Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jumaat, 18 September 2009

KENYATAAN VIDEO INI BUKAN KENYATAAN POLITIK.

Anak Bugis bukan buat tuduhan melampau, itu adalah kenyataan sebenar yang di luahkan dari seorang rakyatyang dianggap penting bagi kedudukan anak raja yang semua orang tahu mereka adalah keluarga raja dihormati.
Mereka juga perlu diutamakan kepada undang-undang Malaysia. Mereka juga rakyat Malaysia.
Hari ini anak raja buat kenyataan berakam melalui video, bagaimana pula ramai lagi rakyat yang sanggup menampilkan diri melakukan kenyataan seperti itu, kerana tindakan berwajib menjadikan tindakan pilihan?.
Kalau dilihat dah menjadi satu tren Malaysia, jika kes memehak politik untuk kepentingan UBN, pihak berwajib dengan pantas bertindak. Tak percaya kita tunggu seperti
Apa nak jadi Malaysia untuk keselamatan rakyat bukan dalam berkepentingan politik berpihak pada UBN?
Pedagang asing dan pelancong asing pun akan menjadi takut datang keMalaysia untuk menukar barangan hasil dari Malaysia.
Kerana rasuah undang-undang sudah tentu, ekononi Negara akan mengecut. Apa nak jadi Malaysia yang mempunyai Raja berperlembagaan.


Khamis, 17 September 2009

PENGERTIAN HARI RAYA DALAM AJARAN ISLAM.

Sempena menyambut hari raya tak lama lagi, marilah kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 masa: (status hadith ini mintak sahabat yang pakar check semula).

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan

3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala

Menurut Nabi Muhammad saw. Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala.


Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari raya bagi kita.


Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati.

Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakrat, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikatul-maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita. Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.

Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas. Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.

Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.

Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman.

Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hariraya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya. Hari Raya Idilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai.

Mudah-mudahan hariraya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak.

Rabu, 16 September 2009


DAIM YANG DAH DIAM LAMA. SUMBANG SUNGGUH KENYATAANNYA.


Sikap bijak pemimpin lama dalam BN, mencerminkan mereka tidak bijak mentadbir Negara yang rakyat selama ini mengharapkan setelah lama merdeka, adalah lebih maju dan rakyat bawahan agar tidak menjadi hamba kepada negara sendiri.

Beliau terlalu banyak menyifatkan orang lain bersalah, sedangkan beliau juga terlibat dalam kepimpinan kerajaan semasa itu. Kenyatan cerdik beliau, seperti "meludah kelangit akhirnya jatuh kehidung sendiri".

Sepatutnya beliau(Daim) mencari penyelesaian terbaik terlebih dahulu sebelum menjadi parah kepada BN dan rakyat. Akibat terlalu pintar dengan slogan BERSIH, CEKAP dan AMANAH (BCA), BN terperangkap dalam gelanggang politik sendiri. Amat bodohnya kepimpinan BN.

Kesalahan yang mereka telah lakukan setelah rakyat dapat menghidu segala korap dan penyelewengan terhadap Negara dan rakyat marhain, kepimpinan BN langsung tidak bertanggungjawab malah mereka seperti “membaling batu sembunyi tangan”.

Daim tidak perlu mencampuri urusan PR, kerana, rakyat sendiri telah memilih PR dan percaya untuk PR dapat laksanakan tanggungjawab dengan betul tetapi akan mengambil masa untuk menjadikan kenyataan yang sebenar.

Buat masa sekarang di beberapa buah Negeri, yang diperintah oleh PR telah banyak perubahan demi perubahan dilaksanakan akan tetapi masa yang singkat bukan senang perubahan dilakukan PR teserlah.

Daim dan rakan-rakan BCA jika betul orang yang amanah pada bulan mulia ini, buatlah kenyataan yang tidak berpolitik. Rakyat tidak boleh terima dengan kenyataan ini "Jangan buang masa melemparkan tuduhan kepada BN, kamu adalah pakatan yang memerintah (di negeri-negeri yang dikuasai PR), kamu sepatutnya memfokuskan kepada usaha untuk menunaikan janji-janji pilihan raya kamu"

Sememangnya wajar PR bongkar salah laku BN, kerana tujuan PR melawan BN untuk kepentingan rakyat.

