Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jumaat, 23 Disember 2011

ADAM ADLI UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA.



Siapa beliau yang anda merasakan tindakannya amat luar biasa. Yang menjadi pecacai kepada kepentingan peribadi tetap akan mengutuk tindakannya. Mahasiswa/siswi dan ibubapa yang terlibat hal undang-undang AUKU akan merasa kelegaan kerana banting telah menjadi bendera yg berkibar ditiang ke6 banting tersebut. Mengapa PM ke6 menjadi takut?

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jangan kau sangsi kemana arah mu,
Langkah mu tidak sumbang,
Jangan kau ragui keyakinan mu,
Yang ZALIM/PENGKIANAT/KORAP kita tentAng.


Rabu, 31 Ogos 2011

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Secara peribadi, sedikit kecewa dan seakan menitis air mata dewasa kerana kacau bilau menghuruharakan Pemerintah PR dibeberapa buah negeri oleh umno. Tapi perjuangan ISLAM tidak pernah kalah malahan kacaubilau itu ada Hikmah nya. Mungkin kita ada kelemahan dari beberapa sudut dan sedikit alpa dalam beberapa bab sehingga jika kita terus di buai kemenangan berterusan kita akan lalai dan leka. Lalai dari kehendak tuan Alam dan amanah sebagai khalifah Allah .

Dari sudut Islam, menang atau kalah di dalam perjuangan itu penting. Tetapi yang lebih penting ialah ketika menang atau kalah, akidah, sya“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”riat dan akhlak perlu dijaga. Jangan sebab menang lupa Allah dan jangan sebab kalah menyalahkan takdir. Jangan sebab menang lupa sembahyang dan jangan sebab kalah subuh tadi terlewat. Jangan sebab menang hilang akhlak dan jangan sebab kalah hilang pertimbangan.

Sebagai ahli .. dan pendokong agama Allah swt harus beristiqomah dalam perjuangan kerana akhir nya kemenangan itu adalah PASTI. Untuk menang mungkin perlu pengorbanan darah kita,nyawa kita mungkin jua kemanangan itu perlukan doa kerdil kita.

Ingatlah kita akan ayat Allah swt

Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalasesuatu.( Ali Imran ayat 26)

Sejauh mana kita kalah, kita perlu bersenyum dan setinggi mana kita menang kita perlu senyum dengan nikmat Allah swt yang Maha Luas. Perjuangan dalam menegak kan dustur Allah bukan barang kecil kerana perjuangan inilah kita mungkin di pandang hina oleh rakan kita, di putuskan hubungan oleh saudara mara kita dan di sekat harta kedudukan oleh manusia . Tapi kita perlu yakin Allah swt sentiasa bersama kita.“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Dalam politik kekalahan ini yang mematangkan kita jua saya samakan dengan kehidupan kerana kegagalan itu adalah jalan baru untuk bangun.

Dare to fail… kita wajar berusaha dan tidak takut untuk kalah. Kerana kekalahan itu adalah subjective sifatnya. Kita ada Allah dan doa itu adalah senjata kita . Saidina Umar Ra pernah berkata

Kiranya aku tahu doaku tidak di makbulkan Allah maka akan aku terus berdoa dan berdoa

InsyaAllah, kemenangan pihak mustakbirin adalah tiket untuk Allah menghancurkan mereka. Allah tidak akan membela golongan mustakbirin malahan golongan musta’affin akan sentiasa di lindungi Allah.

Sabtu, 16 Julai 2011

API UNGUN SUDAH MEMBARAK.

http://www.youtube.com/watch?v=_2Mqml75F4E&feature=player_detailpage

http://www.youtube.com/watch?v=_2Mqml75F4E&feature=player_embedded

Ahad, 10 Julai 2011

Video pada 9 Julay 2011(BERSIH) rAKYAT bANGUN.


Luahan Hati Mencari Keadilan Sejati~


kami rakyat biasa mulai terasa,

kebebasan semakin ghairah dihalang,

pemimpin zalim semakin berleluasa,

akhirnya rakyat menanggung malang,



Kini berjuta rakyat turun membantah,

Pemimpin semangatnya kukuh terukir,

Seniman yang lidahnya begitu petah,

sentiasa dialun bersama zikir,



Kemerdekaan sebenar telah lama lari

adakah kita masih dibuai mimpi,

Tepuk dada tanyalah diri,

sebelum bersendirian bertemankan sepi,



Walaupun kerap kali difitnah,

walaupun hidup berpenat lelah,

Semangat kami tidak pernah punah,

menunggu saat perjanjian Allah;

Wallahualam...




