung bagi membantu pemahaman mereka mengenai situasi sebenar semasa kempen sesebuah pilihan raya kecil.

"Kami juga berhasrat untuk memerhatikan cara bagaimana pihak-pihak politik dari kedua-dua parti utama yang bertanding menarik undi rakyat dalam keadaan politik negara kita yang dikatakan menuju ke arah politik baru," katanya.

Bagaimanapun, mereka telah ditahan oleh polis serta pasukan pemantauan pilihan raya kementerian pengajian tinggi dan pegawai pemantau UKM dan diarahkan keluar dari kawasan itu.

Keempat-empat pelajar itu diwakili peguam Haris Ibrahim dan Ashok Kandiah, manakala peguam kanan persekutuan Aida Adha Abu Bakar mewakili kerajaan Malaysia serta Menteri Pengajian Tinggi dan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili UKM.

- Bernama

Isnin, 14 Jun 2010

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' di KT

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' anjuran Gerakan Tindakan Rakyat (Gertak)



Perhimpunan 'Melayu Bangkit' anjuran Gerakan Tindakan Rakyat (Gertak) bermula jam 10 pagi ini dengan dihadiri kira-kira 1,000 orang di Stadium Negeri Kuala Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di perhimpunan tersebut sebentar tadi.

Kehadiran menteri besar Terengganu adalah di luar dugaan.

Ketibaan mantan perdana menteri itu disambut dengan persembahan pencak silat oleh dua pasangan lelaki dan wanita.

Antara yang hadir ialah anggota Perkida yang pakaian mereka berwarna hijau muda dan berikat kepala serta anggota pencak silat.

Bunyi pukulan gendang silat kedengaran sebagai menyambut ketibaan orang ramai dan para jemputan ke majlis tersebut.

Kira-kira 10 anggota polis berpakaian seragam kelihatan di dalam stadium, manakala yang lainnya bertugas di luar.

Dalam ucapannya , pengasas Gertak Razali Idris mengecam mereka yang mengkritik perhimpunan tersebut - yang pada mulanya dijadual pada 13 Mei lalu, tetapi ditangguhkan ke hari ini - serta kehadiran Dr Mahathir.

Razali mengakhiri ucapannya dengan menggesa mereka yang hadir supaya bangkit mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan kedaulatan Raja Melayu.

Beliau juga menegaskan bahawa orang bukan Melayu tidak harus takut kerana gelombang kebangkitan orang Melayu itu merupakan satu anjakan pradigma untuk mempertingkatkan masyarakat Melayu, dan pada masa yang sama, menghormati kaum lain.

Antara 45 NGO yang hadir yang bergabung dengan Gertak ialah Pekida, Pewaris, Sahabat Laut Malaysia and Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu.

Dalam ucapannya pula, Dr Mahathir pula berkata pembatalan perhimpunan itu pada 13 Mei lalu adalah disebabkan oleh fikiran singkat sesetengah pihak yang bimbang perhimpunan orang Melayu itu diadakan pada tarikh berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

Dr Mahathir berkata walaupun ada yang menyifatkan tindakan GERTAk mengadakan perhimpunan pada 13 Mei sebagai rasis, peristiwa itu tidak harus dilupakan.

Katanya tindakan melupakan sejarah akan menyebabkan kita akan mengulangi kesalahan berkali-kali.

Menurutnya, tarikh tersebut dipilih secara kebetulan dan tanpa maksud tersembunyi.

Mahathir menambah, rakyat perlu diingatkan mengenai peristiwa tersebut "jika kita ingin belajar daripadanya".



Ahad, 13 Jun 2010

tANAH tudm sG bESI DI BALON OLEH KRONI ROSMAH???

Betul. Jangan fitnah,

Tapi berdosa menjatuhkan aib orang tu
macam, tak berapa betul sikit. Membuka aib orang dan menfitnah seperti yang diperlakukan kepada DSAI dan kemudian minta semua orang yang tak nampak DSAI pernah buat perkara tu supay ikut menuduh DSAI, lagi dianggap berdosa. Orang lain yang tak tahu apa2 pun kena percaya kes tu juga ke? Lagi satu nak tanya dah jelas2 tipu rakyat tak salah ke? Tak berdosa ke? Dah jelas nampak di mata isteri PM tak pakai tudung tu tak berdosa ke? Janganlah jadi rakyat yang asyik kena tipu..Suka mereka ni kalau kita percaya apa yang mereka ucapkan di TV tu Sepatah kata TKT Melayu mudah lupa...Dia kutuk kita la tu yang lupa apa kesalahan dia...Kalau dengar berita macam ni kita kena siasat dengan bukti tetapi bukan seperti mahkamah kangaroo kita ya..yang banyak bukti palsu..

Rabu, 9 Jun 2010

TERIMA KASIH PENGUNDI RAKYAT MALAYSIA...HAK 2/3 MEJORITI PARLIMAN MENJADI KAN KESAN YANG BAIK PD RAKYAT. MP PEMBANGKANG AKAN BONGKAR SEMUA ....

Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen Sebijik Macam Mahkamah Universiti Pro BN

Hari ini, Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen yang membicarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu 1Malaysia dengan konsep One Israel terpaksa ditangguhkan. Penangguhan ini kerana apabila Anwar meminta agar ahli parlimen dibenarkan hadir sebagai pemerhati dan dirinya diwakili peguam.

Tetapi oleh kerana permintaan anwar ini, maka jawatankuasa itu ditangguhkan kerana berlaku pertelingkahan dan dikatakan bercanggah dengan Peraturan Dewan 83 (7)(a) jawatankuasa hak dan kebebasan mempunyai hak membenarkan peguam kepada sesiapa yang dihadapkan kepadanya. Jawatankuasa berkenaan kemudiannya memutuskan bahawa peguam Anwar yang juga bekas ketua Majlis Peguam - S Ambiga dibenarkan hadir sebagai pemerhati tetapi beliau tidak benarkan mengambil bahagian.

Menurut Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata Anwar akan dipanggil semula pada tarikh yang ditentukan kemudian.

Paling menarik, jawatankuasa itu turut mengambil keputusan untuk mengarahkan firma perhubungan awam, Apco Worldwide datang ke Parlimen bagi memberi keterangan esok. Tentu persoalan sama ada Apco syarikat Israel atau tak, akan diketahui esok. Dan APCO sendiri disoal siasat oleh Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (PRK-Subang) yang menganggotai jawatankuasa itu bersama dengan 4 ahli Parlimen BN lain.

Pada perbicaraan ini nanti, Anwar akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel. Tapi kredibiliti Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen ini sebenarnya boleh dipertikaikan kerana hakimnya adalah Speaker sendiri dan bukannya hakim, manakala juri pula berat sebelah, 2 dari PR dan 4 dari BN. Jadi jawatankuasa ni tak ubah macam mahkamah Universiti, yang mana Timbalan Naib Canselor yang selalunya pro UMNO menjadi hakim, dan jurinya adalah pegawai HEP yang juga pro UMNO..sebab itulah bila seseorang mahasiswa dihadapkan ke mahkamah Universiti kerana sokong pembangkang, sudah pasti mahasiswa itu tahu hanya satu je keputusannya, buang universiti..

Samalah macam jawatankuasa ini..persoalannya, mana dia keadilan??