Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Khamis, 19 Februari 2009


NAK JADI TIMBALAN PRESIDEN KONON.....


Semalam kita dapat mendengar calun-calun Ketua Pemuda UMNO diinterbiu oleh seorang pengacara, Dr Agus Salim.

Ramailah yang memberi pendapat dan pandangan mengenai interbiu yang dianggap 'debat'. Dalam masing-masing memberi pendapat, adakah mereka terfikir bahawa jawatan yang ditanding hanya Ketua Pemuda UMNO? Ada calun dipuji seolah 'orang muda' bertanding President UMNO.

Melihat mereka yang mahu melihat 'orang muda' bunyi macam 'orang tua', ana ada cerita mengenai orang tua bunyi macam ... 'orang muda', gut?

Al kisahnya ada seorang Tan Sri calun Timbalan Presiden UMNO menjemput kawan-kawan makan malam untuk mendapat timbal balas. Semua yang datang duduk di sebuah meja dengan Tan Sri ini.

Seorang demi seorang memberi buah fikiran tentang hasrat Tan Sri ini untuk bertanding Timbalan President UMNO. Ada memberi pendapat mengenai prospek kemenangan, persimpangan kerjaya politik, dan taktik kempen.

Semua berbincang dengan nada membodek untuk memuji, menyokong dan menyetuju. Setuju, prospek Tan Sri baik. Kena berusaha saja.

Setuju, Tan Sri saja berupaya membawa agenda ini dan itu. Si polan tu tak boleh harap. Dia ada kes ini dan itu. Tan Sri tak ada.

Setuju, jangan risau cerita-cerita lama. Orang dah lupa. Ah, bawak-bawak lari tu cerita lama. Itu biasa orang jantan.

Pendik kata, keliling meja setuju Tan Sri patut bertanding. Apa yang diharap dari Tan Sri untuk bertanding, wallahu alam.

Dalam semua menyuarakan sokongan dan persetujuan, tinggal seorang lama yang diam sahaja mendengar dan memerhati gelagak masing-masing. Tan Sri menyedari kesunyian dari dia yang duduk disebelah dan bertanya pendapatnya.

"Saya tak ada pendapat Tan Sri. Tapi saya ada beberapa soalan-soalan yang perlukan jawapan. Lepas itu baru saya boleh membuat perkiraan saya samada setuju atau tidak setuju Tan Sri bertanding."

Tan Sri minta dia teruskan.

"Soalan saya Tan Sri, apakah pembaharuan-pembaharuan yang telah dan dirancang akan UMNO lakukan untuk mudah diterima rakyat?

Tan Sri mengangguk-angguk kepala dan minta diteruskan soalan.

"Kedua, apakah rancangan-rancangan yang UMNO perlu lakukan untuk memulih dan memperkasakan semangat serta komitmen ahli-ahli kepada perjuangan UMNO?

Tan Sri mendengar mengangguk.

"Ketiga, adakah Nasionalis Melayu masih releven dalam persepektif politik baru yang dicanangkan oleh pembangkang?

Tan Sri bertambah syok dengan soalan-soalan dan memandang terus kepada pembicara.

"Keempat, kompromi yang dibuat oleh Pakatan Rakyat kepada sosial kontrak dan hak keistimewaan orang Melayu diterima oleh pengundi bukan Melayu. Adakah kita tawaran yang lebih baik?

Semua di meja ikut memberi perhatian dan memgikut-ikut Tan Sri mengangguk

"Kelima, apakah dunia politik baru yang boleh UMNO bina untuk lebih menarik dari politik keterbukaan dan liberalisasi yang dituntuti oleh pengundi-pengundi sekarang?

Belum saudara itu menyambung soalan keenam, Tan Sri bersuara, "Bagus-bagus soalan. Emm ... saya setuju lah dengan awak."

Setuju? Setuju dengan soalan? Orang nak dengar pendapat.

Blurrr... ini calun Timbalan Presiden, beb!