Rabu, 6 Julai 2011

Pihak Bertanggungjawab Kurang prihatin. Pesakit Perlukan Bantuan.

Lawatan Mengejut RTPJ bersama AKAR


Lawatan mengejut pada jam 10 malam pada 4. julay 2011, rombongan kami mengziarahi pesakit Sdr Suhaimi yang mengalami sakit sejak setahun yang lalu dan tidak mendapat perhatian dari pihak bertanggungjawab. Bantuan hanya secara pribadi dari ADUN 51. Kini beliau tiada pendapatan saraan dan hanya isteri bekerja menjaga anak-anak jiran dengan pendapatan tidak mecukupi saraan harian. Beliau mempunyai anak-anak yang masih kecil dan juga ada yg bersekolah.

Pesakit kini tinggal dirumah sewa taman Sri Medan Sejangkang. Pesakit ini makin bertambah teruk membengkak dibahagian tengkok dan kini tidak mampu berjalan. Beliau mengadu setelah setahun berlalu membuat permohonan bantuan dari JKM dan sehingga kini tiada jawapan. Beliau juga mengadu, masaalah keuwangan juga menjadi terbatas untuk perubatan. Beliau memohon agar bantuan dari pihak tertentu, untuk perubatan. Pada sesiapa yang ingin membantu bolehlah rujuk kepada pejabat YB ADUN 51.

Isnin, 4 Julai 2011

MANIFESTO 3 GABONGAN PAKATAN RAKYAT. Menegakkan Kebenara Menentang Kezaliman.

Terlepas Pandang atau Tidak Ahli Majlis Tidak Buat Kerja?

Hari ini AKAR menerima aduan dari penduduk Taman Bakti Kg Sg Sungai Manggis bahawa longkang tidak terurus dan kotor.

Pengadu juga memberitahu bahawa pembersihan urusan taman adalah kelolaan MDKLgt. Masaalahnya kenapa longkang Taman mereka diabaikan dan tidak terurus dengan baik. Kenapa Ahli Majlis tidak bertanggungjawab keatas kontraktor berkenaan seperti tindakan memotong klim kerja dan memecat sahaja kontraktor. Pengetahuan kami sebagai penduduk taman yg telah membuat aduan kpd MDKLgt dan didapati benar sptmana aduan, MDKLgt layak memotong dari klim kontraktor berkenaan. Lihat gambar-gambar tertera …








Isnin, 27 Jun 2011

Mengapa Pimpinan Parti dan kerajaan Terlepas Pandang ?

Parlimen P112 dan DUN 51 Serta Ahli Majlis MPP Zon 5



Semalam pada jam 10.00 pm 26 Jun 2011, AKAR menerima panggilan mengejut melalui talipon yang tidak diketahui siapa pemanggilnya. Pengadu mengadu bahawa seorang pesakit yang terlantar sakit sejak November 2010 tidak mendapat perhatian. Pesakit seperti gambar tertera.









AKAR seperti biasa terus menalipon pimpinan parti, untuk memberi tahu masaalah sebenar untuk tindakan pemimpin parti yang semua maklum, mereka adalah pimpinan masyarakat dan kerajaan. Talipon pemimpin yg dimaksudkan, tiada jawapan. Setelah 2 jam kemudian, pemimpin parti yang dimaksudkan membuat panggilan balas. AKAR memberitahu perkara sebenar. Dan pimpinan tersebut meminta AKAR menalipon kepada biro masyarakat jawatankuasa parti beliau. Persoalan disini, kenapa AKAR perlu membuat aduan pula kepada mereka? Sepatutnya pemimpin parti, menyelesaikan masaalah ini untuk tindakan setelah AKAR memberitahu masaalah itu.

AKAR dan rakan dari bloger Parlimen Sepang terus pergi melawat pesakit tersebut, meninjau perkara sebenar untuk kepastian. Amat menyedihkan keadaan pesakit dan keluarga itu. Pesakit mempunyai anak seramai 6 orang yang masih kecil. Anak pertama berumur 15 tahun dan yang terakhir berumur 6 bulan.