Masaalah infra juga terbantut adalah kerana peruntukan dari kerajaan pusat dibantutkan oleh siapa? Kalau tidak BN ?. Rakyat dibawah negeri pemerintahan PR juga ada membayar cukai kepada kerajaan pusat. Sepatutnya BN bertanggungjawab bertindak dengan adil untuk rakyat semua. Yang ditekankan adalah peruntukan wang dari kerajaan pusat kenapa dibekukan kepada kerajaan negeri-negeri PR dari pilihan rakyat sendiri?.

PERINGATAN KEPADA KERAJAAN PUSAT PULANGKAN BALIK WANG RAKYAT YANG MEMBAYAR CUKAI KEPADA KERAJAAN PUSAT DENGAN GARIS PANDUAN YANG BETUL.

Salah laku BN wang dari kerajaan pusat kenapa diberi tanggungjawab kepada ketua-ketua umno di bahagian-bahagian umno?.

Salah laku BN kenapa projek-projek dinegeri PR yang diseliakan oleh wang kerajaan pusat tidak mengikut garis panduan?. Dan banyak lagi salah laku BN akan dibongkarkan.

Rakyat sifatkan BN seperti bangkai bernyawa yang tidak boleh dibendong lagi. Tetapi pemimpin ini adalah golongan beragama Islam, mereka seharusnya faham Alquran dan Hadis sudah tentu percaya kepada Tuhan bernama ALLAH. (amal maarof nahi mungkar)

Dibawah ini adalah kenyataan sendiri oleh Tun Daim.

Beliau mengakui dan membuat kenyataan seramai 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan. Siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, ramai terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan. Berlaku perkara sedemikian kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran.

Daim juga mengaku pada masa lalu, rakyat tidak melihat mereka yang menyalahgunakan kuasa dihukum.

Temubual tersebut yang disiarkan oleh The Sun Online Ahad lalu, Daim berkata, universiti-universiti tidak menawarkan kursus-kursus yang menepati dengan kehendak industri mengakibatkan banyak siswazah tidak mempunyai pekerjaan disebabkan apa yang mereka pelajari tidak memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

Bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi BN.Ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti dan pemimpin. "Politik wang rasuah adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh parti BN," .

Perubahan di dalam BN, terlalu perlahan untuk memenuhi kehendak rakyat. Di luar Umno pula, Daim percaya, perpecahan di dalam MCA akan menjejaskan kerjasama dan reformasi di dalam BN. Rakyat, katanya, tidak menghormati mana-mana parti yang berpecah.
Mengenai kemelut Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), Daim berkata: "Kerajaan mesti menghukum kesemua yang melanggar undang-undang, hanya dengan cara itu ia boleh mengembalikan keyakinan umum".

Mengulas mengenai PR, beliau menyifatkan pakatan itu mengecewakan rakyat.
Rakyat, menaruh harapan yang tinggi kepada PR tetapi kerajaan negeri-negeri yang dikuasai PR terus memainkan peranan sebagai pembangkang.

"Jangan buang masa melemparkan tuduhan kepada BN, kamu adalah pakatan yang memerintah (di negeri-negeri yang dikuasai PR), kamu sepatutnya memfokuskan kepada usaha untuk menunaikan janji-janji pilihan raya kamu"

Beliau berkata, rakyat mula melihat bahawa PR tidak boleh melakukan dengan lebih baik berbanding BN, walaupun diberi peluang.

Selasa, 15 September 2009

NAJIB JANGAN CUBA BERMAIN API.

