Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Khamis, 3 Disember 2009

YANG SALAH TETAP SALAH, KITA PERJUANGKAN UNTUK RAKYAT.


Angkatan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan rakaman temuramah penyiasat kontroversi, P Balasubramaniam ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya petang tadi.

Ketika dihubungi TV Selangor, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohamad Akin berkata rakaman temubual ini adalah bukti jelas hubungan rapat Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Di dalam CD tersebut ada lebih kurang tujuh perkara yang telah diberikan fokus,dimana tujuh perkara itu telah saya simpulkan dan jadikan ia sebagai satu laporan rasmi terhadap SPRM.Antara yang penting ialah kita minta SPRM menyiasat terdapat usaha daripada pihak dato najib sendiri melalui agen agennya menawarkan wang sejumlah 5juta ringgit bagi mendorong balasubramaniam menarik balik akuan sumpah betarikh 1julai 2008”,kata Shamsul.

Shaariibuugiin Altantuyaa mati dibunuh dua pengiring Najib pada Oktober 2006 di Shah Alam.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati keatas Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar, namun membebaskan pembantu Najib, Abdul Razak Baginda.

P. Bala mengundang kontroversi dengan akuan bersumpah yang mengaitkan Najib kepada pembunuhan Altantuya.

Bekas anggota Cawangan Khas yang diupah Abdul Razak Baginda untuk memantau gerak-geri Altantuya mendakwa pihak polis telah membuang maklumat perselingkuhan Najib dan wanita Mongol itu.

P. Bala menghilangkan diri bersama keluarga, sebelum muncul kembali tahun dan mendedahkan bahawa beliau telah dibawa lari ke India oleh kerajaan Malaysia.

Rakaman perbualan P Bala bersama 3 orang peguam membutirkan perencanaan menutup hubungan Najib-Altantuya dari terbongkar.

P Bala mendakwa beliau disogok RM5 juta ringgit untuk menarik balik akuan bersumpah itu oleh Deepak Jaikshnan, yang dikatakan rapat dengan isteri PM, Rosmah Mansor.

Tambah Shamsul lagi,“Terdapat keyakinan dan ulangan beberapa kali Balasubramaniam yang mengatakan beliau konsisten dengan pendirian affidavit yang pertama yang ditandatnagani pada 1julai 2008 itu,ia satu affidavit yang sah,yang mengzahirkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang hubungan rapat Dato Najib dengan perempuan Mongolia yang dibunuh itu iaitu Altantuya”.

Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat akan melipat-ganda tekanan terhadap Najib sehingga Perdana Menteri itu sendiri tampil membuat penjelasan terbuka kepada rakyat Malaysia.

Shamsul berkata jentera sayap pemuda PKR, Pas dan DAP akan mengadakan kempen melalui laman sosial Facebook, meraih sebanyak mana tandatangan rakyat menggesa inkuiri bebas diadakan bagi menyiasat skandal memalukan ini.

“Saya ingin mendesak perdana menteri dan saya ulangi petang tadi di hadapan pejabat SPRM supaya beliau tampil dan berikan pendirian beliau dan ulasan beliau memberi penjelasan dimana kita lihat ini ada kaitan dengan soal kepimpinan,ini memalukan Negara dan kerajaan”,katanya lagi. TVS
TAHNIAH BUAT KERAJAAN SELANGOR, BERANI KERANA KEPENTINGAN RAKYAT


Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor bersetuju untuk mengambil tanggungjawab penuh ke atas tindakan mengubah status dokumen laporan akhir kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pada Mesyuarat Exco 18 November lalu, memutuskan bersetuju menggunakan kuasa Menteri Besar mengikut Seksyen 2C Akta Rasmi 1972 untuk mengubah status dokumen itu kerana ia menyentuh mengenai isu tanah yang di dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Menurutnya, pegawai lain dalam Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam membuat keputusan itu, oleh itu, mereka tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan melindungi kesemua pegawainya daripada apa-apa tindakan undang-undang, jika ada, yang berkaitan dengan isu ini.

“Kerajaan Negeri sedang melakukan segenap usaha bagi memastikan badan-badan dalam Kerajaan Pusat memberikan kebenaran untuk mendedahkan apa-apa laporan kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan media kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Khalid berkata, pihak perundangan Kerajaan Negeri sedang mengkaji beberapa peruntukan lain untuk mengubah status dokumen tersebut sekiranya Kerajaan Pusat terus menafikan permohonan Kerajaan Negeri ini.

“Kerajaan Negeri Selangor tidak bersedia untuk membenarkan Kerajaan Pusat bersembunyi di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan terus menafikan hak penghuni Bukit Antarabangsa dan orang ramai bagi mendapatkan maklumat sebenar dalam kes ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, Kerajaan Negeri amat kecewa dengan tindakan Kerajaan Pusat yang tidak menyokong mengubah status laporan (to declassify) punca kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

“Kerajaan Negeri dan agensinya Majlis Perban daran Ampang Jaya (MPAJ) sudah menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya dan Kabinet Kerajaan Pusat untuk memohon kebenaran mengeluarkan laporan kepada umum tetapi tiada lagi jawapan sehingga hari ini.

“Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian yang kerajaan Pusat mesti mendedahkan laporan tersebut demi kepentingan umum terutamanya kepada penghuni Bukit Antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, laporan yang disediakan oleh Jabatan Cerun Bukit, Kementerian Kerja Raya berkenaan masalah terbabit telah diserahkan kepada pihak MPAJ pada September lalu tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.

“Hanya pada bulan November Kerajaan Negeri dimaklumkan dengan perkara terbabit.

“Oleh sebab laporan itu menyentuh isu tanah, iaitu dalam kuasa undang- undang Kerajaan Negeri, maka Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Kerajaan Negeri (MMKN) pada 18 November 2009, bersetuju menggunakan kuasa Menteri Besar menurut Seksyen 2C Akta Rasmi 1972 untuk mengubah status dokumen tersebut (to declassify the document),” katanya.SH