Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Isnin, 1 Februari 2010

TAHNIAH, JATI DIRI KEBENARAN adalah AMANAH RAKYAT

1feb10 Isnin.
Ahli Parliman yang bersikap amanah kepada diri kerana menjaga kepentingan rakyat amat disanjung tinggi moralnya dan tidak ternilai untuk diberi setinggi-tinggi penghargaan.

Ahli politik sememangnya tidak boleh lari dari sifat saitan yang suka dihasud. Mungkin sudah menjadi lumrah dunia. Saya juga tidak menolak kerana ada segelintir ahli politik yang tidak amanah kepada perjuangan yang penyebab saitan menghasud pimpinan politik. Sekali lagi saya ucapkan setinggi tahniah kepada YB Azan dan YB Yusmadi, berani kerana Allah untuk rakyat dan menampil berkongsi maklumat itu.

Saya juga merasa bertanggungjawab untuk berkongsi bicara untuk PR kearah lebih mantap, iaitu pedulikan saitan-saitan itu dan yang penting kita telah dianugerah tambahan modal berkempin untuk kemenangan kepada membela nasib rakyat.

Matlamat PR adalah berasaskan membela nasib rakyat, bukan membela perut peribadi. Untuk membela perut peribadi, tidak perlu meletakkan diri sebagai YB atau menjadi ahli parti. Cukup saja menjadi pengampu kepada mana yang memerintah.

Contoh macam diSelangor. Dulu bn memerintah dan kini PR memerintah, pembodek ni hidup, malah lebih hebat. Penyokong tulin yang terang-terangan tengok saja. Sebab penyokong tulinni tiada kepentingan diri juga mungkin sudah melarat akibat over re4masi (bengrap lah tu). kenapa jadi begini? kena bertanya YB-YB yang ada jawapannya.

Wakil Rakyat Wajar Tengok & LAWAT & BANTU (SETAKAT TERMAMPU) bukan kaki ampu atau kaki bisnis atau kaki botol atau akai perempuan atau kaki raba ..opss dan bukan kaki sub tender untuk dapat komisyen membabi-buta.
Bagi DUN yang pakatan rakyat kalah kerjasama erat Ahli Parlimen yang menang dengan DUN yang kalah wajar bertaut erat seperti aur dengan tebing.Penyelaras DUN wajar beri khidmat seperti wakil rakyat kerana walaupun mereka bukan YB(Yang Berhormat) beliau sentiasa dipanggil YB(Yang Berkhidmat).