Selangor tidak sama seperti Perak. ( Perak adalah NUR untuk re4masi). Anak-anak Selangor sentiasa berwaspada akan tetapi kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat haruslah bertanggungjawab kepada rakyat Selangor. Rakyat Selangor sentiasa menaruh penoh harapan untuk perubahan. Rakyat jelata mengharapkan pihak kerajaan PR lebih berhati-hati mengawasi kakitangan kerajaan diakar umbi untuk lebih bertanggungjawab kepada kerajaan pimpinan dan rakyat.
Tahniah diucapkan kepada lebih cemerlang sepertimana SELCAT untuk kepentingan rakyat.
Dengar dengan teliti rakaman dari minit ke minit. Sebarkan kepada rakyat yang tidak berkesempatan untuk layari internet, diwarong-warong kopi sambil pekena teh tarik.



"RAKYAT SENTIASA BERSAMAMU PAKATAN RAKYAT. PAKATAN RAKYAT SENTIASA DIAWASI OLEH RAKYAT MARHAEN"

Isnin, 14 September 2009

Sabtu, 12 September 2009

SURAT AKUAN BERSUMPAH AZMAN BIN ABDUL RAHMAN

Rakyat Selangor perlu bertanggungjawab mengekalkan kerajaan Selangor(PR) seterusnya menyokong penuh memberi undi pada PRU 13 nanti kepada Pakatan Rakyat memerintah Malaysia untuk memudahkan kerja-kerja pembongkaran salah laku saudagar malaysia yang menjalankan kerja haram ini.
Selagi PR tidak memerintah Negara Malaysia, banyak halangan DARI KERAJAAN BN untuk menutup kerja salah laku umnoBN, tidak dapat dibongkarkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang di ketuai oleh DSAI..
Sekiranya PRU 13 nanti PR gagal menguasai Malaysia, rakyat Malaysia juga yang mengalami nikmat kekayaan Negara akan terlepas kepada orang-orang tertentu iaitu kroni-kroni BN. Mereka-mereka ini adalah pengkhianat Harta Rakyat kepada kehancuran Negara.
PRU 13 akan datang, sekiranya PR kalah dalam pilihanraya demokrasi, bermakna bukanlah kesalahan pengundi. Pengundi menaruh harapan untuk perubahan, sebab itulah PRU12 kemenangan teserlah di beberapa buah Negeri. Kerajaan PR lah perlu mencorakkan agar perkara terbaik untuk rakyat dipergunakan dengan betul. Jangan mempersia-siakan undi rakyat yang bermakna itu. Pengundi amat melayan Pakatan Rakyat. "RAKYAT MEMAHAMI PEMIMPIN BERTANGGUNGJAWAB"

>Adakah Presiden MCA, Ong Tee Keat, menerima RM10 juta seperti yang didakwa Pengerusi Kuala Dimensi Tiong King Sing?

>Ong mengatakan Tidak dan Tiong berkata Ya.

>Makananya kita memerlukan orang ketiga untuk memberitahu kita siapa antara 2 watak utama ini berkata benar.

>Orang ketiga itu haruslah seseorang yang menguruskan wang tersebut dan bertindak sebagai penghantar.


azman1

azman2

azman3


Selasa, 8 September 2009

SIKAP BINATANG YANG TIDAK BOLEH DIBAWA BERBINCANG.



Bukankah sepatutnya penduduk sek23 menggunakan peluang kesempatan bersemuka dengan MB dan YB terlibat? Kesempatan ini telah disalahguna, atau tidak digunakan dengan cara yang betul dan berhemah.

Penduduk sek23 mempunyai hak untuk berkeras dan bertegas. Penduduk sek23 juga mempunyai hak untuk samada ingin bertolak ansur atau tidak. Malah dialog yang dianjurkan bertujuan untuk memenangi hati penduduk sek23. Dialog tersebut adalah jalan untuk menyelesaikan masalah dan medan untuk berbaik sesama umat. Mungkin juga ianya adalah satu peluang untuk kerajaan negeri menunjukkan betapa perkiraan mereka adalah salah dan penyelesaian secara baik wajar dituntut pada hari tersebut.

