Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jumaat, 2 Oktober 2009

APAKAH RAKYAT SELANGOR YANG MEMERLUKAN SELESA DENGAN SUMBANGAN ITU?



"SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini menyampaikan takziah dan simpati kepada keluarga yang terbabit dalam bencana gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

Kerajaan negeri amat terkejut dan terkilan dengan kematian dan kemusnahan yang disebabkan oleh gempa bumi itu. Bagaimanapun kerajaan negeri berasa lega bahawa tiada kematian atau kecederaan di kalangan warga Malaysia di Padang.

Hari ini kerajaan negeri menubuhkan satu misi kemanusiaan untuk memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia dan menyediakan bantuan kewangan sejumlah RM500,000.

Misi khas tersebut akan menghantar ubat-ubatan, makanan, khemah dan keperluan lain ke Padang dalam masa tersingkat."

Aku memohon maaf terlebih dahulu jika sekiranya apa yang hendak aku pertikaikan di sini tidak sehaluan dengan pendapat korang semua.

Yang membuatkan aku terkilan di sini adalah, mengapa kita perlu menghabiskan dana negeri untuk bantuan negara luar. Apa kejadahnya....

Sedangkan rakyat dalam negeri selangor sendiri ada yang tak cukup makan, anak-anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin masih ramai lagi. Ada yang bergantung harap dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tidak seberapa jumlahnya sebulan dan jika di campur dengan bantuan Baitulmal rasanya masih belum mencukupi untuk melepaskan sengsara kemiskinan samada dari segi bantuan makanan dan perubatan.

Bagaimana pula dengan pembayaran terhadap kontraktor-kontraktor yang sudah tertunggak berbulan-bulan dengan setiap Majlis Perbandaran, apabila di tanya, jawapannya tiada wang, kerajaan pusat tidak menyalurkan wang peruntukan negeri, dan pelbagai alasan lagi...

Tetapi untuk membazirkan RM500'000 kepada negara lain ada pula wangnya. Tak ke hampeh dan banggang bunyinya..., tak salah jika hendak memberi bantuan tetapi biarlah nasib rakyat negeri mahupun negara terbela terlebih dahulu. Bukannya yang dalam negeri/negara masih susah, tetapi mengutamakan orang luar pula. Bodoh tak boleh di ajar lansung.

Jika alasan yang diberi adalah atas dasar bantuan kemanusiaan, apakah rakyat yang susah di Selangor ini bukan manusia ke...? Utamakanlah Manusia Susah di Selangor terlebih dahulu.

Isa: Malas nak guna perumpamaan kera, hutan dan susu. Apa yang aku lihat Kerajaan Negeri Selangor ni memang Bangsat dan Banggang teramat Banggang. RM500,000 berapa ramai orang susah di Selangor yang boleh di bantu atau melunaskan tunggakan pembayaran kepada para kontraktor.