Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Isnin, 29 Mac 2010

LIM MINTA PENJELASAN DI DEWAN RAKYAT

RM52 Billion Saham Bumiputera Hilang

Ahli parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini meminta penjelasan di Dewan Rakyat mengenai RM52 billion saham bumiputera yang dilaporkan 'hilang' daripada tangan bumiputera di Bursa Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasannya itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.

Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”

Lim menggesa kerajaan menyiasat apa yang berlaku dengan saham berkenaan yang didakwa lazimnya diagihkan kepada kroni BN.