Tetapi, apa yang berlaku di dewan MBSA cukup memalukan. Dari sudut kemanusiaan, dari sudut keagamaan, dari sudut ke-bangsa-an, dari sudut politik dan dari segala sudut yang ada, penduduk sek23 tidak lebih dari sekumpulan manusia yang membenarkan diri mereka dikuasai nafsu syaitan. Peruntukkan akal yang telah Allah kurniakan, yang membezakan antara haiwan dan kemanusiaan gagal digunakan.

Wakil penduduk sek23 bukan hadir untuk berbincang, bukan hadir untuk menyelesaikan masalah, bukan hadir untuk menggunakan kebijaksanaan dalam menyelesaikan kerumitan. Mereka hanya hadir untuk merosakkan rundingan dan menambah koleksi provokasi perkauman.

Perlakuan tersebut memalukan agama dan bangsa. Perbincangan belum pun bermula disambut dengan berbakul caci-maki. Memaki-hamun mencaci-maki dalam sebuah medan perbincangan meletakkan Islam sebagai sebuah agama yang tiada tolak ansur dan penuh prejudis perkauman. Kelaluan wakil penduduk sek23 tak ubah sebagai mencemarkan kesucian Islam dimata masyarakat.

Kita sebagai orang islam sepatutnya menunjukkan contoh teladan betapa Islam itu adil kepada semua dalam semua aspek. Pemerintahan Islam itu adil dan penuh tolaransi maka penganut agama lain akan terpesona dengan kebenaran Islam.

Jika rasa hormat terhadap pemimpin adalah perkara lain, bagaimana pula dengan rasa hormat terhadap Ramadhan bulan mulia? Di manakah rasional? Di manakah adab tatasusila?
Saya percaya, jika Islam menjadi panduan sudah tentu perbincangan akan bermula dan berakhir secara baik. Tidakkah kita punya agama untuk dirujuk?

Sekali lagi saya nyatakan, saya tidak menyokong perpindahan kuil ke sek23 kerana ia umpama menyelesaikan masalah sek19 dengan menambah masalah sek23. Namun demikian, saya menentang sekeras-kerasnya usaha wakil penduduk sek23 menggagalkan rundingan. Mereka tak ubah seperti binatang.


kenyataan cool YB Khalid:-

Semua melihat apa yang berlaku dalam sesi dialog tersebut. Saya merasakan ianya peristiwa yang amat memalukan ummat Islam. Tengah-tengah bulan puasa pula. Sedih. Itulah apa yang berlaku bila tidak menghayati ajaran agama dan tidak juga menerima asuhan yang baik dari pemimpin. Hishamuddin memberi sokongan dan dorongan secara terbuka dan selepas itu menyedari tidak boleh secara terbuka, mesti secara tertutup. Seterusnya mengutuk tetapi semua tahu, reaksi awal adalah apa yang sebenar tersemat di hati. Hakikatnya tukang demo tidak dikenakan apa-apa tindakan hingga ke hari ini. Sedangkan tindakan mereka jelas melampaui batas. Ini adalah bukti bahawa Hishamuddin membela dan melindungi mereka. Begitu juga si Noh Omar, ‘hero Melayu’ gelar mereka.

Matlamat sesi dialog adalah untuk mendapat pandangan dan reaksi penduduk terhadap cadangan pemindahan berkenaan. Ianya merupakan langkah terakhir dalam proses lima langkah seperti berikut :-

1. Tapak cadangan dari PKNS - Ini adalah kerana telah dipersetujui PKNS akan menggantikan tapak kuil di Seksyen 19 dengan tapak lain milik mereka kerana tapak di Seksyen 19 akan diambil alih oleh mereka.

2. Persetujuan MBSA bahawa lokasi berkenaan adalah sesuai. Ini adalah wajar memandangkan MBSA adalah pihak yang bertanggung jawab atas perancangan bandar Shah Alam.