Isteri pesakit bekerja sebagai jururawat di hospital Klang yang berpendapatan tidak mampu menampung kehidupan keluarga.

Masaalah keluarga ini AKAR akan panjangkan kepada pihak yang bertanggungjawab pada hari ini juga. Pesakit amat memerlukan kerusi roda. Pesakit tidak dapat bangun dan buang air besar serta air kecil di tempat tidor dengan bantuan anak-anak bila isteri beliau pergi kerja.

Pada sesiapa yang ingin membantu boleh terus menghubungi AKAR ditalian 01112358199. Atau boleh terus menghubungi Sdr Hadi no talian 012 6943724/ 016 9469695.


Selasa, 21 Jun 2011

MASAALAH YANG BELUM DISELESAIKAN

PANGSAPURI A dan B BANDAR SUNGAI MAS.


Pangsapuri ini beralamat Jalan Mas 33, Bandar Sungai Mas42700 banting Selangor. Flat ini telah dihuni sejak lebih 6 tahun. Masaalah mereka yang dihadapi, perlu membayar bil air yang terlalu mahal setiap bulan. Mereka merasa hak mereka dinafikan. Ramai penghuni rumah flat blog A dan B telah mengadu kepada Ahli Majlis zon 10 sejak sepanjang 3tahun lalu dan dipanjangkan ke ADUN terlibat (N52) dan kini tiada apa-apa jawapan bertulis untuk tindakan . Hanya jawapan yang diterima secara lisan dari Ahli Majlis yang mengecewakan.

Penghuni yang tinggal diflat ini merasa kecewa kerana tidak menerima sepertimana kerajaan negeri Selangor memberi air percuma 20m3. Mereka juga sama seperti yang lain membayar cukai. Mereka membuat aduan kepada AKAR untuk membantu menyelesaikan masaalah mereka. AKAR hanya dapat berjanji akan membantu untuk tindakan ini dipanjangkan kpd pihak bertanggungjawab.

Ahad, 13 Mac 2011

APA KAH IA 1 RETORIK ATAU KENYATAAN?

JANJI MB SELANGOR PD MASYUARAT EXCO GENAP 2 BULAN LEPAS

Semua orang sudah mengetahui hal peruntukan khas RM 1 juta untuk setiap ADUN di Selangor. Kenyataan ini telah disiarkan dilaman web krajaan Selangor tempoh hari. Apa yang diketahui, tidak nampak pon ia menjadi kenyataan sehingga hari ini.
Jangan ada kenyataan terbuka tetapi perkara tidak ujud. Seperti di Kuala Langat, tidak kedengaran ujud pun RM 1 juta turun kpd pembangunan sepertimana dalam kenyataan MB.
Sepertimana di Kg Sg Sedu, banyak keperluan yg lebih penting untuk dilaksanakan, ia tidak menjadi kenyataan. Pada, PRU12 lepas turun padang berkempin menjanjikan sesuatu untuk kepentingan ekonomi penduduk yg seramai pengundi lebih 1000 orang dan 80% pengundi memberi undi kpd DAP serta KEADILAN, tetapi mereka seperti dianak tirikan.
Dimana ADUN Tlk Datuk? Selama lebih 3 bulan, sebelom bubar parliman PRU12 lepas, beliau turun padang utk berkempin dan tapak pertama beliau adalah di Kg Sg Sedu. Hari ini beliau bagaikan "kacang lupakan kulit" dan setelah itu beliau juga sudah melakukan " makan kacang, kulit beliau selerakkan".

Buktikan kenyataan spt dibawah ini untuk rakyat lebih percaya dan jangan luluskan dan simpan untuk kempin PRU13. Kalau lah seperti itu yang berlaku, maka tidak hairanlah ia juga akan menjadi kenyataan untuk kalah dalam PRU13 nanti.

KENYATAAN MB SELANGOR;-

13 Jan 2011- Kerajaan negeri Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat untuk diagihkan dalam tempoh tiga bulan bagi menampung perbelanjaan membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan.

"Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam, petang semalam.

Selain itu, Khalid berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar.

Justeru, perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.