Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Rabu, 6 Julai 2011

Pihak Bertanggungjawab Kurang prihatin. Pesakit Perlukan Bantuan.

Lawatan Mengejut RTPJ bersama AKAR


Lawatan mengejut pada jam 10 malam pada 4. julay 2011, rombongan kami mengziarahi pesakit Sdr Suhaimi yang mengalami sakit sejak setahun yang lalu dan tidak mendapat perhatian dari pihak bertanggungjawab. Bantuan hanya secara pribadi dari ADUN 51. Kini beliau tiada pendapatan saraan dan hanya isteri bekerja menjaga anak-anak jiran dengan pendapatan tidak mecukupi saraan harian. Beliau mempunyai anak-anak yang masih kecil dan juga ada yg bersekolah.

Pesakit kini tinggal dirumah sewa taman Sri Medan Sejangkang. Pesakit ini makin bertambah teruk membengkak dibahagian tengkok dan kini tidak mampu berjalan. Beliau mengadu setelah setahun berlalu membuat permohonan bantuan dari JKM dan sehingga kini tiada jawapan. Beliau juga mengadu, masaalah keuwangan juga menjadi terbatas untuk perubatan. Beliau memohon agar bantuan dari pihak tertentu, untuk perubatan. Pada sesiapa yang ingin membantu bolehlah rujuk kepada pejabat YB ADUN 51.