3. Persetujuan AJK Kuil – ini telah diperolehi selepas proses perbincangan pada hujung bulan Mei. Nota mesyuarat ditanda-tangani sebagai bukti persetujuan mereka kerana tidak mahu berlaku penafian atau bertukarnya fikiran. Surat inilah yang dijaja oleh orang-orang demo kepala lembu itu. Persetujuan AJK kuil perlu kerana dasar PR ialah musyawarrah bukan paksa pindah ke mana orang lain tetapkan.(Itu dasar UMNO – rujuk pengakuan bangga KT).

4. Persetujuan Kerajaan Negeri atas cadangan untuk memindahkan kuil ke tapak yang dicadangkan. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri mahu memantau semua aktiviti pembinaan dan perobohan kuil.

Pada tahap ini, cadangan mencapai status sebagai ‘cadangan rasmi’ dan barulah boleh dibincangkan dengan pihak awam, terutama penduduk sekitar kawasan berkenaan. Mengadakan perbincangan bersama penduduk sebelum mendapat persetujuan ke empat-empat pihak ini tidak memberikan sebarang makna, kerana cadangan itu belum lagi merupakan cadangan rasmi.

5. Pertemuan dan perbincangan dengan penduduk berhubung cadangan yang telah dipersetujui terlebih dahulu oleh ke empat-empat pihak seperti di atas. Ini adalah kerana walau macam mana sekalipun, penerimaan oleh penduduk sekitar adalah penting untuk menjamin keharmonian. (perkara 5 ini amat penting untuk penduduk sek23, yang merosakkan suasana perbincangan yg memalukan kalau dilihat orang kota sudah tentu berpendidikan tinggi tetapi berakal saitan yang di bawa oleh umno)

Jika berdasarkan peraturan yang sediada, peruntukan jarak melebihi 50 meter tidak mewajibkan sebarang perbincangan diadakan dengan penduduk. Namun dasar PR adalah untuk mengadakan perbincangan walaupun jaraknya melebihi 50 meter, jika dilihat akan memberikan kesan. Sekiranya penduduk bersetuju, maka inilah yang ideal dan cadangan itu boleh dilaksanakan. Sekiranya setelah dikemukakan, penduduk menolak maka adalah lebih baik untuk dipertimbangan tapak alternatif sekiranya ada.

Malangnya kerajaan Negeri Selangor tidak diberi peluang untuk membentangkan cadangan ini di peringkat ke-5. Cadangan ditolak sebelum ianya dikemukakan dengan cara amat tidak sopan.

Hakikatnya, sekiranya cadangan ditolak secara sopan sekalipun – iaitu tanpa sebarang aksi yang telah ditunjukkan sebelum ini, kerajaan PR akan mengambil kira pandangan penduduk. Namun atas sebab hasutan pihak tertentu dan kempen salah-maklumat yang dilakukan maka cadangan ditolak mentah-mentah dengan cara paling tidak sopan. Yang dipertikaikan adalah cara bantahan dibuat, bukannya bantahan itu sendiri. Ada yang menganggap kerajaan negeri sudah pun mahu mula pembinaan! Sedangkan tiada pelan kuil yang telah diluluskan. Nak bina macam mana kalau tiada pelan?

Kami dituduh tidak mahu mendengar pandangan penduduk. Yang hadir pada hari tersebut melihat secara jelas siapa sebenarnya yang tidak mahu mendengar. Ini boleh dibuktikan melalui video clip yang tersiar di beberapa blog. Hanya blog UMNO yang tidak mahu menyiarkannya kerana tahu ianya angkara mereka. Semua tahu yang berperangai sedemikian bukan ahli PAS dan bukan PKR. Nafikanlah berapa kali sekali pun, rakyat tahu ini perangai UMNO.

Saya diberitahu juga ada pihak yang mendakwa bahawa mereka yang terlibat membuat kacau semasa sesi dialog tempohari adalah terdiri dari ahli PAS dan PKR. Sekiranya benar, maka saya cadangkan mereka ini dihadapkan di bawah lembaga disiplin parti, dipecat dan sekiranya didapati bersalah dikenakan tindakan dibawah akta hasuatan. Dalam masa yang sama, saya juga berharap jika ada ahli UMNO yang terlibat sama, maka mereka juga dikenakan tindakan yang sama. Mahukah mereka melakukan perkara yang sama sekiranya benar-benar yakin?

