Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Isnin, 14 Jun 2010

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' di KT

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' anjuran Gerakan Tindakan Rakyat (Gertak)



Perhimpunan 'Melayu Bangkit' anjuran Gerakan Tindakan Rakyat (Gertak) bermula jam 10 pagi ini dengan dihadiri kira-kira 1,000 orang di Stadium Negeri Kuala Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di perhimpunan tersebut sebentar tadi.

Kehadiran menteri besar Terengganu adalah di luar dugaan.

Ketibaan mantan perdana menteri itu disambut dengan persembahan pencak silat oleh dua pasangan lelaki dan wanita.

Antara yang hadir ialah anggota Perkida yang pakaian mereka berwarna hijau muda dan berikat kepala serta anggota pencak silat.

Bunyi pukulan gendang silat kedengaran sebagai menyambut ketibaan orang ramai dan para jemputan ke majlis tersebut.

Kira-kira 10 anggota polis berpakaian seragam kelihatan di dalam stadium, manakala yang lainnya bertugas di luar.

Dalam ucapannya , pengasas Gertak Razali Idris mengecam mereka yang mengkritik perhimpunan tersebut - yang pada mulanya dijadual pada 13 Mei lalu, tetapi ditangguhkan ke hari ini - serta kehadiran Dr Mahathir.

Razali mengakhiri ucapannya dengan menggesa mereka yang hadir supaya bangkit mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan kedaulatan Raja Melayu.

Beliau juga menegaskan bahawa orang bukan Melayu tidak harus takut kerana gelombang kebangkitan orang Melayu itu merupakan satu anjakan pradigma untuk mempertingkatkan masyarakat Melayu, dan pada masa yang sama, menghormati kaum lain.

Antara 45 NGO yang hadir yang bergabung dengan Gertak ialah Pekida, Pewaris, Sahabat Laut Malaysia and Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu.

Dalam ucapannya pula, Dr Mahathir pula berkata pembatalan perhimpunan itu pada 13 Mei lalu adalah disebabkan oleh fikiran singkat sesetengah pihak yang bimbang perhimpunan orang Melayu itu diadakan pada tarikh berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

Dr Mahathir berkata walaupun ada yang menyifatkan tindakan GERTAk mengadakan perhimpunan pada 13 Mei sebagai rasis, peristiwa itu tidak harus dilupakan.

Katanya tindakan melupakan sejarah akan menyebabkan kita akan mengulangi kesalahan berkali-kali.

Menurutnya, tarikh tersebut dipilih secara kebetulan dan tanpa maksud tersembunyi.

Mahathir menambah, rakyat perlu diingatkan mengenai peristiwa tersebut "jika kita ingin belajar daripadanya".