Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Isnin, 31 Ogos 2009

Khas Merdeka : Apa Erti Merdeka ??

Apa ertinya merdeka kalau ......... :-
- Undang-undang zalim tangkap tanpa bicara masih diamalkan
- Undang-undang mengongkong mahasiswa dan pensyarah masih ditegakkan
- Kebebasan rakyat berkumpul secara aman dinafikan
- Hak asasi manusia dipermainkan
- Diskriminasi terhadap negeri Pakatan Rakyat masih dijulang
- Bantuan perka pita kepada sekolah agama dihentikan
- Biasiswa ditiadakan
- Kronisme dan nepotisme berleluasa
- Rasuah menjadi barah gagal dikawal
- Institusi kerajaan masih dikongkong dan tidak 'merdeka' dari cengkaman parti pemerintah
- Kebebasan bersuara jauh panggang dari api
- Kebebasan media jauh sekali
- Negara seolah-olah menjadi negara Polis
- Ubatan dan rawatan masih kena dibayar
- Pendidikan masih kena bayar
- SPRM, Polis, ATM, SPR dan lain-lain masih dipersoalkan kebebasan dan ketelusannya
Dan banyak lagi ...............

Ahad, 30 Ogos 2009

1 MALAYSIA , RAKYAT DIUTAMAKAN (buktikan) TARIKLAH KEISTIMEWAAN PADA RAJA GULA NI....

(ANAK BUGIS CABAR 1MALAYSIA)

1Malaysia : Raja Gula Ada.. Ladang Tebu Ada.. Kilang Gula Ada.. Malangnya GULA Tak Ada..!!

Had seorang 2 kilo gula

http://www.gpt.com.my/images/gula.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_q3tHT-X3ou4/SbcNaGtkjWI/AAAAAAAAGcs/pfpahvGAG1g/s400/3.jpg

BERA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan meminta pekedai di negara ini mengehadkan penjualan gula kepada dua kilogram sahaja kepada setiap pengguna.(kenyataan bodoh 1 Malaysia)

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut adalah bagi mengelakkan pengguna membeli barang keperluan itu secara panik dan berlebihan sehingga menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.

Bagaimanapun, katanya, bekalan gula di seluruh negara sebenarnya adalah lebih daripada mencukupi tetapi oleh kerana sikap pengguna maka berlaku kekurangan bekalan di beberapa kawasan.

Sabtu, 15 Ogos 2009

KEBENARAN BERFAKTA!!



K
awasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang. Terletak di dalam Parlimen Permatang Pauh di Seberang Prai Tengah.

Pemilih - 20,290 orang - Melayu 72.36%, Cina 25.85%, India 1.63% dan lain-lain 0.16%

Majoriti penduduk adalah Melayu.

Kawasan landai dan bersawah kecuali di Bukit Jelutong dan Kepala Bukit yang sedikit berbukit.

Mempunyai 39 saluran mengundi.


Perkampungan bandar dan kampung tradisional.

Pekan utama Penanti dan Permatang Pauh.

Kaum Cina tertumpu di Permatang Pauh, Penanti dan Permatang Tengah.

Aktiviti utama berasaskan pertanian, ternakan, perniagaan kecil-kecilan dan perkilangan.

Menerima tempias ekonomi dari kawasan Seberang Jaya.

Bilangan ahli parti yang berdaftar:

Umno - 5,326
MCA - 298
MIC - 300
Gerakan - 45
Pas - 1,015
PKR - 1,028

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2008:

Ahmad Sahar Shuib (BN) = 5,571
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 11,004
Majoriti = 5,433

PERCAYALAH PADA PENGUNDI ATAS PAGAR. HORMATILAH MEREKA.

Rabu, 12 Ogos 2009

Selasa, 4 Ogos 2009

MASYARAKAT CEMERLANG

Didik anak ibarat main layang-layang 


Anak-anak dapat "terbang tinggi' jika ibu bapa tahu masa sesuai menghulur dan menarik.


PERNAHKAH anda main layang-layang? Cuba perhatikan teknik permainannya. Anda perlu tahu masa yang sesuai untuk menarik dan menghulur talinya, barulah layang-layang anda dapat terbang tinggiSemua ibu bapa ada kebolehan mengasuh dan mendidik anak.Cuma mereka perlukan sedikit rangsangan, panduan dan sedikit daya kreatif saja untuk melaksanakannya dengan berkesan.

Umpamanya, terapkan semangat berdikari dan disiplin pada anak-anak melalui contoh berikut:

Cabaran:
Setiap kali mereka haus, anak-anak itu akan suruh ibunya ambilkan minuman, sebab mereka tak sampai untuk mengambil sendiri jag dan cawan-cawan yang diletakkan di tempat yang tinggi.

Huraian
Belikan jag dan cawan-cawan yang sesuai untuk kegunaan anak-anak dan meletakkannya di tempat yang mudah mereka capai. Anak-anak akan ghairah sebab boleh tuang minuman sendiri.Anak-anak perlu diberi masa berehat dan beriadah secukupnya kerana ini ada kaitan dengan pertumbuhan yang sihat, bukan saja dari segi jasmani malah rohani mereka. Cuma yang perlu dilakukan oleh ibu bapa ialah memantau mereka dan bimbing mereka menguruskan masa dengan berkesan.

Buatkan jadual urus masa di luar waktu sekolah:

Satu jadual untuk mereka jadikan panduan dari Isnin hingga Ahad. Dalam jadual harian, buatkan kotak-kotak yang setiap satu adalah untuk masa setengah jam. Kemudian gunakan pelekat-pelekat bewarna untuk diisikan dalam kotak-kotak tersebut. Contohnya, jika anak anda suka warna kuning, berikan pelekat warna kuning untuk bermain. Kemudian setiap mata pelajaran, berikan satu warna. Umpamanya biru untuk matematik, merah untuk bahasa Inggeris dan hijau untuk bahasa ibunda.

Jangan pula seperti dalam blogni anakmorib.blogspot.com