(Sekarang baru ku tahu..)

Jika selama ini
aku selalu condemn Kerajaan Selangor
aku selalu condemn pemimpin kerajaan Selangor
aku mendakwa mereka tak mahir urus negeri
terlalu banyak kelemahan
wakil rakyat yang entah hapa-hapa
ada yang bercakar sesama sendiri
pembahagian zakat yang tidak telus
wakil bulan berpecah
semuanya aku kutuk
sama ada wakil dari bulan, mata atau roket

tapi
semenjak kerajaan negeri ini
diserang bertubi-tubi
oleh bala tentera separa Mongolia
berbagai isu dibangkitkan
isu perobohan kuil
isu UiTM untuk kaum lain
isu rasuah lembu MB
isu wakil rakyat diserbu SPRM
isu kematian Teoh Beng Hock
isu penjualan arak
isu Datuk Nazak mahu rampas Selagor
terbaru isu kuil di Shah Alam
dan kepala lembu berdarah
dan juga 2 Khalid dimaki hamun

isu-isu ini telah berjaya membuatkan
aku menjadi simpati terhadap kerajaan Selangor
sokongan aku menjadi padu
rasa meluat aku hilang
dan aku makin bertambah simpati
apabila pemimpin negeri dimaki hamun
pada tanggal 5 haribulan
majlis dialog bertukar
menjadi majlis dalam hutan

kutahu
ia provokasi dari puak kepala lembu
bilangan mereka sedikit
lebih ramai yang diam dan memerhati
dari yang terpekik terlolong
umpama orang dirasuk hantu

sekarang baru ku tahu
rupa-rupanya anak Samad seorang yang macho
walaupun dia dituduh liberal
walaupun dia dicop sebagai perosak
walaupun dia dilabel sebagai Erdogan
aku kagumi dia
kesabaran dia
jikalau aku berada di tempatnya
nescaya pasti akan ada yang patah leher
dia berani berdepan dengan risiko
walaupun tahu undi yang dia akan dapat
pada PRU-13 mungkin merosot
aku salute sama dia

Juga baru aku tahu
anak Ibrahim adalah gentleman
walaupun dia banyak kekurangan
dan juga kepincangan
masih membela puak-puak UMNO
yang diimport dari Guthrie
tapi dia jenis tak kecut perut
dulu aku gelar dia
sebagai MB gemuk dan gagap
tapi
segemuk-gemuk Khalid
segagap-gagap Khalid
dia ada telor
dia setenang anak Samad
berhadapan dengan provokasi
makhluk yang tidak beradab

sekarang baru ku tahu
mereka fikirkan penduduk
dengan menganjurkan dialog
berharapan dapat berbincang dengan elok

jika yang berada ditempat anak Samad itu
adalah dari spesis yang berserban dan syok sendiri
jika yang berada ditempat anak Ibrahim itu
adalah seorang abang kepada bapuk
tak tahulah jadinya
baru ku tahu...

Rabu, 2 September 2009

NELAYU BANGSAT, SESAT GUNA AGAMA.
RAKYAT YANG WARAS JANGAN KELIRU.


Sekurang-kurangnya empat pemimpin Umno peringkat cawangan dan bahagian dikenalpasti mendalangi demonstrasi mengheret kepala lembu bagi membantah pemindahan sebuah kuil Hindu di Shah Alam, kata Ahli Parlimen kawasan itu Khalid Samad.

Khalid berkata penaja demostrasi itu ialah adik Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Datuk Mohd Zain. Seorang lagi yang dikenalpasti ialah Ketua UMNO Cawangan Seksyen 18, yang dikenali dengan nama Abang Mat. Selain itu Ketua Pemuda UMNO Selayang dan ketua Umno Cawangan Seksyen 16 Shah Alam turut mendalangi demostrasi itu pada Jumaat lalu, kata Khalid.

