Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Khamis, 8 Januari 2009

hari ke2



Anwar Berkempen Untuk KE PUTERAJAYA

Rabu. 6.30ptg. 7/01/09. Anwar Ibrahim telah turun berkempen untuk memastikan kemenangan calon Pas, Abdul Wahid Endut di pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Kedatangan Anwar itu membuktikan apa yang dinyatakan sebelum ini benar dan menjelaskan Anwar bukan seorang yang menyimpan dendam politik.

Semua tahu semasa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lalu para pemimpin Pas Terengganu tidak memberi sokongan terbaik kepadanya. Keadaan itu menampakkan semacam Pas tidak senang hati dengan Penasihat keADILan itu.

Bukan itu saja pandangan peribadi Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali mengenai projek 16 September yang digagaskan Anwar seolah-olah memperkecilkan usaha Anwar itu. Bermula dari kenyataan Mustafa itu juga pemerhati melihat ada semacam ketidak sefahaman antara kedua mereka.

Bertolak dari itu ada orang mengira Anwar tidak akan mencemarkan duli untuk membantu calon Pas pada pilihan raya berkenaan. Umno tentunya orang yang bergembira kalau Anwar mengambil sikap 'memulaukan' pilihan raya itu kerana tindakan Anwar itu akan menguntungkan dan dijadikan isu berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

Tetapi apabila Anwar berada di Terengganu dan turut berkempen ia menggambarkan sikap politik matang yang diamalkan Anwar yang memang tidak ada tolak banding. Semalam Anwar telah berceramah bersama Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Abdul Hadi Awang dalam ceramah perdana di Kampung Tanjung Kampung.

Hari ini beliau telah merasmikan pejabat keADILan Kuala Terengganu dan sekaligus turut berkempen untuk tambah kerusi parliman. Beliau juga dilihat berjalan seringan dengan calon Pas itu dan menemui orang ramai.

Sudah tentu dengan kehadiran dan komitmen Ahli Parlimen ketua pembangkang ia memberi petanda bahawa pilihan raya itu bakal dimenangi oleh Pas. Dan apa yang pentingnya diharap dengan pilihan raya itu juga perselisihan pandangan antara Mustafa Ali dengan Anwar yang berlaku sebelum ini akan sembuh dan umno tidak putar belitkan fikiran rakyat, khasnya pengundi K. Terangganu.