Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Ahad, 3 Januari 2010


N52 DUN TELOK DATUK?

Untuk mendapat tempat diDUN Telok Datuk, 4 bulan sebelum bubar Parliman dah mula mencari sarang bertaut. Mencari risikan-risikan tertentu, siapa perlu ditemui untuk membantu dan mengenali rakyat dikawasan DUN Telok Datuk. Hingga sanggup berjumpa Sdr Ezam Mohd Noor, kerana beliau menyangka Ezam berhutang budi padanya ketika PRU yang sebelumnya.

Untuk beliau perkukuhkan bertaut diDUN T. Datuk maka beliau berjumpa Sdr Razak meminta bantuan bergerak untuk mendekati rakyat. Boleh dikatakan setiap hari hingga kesaat hari mengundi PRU12. Dirumah Sdr Razak lah tempat beliau bertandang, boleh dianggap seperti pejabat beliau.

Dimana saja setiap pelusuk, Razak akan perkenalkan beliau, diperkampongan orang asli, perkampongan cina, perkampongan melayu dan perkampongan india. Diperkampongan india kg Sungai Sedu hinggakan bersejarah, tidak pernah berlaku pengundi memberi undi terbanyak. Pada PRU 12, tidak boleh dinafikan kehebatan teserlah dengan undi melebihi ¾ pengundi memberi undi untuk DAP dan KEADILAN. Sudah kemenangan memihak sebaliknya Razak difitnah dan saya tidak akan maafkan. Saya juga cabar beliau untuk membuat laporan polis, jika benar kata-kata beliau kepada saya.

Rakyat Sungai Sedu terpengaruh dengan sikap beliau perjuangkan tempat buang sampah, yang menzalimi orang kampong, beliau mendapat tempat dihati rakyat. Kini apa yang berlaku, beliau sudah menjadi seperti kacang lupakan kulit. Penduduk dan pengundi tidak kisah perkara itu. Yang menjadi lebih marah dan PRU 12 kerana berani untuk ubah undi, tidak mungkin juga, PRU13 lebih berani untuk tukar undi pula kepada yang lain.

Pengundi-pengundi diSekolah Tamil Sungai Sedu, saya berani berkata; bukanlah orang pandai politik. Tetapi hanya ingin perubahan yang diidamkan sahaja.

Hari ini telah masuk hari ke3, tahun 2010. Sepertimana yang dijanjikan semasa sidang DUN Selangor yan baru lepas, tempat buang sampah diKampong Sungai Sedu akan ditutup pada 01 Januari 2010. Langsong tidak berlaku penutupan itu. Rakyat yang faham masaalah kerajaan baru, mungkin mengerti. Bagaimana yang tidak faham atau pihak lawan cuba memanipulasi janji Kerajaan PR?

Sepatutnya beliau bertanggungjawab turun padang untuk membuat penerangan, sepertimana beliau berjanji semasa berkempin dulu. Saya sebagai yang banyak membantu beliau dulu merasa malu kepada rakyat Sungai Sedu. Inilah sikap beliau KACANG LUPAKAN KULIT, lepas tu pula MAKAN KACANG SELERAKKAN KULIT.

Sama-samalah kita pertimbangkan YB seperti ini untuk tolak dari dipilih semula menjadi calun pada PRU 13 nanti, walau pun dimana beliau bertanding, saya akan membantah serta gegarkan jika beliau bertanding walau dimana kerusi pun.

Saya dan sekelian penduduk DUN Telok Datuk memandang tinggi sikap YB-YB yang lain kerana ada sifat bertanggungjawab sepertimana lihat blog ini Amat jauh beza YB Philip Tan (gambar atas) ini dengan yang lain. Beliau bertanggungjawab dan patut letak jawatan YB dan belajar dulu untuk bertanggungjawab.