Khalid mendedahkan pihak yang mendalangi tunjuk perasaan berbau perkauman itu sebagai menyahut cabaran Ahli Majlis Tertinggi Umno Noh Omar yang menafikan pembabitan ahli UMNO. Noh adalah juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan dilaporan merestui tunjuk perasaan yang boleh membakar sentimen kaum Melayu.

Khalid berkata demikian setelah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Shah Alam Penolong Pesuruhjaya Polis Noor Azam Jamaludin untuk membincangkan tindakan susulan polis terhadap tunjuk perasaan itu.

Setakat ini polis belum membuat sebarang tangkapan walaupun anggota polis hadir semasa konco-konco UMNO mengheret, memijak dan meludah kepala lembu di depan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Khalid memberitahu pmberita bahawa polis memaklumkan bahawa pihaknya telah selesai menjalankan siasatan dan kini menunggu arahan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu. Demostrasi yang didalangi pemimpin UMNO itu bertujuan menghasut orang Melayu membantah pemindahan kuil berkenaan dan sekali gus membenci kaum India.

Kuil itu berusia lebih 100 setahun. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang memindahkannya dari Seksyen 19 kerana ia terletak hanya 20 meter daripada kawasan perumahan. Tapak baru kuil yang dicadangkan di Seksyen 23 adalah dalam kawasan industri dan terletak lebih 200 meter daripada kawasan perumahan.

Pakatan Rakyat bertindak sebegitu kerana masalah kuil terlampau hampir dengan kawasan perumahan telah berlarutan sekian lama di bawah pemerintahan kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional. Sayugia diingati, kedua-dua kawasan iaitu Seksyen 19 dan 23 adalah kawasan majoriti Melayu sebagai semua kawasan perumahan di Shah Alam. Bezanya ialah kuil di tapak yang dicadangkan Pakatan Rakyat adalah dalam kawasan industri dan lebih jauh daripada kawasan perumahan.

Khalid turut menyanggah fitnah yang ditaburkan oleh Umno, kononnya Selangor mempunyai 8 ribu kuil dalam satu lagi cubaan untuk membakar sentimen orang Melayu.

"Di Parlimen Shah Alam sahaja, terdapat 6 kuil berdaftar dan 8 buah kuil bakal didaftarkan. Menjadikan jumlahnya hanya 14 berbanding dengan 70 buah masjid dan surau di seluruh Parlimen Shah Alam. Ini adalah angka yang munasabah," kata Khalid.

Merujuk kepada laporan bahawa Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein akan berdialog dengan penduduk Seksyen 23, Khalid mencabar Menteri itu supaya menjemput beliau sekali kepada majlis itu bagi mendengar rungutan penduduk berkenaan.

"Kalau betul Hishamuddin bersikap berkecuali, saya akan tunggu untuk beliau menjemput saya hadir pada perjumpaan itu supaya pandangan semua pihak boleh didengar dan diambil kira," kata Khalid.

Khalid melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hishamuddin bersimpati dengan penunjuk perasaan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu tempoh hari. Beliau berkata Menteri itu seolah-olah mengiyakan tindakan mencerca agama lain untuk tujuan politik. TVA
INGAT, WAKIL RAKYAT SEMUA YANG TIDAK AMANAH. KAMU MAKAN DUIT HARAM


Berita baik untuk semua wakil rakyat di Malaysia sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, semua Yang Berhormat selepas ini tidak perlu untuk menghadiri sidang DUN atau Dewan Rakyat selepas ini. Kedudukan sebagai wakil rakyat tidak terjejas malah semua Yang Berhormat layak mendapat elaun setiap bulan mengikut kelayakan walau pun tidak menghadiri sidang dewan.

