Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Khamis, 16 Julai 2009

MAHKAMAH TERIMA PERMOHONAN DSAI SEBAGAI BAHAN BUKTI.....

Sdr. Anwar Ibrahim berkata beliau puas hati dengan keputusan mahkamah yang mengarah pendakwaraya menyerahkan bukti yang disembunyikan kepada pasukan peguambela.

Membacakan keputusan kes pada jam 2.30 petang tadi, Hakim Zabidin Md Diah menyanggah hujah pendakwaraya yang mendakwa mahkamah tidak boleh memaksa pihak pendakwaraya menyerahkan bukti-bukti bukan dokumen. Hakim Zabidin berkata tiada sebarang peruntukan dalam undang-undang yang menghalang pihak pendakwaraya atau menyekat mahkamah dari mengemukakan bukti-bukti yang relevan kepada pasukan pembelaan.

Mahkamah dengan ini mengarahkan pihak pendakwaraya harus menyerahkan akuan dari tujuh saksi yang akan ditampilkan oleh pendakwaraya, ujian rawatan perubatan dan nota pakar kimia dalam masa satu minggu. Peguambela Anwar juga diberi keizinan untuk menonton sedutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Saiful di kondo kejadian pula, sekiranya salinan pendakwaraya tidak jelas. Manakala sampel dan spesimen DNA gagal diperoleh atas "sebab-sebab keselamatan", begitu juga rakaman video testimoni penuduh, Saiful Bukhari Azlan, kepada polis pada 30 Jun 2008.

Anwar berkata walaupun kes tuntut bukti memihak kepada beliau, namun mengingatkan pasukan pembelaannya berwaspada ekoran pengalaman lalu berhubung manipulasi bukti oleh pihak pendakwaraya. Pendakwaraya berkata pihaknya akan merayu kepada keputusan mahkamah ini, seraya membantutkan lagi persediaan Anwar nanti.



HILANG LAPORAN HOSPITAL KATA PENDAKWA...

Pendakwaraya berkata pihaknya tidak mempunyai laporan perubatan Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Kuala Lumpur keatas penuduh, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut laporan itu, Saiful mengadu mengalami tenesmus iaitu kesukaran dan kesakitan ketika membuang air besar. Setelah diperiksa Dr Mohamed Osman, di dapati dubur Saiful “tidak mengalami pendarahan aktif”, “tiada kesan ulser atau nanah” dan “tiada kesan koyak atau calar”.

Dr Mohamed Osman memeriksa penuduh beberapa jam sebelum membuat Saiful laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun tahun lalu. Saiful mendakwa dia telah dirogol, sebelum pendakwaraya menukar tuduhan kepada sukarela.

Pendakwaraya juga berkata pihaknya telah menyerahkan laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur kepada pasukan pembelaan.