Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Selasa, 12 Januari 2010

KETUA POLIS NEGARA DAH BUAT KENYATAAN APA?

Baru-baru ni KPN telah buat kenyataan,bahawa polis tidak mencukupi untuk mengawal keselamatan di negara ini. Tetapi apa yang berlaku, kenyataan seorang wartawan dan rombongan AMK Malaysia pada 10 Jan yang lepas, amat mengejutkan.

Abdul Qayyum Abdul Rahman, semasa membuat liputan lawatan AMK Malaysia, tiba-tiba sekumpulan anggota yang disyaki anggota polis seperti dalam rakaman laporan polis yang dibuatnya dan ditemani bersama Ketua AMK Malaysia Sdr Samsul Iskandar di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam, Seksyen 11.

Berikut disertakan laporan polis:

Saya Abdul Qayum bin Abdul Rahman (IC: 850504075593) bekerja sebagai wartawan Suara Keadilan membuat laporan ini kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga selepas diugut orang yang disyaki sebagai anggota polis.

Pada 10 Januari jam 3.30 petang, saya tiba di sebuah rumah di Kampung Rokan, Gemenceh, saya disambut mesra tapi apabila diketahui saya adalah wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad dan beberapa yang lain memaksa saya menyerah kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran kereta saya.

Beliau turut merampas nota penulisan saya serta rakaman dihapuskan kerana tidak berpuas hati dengan temu bual yang dijalankan bersama seorang wanita yang dikenali Saharah.

Polis menunggu di luar rumah manakala Muhammad mengambil segala pengenalan diri dan dokumen yang dibawa oleh saya tanpa kebenaran saya sendiri.

Polis dan Muhammad mengugut saya dalam berbentuk ancaman mahu mencari saya dan keluarga dengan cara apapun jika temu bual tersebut disiarkan.

Saya membuat laporan ini bertujuan supaya polis mengambil tindakan bagi mengelakkan kejadian diingini berlaku.

Berkaitan lawatan itu adalah untuk rekod, dipercayai keluarga mangsa pembunuhan kejam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Rosmah Mansor (1 Malaysia) di mana salah seorang mangsa pembunuhan iaitu Allahyarhamah Sufiah Katas merupakan emak saudara Rosmah sendiri. Sufiah Katas ialah adik beradik kepada Mansor Katas iaitu bapa Rosmah.

Difahamkan juga Rosmah Mansor langsung tidak menjengukkan muka menziarahi keluarga emak saudaranya sendiri.

Jika benar apa yang berlaku kepada wartawan itu ,adalah amat menyedihkan serta keselamatan tidak terjamin kepada semua petugas-petugas wartawan diMalaysia, dengan tindakan sebegitu.

Tindakan “harassment” yang dilakukan kepada wartawan ketika bertugas merupakan tindakan yang memalukan negara apabila kebebasan akhbar yang sepatutnya dijaga dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan telah dicabul.

Saya juga bersetuju sepertimana Sdr Samsul Iskandar mengeluarkan kenyataan, menyeru kesemua wartawan terutamanya wartawan media alternatif untuk bersama-sama membentuk solidariti bersama Saudara Qayyum dengan menyatakan protes terbuka kepada pihak polis khususnya Ketua Polis Negara.

KPN dah buat kenyataan, polis tidak mencukupi untuk mengawal keselamatan Negara, pada masa yang sama boleh pula sekumpulan polis berada dikawasan rumah kematian dan menjadi samseng kepada wartawan. Kenyataan ini perlu diambil ketegasan yang tegas untuk menjaga kualiti institusi polis.