Untuk makluman semua Yang Berhormat, walaupun tidak menghadiri sidang DUN atau Dewan Rakyat, rakyat sebagai pembayar cukai menghalalkan segala elaun diterima oleh Yang Berhormat. Jika Yang Berhormat tidak mempunyai sijil cuti sakit (MC) sebagai bukti ketidakhadiran kepada Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat tidak perlu gundah gulana kerana yang Berhormat boleh mendapatkan sijil cuti sakit berkenaan di mana-mana klinik yang boleh diajak berunding dengan harga RM 5 sehari. Jika sijil cuti sakit Yang Berhormat dipertikaikan Yang Berhormat tidak perlu risau kerana SPR sudi membantu.Sekian Dimaklumkan...

Selasa, 1 September 2009

SPR BERHADAPAN UNTUK KENYATAAN.

Ikut undang2 Tubuh Negeri Kedah memang ada PRK . tapi puak2 UMNO nie memang kaki pembelit yang haram akan dikatakan halal..

SPR mesti mengatakan tiada PRK..tak caya tunggulah tengok..

Bagitau MB jangan lupa adakan mesyuarat tergempar jika tiada PRK untuk menggugurkan undang2 mengenai kehadiran adun dalam mesyuarat...

Jika sudah tak mau pakai undang-undang, lebih baik kita mansuhkan sahaja..

SPR Akan Umum Esok... Maka Kalutlah Sekelian Jabatan Kerajaan...

SPR memaklumkan bahawa esok mereka akan adakan mesyuarat untuk memutuskan kekosongan atau tidak kerusi DUN Kota Siputeh. Pihak-pihak yang memahami undang-undang dan peraturan sudah mengesahkan kekosongan itu telah berlaku, tetapi sejauh mana kuasa politik BN dapat mempengaruhi keputusan SPR adalah lebih tinggi kedudukannya dari undang-undang, hatta Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.

Berdasarkan situasi semasa, BN akan berusaha menggagalkan kekosongan itu atas beberapa faktor, antaranya:
1. Mereka katandusan tokoh untuk menjadi calon, selain Dato' Abu Hassan Sariff, sehingga ada usaha memujuk seorang Pegawai Daerah yang sedang berkhidmat sekarang menjadi calon BN.
2. Penyokong tegar Abu Hassan sudah menunjukkan protes terhadap BN yang dikatakan tidak cukup kuat membela Adun mereka.
3. Pengundi cina sekitar 1,300 orang tidak menjamin jumlah undi yang mereka dapat dulu (majoriti 495) dengan ketegangan krisis dalam MCA.
4. BN tidak bersedia menerima kekalahan di kubu kuat mereka, Kota Siputeh adalah termasuk dalam Kubang Pasu (sempadan lama) yang masih tebal dengan sentiman Tun Dr M.
5. Kekalahan 7-1 dalam pilihanraya kecil terlalu perit untuk ditambah menjadi 8-1.
6. Kedah bukan negeri yang selesa untuk dimenangi BN kerana tiada isu untuk diulas.
7. Isu hukuman terhadap Kartika akan memberi penangan hebat jika diangkat dengan baik oleh PR.
Ada banyak alasan lain untuk mereka menolak pilihanraya kecil Kota Siputeh. tapi saya sangat pasti tentang seperkara jika SPR terpaksa memejam mata dan menahan nafas mengumumkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh. Semua jentera Kerajaan Persekutuan akan kalut sakan bermesyuarat untuk memenangkan BN, antaranya Polis (SB), Seranta (JPM), Kemas, EPU, BTN, Kementerian Penerangan, MIO (risik tentera), JASA dan apa lagi jabatan yang rasmi dan tidak rasmi.

Selain ulang tayang drama kempen Manik Urai dan Permatang Pasir, saya percaya di Kedah mereka akan ada skrip tambahan. PR tak perlu risau sangat, itu kerusi depa, biar depa pertahan bermati-matian. Selama ini pun, memang kita berhadapan dengan semua jentera awam ini, tapi kita tetap menang.

Para penyokong PR, mari kita bersiap seadanya untuk merampas Kota Siputeh, biar ia jadi Kota Sehitam Belegam buat BN.

Selamat Berjuang!